Anda di halaman 1dari 13

MENANGGAPI KARYA SASTERA MODEN DAN TRADISI

Arba’ie bin Sujud, PhD


Jabatan Bahasa Melayu, FBMK.
arbaie@fbmk.upm.edu.my

Prawacana

Berpegang kepada hakikat bahawa proses penanggapan bukan sekadar sesuatu

yang lahir dari cetusan nurani sahaja. Namun yang lebih utama memerlukan keupayaan

menggunakan kebijaksanaan akal bagi membolehkan maklumat yang dipaparkan lebih

khusus sifatnya. Menangani teks sastera dalam konteks ilmiah memerlukan seseorang

itu melihat dari kerangka akademik yang memerlukan pembuktian diwujudkan secara

empirikal. Hal ini tentunya tidak hanya disandarkan secara olahan kosong tetapi menuntut

gagasan dan pandangan yang berautoriti. Kewajaran mewujudkan gagasan akademik

dalam menangani bahan atau teks sastera akan menjadikan kajian dan penelitian

terhadap data tersebut memiliki nilai tambah keilmiahan. Hakikat ini sebagaimana

ditegaskan oleh Susan R. Horton (2003), yang menjelaskan bahawa dalam menangani

teks sastera seseorang itu memerlukan ilmu bantu. Hal ini bagi menjadikan penelitian

terhadap teks yang dikaji lebih bernilai. Keupayaan menerapkan disiplin keilmuan secara

terancang dan sistematik dengan olahan bahasa yang gramatikal akan memudahkan

pemahaman pembaca.

Berhubung hal ini, pemahaman pembaca terhadap sesebuah karya sama ada

berbentuk prosa mahupun puisi akan dipengaruhi oleh penggunaan bahasa yang

merupakan wahana pengungkapan bagi seseorang pengarang. Pembaca akan mentafsir

lambang-lambang bahasa, penanda dan petanda bahasa yang digunakan oleh

pengarang dalam mengungkapkan pemikiran mereka. Lambang atau sistem tanda yang

1  
 
digunakan itu mempunyai makna sebagai mewakili atau saluran pengucapan pengarang.

Lantaran itu dalam usaha kita melakukan penanggapan terhadap sesuatu teks sastera

akan dikaitkan persoalan pemahaman. Bagi tujuan ini fahaman dikaitan dengan fikiran,

pengertian dan pendapat yang boleh dirincikan daripada dua pengertian, iaitu fahaman

menurut tafsiran sempit dan fahaman menurut tafsiran luas. Justeru, dalam konteks

menangani bahan atau teks sastera beberapa hal wajar diberikan pertimbangan.

Antaranya, persoalan tentang kedudukan sastera sebagai disiplin ilmu, skop dan

peluasan bidang kajian sastera, dan metodologi dalam mengendalikan kajian terhadap

teks atau bahan sastera.

Sastera sebagai Disiplin Ilmu

Tanggapan yang kurang adil sering dikaitkan dengan dunia sastera termasuk

juga mereka yang menceburkan diri dalam bidang ini. Dunia sastera seolah-olah

diletakkan dalam orbit yang tersendiri dari dunia nyata. Sesuatu yang menyedihkan

apabila ada pihak yang melabelkan mereka yang terlibat dalam bidang sastera adalah

’golongan kelas kedua’. Dalam konteks ini, rujukan dan kayu ukur adalah bidang sains

tulen. Namun dalam melakukan penentu ukur kewibawaannya sesuatu bidang keilmuan

itu, asasnya turut melibatkan sumbangan yang dapat dimanfaatkan oleh masyarakat

sejagat. Misalnya dalam genre sastera sama ada tradisional mahupun moden yaang

lebih banyak menyajikan penataran dalaman dengan melibatkan sensitiviti dan

pengasuhan nurani. Dengan demikian akan mewujudkan keseimbangan antara

pandangan zahir dan penghayatan mata hati berasaskan kerangka konsetual akademik.

