Anda di halaman 1dari 28

TUGASAN / ASSIGNMENT (70%)

SEMESTER MEI 2020/ MAY 2020

KOD SUBJEK : MPU 3123

TAJUK SUBJEK : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

PERINGKAT : IJAZAH SARJANA MUDA

NAMA PELAJAR :

NOMBOR MATRIK :

PROGRAM : BECHELOR OF EDUCATION ( TEACHING MALAY


LANGUAGE IN PRIMARY SCHOOL ) WITH
HONOURS

FASILITATOR AKADEMIK :

PUSAT PEMBELAJARAN :

1
ISI KANDUNGAN
Bil Kandungan Mukasurat
.
1 Isi Kandungan 2
2 Biodata 3
3 Penghargaan 4
4 Soalan Pertama 5
5 Soalan Kedua 17
6 Rujukan 25
7 Lampiran 26

PENGHARGAAN

2
Dengan hati yang penuh syukur kepada Tuhan, kerana dengan izin-Nya saya
dapat menyiapkan kerja Tamadun Islam dan Tamadun Asia ( MPU 3123 ) ini dalam
jangka masa yang telah ditetapkan. Dalam proses menyiapkan kerja kursus ini, banyak
masalah dan dugaan telah saya hadapi. Walaupun demikian, dengan hati yang tabah
dan sabar serta galakan dan sokongan yang saya terima, akhirnya dapat juga saya
siapkan kerja ini.

Jutaan terima kasih ingin saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing saya,
__________ atas segala bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan bantuan yang telah beliau
berikan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran serta proses
menyempurnakan tugasan ini. Cara penyampaian dan pengajaran beliau yang menarik
dan teliti membolehkan saya faham tentang kursus ini yang saya hadiri.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan


kerana sudi memberikan kerjasama dan tunjuk ajar untuk menyempurnakan kerja
kursus saya ini.

Akhir sekali, saya berharap agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat
menambah ilmu pengetahuan saya serta memberi manfaat kepada diri saya sendiri
mahupun sekarang ataupun pada masa akan datang.

Sekian terima kasih.

3
Bahagian
A

Abstrak. Kertas ini merupakan satu usaha untuk meneroka dan mendedahkan
pencapaian masyarakat Melayu dalam bidang sains sebelum masyarakat Melayu
mengenal ilmu sains moden daripada Barat. Terdapat tiga pencapaian sains yang

4
diteliti iaitu pencapaian sains dalam bidang perubatan, matematik dan kimia (peleburan
logam). Perkembangan ketiga-tiga bidang ini banyak dipengaruhi oleh kepentingannya
dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu. Perkembangan ilmu sains Melayu juga
berlaku terutama apabila mereka memeluk agama Islam pada abad ke 7 masihi.
Bermula dari detik itu sebahagian tradisi keilmuan Melayu mengongsi tradisi keilmuan
dari umat Islam lain. Ilmu-ilmu ini kemudiannya diubahsuai dan diperbaiki oleh para
cerdik pandai tempatan untuk digunakan dalam kehidupan masyarakat Melayu.
Terdapat juga cerdik pandai tempatan ini yang menghasilkan ilmu-ilmu sains baru bagi
menyelesaikan permasalahan seharian masyarakat dari masa ke semasa.

