Anda di halaman 1dari 9

TEORI FEMINISME DALAM KUMPULAN PUISI GHAZALI DIN

THE THEORY OF FEMINISM IN GHAZALI DIN’S ANTHOLOGY POEM

Abstrak

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menghuraikan Teori Feminisme yang terdapat di dalam
sajak yang dipilih, berfungsi untuk menambah pengetahuan pengkaji mengenai cabang
sastera secara lebih mendalam serta membolehkan pengkaji memupuk nilai kerjasama
dalam sebuah kerja berpasukan. Kajian ini mendedahkan mengenai pengenalan, objektif
kajian, kepentingan kajian, permasalahan kajian, kaedah kajian dan analisis kajian. Dalam
kajian ini, Teori Feminisme diangkat menjadi topik kajian utama dalam cabang kajian
sastera. Kaedah yang digunakan untuk menjayakan kajian ini menggunakan kaedah buku
ilmiah sebagai rujukan utama kajian ini. Buku ilmiah diperolehi daripada perpustakaan dan
penulis persendirian. Kaedah internet juga digunakan sebagai medium rujukan bagi
menambah maklumat untuk menghasilkan analisis kajian pengkaji. Sepanjang menjalankan
kajian ini, pengkaji menghadapi beberapa permasalahan sebelum, semasa dan selepas
kajian. Antara permasalahan yang dihadapi adalah sumber rujukan yang terhad, kekangan
masa individu untuk mencari bahan untuk kajian dan kurang pendedahan mengenai format
sebenar penulisan artikel. Diharapkan kajian ini dapat memperkenalkan teori feminisme
kepada generasi muda, mampu menjadi rujukan kepada individu yang ingin melakukan
kajian pada masa hadapan dan berupaya menjadi tinggalan karya sastera sebagai bahan
pembelajaran.

Abstract

The purpose of this research is to describe the Feminism Theory found in the selected
poem, to enhance the knowledge of researchers on the branch of the literature in more
depth and to enable the researcher to foster the value of cooperation in a teamwork. This
study includes the introduction, study objectives, research interests, research problems,
research methods and analysis of the study. In this study, Feminism Theory was raised as
the main study topic in the literature study branch. The method used to make this study work
by using the scientific method as the main reference of this study. Scientific books are
obtained from libraries and private writers. The Internet method is also used as a reference
medium to supplement information to produce analyst research analysis. During the course
of this study, researchers faced some problems before, during and after the study. The
problems faced are the limited source of reference, the group's time constraints to hold talks
and lack of exposure on the actual format of article writing. It is hoped that this research can
introduce feminism theory to the younger generation, be able to refer to the individuals who
wish to conduct future research and be able to become literary masterpieces as learning
materials.

PENDAHULUAN

Teori sastera ialah pengkajian tentang prinsip-prinsip kesusasteraan, kategori-kategori,


kriteria dan sebagainya manakala kritikan sastera merupakan pengkajian terhadap karya-
karya konkrit secara persendirian. Sejarah sastera pula ialah pengkajian karya-karya yang
konkrit dalam satu urutan masa. Sebenarnya ketiga-tiga ini berkait rapat antara satu sama
yang lain dan tidak boleh digunakan secara berasingan kerana ketiga-tiganya saling
membantu atau berhubung erat.

Dalam bidang sejarah sastera membincangkan tentang aspek pertumbuhan,


perkembangan, pembinaan, perubahan mahupun aliran (Mana Sikana, 1997). Sejarah
sastera ini penting kerana ianya bagai ‘pencatat’ karya-karya sastera yang ada mengikut
peredaran masa dan ianya memberikan sumbangan yang besar dalam kajian-kajian yang
sering dilakukan para sarjana bagi mengetahui perkembangan yang berlaku seiring dengan
zaman. Bukan itu sahaja, sejarah sastera juga dapat dikelaskan kepada beberapa bahagian
iaitu sejarah genre, sejarah sastera secara kronologi dan sejarah sastera perbandingan.

Teori sastera didefinisikan sebagai pengajian tentang prinsip kesusasteraan, kategori


dan kriterianya yang merangkumi teori kritikan dan teori sejarah sastera (Rene Wellek,
1988). Teori sastera ini juga menjurus kepada aspek gagasan idea bagi memahami
fenomena serta pemahaman dan gerak kerja berasaskan aturan yang sistematik. Antara
kriteria yang menentukan sesuatu teori tersebut ialah proses pembentukannya yang
melibatkan proses pemerhatian, pentafsiran, memperhalusi dan penerangan.

