Anda di halaman 1dari 7

MAJLIS IFTAR JAMAIE 2023

SEKOLAH KEBANGSAAN ABANG MOH,


SESSANG

KERTAS KERJA MAJLIS IFTAR JAMAIE


DAN KHATAM ALQURAN 2023

TARIKH :
17 APRIL 2023

HARI :
ISNIN

TEMPAT :
DEWAN MAKAN,
SK ABANG MOH,
SESSANG

ANJURAN BERSAMA :
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
PANITIA BAHASA ARAB
UNIT ASRAMA
MAJLIS IFTAR JAMAIE 2023

1.0 PENGENALAN
Bulan Ramadhan adalah anugerah agung dari Allah untuk umat islam seluruhnya
bagi menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikankan-
Nya. Amalan - amalan sunat seperti solat sunat tarawih, tadarus al-quran. tazkirah,
iftar jamaie, sedekah dan seumpamanya adalah amat digalakkan dilaksanakan
khususnya dalam bulan ramdhan.
Sabda Rasulullah SAW: “Wahai segenap manusia, telah datang kepada
kalian bulan yang agung penuh berkah bulan yang di dalamnya terdapat satu
malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan. Allah menjadikan puasa di
siang harinya sebagai kewajiban, dan qiyam di malam harinya sebagai
sunnah. Barangsiapa menunaikan ibadah yang difardhukan, maka pekerjaan
itu setara dengan orang mengerjakan 70 kewajiban. Ramadhan merupakan
bulan kesabaran dan balasan kesabaran adalah syurga. Ramadhan
merupakan bulan santunan, bulan yang di mana Allah melapangkan rezeki
setiap hambaNya. Barangsiapa yang memberikan hidangan berbuka puasa
bagi orang yang berpuasa, maka akan diampuni dosanya, dan dibebaskan
dari belenggu neraka, serta mendapatkan pahala setimpal dengan orang yang
berpuasa tanpa mengurangi pahala orang berpuasa tersebut.” (HR
Khuzaimah)
Bulan ramadan penuh keberkatan dan manfaat. Detik demi detik di bulan Suci
ini bagaikan rangkaian berlian yang sangat berharga bagi orang beriman kerana
semua perbuatan kita ketika berpuasa menjadi ibadah berpahala yang balasannya
langsung dari Allah SWT. Amal baik sekecil mana sekalipun akan dilipatgandakan
jika dilakukan dengan ikhlas.
Rentetan itu, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Jawatankuasa
Asrama Sekolah Kebangsaan Abang Moh telah merancang satu program iftar
Jamaie yang bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara warga sekolah dan
sekaligus meraikan anak-anak asrama. Diharapkan program ini dapat meraih
keredaan Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan akan mendapat ganjaran
pahala daripadaNya serta dapat memberikan penghayatan dan pengajaran dalam
menghayati ramadan.
MAJLIS IFTAR JAMAIE 2023

2.0 RASIONAL
Memberi galakan kepada murid – murid untuk terus berpuasa serta memberi ruang
dan peluang kepada warga SKAMS untuk melakukan amal jariah di dalam bulan
Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini serta mengeratkan silaturrahim dan
penyatuan hati di kalangan warga SKAMS.

3.0 MATLAMAT
1. Sebagai memenuhi keperluan umat islam yang ingin meraih seberapa banyak
pahala dan ganjaran,
2. Menyahut seruan Rasulullah SAW mengenai keutamaan memberi makan
orang yang sedang berpuasa untuk berbuka dan beramal sedekah bagi
mereka yang ingin berbuat demikian.
3. Mengeratkan hubungan silaturrahim dan penyatuan hati antara warga
SKAMS.

4.0 OBJEKTIF
1. Memberi ruang dan peluang kepada mereka yang ingin melakukan amal
jariah di dalam bulan Ramadan.
2. Merapatkan ukhwah antara warga Sekolah Kebangsaan Abang Moh
3. Memanfaatkan bulan Ramadan dengan menghidupkan malamnya dengan
menunaikan solat sunat tarawih.