1.0 PENDAHULUAN
Pengertian sains yang akan diguna pakai dalam melihat pencapaian sains masyarakat
Melayu adalah pengertian sains yang luas berasaskan kepada pengertian sains
sebagai ilmu pengetahuan atau singkatnya ilmu. Perkataan sains itu berasal daripada
science dalam bahasa Inggeris atau dalam bahasa Latin scientia, yang bermaksud
pengetahuan (Wan Fuad Wan Hassan, 1996). Pengertian pengetahuan di sini adalah
pengetahuan yang khusus atau mempunyai ciri-ciri, tanda-tanda dan syarat-syarat yang
khas. Sains lebih dikenal sebagai perbendaharaan ilmu (Wan Fuad Wan Hassan,
1996). Pengertian ini dipakai oleh Tamadun Islam dan Tamadun Barat sebelum
berlakunya revolusi sains Barat pada hari ini yang melihat sains itu dari kaca mata barat
yang amat jauh bezanya dengan pengertian sains yang asal. Sains moden hari ini juga
disebut sebagai sains barat (Wan Fuad Wan Hassan, 1996). Pengertian sains Melayu
yang digunakan untuk mengenalpasti sains Melayu ialah ilmu atau pengetahuan yang
mempunyai ciriciri, tanda-tanda dan syarat-syarat khas. Ia juga melibatkan
pengetahuan bersistem yang diperolehi daripada cerapan, kajian dan eksperimen.
Bagaimanapun cerapan, kajian dan eksperimen itu bukanlah sebagaimana yang kita
fahami hari ini sebaliknya cerapan, kajian dan eksperimen yang telah dilakukan melalui
pengalaman budaya Melayu. Dalam bidang perubatan misalnya masyarakat Melayu
juga melalui pengalaman selama ratusan tahun melakukan kajian dan eksperimen
sehingga mereka boleh menghasilkan pelbagai teknik dan pengetahuan pengubatan.

5
Dalam kertas ini sains Melayu di bahagikan kepada tiga iaitu sains perubatan Melayu,
ilmu Matematik dan kimia (peleburan logam).

2.0 PERUBATAN MELAYU


Masyarakat Melayu memiliki pengetahuan yang mendalam dalam usaha pemulihan
daripada sakit-demam dan keuzuran. Sebelum kedatangan pengubatan moden, orang
Melayu bergantung sepenuhnya kepada pengubatan tradisional Melayu ini. Apabila
pengubatan moden gagal mengubati keuzuran atau sakit yang dihidapi oleh orang
Melayu mereka akan kembali merujuk kepada pengubatan tradisional. Dengan kata
lain kebergantungan orang Melayu dengan warisan perubatan tradisional ini masih
lagi berlanjutan hingga ke hari ini.

2.1 Kitab atau Buku Perubatan Melayu

6
Beberapa kaedah merawat pesakit ada diterangkan dalam buku-buku perubatan
Melayu atau lebih dikenal sebagai kitab-kitab tib. Perkataan tib berasal dari bahasa
Arab yang bermaksud ubat, tukang ubat dan ilmu perubatan. Ada pelbagai kitab tib
yang digunakan oleh orang Melayu. Kandungan kitab-kitab ini merangkumi penerangan
mengenai penyakit-penyakit biasa seperti demam, batuk dan lelah. Selain itu kitab tib
menerangkan penyakit yang berpunca daripada rasukan hantu, syaitan dan jin yang
disertai dengan jampi mantera. Bentuk pengubatan dan rawatannya mengandungi doa-
doa, ayat al-Quran, hadis, tangkal dan azimat. Rajah dan kata-kata tertentu turut
disertakan.
Antara Kitab Tib yang terkenal ialah Taj-ul-Muluk, dan ada juga yang menamakannya
sebagai Kitab Mujarrabat Melayu (Mohd Taib Osman, 1988). Kitab tib ini mengandungi
500 muka surat yang berkaitan 147 perkara atau fasal. Terdapat fasal yang
menerangkan pengetahuan pengubatan, cara berhubung dengan ilmu sihir dan kaedah
atau ritual pengubatan.