Kriteria yang kedua ialah gagasan idea atau saranan yang bermaksud gugusan atau
himpunan beberapa idea awal yang membina idea sehingga mewujudkan kesatuan idea.
Ketiga, kriteria deskripsi yang membawa maksud penteori memperincikan hubungan-
hubungan yang kelihatan berdasarkan fenomena yang menimbulkan idea. Teori ini juga
perlu memiliki melalui proses pengujian untuk memberi keabsahan dan akhir sekali ialah
proses pemurnian yang dilakukan oleh penteori itu sendiri mahupun orang lain.
LATAR BELAKANG

Ghazali Din atau nama pena Ihsan Noorzali dilahirkan pada 23 Disember 1963 di Kampung
Tengah, Kuala Kedah, Kedah. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan
Seberang Nyonya (1970-1975) dan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Keat
Hwa (1976-1980), Kolej Bakti (1981) hingga tamat pengajian tingkatan enam di Sekolah
Menengah Tunku Abdul Malik, Alor Setar (1982-1983). Mengikuti kursus Percetakan Offset
di Institut Latihan Perindustrian, Kuala Lumpur (1985) seterusnya berkhidmat sebagai
wartawan sambilan akhbar Berita Harian bermula tahun 1986. Tamat persekolahan,
bersama rakan sepersekolahan yang meminati penulisan kreatif menubuhkan persatuan
penulis, Koleksi Seni Anak Laut (KOSENAL) di Kuala Kedah.

Beliau yang berkelulusan Bacelor Komunkasi (Universiti Putra Malaysia, 2004),


Sarjana Penulisan Kreatif (Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2010) dan menamatkan
pengajian Ijazah Doktor Falsafah Pendidikan Kesusasteraan Melayu (Universiti Pendidikan
Sultan Idris, 2016), pernah berkhidmat sebagai Pembantu Penguasa Kastam (1987-2005),
dan Pegawai Penerbitan di Unit Perhubungan Awam, Universiti Pendidikan Sultan Idris
(2005-2011). Sebaik tamat pengajian peringkat sarjana, beliau ditawarkan jawatan
pensyarah di Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi
UPSI bermula 2011 dan Penyelaras Media dan Komunikasi, Bahagian Komunikasi Korporat
UPSI (2015-2017). Kini menjadi Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) di Fakulti
Bahasa dan Komunikasi UPSI.

Mula berkarya sejak tahun 1983 dan puisi pertama mendapat tempat di media cetak
ialah ‘Balada Sekuntum Puspa’ yang tersiar dalam majalah JELITA, Ogos 1988. Selain
puisinya tersiar dalam lebih 25 antologi bersama serta pelbagai media cetak, kumpulan puisi
perseorangan yang pernah diterbitkan ialah Danau Di Dadaku (2008), Merindu Alam (DBP,
2010) dan Hujan di Tapak Tangan (ITBM, 2016). Sumbangannya melalui dunia penulisan
kreatif dan deskriptif dihargai dengan penganugerahan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan
Bintang Kebaktian Masyarakat (BKM) oleh KDYMM Sultan Kedah.

Dalam kajian ini, kumpulan puisi keempat Budiku Sehelai Daun telah dipilih untuk
dijadikan sebagai kajian dalam teori feminisme dan beliau masih mengekalkan gaya
pengucapan bersahaja, lembut dan mementingkan kesederhanaan dalam pemilihan diksi
dalam karyanya. Buku kumpulan puisi ini telah diterbitkan pada tahun 2018 yang
memuatkan 55 buah puisi yang bukan sahaja menyentuh persoalan budi termasuk jasa
guru, namun melangkaui persoalan manusia, kasih sayang, kemanusiaan merentas benua,
derita bangsa tertindas yang tiada berkesudahan, masa depan bangsa, perpisahan,
pilihanraya, suara hati rakyat, kecintaan dan nasib bahasa kebangsaan serta empati
perasaan alam.

