Anda di halaman 1dari 22

Nama Kursus dan Kod Kursus :

BSS3033 TEORI DAN KRITIKAN KESUSASTERAAN

Tugasan Kumpulan:

ASAS DALAM TEORI SASTERA

BIL NAMA PELAJAR NO. MATRIK

1 NASYRIN BINTI NOOR AZIZ D20201094331

2 ROSSMARRIA BINTI ABDUL MALEK D20201094252

3 SHAHIDATUL WAFFARHANA BINTI A.WAHID D20201094264

4 KHALIDAH KHAIRUNNISA BINTI KHAIRUL ANWAR D20201093414

KUMPULAN KULIAH KUMPULAN A

NAMA PENGAJAR PROFESOR MADYA DR. ABDUL HALIM BIN ALI

1
ABSTRAK

Asas teori dalam sastera ialah kajian berkaitan definisi, konsep asas, prinsip, nilai, dan

kepentingan yang terdapat dalam teori sastera. Bagi menjawab persoalan dari pengkritik

mahupun pembaca karya sesuatu sastera, teori menyediakan penerangan dan ramalan dalam

membuat spekulasi tentang maksud dan pemahaman makna karya yang ditulis oleh pengarang.

Memahami apa itu teori sastera, menentukan kualitinya, dan menilai teori dalam sastera adalah

tiga tujuan atau objektif penyelidikan dan analisis bagi tugasan kumpulan ini. Justeru, proses

menawarkan huraian dan ramalan sesuatu fenomena sastera yang kian berkembang kini dirujuk

sebagai teori. Teori diasaskan pada idea seseorang, yang kemudiannya dibentangkan sebagai

sudut pandangan atau perspektif seseorang individu yang mengkritik. Seterusnya, penulisan ini

bertujuan untuk memberikan pengetahuan yang jelas tentang perkembangan utama asas dalam

teori sastera. Hal ini kerana, teori sastera merupakan satu cabang ilmu yang mengkaji aspek-

aspek teks sastera yang berkaitan dengan teori tertentu. Selain itu, kajian ini juga menerangkan

ciri-ciri teori sastera dan kepentingannya. Hal ini menjelaskan bahawa sifat teori berhubung

dengan sudut pandangan yang berbeza dan mempunyai keutamaan dan kelebihan yang

tersendiri dari pelbagai sudut. Justeru itu, dengan merujuk kepada karya ilmiah yang dihasilkan

oleh Prof. Madya Dr. Abdul Halim bin Ali, yang merupakan buku rujukan komprehensif

dengan penceritaan yang berkaitan dengan topik tertentu, serta menggunakan laman sesawang

untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang asas dalam teori sastera.

Kata Kunci: Teori Sastera, Definis, Ciri-ciri, Kepentingan

2
1.0 PENGENALAN

Teori sastera dikenali sebagai prinsip asas yang menjadi sumber kepada pemahaman dan

perkembangan sesuatu penciptaan seni melalui penggunaan bahasa yang kritis untuk

menyampaikan sesuatu yang berguna kepada individu yang lain. Teori sastera juga merupakan

satu cabang ilmu yang mengkaji aspek teks sastera yang berkaitan dengan teori tertentu. Hal

ini dapat memudahkan para sasterawan untuk menilai, memberi maklum balas dan

menerangkan tentang sesuatu karya secara saintifik dan formal dalam mengkaji makna karya

tersebut. Bidang teori membolehkan sarjana dan sasterawan mengakses dan mendalami

halaman teks sastera untuk memahami sebarang peristiwa intrinsik atau ekstrinsik melalui

penulisan pengarang. Justeru itu, teori sastera dilihat sebagai induk dan punca kepada nilai,

estetika, dan puisi di dalam karya sastera tersebut kerana ia merupakan proses dalam

pembentukan dan perkembangan budaya sastera itu sendiri.

Manakala dalam konteks sastera, umum mengetahui bahawa karya sastera dibaca

kerana kisahnya yang menarik dengan alunan melodinya yang indah di samping mampu

menarik perhatian pembaca untuk mendalami maksud teks sastera tersebut. Tambahan lagi,

kandungan sesebuah karya sastera disamakan dengan kewujudan manusia namun ia terhasil

atau tercipta dalam bentuk hasil seni. Justeru itu, cerita atau kisah dalam karya sastera

mempunyai keupayaan untuk membina ikatan, bercerita tentang budaya dan bahasa, dan

menekankan rutin dan kepercayaan masyarakat. Hal ini demikian kerana, karya sastera

merupakan satu takrifan atau berteraskan tentang kewujudan manusia dan menggariskan

susunan kehidupan. Hal ini juga mampu menggerakkan deria dan emosi dalam merangsang

dan mengalihkan pemikiran manusia ke arah yang lebih positif hanya dengan membaca atau

menulis karya sastera yang luar biasa dan bait-bait indah yang telah dihasilkan.

3
Di samping itu, M. K Danziger dan W.S Jahnson turut bersetuju dengan mendefinisikan

sastera sebagai bentuk seni yang menggunakan perkataan, sama ada secara lisan atau bertulis.

Hal ini seolah-olah mengikut kehendak atau citarasa pengarang dalam menzahirkan penulisan

sastera dengan menggunakan kaedah yang berlainan seperti secara bertulis mahupun lisan

kerana sebuah karya sastera turut boleh diucapkan selain boleh dicatat. Hal ini bagi

menjelaskan bahawa sastera merupakan seni yang menggunakan atau memakai bahasa yang

indah dan menarik untuk mempengaruhi pemikiran pendengar.