3.0 MATEMATIK
Kepentingan matematik terjelma dalam sejarah perkembangan tamadun Melayu itu

7
sendiri. Kepulauan Melayu pernah menjadi pusat perdagangan yang utama di dunia.
Di sini berlakunya urusan perniagaan yang tentunya memerlukan kebolehan mengira
yang baik. Urusan perniagaan timbang-menimbang, sukat menyukat, tukar-menukar
mata wang, cukai, dan seumpamanya memerlukan pengiraan yang sistematik.
Di samping itu dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu banyak contoh yang
menunjukkan konsep pengiraan menjadi sebahagian daripada budaya mereka. Orang
Melayu terkenal sebagai ahli pertukangan yang mahir, terlibat dalam pembinaan masjid,
rumah kediaman, kapal layar dan perahu. Pelayaran juga menjadi perkara utama dalam
kehidupan mereka yang juga memerlukan kepakaran dalam bidang matematik.
Pencapaian orang Melayu dalam bidang matematik banyak dipelopori oleh tokoh-
tokoh agama yang menjadi guru atau ulama dalam institusi pendidikan yang dipanggil
pondok di Malaysia atau pesantren di Indonesia. Kebanyakan tokoh ini mendapatkan
ilmu tentang matematik melalui pengajian mereka di Asia Tengah. Apabila mereka
pulang ke tanah air, mereka mengembangkan ilmu ini dengan melakukan
penambahbaikan dan pembaharuan dengan menulis pelbagai kitab atau buku
berkaitan matematik. Buku-buku ini digunakan sebagai teks dalam pengajian tradisi.
Hingga kini tidak ramai yang sedar bahawa ramai ulama Melayu yang menulis
tentang matematik atau lebih dikenal sebagai ilmu hisab. Mereka menulis tentang
Hisab al-Hind, aljabar, geometri, logaritma dan falak. Perkembangan matematik
Melayu adalah satu cabang dari pada lanjutan perkembangan matematik Islam
tamadun Islam. Sebelum matematik barat diperkenalkan di rantau ini matematik
Islam telah mendahului dalam sistem pendidikan tradisinya. Antara cabang matematik
tersebut ilmu falaklah yang menjadi warisan terbesar yang ditinggalkan oleh penulis
Melayu silam (Mat Rofa Ismail, 1996).

3.1 Perahu Tradisional Melayu

8
Perahu tradisional Melayu
Orang-orang Melayu sememangnya telah terkenal sebagai pelaut yang handal. Ketika
berada puncak kegemilangan mereka, orang-orang Melayu telah sampai sehingga
kebanyakan pulau-pulau yang jauh sehinggakan seluruh kawasan ini dikenali sebagai
kepulauan Melayu. Malah leluhur orang-orang Melayu telah pun sampai sehingga ke
Kepulauan Polinesia dan belayar ke sebelah barat sehingga ke Pulau Madagasar dan
pantai barat Afrika. Sehingga hari ini keturunan mereka masih mendiami tempat-tempat
ini.
Malangnya semasa perperangan dunia kedua, kegiatan kapal selam yang membedil
kapal-kapal yang berlayar diperairan telah menyebabkan kemerosotan kegunaan kapal-
kapal kayu akibat tidak mampu diganti oleh pemiliknya. Seterusnya, pengenalan
penggangkutan yang menggunakan kapal-kapal dagang besar yang berenjin dan
sistem penggangkutan darat yang bertambah baik, mengakibatkan sistem perdagangan
menggunakan kapal-kapal kecil lumpuh. Hanya dibeberapa kawasan seperti di Aceh,
perahu-perahu traditional kayu masih kekal digunakan bagi penggangkutan barangan
perdagangan.

Negeri Terengganu merupakan salah sebuah negeri di Malaysia yang mempunyai


pelabuhan yang sibuk pada suatu masa. Malah dikatakan bahawa salah satu sebab
jalan keretapi tidak dibina melalui Terengganu kerana dibimbangi ia akan menggugat

9
perdagangan kapal layar yang menggangkut barang-barang pada masa itu. Sehingga
kini pembuatan bot kayu buatan tangan terkenal diseluruh dunia di Pulau Duyung,
Terengganu. Bagaimanapun, bot-bot Melayu ini kini lebih dikenali oleh orang-orang luar
berbanding orang-orang tempatan yang kurang berminat mempelajari warisan zaman-
berzaman ini.

