PENGENALAN
Dalam tempoh perintah kawalan pergerakan yang menyebabkan murid tidak ke
sekolah sejak pertengahan bulan Mei 2021 lagi dan bersambung dengan cuti sekolah
menyebabkan murid yang kurang memberikan komitmen dalam pembelajaran secara dalam
talian akan semakin kurang bermotivasi untuk belajar. Manakala bagi murid yang dapat
memberikan komitmen dalam talian pula, cuti sekolah dalam sebulan dan bersambung pula
dengan perintah kawalan pergerakan yang menyebabkan pembelajaran secara dalam talian
perlu dibajai dengan motivasi untuk mengekalkan komitmen belajar secara dalam talian. Oleh
itu program motivasi digiatkan kepada semua murid untuk meningkatkan lagi semangat
untuk menghadapi pembelajaran sebelum bermulanya sesi persekolahan. Selain itu Program
Berasaskan Pembelajaran di Rumah (Home Based Learning) juga akan dijalankan kepada
pelajar yang mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup Asas Masakan. Segala aktiviti
dijalankan di atas talian dan bahan disediakan oleh pihak sekolah untuk pelajar aplikasikan di
dalam PDPR di rumah nanti. Diharapkan program seumpama ini dapat memberikan manfaat
kepada murid khususnya murid berkeperluan khas (MBK) sepanjang berada di rumah ini.
2.0 MATLAMAT
Meningkatkan motivasi belajar murid untuk kembali ke sekolah agar tidak ketinggalan dan
berdikari walaupun belajar secara dalam talian di rumah masing –masing.
.
3.0 TARIKH/MASA/TEMPAT
Tarikh : Sepanjang PDPR dari 13 Jun hingga 16 Julai 2021
Tempat : Kediaman masing-masing
Masa : Ikut masa subjek berkenaan.
4.0 SASARAN
Semua murid tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5 yang mengambil mata pelajaran Kemahiran
Hidup Masakan.
5.0 OBJEKTIF
1) Membolehkan murid-murid PPKI mendapatkan pengalaman sebenar
memasak di rumah.
2) Memberi peluang kepada murid-murid menguruskan diri sendiri dalam
memilih bahan dan peralatan untuk membuat hasil masakan.
3) Membolehkan murid PPKI memantapkan kemahiran dalam bidang masakan.
4) Membolehkan murid-murid PPKI membentuk keyakinan diri dalam
kehidupan seharian mereka.
10.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar program yang dirancang ini akan dapat dilaksanakan
dan seterusnya mendatangkan manfaat kepada pelajar khasnya kepada pelajar
Pendidikan Khas Sekolah Menengah Seberang Perak. Selain dari memberikan
kelainan dalam corak pengajaran dan pembelajaran, program ini juga diharapkan
dapat membentuk keyakinan diri ketika mereka berada di luar yang semakin
mencabar. Semoga segala matlamat yang ingin dicapai mendapat keredhaan daripada
Allah s.w.t dan memperoleh keberkatan-Nya.
………………………………. ……………………………..
(Noor A’syikhin binti Osman)
Guru PPKI
Disahkan oleh,
…………………………………