Manakala, menurut pandangan Sarjana Ismail Husein pula telah menyatakan bahawa

sastera merangkumi semua bidang yang menggunakan bahasa kreatif. Hal ini bermaksud,

penggunaan bahasa dalam karya sastera mampu menjadi penggerak daya fikir sekaligus

membina generasi yang mampu berfikir secara analitikal dan kritis dalam memahami sesebuah

karya sastera. Hal ini turut ditegaskan oleh Sarjana Abu Bakar Hamid, yang mendefinisikan

sastera sebagai satu bentuk seni yang bercorak kognitif dan gabungan kepuasan intelektual dan

estetik. Hal ini membawa maksud, dalam menghasilkan karya yang berkualiti tinggi dari aspek

intelektual dan estetika subjek, pengarang perlu menguasai terlebih dahulu mengenai konsep

asas dalam teori sastera secara praktikal.

Namun, sekiranya unsur-unsur ini tiada dalam karya pengarang, berkemungkinan

karya tersebut akan hilang nilai atau maknanya. Manakala, menurut pandangan tokoh J.S

Badudu, sastera harus dilihat dari dua perspektif iaitu bahasa dan kandungan. Hal ini demikian

kerana, ia menerangkan bahawa sastera merangkumi apa jua karya yang mempunyai perasaan

kemanusiaan dan kebenaran dalam etika atau moral yang teguh, serta sentuhan keikhlasan di

dalamnya. Oleh itu, dalam meneliti perspektif daripada ahli-ahli akademik tersebut, dapat

disimpulkan bahawa sastera merupakan himpunan dan usaha hasil seni dengan bahasa yang

indah dan kandungan yang menarik berdasarkan gabungan definisi dan makna yang diberikan.

4
Kesimpulannya, sastera merupakan pendedahan asas kepada para pembaca muda

tentang sastera Melayu mahupun kesusasteraan Melayu di samping membantu meningkatkan

kecekapan dalam kemahiran bahasa Melayu dari segi berbahasa seperti mendengar, bertutur,

membaca dan menulis. Justeru, karya sastera mengandungi aspek sensitiviti, emosi, pandangan,

dan jangkaan pengarang, selain berfungsi sebagai hiburan, pendidikan, dan kritikan kepada

masyarakat. Lantaran itu, jelaslah bahawa sastera dipersoalkan dalam pelbagai cara dan kaedah

yang terperinci.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Kajian ini dilakukan bagi memperlihatkan secara khusus tentang kesilapan pengarang dalam

menggunakan teori sastera dalam melakukan kritikan sastera dalam sesebuah karya. Oleh hal

demikian, seseorang pengarang perlu mengetahui dahulu tentang definisi teori supaya lebih

memahami dalam menggunakan teori dan seterusnya dalam menghasilkan sesebuah karya

mahupun mengkritik karya pengarang lain perlu diketahui ciri-ciri sesebuah teori yang baik.

Akhir sekali, kajian ini memaparkan beberapa kepentingan teori sastera dalam penulisan

kritikan sastera kerana teori sastera menyokong kritikan sastera yang dilakukan oleh seseorang

pengarang. Oleh itu, penggunaan beberapa sumber yang ada supaya dapat mengfokuskan

kajian hanya kepada asas dalam teori sastera sahaja dan tidak mengaitkan fakta-fakta yang

tidak berkait dengan teori sastera.

5
3.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran tentang asas perkembangan dan

kemajuan sastera dalam kesusasteraan Melayu. Hal ini demikian kerana, kajian ini merupakan

ciri kesinambungan intelektual disiplin dari segi kualiti dan kuantiti, serta pendekatan asas

berkaitan teori sastera dalam menghasilkan penulisan asas dalam teori sastera yang berkualiti

tinggi serta diamalkan oleh pengarang-pengarang yang baharu mencereburinya.

Selain itu, penyelidikan ini juga penting dalam membantu pengarang dan pengkritik

muda dalam usaha mereka menganalisis kesusasteraan melalui aplikasi pelbagai teori sastera

dan metodologi, pemprosesan bahasa, ciri-ciri penghujahan dan analisis sastera serta

kepentingannya dalam bidang kesusasteraan melayu. Hasilnya, ia berpotensi secara tidak

langsung mengangkat teori sastera sebagai ilmu dan cabang pengetahuan yang setara dengan

bidang-bidang lain dalam kesusasteraan Melayu yang semakin berkembang.

Di samping itu, kepentingan kajian ini dilakukan juga merupakan signifikan dari segi

menambah khazanah ilmu sastera khususnya dalam bidang asas teori. Tegasnya, hasil daripada

dapatan kajian yang diberikan dapat digunakan untuk memajukan pelbagai minat, antaranya

ialah untuk menambah baik dan mengembangkan lagi bidang sastera atau sekurang-kurangnya

menarik minat para sarjana dalam menjalankan kajian serta penyelidikan mengenai teori

sastera sepertimana yang telah dijalankan oleh para pengkaji yang sebelumnya.