3.2 Rumah Gadang / Minangkabau

Rumah Gadang / Minangkabau


Rumah gadang (bahasa Minangkabau: 'rumah besar') adalah rumah adat
Minangkabau. Gaya seni bina, pembinaan, hiasan bahagian dalam dan luar, dan fungsi
rumah mencerminkan kebudayaan dan nilai Minangkabau. Sebuah rumah gadang
berkhidmat sebagai sebuah tempat tinggal, sebuah dewan untuk mesyuarat keluarga,
dan untuk aktiviti-aktiviti upacara. Dengan masyarakat matrilineal Minangkabau, rumah
gadang dimiliki oleh para wanita pada keluarga yang tinggal di situ - kemilikan adalah
dikirimkan dari ibu ke anak perempuan.
Rumah-rumah ada struktur lengkung bumbung yang dramatis .Tingkap bidai telah
dibinakan ke dalam dinding dengan ukiran bunga dan banyak cat. Istilah rumah gadang
biasanya merujukkan pada rumah komunal yang lebih besar, tempat tinggal berpisahan
yang kecil mengongsikan banyak elemen-elemen gaya seni binanya.

10
Rumah gadang merupakan sebuah rumah panjang, segi empat tepat pada reka
bentuk, dengan berbagai tebeng layar dan rabung meluncur ke atas, hujung berbentuk
tanduk kerbau. Ia biasanya adalah unjuran tiga tingkat, setiapnya dengan berlainan
tingkat. Mereka adalah lebar dan diletak pada timbunan kayu yang dapat mencapai
setinggi 3 meter (10 kaki) dari tanah; kadangkala dengan serambi sepanjang bahagian
hadapan rumah yang digunakan sebagai sebuah kawasan penerimaan dan makan, dan
juga sebagai tempat tidur untuk para tetamu.
Rumah ini secara besar dibinakan dengan kayu. Bumbungnya ditutupi dengan atap
jerami dari gentian kelapa ijuk, bahan yang terkuat yang ada dan dikatakan kekal
selama seratus tahun.

4.0 KIMIA (PELEBURAN LOGAM)


Kemampuan orang Melayu dalam bidang kimia berkait rapat dengan keperluan untuk
menyediakan keperluan material bagi kegunaan harian dan juga sebagai symbol
kerajaan Kesultanan Melayu. Mereka ini memiliki kepandaian untuk melakukan
peleburan dengan menerima teknik peleburan dari generasi sebelumnya. Aktiviti ini
dikenal sebagai proses penciptaan logam hasil peleburan tembaga, besi, emas dan
perak. Pada zaman silam keperluan kepada bidang ini muncul sesuai dengan kehendak
sistem politik pada masa itu yang meletakkan barangan tertentu seperti periuk, dulang,
mangkuk, pinggan, cawan dan sebagainya yang diperbuat daripada logam bernilai
tinggi seperti emas atau perak yang juga sebagai simbol diraja dan kuasa (Mohd
Taib Osman, 1988). Selain itu keperluan untuk barangan perhiasan yang tinggi nilainya
seperti emas, perak dan permata menyumbang kepada kemahiran menghasilkan
cincin, gelang, rantai, mahkota dan lain-lain.
Barang-barang logam ini juga mendapat permintaan yang tinggi daripada masyarakat
yang menggunakannya untuk keperluan harian atau keperluan tradisi. Keperluan tradisi
yang penting sekali ialah alat mempertahankan diri seperti keris dan alat senjata
penting yang lain seperti tombak, pedang dan meriam.
Bagi keperluan domestik pula terdapat peralatan seperti periuk, dulang, tempat bara,
tempat sirih, bekas air mawar, kaki dian, ketur atau tempat ludah, ceper dan dulang

11
yang berkaki. Barangan tersebut penting dalam kehidupan harian juga upacara tertentu
seperti menyambut kelahiran, perkahwinan dan kematian.