Meneliti peluasan zon dunia sastera yang bermula dari tradisi lisan sehingga kini,

bidang sastera terus berkembang sejajar dengan perkembangan semasa.

2  
 
Perkembangan tersebut turut dipengaruhi oleh medium penyebarannya. Misalnya

melalui medium lisan masyarakat Melayu masih mampu untuk bersosialisasi dalam

komuniti yang diizinkan. Melalui tradisi lisan juga perkembangan dan penyebaran sastera

lisanya dapat dikesan walaupun dalam lingkungan masyarakat tertutup. Bahkan tradisi

lisan telah menjadikan mereka akrab dan sebati dengan kehidupan sehingga diterima

sebagai suatu evolusi komunikatif; sebagai medium penyebaran ilmu, wadah

perkongsian maklumat dan wahana penjanaan identiti masyarakat. Sebahagiannya

daripada perkara tersebut terungkap dan menjadi rakaman dalam karya sastera yang

pelbagai genre.

Apabila mengkaji dan meneliti sesebuah teks klasik pula, pengkaji merasakan

kewujudan cerita bukan semata-mata imaginasi pengarang, tetapi merupakan suatu realiti

yang mengkagumkan. Pembaca dapat mengesani maksud yang disampaikan

berdasarkan imej-imej atau simbol yang diungkapkan melalui unsur bahasa tertentu.

Namun, tidak semestinya makna kata yang terakam dalam sesebuah karya itu

membawa pengertian makna seperti yang dilihat. Akan wujud makna-makna simbolik di

sebalik kata-kata tertentu sehingga berhasil pula meningkatkan martabat dan nilai karya

itu sendiri. Hal ini demikian kerana setiap naskhah teks klasik ini mempunyai doktrin atau

falsafahnya yang tertentu. Segala persoalan, perwatakan serta plot penceritaan seperti

permulaan, klimaks dan peleraian struktur plot adalah berpegang kepada doktrin atau

falsafah teks tersebut. Dalam Sejarah Melayu misalnya, peristiwa peminangan Puteri

Gunung Ledang, yang berkehendakkan hantaran tujuh dulang hati nyamuk, tujuh

tempayan air mata dan semangkuk darah raja sebenarnya terungkapnya tafsiran yang

mendalam. Hati nyamuk, air mata dan darah merupakan simbolisme yang memerlukan

3  
 
penafsiran imejan untuk ditanggapi akan maksudnya. Dalam sastera juga terungkapnya

unsur akaliah, yang tersisipnya ilmu atau pemikiran.

Bagi Muhammad Haji Salleh (1999) pula, sesebuah karya Melayu klasik biasanya

dipenuhi dengan kesantunan sastera. Karya-karya ini selain membawa ilmu praktikal

yang dapat digunakan setiap hari, membawa juga pelajaran yang lebih mujarad tentang

keadilan, keamanan, persahabatan antara manusia dan negeri, bentuk takdir yang harus

dilalui manusia dalam hidupnya, balasan untuk sesuatu perbuatan, perlakuan kita dan

sebagainya. Sesuatu hasil sastera merupakan perutusan, amanat, serta lontaran idea

penulis untuk disampaikan, dikongsi atau direnungi bersama oleh khalayak pembacanya.

Lantaran itu persoalan pemikiran, mesej atau gagasan idea dalam sesebuah karya

sastera merupakan persoalan utama dan penting yang perlu difikirkan sebelum terhasil

atau terciptanya sesebuah karya kreatif imaginatif.

Skop dan Peluasan Bidang Kajian Sastera

Menanggapi karya sastera, perlu memahami asas dan pertimbangan tertentu. Untuk

maksud ini beberapa persoalan yang berkaitan dilontarkan sebagai rangsangan

pemikiran. Antaranya;

i. Apa yang ingin dikaji?

ii. Apa yang boleh dikaji?

iii. Mengapa ingin mengkaji?

iv. Mengapa perlunya kajian terhadap skop ini ?

v. Bagaimana mengkajianya?