Natijahnya, diharapkan agar kajian seperti ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan

kefahaman pelajar sekolah serta pelajar pengajian tinggi yang mempelajari dalam bidang

kesusasteraan Melayu agar lebih memahami asas-asas dalam teori sastera dan seterusnya

menjamin masa depan dalam bidang sastera itu sendiri kea rah melahirkan generasi yang

mempertahankan kesusasteraan Melayu di Malaysia dan menghasilkan pelbagai teori yang

baik bagi penggunaan pengarang tempatan kita.

6
4.0 OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan teori sastera?

2. Mengenal pasti ciri-ciri sesebuah teori.

3. Menganalisis kepentingan teori dalam kesusasteraan.

5.0 BATASAN KAJIAN

1. Kajian ini dibataskan kepada buku Kritikan Sastera Teori dan Praktis serta buku

Inti Sari Teori Sastera Barat dan Malaysia yang dikarang oleh A. Halim Ali

2. Kajian ini juga menumpukan kepada asas dalam teori sastera sahaja seperti definisi

teori, ciri-ciri sesebuah teori dan kepentingan teori dalam kesusasteraan.

3. Kajian ini memaparkan beberapa contoh landasan teori iaitu:

Untuk membincangkan sesuatu masalah, penulis memerlukan strategi dan kerangka

kerja serta teori yang perlu digunakan untuk menggambarkan situasi dan makna

sesebuah karya. Tujuan teknik ini adalah untuk menentukan maksud dan bahasa yang

digunakan oleh pengarang dalam mengembangkan masalah dan pada sedalam mana

dimensi pengarang mengkaji fokus tentang masalah tersebut. Selain itu, landasan teori

terdiri daripada definisi, konsep, dan penegasan mengenai makna dalam kajian yang

telah disusun dengan rapi dan sistematik. Justeru itu, penyelidikan yang akan dijalankan

akan menjadi asas yang kukuh melalui landasan teori yang dilakukan. Impaknya, salah

satu perkara yang paling penting dalam penyelidikan adalah untuk meletakkan landasan

teori yang kukuh kerana ianya akan menjadi asas dalam penyelidikan itu sendiri.

7
Teori Takmilah

Teori Takmilah ini diasaskan oleh Shafie Abu Bakar yang merupakan seorang

pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1993. Teori Takmilah

timbul daripada beberapa siri kajian yang membincangkan tentang teori dan pengertian

kesusasteraan Islam. Perkataan takmilah berasal daripada kata dasar kamal yang

dikaitkan dengan perkataan tajmilah dan Jamal. Tambahan lagi, teori takmilah

merupakan satu-satunya teori kesusasteraan Islam di Malaysia yang menekankan

analisis dan kritikan hanya berdasarkan konsep tauhid. Kemunculan teori ini telah

menyediakan saluran baru kepada para sarjana dan pengkritik untuk menjalankan

kajian, analisis, ulasan, dan kritikan berasaskan Islam. Teori Takmilah, secara umum,

bersifat holistik iaitu melibatkan hubungan manusia, seperti pengarang dan penonton,

melalui karyanya dengan ketuhanan, kenabian, dan hikmah yang berlaku dalam

kehidupan seseorang individu.

Teori Pengkaedahan Melayu

Hashim Awang mengembangkan teori Pengkaedahan Melayu yang berteraskan

kehidupan dan budaya masyrakat Melayu. Hal ini menjelaskan bahawa budaya Melayu

bersifat inovatif dan tradisional dalam membentuk karya seni. Hal ini kerana kepintaran

masyarakat Melayu dalam pelbagai bidang termasuk kraftangan dan falsafah. Terdapat

pelbagai kraftangan yang mempunyai nilai seni yang ketara, seperti tukang perak,

tembaga, seramik, tenunan, dan juga sulaman. Justeru itu, seni boleh diungkapkan

bukan sahaja dalam bentuk objek nyata, tetapi juga dalam bentuk pemikiran yang

diungkapkan dalam karya sastera. Ini menunjukkan pemikiran teori yang dihasilkan

oleh beliau sangat unik dan menarik minat pengkaji untuk menggunakannya.

8
Di samping itu, masyarakat Melayu telah menggambarkan sifat budaya dan

intelek mereka dalam pelbagai bentuk dan kaedah bagi menyampaikannya kepada

khalayak umum. Hasilnya, Teori Pengkaedahan Melayu oleh Hashim Awang diasaskan

berdasarkan cara hidup, kepercayaan dan budaya masyarakat Melayu yang

mengilhamkan karya sasteranya sendiri. Tambahan lagi, Hashim Awang

membahagikan teori metodologi Melayu kepada dua kategori iaitu metodologi semula

jadi dan agama. Kedua-dua teknik tersebut mempunya pelbagai perbezaan namun fakta

tentang kedua-dua kaedah tersebut adalah saling berkaitan.

Teori Semiotik

Teori Semiotik ialah kajian tentang sesuatu tanda dan segala sesuatu yang berkaitan

dengan bahasa termasuk bagaimana ia berfungsi, berinteraksi dengan isyarat lain, dan

disampaikan serta diterima oleh orang yang menggunakannya. Selain itu, Semiotik juga

merupakan kajian tentang sistem dan peraturan yang membolehkan tanda baca ditafsir

dengan tepat dengan bacaan yang betul. Teori Semiotik dicadangkan oleh Fredinand de

Saussure di Perancis pada tahun 1960-an.