4.1 Keris

KERIS
Keris ialah sejenis senjata pendek kebangsaan Melayu yang digunakan sejak lebih
daripada 600 tahun dahulu. Ia digunakan untuk mempertahankan diri dan sebagai alat
kebesaran diraja. Keris selalu dikaitkan dengan kesaktian dan keistimewaan luar biasa
dimana kononnya boleh membunuh dengan menikam bekas tapak kaki musuh
berkenaan.
Keris adalah salah satu artifak simbol dan identiti keagungan bangsa Melayu yang
mempunyai peranan dan fungsi yang istimewa dan unik dan tidak mudah pupus sejak
ia mula dicipta sehingga kini. Menurut seorang pengkaji barat, Edward Frey, keris
merupakan lambang budaya yang terpenting bagi masyarakat Melayu. (BeritaHarian, 4
Mei 1988). Secara umum, keris adalah sejenis senjata tajam yang digunakan sebagai
alat mempertahankan diri terutama dalam masyarakat Melayu pada zaman dahulu
(Shahrum Yub, 1966).
Menurut defini Kamus Dewan (1996) pula, keris ialah sejenis senjata bermata dua
yang tajam. Keistimewaan keris dari segi fungsi dan peranannya boleh dibahagikan
kepada dua, iaitu fungsi pada bentuk fizikal objek keris sendiri, dan fungsi
penggunaannya.

12
Berikut adalah peranan-peranan keris dalam budaya Melayu. Menurut teori
functionalism, penghasilan sesuatu budaya benda(termasuk keris) adalah berasaskan
kepada keperluan fungsi sesuatu budayabenda berkenaan. Pada dasarnya, bentuk
sesuatu budaya benda itu adalah jugadicipta berasaskan keperluan fungsinya (Norazit
Selat, 1989) Teori determinism pula mengatakan, setiap kewujudan atau penciptaan
adalah kerana sesuatu tujuan, sebab, atau hikmah tertentu. Kedua-dua teori ini saling
berintegrasi dan berkoordinasi serta sangat relavan untuk dijadikan asas untuk
membincangkan fungsi keris, sama ada dari segi bentuknya atau penggunaannya (Haji
Hashim,2004).

4.2 Dulang

Dulang

Dulang merupakan salah satu peralatan penting dalam menghidang dan sebagaimana
kelengkapan lain. Dulang juga mempunyai banyak jenis, sama ada yang diperbuat
daripada logam tahan lama, logam bersadur perak dan tembaga, plastik, kayu, kaca
atau anyaman rotan. Tidak cukup dengan itu, ia dihasilkan dalam pelbagai gaya dan
bentuk, tetapi lazimnya bulat, bujur dan segi empat tepat.