4  
 
Soalan yang diajukan akan mengarah kepada usaha untuk menghasilkan tulisan

akademik. Misalnya jika anda membaca dua buah novel dari dua buah negara yang

berbeza tetapi mempunyai persamaan persoalan yang dikemukakan tentu sesuatu yang

menarik untuk diteliti. Lantaran itu soalan (i) – (iii) di atas berkaitan dengan tajuk , skop /

batasan kajian, objektif kajian, kepentingan kajian dan persoalan kajian yang menjadi

asas serta tarikan untuk sesuatu kajian perlu dilakukan atau ruang cakupan mana yang

perlu diselidiki. Misalnya. Dengan membaca novel Harga sebuah Maruah karya Azizi

Haji Abdulllah, apa yang boleh ditulis mengenainya. Adakah perbincangan tersebut

sekadar berkisar kepada persoalan fomalistik yang berfokus kepada tema, persoalan,

watak dan perwatakan dan gaya bahasa. Jika demikian, perbincangan tersebut akan

kering. Namun, dengan dimensi persoalan dan skop penelitian tersebut diluaskan

persoalan asas sastera mampu diperkaya dengan membina skop dan perbincangan

yang lebih mencabar kematangan berfikir.

Meneliti dan menangani karya sastera juga sewajarnya memahami dan

mengetahui cara dan bagaimana kajian tersebut dilakukan. Ha ini demikian bagi

membolehkan kajian yang dilakukan tersebut bersifat akademik, ilmiah, dan terhindar

daripada unsur emotif dan non rasional. Bagi tujuan ini, perlunya untuk kita

menyediakan kerangka konseptual atau acuan yang menjadi primis penulisan. Untuk

maksud ini, kita perlu melakukan rujukan, membina rangka konsep supaya perbincangan

tersebut terarah pada paksi yang ditetapkan. Di samping itu, penetapan terhadap aspek

teori atau pendekatan akan berkaitan dengan skop dan peluasan skop perbincangan.

Misalnya, jika penelitian berkaitan dengan persoalan bahasa, fokus perbincangan

berkaitan dengan pendekatan stilistik jika berkaitan dengan watak dan perwatakan

hubungan langsung dengan teori psikologi. Bagi tujuan analisis kajian, peneliti wajar

memahami bahawa mereka menangani teks sastera. Hal ini bermakna fokus kajian dan

5  
 
perbincangan akan menjurus kepada persoalan dalam teks terlebih awal. Hal-hal yang

berada di luar teks sekiranya tidak berkaitan, tidak wajar untuk dibincangkan.

Metodologi dalam Kajian Sastera

i. Analisis Teks

Dalam menangani teks sastera, lazimnya pengkaji menganalisis data menggunakan

analisis teks. Dalam hal ini, maklumat atau kandungan dalam teks sastera sama ada

prosa mahupun puisi akan dianalisis berdasarkan topik perbincangan dan menggunakan

teori atau kaedah tertentu. Dalam hal ini antara yang lazim dibicarakan menyentuh isu

atau fenomena yang terdapat dalam karya yang ditangani. Misalnya persoalan tentang

“Refleksi Diri Melayu dalam Sastera” . Analisis tersebut dipaparkan dalam contoh

contoh analisis di bawah.

Contoh Analisis :

Hubungan antara sastera dan masyarakat sangat erat. Keeratan hubungan itu

bersandarkan premis bahawa sesuatu karya kreatif imaginatif tidak dihasilkan dalam

kekosongan (in vacuo). Sebaliknya, mempunyai asas dan dorongan tertentu dengan

menggunakan sumber-sumber yang terdapat di persekitaran sama ada bersifat

persoalan, isu-isu ataupun fenomena tertentu yang dipindahkan dalam bentuk karya

kreatif imaginatif. Dalam hubungan ini, walaupun kehidupan masyarakat dijadikan bahan

berkarya, namun bahan tersebut telah dipilih dan disaring serta diberikan tanggapan

sendiri oleh penulisnya. Tindak balas dengan alam dan persekitaran membantu

pengarang memahami sosial milieu masyarakatnya.