Seterusnya, teori Semiotik meneraskan konsep asas strukturalisme berkenaan

tanda simbol dan maknanya. Hasilnya, teori Semiotik menganalisis bahasa tamadun

manusia sebagai sistem simbolik dalam kehidupan dan karya seni sastera. Oleh itu,

landasan teori ini adalah berdasarkan andaian bahawa sistem simbol dan perlambangan

mempersoalkan makna bahasa. Namun begitu, pemikiran manusia merupakan suatu

budaya yang dikaitkan dengan simbol dan simbolisme tersebut. Lantaran itu, makna

teks boleh disimpulkan dengan mentafsir simbol dan perlambangan teks, yang

kemudiannya boleh dikaitkan dengan penerimaan masyarakat.

9
Teori Strukturalisme

Teori Strukturalisme juga diasaskan oleh Fredinand de Saussure di Perancis pada tahun

1960-an. Teori Strukturalisme melihat bahasa sebagai tanda yang boleh dipelajari

secara serentak dan diakronik. Selain itu, teori ini juga diwujudkan sebagai asas

saintifik untuk falsafah sastera. Teori ini terdiri daripada pelbagai bidang, seperti

budaya, ekonomi, sains, bahasa, dan lain-lain. Teori ini menjelaskan bahawa teknik

untuk memahami makna dalam satu mata pelajaran agak berbeza, tetapi semuanya

mungkin dengan berdasarkan tanggapan struktur yang sama. Justeru itu, teori ini

mampu mengawal dan memacu semua aspek bahasa, termasuk bunyi bahasa yang

sangat bermakna, gabungan bunyi yang membentuk perkataan, dan cara perkataan

diproses untuk menghasilkan hubungan yang memberi makna bahasa itu sendiri.

4.0 METODOLOGI KAJIAN

1. Kaedah rujukan buku Kritikan Sastera Teori dan Praktis serta buku Inti Sari

Teori Sastera Barat dan Malaysia yang dikarang oleh A. Halim Ali

2. Perbincangan Bersama ahli kumpulan secara atas talian ekoran

pembelajaran secara online dan di rumah.

3. Berpandukan nota atau kuliah yang diberikan oleh pensyarah

4. Kaedah laman sesawang dalam mendapatkan bahan atas talian seperti jurnal,

tesis, e-book dan sebagainya yang berkaitan dengan tajuk yang dikaji.

10
5.0 ANALISIS DAN PERBINCANGAN

5.1 Mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan Teori Sastera?

Sebelum kita memahami akan maksud teori sastera, elok lah kita untuk fahami terlebih

dahulu mengenai makna teori itu sendiri. Teori berasal daripada perkataan Yunani iaitu

therio yang membawa maksud sebagai pemandangan. Definisi ini menjelaskan bahawa

asal usul teori adalah berasaskan kepada konsepsi seseorang (tokoh) yang kemudiannya

mengemukakannya dalam bentuk suatu pandangan.

Menurut Kerlinger (1973), beliau telah mendefinisikan teori sebagai satu

himpunan konsep, takrifan dan definisi yang paling berkait yang memberikan gambaran

secara sistematik tentang fenomena dengan memperincikan hubungan antara

pembolehubah. Kerlinger juga ada menambah bahawa tujuan teori itu mengandungi

beberapa konsep yang mempunyai kaitan sesama sendiri dan teori itu sendiri

memberikan pengertian kepada kita tentang bagaimana sesuatu fenomena itu boleh

terjadi. Selain itu, terdapat juga definisi teori yang dikemukakan oleh para sarjana dan

pengkaji melayu di Malaysia contohnya seperti Ramli Isin (1997). Menurut beliau, teori

merupakan gagasan tentang definisi, konsep, prinsip, kriteria dan saranan yang

memperjelaskan sesuatu objek.

Berdasarkan dua definisi teori yang telah dikemukakan oleh tokoh sasterawan

di atas, dapat dilihat bahawa kedua-duanya menjurus kepada aspek yang sama iaitu

gagasan idea bagi memahami fenomena serta pemahaman dan gerak kerja yang

berasakan kepada aturan yang sistematik. Oleh itu, berdasarkan definisi teori itu sendiri

dapat disimpulkan bahawa teori kesusasteraan ini merupakan gugusan idea ataupun

konsep yang telah membentuk suatu tanggapan bagi memahami dan menjelaskan

sesuatu fenomena kesusasteraan berasaskan kepada aturan yang sistematik.


11
Teori sastera sebagai suatu bidang ilmu yang meneliti akan sifat-sifat

terkandung di dalam teks kesusasteraan yang berkaitan dengan teori itu sendiri. Dengan

adanya teori sastera ini, setiap karya dan ciptaan seni dapat dinilai, ditanggapi dan

dipertanggungjawabkan secara ilmiah dengan mudah. Menurut Mana Sikana (1998),

teori sastera ini ialah satu bidang yang berkaitan dengan pemahaman tentang definisi,

hakikat, prinsip konsep, genrelogi dan hipogram. Ia dapat memberi pendedahan

terhadap para pengkaji agar mendalami laman teks kesusasteraan bagi memahami

dengan lebih mendalam tentang fenomena sastera secara instrinsik ataupun ekstrinsik.