13
5.0 KESIMPULAN
Pencapaian masyarakat Melayu dalam bidang sains begitu menggalakkan sekali.
Pencapaian yang dikemukakan di atas terbatas kepada hasil-hasil kebudayaan
masyarakat Melayu tradisional. Masyarakat Melayu telah memiliki sistem perubatannya
sendiri yang hingga kini masih diterima oleh sebahagian besar masyarakat Melayu.
Sesuai dengan tahap kemodenan hari ini sebahagian besar ramuan ubatan tradisi ini
telah dibungkus dalam bentuk yang lebih menarik dan selamat. Ahli sains tempatan
pada masa ini misalnya telah membangunkan semula ubat-ubatan tradisional kepada
bentuk yang lebih moden, bersih dan terjamin keselamatannya.
Dalam bidang matematik, peranan para ulama silam amat penting dalam
perkembangan ilmu matematik dan astronomi dalam masyarakat Melayu. Walaupun
di kalangan masyarakat biasa sistem matematik menggunakan sistem yang mudah
tetapi telah berlaku beberapa perkembangan dalam pencapaian matematiknya hingga
memungkinkan beberapa tokoh matematik muncul di alam Melayu. Sumbangan
yang tidak dapat dinafikan ialah peranan institusi pendidikan di alam Melayu iaitu
pendidikan pondok, pesantren, madrasah, surau dan Jamiah (Universiti) dalam
melahirkan ahli matematik dan astronomi Melayu.
Semua pencapaian ini menjadi pemangkin kepada usaha Malaysia hari ini untuk
menuju negara maju sesuai dengan wawasan 2020. Ia menjadi bukti keupayaan
masyarakat Melayu dalam bidang sains kerana budaya sains telah pun mengakar sejak
zaman tradisional lagi. Tentunya konsepsi sains tradisional itu tidak menyamai konsepsi
sains moden hari ini kerana beberapa batasan dan kelemahan. Bagaimanapun ia
bukanlah menjadi satu bukti kelemahan sebaliknya ia menunjukkan walaupun
masyarakat Melayu ketika itu agak ketinggalan tetapi pencapaian mereka dalam bidang
sains tidaklah terlalu ketinggalan. Penting sekali kejayaan masyarakat Melayu tradisi
dalam bidang sains diwar-warkan kepada generasi hari ini untuk membina jatidiri dan
keyakinan tentang keupayaan mereka menguasai ilmu penting ini. Masyarakat Melayu
sebenarnya mengongsi kejayaan umat Islam lampau yang pernah menjadi pelopor
sains dunia kerana tamadun Islam yang pernah gemilang itu merupakan tamadun yang
dibina oleh semua penganut agama ini. Lantaran itu kejayaan pengusaan ilmu sains

14
bukanlah sesuatu yang mustahil sebagaimana dibuktikan hari ini melalui kejayaan
beberapa sarjana Melayu-Islam dalam pencapaian sains yang berada di Institusi
pengajian tinggi negara ini.

15
Bahagian
B

Laporan Lawatan Ke Melaka


Tarikh : 4 Jun 2017
Hari : Ahad

16
Waktu : 10.00 a.m.
Bilangan Ahli : 10 Orang
Tujuan : Melihat tentang kesan ketamadunan di Malaysia

Pada hari Rabu,16 Jun 2017,saya telah melawat ke tempat-tempat bersejarah di


Melaka.Seramai 10 orang ahli keluarga saya iaitu ibu, 3 orang kakak, 2 orang kakak
ipar, 3 orang anak saudara , seorang abang dan adik lelaki telah menemani saya dalam
lawatan tersebut.
Tujuan lawatan ini ialah agar saya dan ahli keluarga saya dapat melihat tentang
kesan ketamadunan di Negara kita ini. Selepas membeli tiket masuk, kami diberi
layanan yang sangat baik. Ada seorang pekerja memberikan penerangan tentang
sejarah Muzium Negara dan khazanah yang terdapat dalam muzium.

Muzium Negara

Kami telah diberitahu bahawa Muzium Negara telah ditubuhkan di atas tapak bekas
Muzium Selangor.Ia dibina oleh kerajaan British dan Selangor pada tahun 1898
berikutan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1896. Pada 10 Mac