Oleh itu, terciptanya sesebuah karya bukan semata-mata hasil yang dicetuskan

oleh seorang pengarang sahaja tetapi dipengaruhi oleh pelbagai sumber yang berkaitan

6  
 
dengan persekitaran mereka. Melalui sumber dipersekitaran, pengarang berupaya

memanipulasi sumber yang ada di lingkungan kehidupan mereka. Segala bentuk

fenomena yang berlaku dalam lingkungan sesebuah masyarakat telah merangsang daya

kreativiti untuk menterjemahkan pemikiran. Namun begitu, semasa berkarya pengarang

masih terikat dengan ruang dan waktu. Di samping itu mereka mempunyai

tanggungjawab terhadap masyarakatnya. Lantaran itu, dapat ditemukan mesej-mesej

sama ada dalam bentuk peringatan, nasihat atau panduan kepada khalayak pembaca

dalam sesebuah karya sastera. Dalam konteks ini, isu-isu masyarakat yang menyentuh

sensitiviti mereka dipilih dan dijadikan sebagai idea sebelum mengolahnya dalam bentuk

karya kreatif yang meliputi persoalan masyarakat dan kemasyarakatan berhubung

dengan aspek sosiobudaya, sosiopolitik dan sosioekonomi.

Jika pun ingin menegur, teguran itu biarlah berhemah. Hal ini kerana bangsa

Melayu kaya dengan budi bahasa dan kehalusan yang menggambarkan keperibadian

orang Melayu dengan merujuk kepada bahasanya seperti dalam petikan berikut ;

”Kalau hendak tahu Melayu berbangsa, tengok ia berbahasa”


” Kalau hendak tahu Melayu bertuah, tengok caranya menggoyang lidah”
”Jika hendak tahu Melayu beradat, dengar cakapnya tengok tabiat”

(Syarahan Raja Ali Haji 2008:56)

Begitu pula jika hal yang berkaitan dengan bahasa diremehkan, ada peringatan yang

perlu difahami. Jika maksud itu diterima dengan jelas, ternyata mampu memberi kesan

emotif kepada khalayak seperti dalam petikan di bawah :

”Apabila bahasa bercampur aduk, bahasa sendiri akan terpuruk”


”Apabila bahasa ditukar ganti, hilanglah makna habislah budi”
Apabila bahasa ditukar-tukar, bagaikan kayu kehilangan akar
”Apabila bahasa bercampur-campur, tuah lesap maruahpun luntur”
”Apabila bahasa berkacau bilau, niat yang baik jadi meracau”

(Syarahan Raja Ali Haji 2008:51)

7  
 
Dalam memperingatkan sesuatu juga, ada tatasusila dan pesanan yang perlu direnung

tafsir apatah lagi jika melibatkan percakapan. Hal ini kerana jika tidak berhati-hati dalam

pertuturan boleh memberi musibah bukan sahaja kepada diri tetapi juga kepada orang

lain termasuk juga keperibadian seluruhnya. Hal ini diperingatkan melalui ulangan frasa ’

Apabila lidah tidak..’ yang diungkapkan dalam petikan di bawah;

”Apabila lidah tidak dijaga, sama sekaum akan berlaga


”Apabila lidah tidak disimpai, alamat hidup bercerai berai
”Apabila lidah tidak dipelihara, alamat bercerai sanak saudara”
”Apabila lidah tidak dilatih, alamat timbul silang silisih”
”Apabila lidah tidak dikekang, alamat berseteru pagi dan petang”

(Syarahan Raja Ali Haji 2008:35)

Dalam menjelmakan pemikiran atau idea, seseorang penulis atau penghasil

sesebuah karya kreatif imaginatif akan berusaha menggabungkan dan memadatkan daya

rasa (sensori) atau sensitiviti mereka. Mereka sedapat mungkin akan menyuntik

perasaan khalayak melalui olahan dan fenomena yang diungkapkan sehingga menjadikan

sesuatu karya sastera berhasil meninggalkan kesan perasaan kepada khalayak

pembaca. Kesan perasaan yang lahir seperti simpati, benci, marah atau geram bersifat

langsung mahupun tidak.