PERMASALAHAN KAJIAN

1) Sumber rujukan yang terhad

2) Kekangan masa individu untuk mencari bahan untuk kajian

3) Kurang pendedahan mengenai format sebenar penulisan artikel

OBJEKTIF KAJIAN

1. Kajian bertujuan untuk menghuraikan teori feminisme yang terdapat didalam sajak
yang dipilih
2. Kajian juga berfungsi untuk menambah pengetahuan pengkaji mengenai cabang
sastera secara lebih mendalam
3. Kajian membolehkan pengkaji memupuk nilai kerjasama dalam sebuah kerja
berpasukan

METODOLOGI

1) Kaedah penyelidikan perpustakaan

Pengkaji mengunjungi perpustakaan Tuanku Bainun UPSI untuk menjalankan


penyelidikan sumber-sumber yang ada di situ. Dengan penyelidikan sumber yang
pelbagai seperti buku ilmiah, akhbar, majalah dan sebagainya akan menguatkan lagi
kajian pengkaji.

2) Muat turun internet

Pengkaji turut menggunakan kemudahan internet yang terdapat dalam negara kita
dengan melayari laman sesawang produk yang dikaji malah turut memuat turun
bahan yang terdapat sebagai rujukan. http://azmar-pb.blogspot.com/2012/05/definisi-
sasterakesusasteraan-melayu.html
ANALISIS

Teori ini berkembang subur dan pantas berubah dari era Revolusi Perancis hingga era
Revolusi Perusahaan di England. Seperti yang kita tahu, bidang ilmu kritikan feminisme ini
menjadi satu disiplin penting dalam kursus kesusasteraan pada peringkat universiti, menjadi
wahana penting dalam debat sastera di dewan kuliah, seminar mahupun persidangan.
Kedudukan ini seolah-olah menunjukkan aliran, falsafah dan ciri kritikan feminisme ini
seperti ‘asing’ dengan dunia luar.

Oleh sebab itu, pada alaf ke-3 dan seterusnya, kriteria dan aspek penting dalam
kritikan feminisme ini mula menjadi isu dan bahasan yang serius, umpamanya kita kerap
membincangkan soal gender, keperkasaan, politik, sola diskriminasi yang melibatkan
komitmen wanita dalam pelbagai arena iaitu politik, ekonomi, sosiobudaya sama ada
bersifat domestic mahupun sebaliknya.

Namun, aliran dan disiplin ilmu kritikan feminisme ini tidak terhad kepada aspek
bacaan sahaja, malahan cakupan dan lingkungan kaedahnya telah mula luas horizonnya.
Kini bidang feminisme lebih dekat dengan segala soal kehidupan dan realiti kemanusiaan.
Salah satu cakupan pengkritik feminisme ialah melihat hubung kait kritikan dengan alam
sekitar. Tinjauan aliran ini melihat kepada tindak balas golongan tersebut terhadap
fenomena alam, aplikasi alam sekitar dengan citra wanita dan yang lebih menarik ialah alam
sekitar bertindak sebagai ‘alat ganti’ atau perwakilan yang boleh memindahkan cetusan,
keluhan, harapan, cita-cita wanita yang terpancar dalam karya hingga ia dapat dikesan oleh
masyarakat pembaca.

Secara umumnya, kebanyakan karya yang tertulis sekitar tahun 1920-an hingga awal
1990-an ditulis dan dikuasai oleh pegarang lelaki. Karya yang dihasilkan mengutarakan isu
yang berkaitan dengan keinginan wanita seperti persoalan gender, keperkasaan, identiti,
kebebasan, keganasan rumah tangga, gangguan seksual, diskriminasi dan hak wanita. Hal
ini tidak menghairankan kerana masyarakat feudal pada ketika itu mengamalkan sistem
patriarki. Oleh sebab itu, wacana wanita menjadi salah satu antara wahana dominan
masyarakat waktu itu. Sebagai akibatnya, sistem ini secara tidak disedari telah menjadi
penghalang kepada wanita untuk muncul sebagai penulis.
Oleh sebab itu, pengarang lelaki mendapati bahawa isu kewanitaan perlu menjadi
tanggungjawab kepada mereka atas dasar keprihatinan untuk membela kedudukan wanita.
Namun demikian, kecenderungan penulis lelaki untuk menangani isu kewanitaan ini masih
boleh dipertikaikan. Antara lain;

a) sejauh mana citra dan kedudukan wanita berjaya ditangani oleh penulis lelaki
b) bagaimana pula kejujuran dan komitmen mereka untuk memperjuangkan wanita di
tengah-tengah masyarakat Melayu yang kuat berpegang pada adat
c) sejauh mana tepatnya gambaran emosi wanita berjaya dihayati
d) atau menjadi amalan kaum penulis lelaki bahawa wanita ialah salah satu wahana
dan bahan wahana dalam wacana mereka