17
1945, semasa Perang Dunia II, sayap kanan muzium telah dibom dan dimusnahkan
oleh pengebom Amerika B-29, dari Tentera Bersekutu.Koleksi muzium kemudian
berpindah ke Muzium Negeri Perak di Taiping.
Selepas Perang Dunia II, sayap kiri Muzium Selangor itu masih digunakan sebagai
tapak sejarah. Di ambang kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, Perdana Menteri
Tunku Abdul Rahman mendapat idea untuk membina sebuah muzium untuk
menempatkan khazanah sejarah dan budaya negara serta spesimen flora dan fauna.
Struktur muzium lama telah siap dirobohkan untuk memberi laluan kepada sebuah
muzium baru.
Pembinaan bermula pada tahun 1959 dan telah siap pada tahun 1963. Muzium
Negara telah dibuka secara rasmi pada 31 Ogos 1963 oleh Tuanku Syed Putra ibni
Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong ke-3. Pada 4 April 1996
bangunan ini telah diwartakan di bawah Akta Antikuiti 169/1976 sebagai monumen
purba dan tapak bersejarah.
Kami juga diberitahu bahawa reka bentuk muzium oleh arkitek Ho Kok Hoe telah
diilhamkan oleh seni bina istana diraja Melayu dan seni bina vernakular Melayu. Reka
bentuk yang diperbadankan keperluan untuk ruang pameran dan aktiviti. Mural mozek
besar yang mengandungi pintu masuk menggambarkan sejarah dan budaya negara ini.
Lantai bahagian tengah bangunan utama dihiasi dengan jubin khas yang adalah hadiah
daripada kerajaan Pakistan. Di samping itu, UNESCO memudahkan perundingan oleh
pakar-pakar muzium dari muzium lain di seluruh dunia.

18
Mural Mozek
Paparan dan pameran dalam fokus muzium sejarah tempatan, budaya dan tradisi,
seni dan kraf, aktiviti ekonomi, flora dan fauna tempatan, senjata dan mata wang.

Gambar 1

19
Kereta Lembu Tradisional

Gambar 2

20
Gambar 3
Muzium ini menempatkan pelbagai galeri, masing-masing dengan tema tersendiri.
Tingkat bawah mempamerkan sejarah geografi dan semulajadi Semenanjung Tanah
Melayu bermula dengan Zaman Batu, Zaman Gangsa dan Zaman Besi, kerajaan-
kerajaan Hindu-Buddha dengan kesultanan Islam Melaka. Purba negeri-negeri Melayu
Hindu-Buddha Gangga Negara, Srivijaya dan Majapahit dirujuk. Antara koleksi adalah
patung batu makara, Avalokiteshvara gangsa Bidor, model kuil Lembah Bujang di
Kedah, dan juga memaparkan warisan purba rantau ini seperti Yawan Borobudur dan
kapal Majapahit. Pameran ini meneruskan Kesultanan Islam Melaka kemudian dan
beberapa negeri di Malaysia. Paparan menunjukkan pentingnya kesultanan Melaka
untuk identiti kebangsaan Malaysia. Lantai kedua didedikasikan kepada sejarah
penjajahan yang membawa sepanjang jalan ke Kemerdekaan. Terdapat salinan
penutup kepala diraja raja-raja Melayu.

21
Avalokitesvara

penutup kepala diraja raja-raja Melayu

22
Yang menghiasi lantai Dewan Pusat ialah biru geometri bentuk jubin mozek yang
import dari Pakistan, dengan ukiran panel rumit pada siling dewan. Dewan Pusat
menempatkan pameran sementara. Pameran matik dan khas yang diadakan di dewan
ini pada jangka masa untuk menggalakkan kesedaran tentang budaya negara yang
pelbagai dan warisan. Pameran kecil yang lain juga akan diadakan sekali-sekala.

Lantai
Antara pameran yang diadakan di dewan ini pada satu ketika masa termasuk
'Tamadun Islam', 'Raja Kita', 'Dunia Bunga-Bungaan', 'Durian Raja Buah', 'Topeng dari
Sarawak', 'Dunia Mata Wang', 'Sempadan Islam China', 'Sempadan Amerika', dan
'Senibina Agama dari Belanda'.