Selain itu, dengan tidak menyentuh terhadap dasar epistemologinya, teori

sastera ini boleh difahami sebagai tekaan, tanggapan ataupun spekulasi seseorang

terhadap sesuatu. Secara amnya, setiap teori adalah berbeza antara satu sama lain akan

tetapi masih lagi saling berkait. Contohnya, teori Revisionisme Harold Bloom dari

Teori Arkitaipel Curl Jung adalah sangat berkait rapat dengan teori Psikoanalisis

Sigmund Frued. Di samping itu, tidak ketinggalan juga teori Psikoanalisis moden

Jacques Lacan yang mempunyai perkaitan yang sama dengan teori Psikoanalisis Frued.

Bagi mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam terhadap teori sastera,

Mieke Bal (1985) ada menyebutkan bahawa ‘a theory is a systematic set of generalized

statements about a particular segment of reality’. Hal ini jelas membawa maksud

bahawa, teori ini merupakan satu set pemikiran yang dilahirkan daripada realiti

kehidupan seseorang. Manakala menurut Heinan (1985) pula, menyatakan bahawa teori

ialah ‘a group of logically organized laws or relationships that constitute explainnation

in a discipline’ atau secara ringkasnya, teori ini merupakan satu undang-undang yang

mempunyai perhubungan yang teratur secara logik yang dapat membentuk penjelasan

dalam sesuatu disiplin ilmu.

12
Oleh itu, berdasarkan pernyataan di atas, jelas menunjukkan jawapan bagi

persoalan apa itu teori. Pertanyaan ini merupakan suatu perkara yang paling penting

untuk difahami oleh setiap pengkaji mahupun penulis sebelum memasuki dengan lebih

jauh lagi mengenai aspek-aspek pengkajian tentang teori dan kritikan dalam sastera.

Berdasarkan definisi yang telah diberikan juga, dapat memahamkan kepada kita tentang

sifat teori itu sendiri yang relatif kepada pelbagai pendapat. Oleh hal yang demikian,

tidak hairanlah jika hingga ke saat ini, definisi bagi teori sastera adalah tetap berbeza-

beza juga berdasarkan pandangan yang berbeza-beza dalam kalangan ahli teori itu

sendiri.

5.2 Mengenal pasti ciri-ciri sesebuah teori.

Menurut Gawin menyatakan bahawa fungsi teori adalah teori membantu penyelidik

menganalisis data untuk membuat ringkasan atau sinopsis data dan perhubungan, serta

mencadangkan perkara baharu untuk dicuba. Dalam bidang kesusasteraan pendekatan

penyelidikan yang lazim digunakan ialah pendekatan kualitatif. Teori berperanan

memandu sesuatu penyelidikan yang akan dijalankan bagi seseorang pengarang.

Justeru itu, pengarang akan menggunakan rumus-rumus atau prinsip-prinsip sesebuah

teori yang dipilih untuk menerangkan fenomena yang ada.

Memahami dan menguasai teori-teori Barat atau Malaysia adalah satu

kemestian bagi seseorang pengkritik atau pengkaji yang berhasrat untuk melakukan

sesuatu kritikan atau kajian sastera bagi karya-karya yang dipilih. Persoalannya, berapa

banyak teori yang perlu difahami dan dikuasai oleh pengkaji?. Namun, sekiranya

seseorang pengkritik dapat menyediakan pengetahuan tentang latar teori dan bidang

ilmu kritikan sangat bermanfaat. Kemudiaan dapat pula memahami dan menguasai

dengan baik dua atau tiga teori dari segi definisi dan ciri-ciri sesebuah teori.

13
Setiap pengkaji atau pengkritik perlulah mengetahui ciri-ciri sesebuah teori

yang baik mahupun tidak sewaktu menggunakannya. Antara ciri-ciri tersebut adalah

semua teori adalah abstraksi tentang sesuatu. Oleh itu teori adalah bersifat terhad dalam

penggunaannya. Selain itu, sesebuah teori adalah pembinaan ciptaan oleh manusia

secara individu kerana setiap pemikiran manusia adalah berbeza-beza. Maka dengan itu

ia adalah relative dalam erti kata ia bergantung kepada perspektif pencipta teori, sifat

dan aspek perkara yang diperhatikannya serta keadaan mengikat lain seperti masa,

tempat dan persekitaran sekeliling. Penciptaan sesebuah teori sama ada melalui

pengalaman pengarang mahupun kemahuan kerana mendapati adanya kesilapan dalam

pengkaryaan atau menghasilkan sesuatu teori yang boleh digunakanpakai oleh semua

pengkritik. Jelas bahawa, sesebuah teori itu bersifat abstraksi dan merupakan

penciptaan secara individu tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Di samping itu, ciri sesebuah teori dapat dilihat apabila teori itu memberikan

pemahaman yang mudah dan menjelaskan sama ada terdapat hubungan antara masalah

antara satu sama lain atau juga boleh menyiasat untuk melihat kesannya terhadap

pengkritik dan karya. Ini kerana, penggunaan teori yang baik bagi tujuan kritikan

sastera dan pada akhir penyelidikan akan mendapat penjelasan yang baik daripada

permsalahan yang didapatinya. Ciri seterusnya ialah teori menggalakkan penemuan

baharu iaitu sesebuah teori harus merangsang inovasi baharu dan mendedahkan

kawasan baharu untuk seseorang pengkritik menyiasatnya. Penggunaan sesebuah teori

akan menunjukkan hasil yang baharu kepada pengkaryaan-pengkaryaan yang lain.