Kemunculan pengarang wanita sebelum dan seiring dengan zaman tersebut seperti
Raja Aisyah Sulaiman, Raja Zaleha, Raja Safiah dan Tuanku Ampuan Mariam telah
mencabar kewibawaan penulis lelaki. Kemunculan mereka telah membentuk kesepaduan
diri dalam mencanai pengalaman wanita dalam karya. Pencapaian ini memungkinkan satu
pengaruh kuat terhadap penulis lelaki untuk mengemukakan imej baru wanita, merakamkan
pergelutan hidup dan pengalaman baru tentang sifat protagonis wanita dalam karya sastera.

Perasaan tertekan dan resah gelisah dalam kalangan kaum wanita di samping
berasa terhina dan kecewa itulah faktor yang telah mencetuskan gerakan feminisme dalam
sastera. Terdapat dua sebab penting mengapa gerakan feminisme diwujudkan di Malaysia.
Pertama, orientasi bahan terhadap pendekatan sastera daripada kaca mata wanita dan
gynocritics atau kajian terhadap kesusasteraan tentang wanita dan dihasilkan oleh wanita.
Kedua pula dikaitkan dengan wanita sebagai bahan penulisan dengan wanita sendiri
sebagai pengkarya, berdasarkan sejarah, pemilihan tema, genre dan struktur sastera yang
dihasilkan.

Pergerakan feminisme ditubuhkan di Malaysia dengan tujuan asalnya untuk


melindungi kepentingan wanita yang semakin terancam, mengalami keruntuhan moral dan
akhlak serta kehilangan idealisme dan hala tuju. Dari segi lain, gerakan ini bertujuan untuk
memberikan lebih banyak kebebasan dan menuntut hak yang lebih luas mengatasi lelaki.
Gerakan feminisme di Malaysia pada ketika ini umumnya mencerminkan kegagalan wanita
dalam kehidupan berkeluarga dan perkahwinan.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Daripada buku Kumpulan Puisi Budiku Sehelai Daun yang ditulis oleh Ihsan Noorzali atau
nama sebenar beliau Ghazali Din ini, saya sangat tertarik dengan persoalan-persoalan yang
dipilih. Antara persoalan yang terdapat di dalam puisi-puisi yang ditulis ini ialah persoalan
kemanusiaan merentas benua, derita bangsa tertindas yang tiada berkesudahan, persoalan
budi, jasa guru, persoalan manusia, kasih sayang, masa depan, perpisahan, pilihanraya,
suara hati rakyat, kecintaan dan nasib bahasa kebangsaan serta empati perasaan alam
yang dapat dilihat pada beberapa buah puisi.

Dalam kumpulan puisi ini terdapat beberapa buah sajak yang menunjukkan bahawa
penulis menceritakan tentang kewanitaan yang boleh dikaitkan dengan teori feminisme.
Antaranya ialah tiga buah sajak yang bertajuk Lentara Kerdil di Laman Sanubari, sajak
Menatap Redup Mata Ibu dan sajak Begitu Bahasa Ibu di mana dalam sajak-sajak ini
menceritakan tentang isteri yang juga bergelar ibu yang bertanggungjawab. Kasih sayang
seorang ibu terhadap anaknya tidak ada belah baginya dan seorang ibu mampu menggalas
pelbagai tanggungjawab dan kita sendiri tahu banyak pengorbanan telah dilakukan oleh
mereka. Penjagaan anak kebanyakannya dalam sesebuah keluarga akan diletakkan pada
bahu seorang ibu dan seperti kita tahu peranan ibu sangat penting. Pengurusan masa
sangatlah penting kerana masa bagi seorang ibu ini sangat padat dalam melakukan
pelbagai kerja dalam seharian.