Muzium Negara memberi penekanan yang kuat terhadap Dunia Melayu, dan
bahagian yang besar dikhaskan untuk penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu (UMNO), salah satu daripada pihak-pihak Barisan Nasional. Agak menariknya,
terdapat beberapa pameran dibuat atas penglibatan Persatuan Cina Malaya (MCA) dan

23
Kongres India Malaya (MIC), 3 pihak bekerja bersama-sama untuk mencapai
kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Pengisytiharan Kemerdekaan

Satu lagi tempat tarikan Muzium yang saya melawat sebelum pulang adalah istana
lama kayu Terengganu yang dikenali sebagai Istana Satu. Ia telah didirikan oleh Sultan
Zainal Abidin III, Sultan Terengganu pada tahun 1884 di perkarangan Kota Istana
Maziah, Kuala Terengganu. Bangunan ini adalah seni bina tradisional Melayu
Terengganu, dalam bentuk yang dipanggil "Rumah Tiang Dua Belas". Kayu yang
digunakan ialah kayu cengal. Istana Satu telah didirikan di perkarangan Muzium Negara
pada April 1974.

24
Istana Satu
Ketukangan Melayu kaya terbukti di seluruh istana, dari ukiran kayu rumit yang
menghiasi pintu dan tingkap. Istana dipulihkan dalam sebuah rumah kayu yang
menawan direka untuk kawasan tropika. Berdiri di atas tiang yang membolehkan udara
mengalir dengan baik di bawah bangunan itu, daun kelapa bumbung curam istana
menyumbang lagi untuk menjaga bahagian dalam rumah yang elok dan sejuk.

Kesimpulannya, pencapaian Tamadun Melayu dalam pelbagai bidang dulu dan kini
perlu kita hargai. Segala pencapaian dan khazana yang diwarisi perlu kita
mengingatinya,

Disediakan oleh, 6 Jun 2017

________________
Teo Yoke Chuan

25
Refleksi Kendiri
Terlebih dahulu, saya ingin mengucap syukur kepada Tuhan kerana saya dapat
menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang telah ditetapkan. Walaupun terdapat
kesukaran dan rintangan yang saya hadapi, syukur saya dapat mengatasinya atas
keizinan Tuhan.

Melalui lawatan ini, saya baru tahu bahawa ketamadunan Melayu di Negara
Malaysia begitu mengagumkan. Secara tidak langsung ia menjadi pengetahuan yang
baru untuk diri saya.

Walaupun lawatan ini hanya dengan ahli keluarga saya sendiri, tetapi kami telah
menunjukkan minat yang tinggi untuk mengenali sejarah-sejarah yang berlaku di
negara kita ini. Akan tetapi juga ada kekurangan berlaku kerana budak yang kecil tidak
erti apa yang dimaksudkan sejarah dan Tamadun, maka mereka hanya anggap Muzium
Negara tempat permainan sahaja.

Banyak pengalaman yang saya dapat sepanjang lawatan ini. Saya berharap agar
pengalaman ini dapat saya sebar kepada mereka yang memerlukannya tidak kira anak
murid mahupun orang dewasa.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu En.
Murali A/L Murugasen , Pensyarah subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia ( MPU-
3123) yang telah banyak memberi tunjuk ajar, panduan dan penjelasan yang amat
jelas kepada kami.

Akhir kata, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan
sepejuang saya dalam menyiapkan kerja kursus ini.

26
Rujukan

Abdul Razak bin Salleh. 2000. “Sukatan Dalam Budaya Melayu Sebelum Abad Ke-20”.
dalam Kesturi: (Jurnal Akademi Sains Islam Malaysia (ASAS). 10(1&2): 1-40.
Asmah Haji Omar. 1986. Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Abdul Rahman Ismail. 1985. Kewibawaan Mutlak Raja dan Ketaatsetiaan Mutlak
Rakyat Kepada Raja: Satu
A. Samad Ahmad. 1988. Warisan Perubatan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Aishah Haji Muhammad. 1998. Tabiat Makan, dalam Wan Hashim Wan The dan Ismail
Hamid (eds.). Nilai Budaya Masyarakat Desa; Kajian Etnografi di Wang Kelian, Perlis.
Jilid 1, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

27
LAMPIRAN

28

Anda mungkin juga menyukai