Sebagai contoh, teori Teksdealisme yang dihasilkan oleh Mana Sikana yang bertujuan

bagi menunjukkan keunggulan bagi sesebuah karya yang dikaji. Terdapat 4 prinsip

yang digunakan bagi mengetahui sama ada ia dikira sebagai teks yang unggul mahupun

tidak. Ini menunjukkan adanya inovasi baharu dalam sesebuah teori.


14
Lain daripada itu, ciri sesebuah teori iaitu mesti menyediakan cara untuk

membuktikan kebenaran iaitu teori mampu membuktikan terhadap fenomena sosial

yang masih menjadi perdebatan atau persoalan bagi masyarakat. Jadi seseorang

penyelidik perlu buktikan andaian atau hipotesis itu benar atau salah dengan

menggunakan teori-teori sastera. Seterusnya, sesebuah teori mesti ada tanda fakta

pemerhatian yang ada kaitan dengan masalah, Teori tersebut mesti dapat memberikan

isyarat ‘mengapa’ tanda-tanda yang sedang siasat.

Ciri-ciri sesebuah teori yang terakhir adalah teori mesti konsisten dengan fakta

yang diperhatikan dan dengan rangka kerja pengetahuan sedia ada. Justeru itu, mencari

teori yang boleh menawarkan cara yang paling mungkin atau paling berkesan bagi

menandakan fakta yang telah dikumpulkan. Oleh itu, asas teori yang baik juga dapat

dilihat daripada ketekalan data yang dikemukakan. Penggunaan teori bergantung

kepada apa yang mahu dikaji dan perlu menunjukkan fakta-fakta yang diperolehi

berkait dengan teori yang digunakan. Kecukupan data yang didapati dan dikumpul

dapat membuktikan kehebatan penggunaan teori berkenaan.

Secara keseluruhannya, ciri-ciri sesebuah teori adalah sangat penting supaya

dapat membuat pemilihan teori yang baik dalam penyelidikan. Di antara satu teori

dengan teori yang lain adalah tidak sama kerana fenomena yang ditanggapinya berbeza.

Namun, setiap teori itu saling berkaitan di antara satu sama lain. Di Malaysia terdapat

beberapa teori yang berjaya dihasilkan oleh para sasterawan negara contohnya seperti

teori Pengkaedahan Melayu, teori Takmilah, teori Teksdealisme, teori Pemikiran

Bersepadua 4L, teori Persuratan Baru, teori Rasa-Fenomenologi, teori Konseptual Kata

Kunci dan teori Estetika Bersepadu. Oleh itu, kesemua teori ini harus dianggkat

martabat penggunaannya agar dikenali di serantau negara.

15
5.3 Menganalisis kepentingan teori dalam kesusasteraan.

Menurut Abdul Halim Ali dalam bukunya Inti Sari Teori Sastera, teori sastera dapat

disebut sebagai bidang ilmu yang meneliti sifat-sifat yang terdapat dalam teks

kesusasteraan yang berkaitan dengan teori itu sendiri. Mana Sikana (1998) pula

menjelaskan bahawa teori sastera ialah satu bidang yang berkaitan dengan pemahaman

tentang definisi, hakikat, konsep, prinsip dan sebagainya.

Sebelum memahami teori sastera, seeloknya makna teori itu difahami terlebih

dahulu. Teori berasal daripada perkataan Yunani iaitu therio yang membawa maksud

pemandangan. Definisi ini membayangkan bahawa teori berasaskan kepada konsepsi

seseorang yang kemudiannya mengemukakan dalam bentuk suatu pandangan. Menurut

Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), teori bermaksud pendapat yang sifatnya tidak

dapat dibuktikan dengan kukuh dan dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara.

Teori merupakan gagasan idea atau konsep yang membentuk suatu tanggapan bagi

memahami dan menjelaskan sesuatu fenomena berasaskan aturan yang sistematik.

Walau bagaimanapun, definisi teori adalah berbeza-beza berdasarkan pandangan yang

berbeza-beza dalam kalangan ahli teori.

Antara kepentingan teori dalam kesusasteraan ialah teori berperanan sebagai

gagasan idea bagi memahami fenomena-fenomena kesusasteraan. Gagasan idea ialah

gugusan beberapa buah idea awal yang membina konsepsi penteori. Gagasan ini

diterangkan secara kronologikal, satu persatu dan mempunyai hubungan yang berkaitan

antara idea pertama dengan idea berikutnya sehingga memperlihatkan idea yang padu.

Bukan itu sahaja, ia juga dapat memperincikan hubungan-hubungan yang dapat dilihat

berdasarkan fenomena yang wujud. Dengan kata lain, daripada hubungan-hubungan

yang dilihat, pengkaji akan membuat rumusan dan daripada rumusan itulah dibinanya

16
teori. Sebagai contoh, sesebuah karya itu menunjukkan fenomena-fenomena

didaktisme, etika dan kebaikan dan keseronokan. Sekiranya fenomena-fenomena

tersebut digabungkan dan dihubungkan, maka akan terbangunlah sebuah teori

kesusasteraan iaitu teori moral.

Bukan itu sahaja, teori juga penting bagi memandu penyelidikan atau kajian.

Sesebuah teori yang dicetuskan boleh digunakan untuk melakukan sesuatu pengkajian

dan penelitian dalam sesuatu bidang ilmu. Pendekatan penyelidikan seperti ini dikenali

sebagai pendekatan deduktif. Penyelidikan yang berasaskan pendekatan deduktif

memerlukan seseorang pengkaji memahami dengan jelas dan mendalam sesebuah teori

yang akan digunakan dalam penyelidikannya, Sekiranya pendekatan ini diambil, maka

sudah pasti teori amat diperlukan untuk memandu pengkaji menginterpretasi fenomena-

fenomena yang ingin dikaji.