Selain itu, aspek pemikiran yang dicubabawakan dalam karya kreatif juga

bersifat tersurat dan tersirat. Pembaca dapat mengesani maksud yang disampaikan

berdasarkan imej-imej atau simbol yang diungkapkan melalui unsur bahasa tertentu.

Namun, tidak semestinya makna kata yang terakam dalam sesebuah karya itu

membawa pengertian makna seperti yang dilihat. Akan wujud makna-makna simbolik di

sebalik kata-kata tertentu sehingga berhasil pula meningkatkan martabat dan nilai karya

8  
 
itu sendiri. Dengan mengambil contoh peristiwa peminangan Puteri Gunung Ledang

yang berkehendakkan hantaran tujuh dulang hati nyamuk, tujuh tempayan air mata dan

semangkuk darah raja sebenarnya terungkapnya tafsiran yang mendalam. Hati nyamuk,

air mata dan darah merupakan simbolisme yang memerlukan penafsiran imejan untuk

ditanggapi akan maksudnya.

Dalam hal ini, sesebuah karya sastera juga merupakan menifestasi penulisnya.

Fenomena dan persoalan-persoalan yang dipaparkan dalam karya sastera merupakan

realiti kehidupan masyarakatnya. Penulis sebagai pelakar yang merakamkan

fenomena di sekitarnya untuk dikongsi bersama khalayak pembacanya. Lantaran itu,

ungkapan “sastera sebagai cerminan masyarakat” merupakan refleksi kehidupan

sebenar manusia atau fenomena sekitarnya yang diterjemahkan secara halus dan

berhemah oleh penulisnya. Unsur kreativiti yang diadun secara imaginasi disatujadikan

untuk menimbulkan kesan langsung kepada khalayak sasarananya. Justeru, dalam

menjelmakan pemikiran atau idea, seseorang penulis berusaha menggabungkan dan

memadatkan daya rasa atau sensitiviti dengan menyuntik perasaan sehingga dapat

meninggalkan kesan perasaan kepada khalayaknya seperti rasa simpati, benci, marah

mahupun geram.

ii. Kaedah Lapangan

Kaedah demikian juga turut digunakan dalam mengkaji sastera. Kaedah lapangan

memerlukan pengkaji menggunakan borang soal selidik, temubual dan pemerhatian untuk

mendapatkan maklumat yang berkaitan. Misalnya dalam kajian dilakukan terhadap

Pembentuka Emosi Kanak-Kanak Melalui Bahan Bacaan” pengkaji menggunakan

seramai 240 kanak-kanak yang dipilih secara rawak dari pelbagai negeri dijadikan sampel

9  
 
kajian. Secara terperincinya 30 orang kanak-kanak dari negeri Selangor, Melaka, Perak,

Kelantan, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur dan Putrajaya dijadikan sampel kajian. Data

yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik dan dipersembahkan melalui graf, carta

atau jadual seperti di bawah.

30
25
20
15 P embalas an  S i  A nak
G agak
10 A nak  Itik  Iri  Hati
5
0 S impati  A nak  Monyet
M or

tra r
L u ak
K u S ar h
K e ra k

Sa n

ya
a

P u pu
ba
a
ak
ng

al a w
nt

ja
Pe

m
el
la

la
Se

a  

Rajah  2:  Cerita  Binatang  Yang  Digemari  oleh  Kanak-­‐kanak  

Rajah di atas menunjukkan cerita Pembalasan Si Anak Gagak, Anak Itik Iri Hati

dan Simpati Anak Monyet mendapat sambutan kanak-kanak berbanding dengan cerita

binatang yang lain. Berdasarkan analisis di Selangor, Melaka, Perak, Kelantan, Sabah,

Sarawak, Kuala Lumpur, Putrajaya lebih 80% kanak-kanak memiliki cerita binatang. Jika

ditinjau dari sejarah perkembangan cerita kanak-kanak juga menunjukkan bahawa cerita

binatang adalah antara cerita kanak-kanak tertua dan digemari sejak dari zaman ke

zaman.