Ianya boleh dikatakan efisien yang bermaksud cekap, serba boleh, terampil ataupun
cukup bagus dalam menjalankan sesuatu pekerjaan. Efisien juga boleh membawa maksud
pencapaian yang baik dan boleh mencapai hingga tahap yang tinggi. Zuraini Husain
(1996:2) menyatakan bahawa ciri-ciri wanita efisien yang dapat dikenal pasti sebagai
persiapan untuk memikul tugas sebagai seorang isteri dan seorang ibu ialah tabah, sabar,
tekun, rajin, setia, sanggup berkorban dan mahu menerima bimbingan dan nasihat.

Seterusnya, terdapat juga dalam sajak yang bertajuk Perjuangan Terindah


yang didedikasikan khas oleh penulis untuk insan yang bernama Kak Zai. Dikatakan Kak Zai
seorang wanita yang berkerjaya dan mempunyai pendidikan yang tinggi di mana Kak Zai
dikatakan menuntut ilmu sampai keluar negara. Kemunculan wanita dalam pelbagai bidang
pekerjaan amat membanggakan. Ini jelas membuktikan bahawa kaum wanita mampu
menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka dengan efisien.
Aishah Ghani (2000:6) menyatakan bahawa cabaran wanita pada hari ini adalah lebih besar
berbanding wanita dahulu. Jika dahulu golongan wanita bekerja keras bagi
memperjuangkan hak mereka, tetapi wanita pada hari ini perlu lebih peka dengan isu-isu
dan perkembangan semasa, lebih-lebih lagi perkara yang berkaitan dengan institusi
kekeluargaan. Walaupun adanya seorang lelaki sebagai seorang suami dan seorang ayah,
tanggungjawab lelaki berbeza kerana mereka bertanggungjawab dalam mencari nafkah dan
beberapa tanggungjawab yang lain.

Tanggungjawab seorang ibu itu lebih berat apabila menjadi seorang ibu tunggal di
mana mereka harus mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak mereka sendirian dan
menjaga anak-anaknya sendiri tanpa bantuan orang lain. Adakalanya mereka terpaksa
berkorban tenaga dan masa, sanggup berpanas berhujan malah mengikat perut hanya
untuk mencari rezeki untuk anak-anak.

RUMUSAN

Pembicaraan tentang dunia wanita meliputi ruang lingkup yang cukup luas, selaras dengan
fungsi dan peranan mereka yang mencakupi pelbagai bidang seperti pendidikan, rumah
tangga, ekonomi, politik, sosiobudaya dan sebagainya. Malah, dalam agama Islam sendiri
kedudukan wanita amat penting, iaitu sebagai pembantu dan pendamping terbaik bagi kaum
lelaki. Apabila memperkatakan tentang dunia wanita, perkara utama di kotak fikiran kita ialah
untuk membincangkan citra atau imej wanita. Salah satu cara untuk melihat citra wanita
ialah melalui penganalisisan, dengan mengambil penulisan kreatif sebagai ruang
rujukannya.

Setiap penulis mengharapkan agar pembaca memperolehi manfaat daripada


penulisan ini pada masa akan datang. Pemikiran terhadap citra atau imej wanita tentu sekali
membawa kebaikan sama ada wanita mahupun lelaki. Dengan adanya penulisan ini kaum
wanita dapat menilai pandangan atau tanggapan pihak lain sekiranya isu-isu yang
diketengahkan ini mempunyai persamaan dengan kisah atau pengalaman hidup mereka.
Secara tidak langsung penulis teleh menyediakan satu wahana ilmu agar segala pandangan
dan tanggapan tokoh-tokoh dan ahli-ahli akademik mampu menjana keperibadian wanita
terutamanya hak dan persamaan yang disoroti daripada pelopor feminisme di peringkat
antarabangsa.
RUJUKAN

Abdul Halim Ali (2003). Pengantar Teori & Kritikan Sastera : Barat dan Malaysia. Selangor :
Persatuan Penulis Budiman Malaysia.

Azhar Hj Wahid. (2015). Kritikan Intelektual Sastera Melayu. Tanjong Malim : Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Siti Khariah Mohd Zubir. (2009). Citra Wanita Dalam Novel Melayu. Tanjung Malim :
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Anda mungkin juga menyukai