Antara contoh teori yang terdapat dalam kesusasteraan ialah teori strukturalisme,

fenomenologi, semiotik, formalisme dan sebagainya. Teori-teori ini boleh dijadikan

landasan untuk para pengkaji memahami fenomena yang terdapat dalam sesebuah

karya. Contohnya, seorang pengkaji ingin memahami dengan lebih mendalam

mengenai fenomena lambang dan perlambangan dalam sesebuah karya. Oleh itu,

pengkaji perlu memahami dengan jelas teori yang berkait dengan lambang dan

perlambangan, iaitu seperti teori Semiotik atau teori Stilistik. Prinsip-prinsip teori

Semiotik akan dijadikan landasan bagi pengkaji untuk memahami fenomena lambang

dalam sesebuah karya. Teori tersebut berperanan sebagai ‘lampu suluh’ yang memandu

pengkaji mengesan unsur-unsur lambang dan perlambangan dan kemudiannya

membuat rumusan atau penjelasan terhadap fenomena tersebut. Teori Semiotik yang

digunakan berperanan sebagai satu pengesahan terhadap data yang dikaji.

17
Kepentingan teori yang seterusnya ialah teori juga membantu dalam

perkembangan ilmu baharu. Sebuah teori yang wujud atau pun yang telah dihasilkan

mampu melahirkan teori-teori yang lain. Sebagai contoh, teori psikoanalisis yang

diasaskan oleh Sigmund Freud. Teori psikoanalisis merupakan teori yang berkaitan

dengan sistem psikologi manusia. Menurut Norazimah (2014) pula, psikoanalisis

merupakan satu sistem psikologi yang dipelopori oleh Sigmund Freud. Teori ini

merupakan satu teori personaliti dan juga satu kaedah terapi. Freud percaya bahawa

fenomena bawah sedar mempunyai pengaruh yang besar bagi mempengaruhi tindak

tanduk dan cara berfikir seseorang.

Walaupun pemikiran Freud sangat berpengaruh dalam perkembangan teori

psikoanalisis, namun tidak semua pendapatnya diterima. Maka wujudlah teori-teori lain

yang diperluaskan oleh anak-anak muridnya. Sebagai contoh, teori psikologi analitikal

yang dicetuskan oleh Carl Jung masih berkaitan dengan idea Freud tapi diperluaskan

dengan cara yang berbeza. Selain itu, Northrop Frye telah mengambil beberapa idea

Jung dan mengembangkan teori Psikologi Arketipal pada pertengahan tahun 1950.

Harold Bloom juga meruapakan antara anak murid Frued yang mendokong teori

psikoanalisis namun membawa aliran yang berbeza. Hal ini jelas menunjukkan bahawa

kritikan yang dilakukan mampu mengembangkan dan mewujudkan satu teori baharu.

Sesebuah teori yang wujud akan mempunyai perubahan atau penambahan yang secara

tidak langsungnya mampu mewujudkan teori-teori baru.

Kepentingan teori yang terakhir ialah, teori juga boleh diterapkan dalam kritikan

sebagai teori kritikan. Kritikan dalam bahasa Yunani ialah krinein yang membawa

maksud menghakimi, membanding dan mengimbang. Kritikan sastera pula ialah

aktiviti melakukan penilaian, penafsiran, penganalisisan dan hukuman terhadap teks.

18
Bagi mengkritik sebuah karya sastera, pemilihan teori dan pendekatan yang

sesuai amat penting supaya penilaian dan hasil yang ingin diketengahkan menepati

kriteria-kriteria yang menjadi dasar teori berkenaan. Sebuah kritikan dapat dijayakan

dengan peranan kritikan seperti teori-teori sastera atau teori daripada disiplin ilmu lain.

Dalam mengkritik sebuah karya, pengkritik boleh menggunakan teori strukturalisme.

Teori ini telah berkembang luas pada 1960-an dan telah diasaskan oleh Ferdinand De

Saussure. Secara umumnya, teori ini merupakan satu percubaan yang dilakukan untuk

menerapkan teori linguistik kepada objek-objek lain selain bahasa. Maka, dalam sastera,

teori ini akan meneliti dan menitikberatkan perkara-perkara dalaman yang membentuk

sesebuah teks seperti tema, plot, perwatakan dan latar. Menurut Mana Sikana lagi,

struktur ini amat biasa bagi genre novel, cerpen dan novel.

Terdapat enam prinsip teori strukturalisme yang boleh digunakan dalam

mengkritik karya sastera iaitu keseluruhan (wholeness), perkaitan (relationship),

regulasi diri (self-regulation), tranformasi (transformation) dan analisis sinkronik

(syncronize analysis) dan desentralisasi perkara (decentralization). Prinsip-prinsip ini

menjadi asas untuk memahami dan menganalisis sebuah teks dan seterusnya mengkritik

teks tersebut. Analisis yang dilakukan perlulah dibuat secara berkait dan tidak boleh

dipisahkan. Sebagai contoh, struktur tema telah dipilih sebagai asas kritikan, maka

analisis perlu menunjukkan perkaitan tema dengan strktur lain dalam teks itu yang lebih

signifikan dengan tema yang dikaji. Oleh itu, jelaslah bahawa kepentingan teori yang

terakhir ialah teori merupakan aspek penting yang diperlukan dalam mengkritik

sesebuah teks karya sastera.