Rumusan  dan  Kesimpulan  

  Meneliti dan menangai teks sastera memerlukan fokus dan pertimbangan

akademik. Peneliti dan pengkaji perlu memahami perkara yang akan dibincangkan dan

10  
 
bagaimana untuk membincangkannya. Dengan menetapkan sesuatu perbincangan akan

memperkaya bidang keilmuan. Sesebuah karya atau teks sastera adalah sesuatu

khazanah ilmu yang kaya jika kita mampu menyelongkarnya. Hal ini demikian sesebuah

karya sastera yang dipilih atau diciptakan bukan sekadar ciptaan kosong yang dangkal

tetapi sewajarnya dapat memberikan pengertian dan makna kepada pembaca. Bagi

Mohammad Mokhtar Hassan (1995:1), ini tentu sahaja boleh berlaku kerana seorang

pengarang berkemampuan untuk memperoleh idea yang luar biasa atau genius.

Kebolehan yang luar biasa itulah yang mampu dilakukan oleh pengarang atau penyair

berbanding dengan manusia biasa untuk menghasilkan karya-karya yang dapat

mengajak masyarakat untuk memahami dan merenungi dengan mata fikirnya.

Berkaitan dengan fungsi dan peranan yang wajar dipikul oleh seseorang penulis,

Sasterawan Negara Dato’ A. Samad Said mempunyai pendirian tertentu. Menurut beliau

(2006), penulis adalah pemikir, pemerhati, perenung dan tukang sibuk untuk

masyarakatnya. Penulis bukan penghayal tetapi penafsir. Penulis apabila menulis,

sememangnya terdorong oleh keinginan untuk menulis dari dalam dirinya. Penulis yang

memahami dunia penulisan akan menulis dengan jiwa dan roh. Kerja menulis itu cukup

sulit tetapi menggembirakan bagi mereka yang tahu. Lantaran itu, peranan dan

tanggungjawab penulis bukan hanya untuk menghasilkan tulisan sahaja tetapi mereka

juga berperanan dalam mengungkapkan hal-hal yang meyangkut tentang

masyarakatnya. Bagi pengkaji pula dalam menangai teks sastera mereka juga perlu

memamahi tanggungjawabnya sebagai pengkritik dan pengkaji sastera.

11  
 
BIBLIOGRAFI

Harun Mat Piah et.al 2006. Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Mohamad Mokhtar Hassan. 1995. Sosiologi Sastera. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti
Malaya.

Nyoman Kutha Ratna. 2004. Penelitian Sastera :Teori Metode dan Teknik. Yogyakarta:
Pustaka Pelajar.

Sugihastuti. 2002. Teori dan Apresiasi Sastera. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.

Susan.R. Horton. 2003. Penulisan Cetusan Fikiran. Kuala Lumpur: Dewan .ahasa dan
Pustaka.

Terry Eagleton. 2006. Teori Sastera : Sebuah Pengantar Komprehensif. Yogyakarta:


Jalasutra.

12  
 
1. SLOT 1 ( 8.30-10.30am)
TAJUK " MENANGGAPI KARYA PROSA MODEN DAN TRADISI"

2. SLOT 2 (11.00-1.00pm)
TAJUK " TEKNIK DAN CARA PENULISAN ILMIAH"

3. SLOT 3 ( 2.30-4.00pm)
BENGKEL PENULISAN IPROSA DAN PUISI

4. SLOT 4 ( 4.00-5.00pm)
PENGUKUHAN DAN SOAL JAWAB.  

13  
 

Anda mungkin juga menyukai