19
Secara keseluruhannya, teori memainkan peranan penting dalam bidang

kesusasteraan. Hal ini kerana teori merupakan gagasan idea yang dihubungkan dan

diperincikan sebelum terhasilnya sebuah teori sastera. Bukan itu sahaja, teori juga

penting bagi memandu kajian dan penyelidikan. Dalam penyelidikan, pengkaji akan

menggunakan teori sebagai landasan bagi memahami fenomena-fenomena dengan

lebih mendalam. Secara tidak langsungnya, para pengkaji memahami dan membuat

kajian menggunakan sebuah teori dengan lebih baik. Kepentingan teori yang seterusnya

ialah teori juga membantu dalam perkembangan ilmu dan teori baru. Hal ini dikatakan

demikian kerana sesebuah teori yang sedia ada mampu diinovasi dan dikembangkan

yang seterusnya dapat melahirkan teori-teori baru. Akhir sekali, teori juga penting

kerana ia boleh digunakan dalam mengkritik karya sastera. Kritikan ke atas karya

sastera boleh dilakukan dengan menggunakan teori-teori yang sesuai.

6.0 KESIMPULAN

Konklusinya, teori sastera merupakan satu bidang ilmu yang meneliti sifat-sifat yang terdapat

dalam sesebuah teks kesusasteraan yang berkaitan dengan teori itu sendiri. Tambahan lagi,

kajian asas dalam teori sastera adalah berkaitan idea, klasifikasi, piawaian sastera, termasuk

kritikan sastera dan teori yang diwujudkan oleh sasterawan serta kepentingannya dalam

sesebuah karya. Justeru itu, dalam amalan kritikan sastera pengarang perlulah memilih teori

sastera yang baik ialah teori yang bersifat aplikatif yang menyokong idea apabila berhadapan

dengan teks sastera dan boleh mendedahkan dinamiknya kepada perspektif baharu dan menjana

perdebatan antara pengkritik yang lain. Ini dapat menunjukkan bahawa perkaitan antara teori

sastera dan kritikan sastera sangat rapat dan penting kepada seseorang pengarang.

20
Oleh itu, jelaslah bahawa asas dalam teori adalah penting kerana ia melibatkan proses

dalam memberikan penerangan tentang sesebuah karya sastera. Namun begitu, terdapat

dakwaan yang benar berdasarkan definisi, ciri dan kepentingan asas dalam teori sastera yang

bercanggah antara satu sama lain secara semula jadi sekaligus menjadikan ia sukar untuk

difahami. Oleh itu, dalam situasi ini, penerangan terhadap objektif kajian yang dijalankan

adalah bertumpu kepada konsep dan paradigma bagi menjelaskan dakwaan tersebut

berdasarkan rujukan dan teori yang komprehensif. Kesimpulannya, setiap karya mempunyai

mesej dan tujuan dalam mendidik dan mengembangkan keperibadian para pembacanya selain

memberi impak kepada masyarakat dari segi elemen dan fungsi di dalam karya sastera tersebut.

21
RUJUKAN

Abdul Halim Ali. (2013). Asas Pembinaan Teori Sastera Oleh Sarjana Sastera Di Malaysia.
Jurnal Antarabangsa Persuratana Melayu (RUMPUN). International Journal of Malay
Letters. 1(1). 1-20.
https://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/96/65
Abdul Halim Ali. (2018). Inti Sari Teori Sastera Barat dan Malaysia. Shah Alam: NHA
EXCELL RESOURCES.
Ahmazin, (2008), Pengertian Teori dan Perananya,
https://ahmazrin.wordpress.com/2008/08/10/pengertian-teori-dan-peranannya/
Ali Ahmad. (1994). Pengantar pengajian kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Hashim Awang. (1988). Kritikan kesusateraan: Teori dan penulisan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
https://www.trglib.gov.my:8080/vital/access/services/Download/vital:1003/ATTA
CHMENT01?view=true
Ismaya Dwi Agustina, (2012), Pengertian Teori,
https://ismayadwiagustina.wordpress.com/2012/11/26/pengertian-teori/
Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mana Sikana. (1997). Teori Sastera dan Budaya dalam Kajian Akademik. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Mana Sikana. (1998). Teori dan pendektakan kritikan sastera moden. Shah Alam: Penerbitan
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Mana Sikana. (2005). Teori sastera kontemporari. Bangi: Pustaka Karya.
Norazimah Zakaria (2014). Psikoanalisis dalam hujan pagi. Jurnal Peradaban Melayu, 9, 120-
128. Dipetik daripada https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/1993
Sahlan Mohd Saman. (1997). Teori Sastera Islam: Satu Perbandingan Dalam Mana Sikana,
Teori Sastera dan Budaya Dalam Kajian Akademik Bangi. Terbitan Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Sugiatno Sakidin, (2015). Apakah teori itu, https://www.slideshare.net/giatno/apakah-teori-itu
Tengku Intan Marlina (2007). Teori semiotik Peirce dan Morris: satu pengenalan kaedah
analisis sastera. Jurnal Pengajian Melayu, 18, 157-181. Diambil daripada
file:///C:/Users/USER/Downloads/19606.pdf

22

Anda mungkin juga menyukai