5.0 SASARAN
1. Guru, Staf dan Exco PIBG SKAMS
2. Semua murid asrama.

6.0 PELAKSANAAN
Tarikh : 17 April 2023
Hari : Isnin
Tempat : Dewan Makan, Sk Abang Moh, Sessang

7.0 JAWATANKUASA PROGRAM


( Lihat lampiran A)
MAJLIS IFTAR JAMAIE 2023

8.0 TENTATIF PROGRAM


Hari/Tarikh Masa Aktiviti
4.30 ptg - Ketibaan para guru, staf skolah dan murid
5.15 ptg - Majlis Khatam Alquran bermula
- Ucapan Guru Besar
ISNIN - Tazkirah ringkas
17 APRIL
6.40 ptg - Berbuka puasa ( makanan ringan )
2023
- Solat Maghrib berjemaah
- Makan malam
7.50 ptg - Solat Isyak berjemaah
- Solat Terawih berjemaah
- Moreh dan bersurai

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil Perkara Kuantiti Jumlah (RM)
1 Makanan Guru/Staf/PIBG 57 org x RM5 = RM285
- kurma Murid 43 org x RM5 = RM215
- kuih muih
- air
2 Makanan buffet Guru/Staf/PIBG 57 org x RM15 = RM855
- nasi minyak Murid 43 org x RM15 = RM645
- ayam masak
merah
- acar rampai
- buah-buahan
- air
3 Telur 10 RM250
4 Pulut Kuning 10 kg RM200
Jumlah RM2450
MAJLIS IFTAR JAMAIE 2023

10.0 SUMBER PENDAPATAN


Bil Sumber
1 Sumbangan PIBG
2 Tabung Surau
3 Bantuan Makanan Asrama

11.0 PENUTUP
Semoga program yang bermanfaat di bulan yang penuh keberkatan ini mendapat
kerjasama daripada semua pihak yang sanggup menghulurkan sumbangan dan
bantuan kearah menjayakan program ini dan memperoleh keberkatan dan rahmat
daripada Allah SWT.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(PN ROHANI BINTI HJ BASTANI) ( PN SURIYA BINTI ABG AHMAD)


Setiausaha Program Penyelaras Program

Disahkan oleh,

( EN MASZULRAINI BIN WAHID)


Guru Besar
SK Abang Moh Sessang
MAJLIS IFTAR JAMAIE 2023

LAMPIRAN A
JAWATANKUASA KERJA
PROGRAM IFTAR JAMAIE 2023

PENGERUSI : EN MASZULRAINI BIN WAHID ( GURU BESAR )


NAIB PENGERUSI I : EN MUHD SUKARDI BIN MISRAEH ( PK PENTADBIRAN )
NAIB PENGERUSI II : EN HJ AHMAD IDRUS BIN HJ RAHMAD ( PK HAL EHWAL MURID)
NAIB PENGERUSI III : EN DULHADI BIN ISMAIL ( P.K KOKURIKULUM)
PENYELARAS : PN SURIYA BINTI ABANG AHMAD
SETIAUSAHA : PN ROHANI BINTI HJ BASTANI
BENDAHARI : EN MOHD HANIZAM BIN MOHD JIDI
AJK :

1. PENGACARA MAJLIS
NURUL HAMIZAH BINTI MOHD BAHAR
NURUL ALIA NAJWA BINTI NORIZAN@MOHAMAD

2. PERSEDIAAN TEMPAT SOLAT DAN JAMUAN


ABDULLAH BIN RAMLI
SAIFUL BIN CHULA
BOLHAN BIN SENAWI
ROHANI BINTI HJ BASTANI
AZWALIZA AISYAH BINTI ABDULLAH
MAHANI BINTI ISMAIL
SALAMAH BINTI JIMI
DYG TUYAH BINTI AWANG MUMIN
ROSLAH@ ROSLIN BINTI BUJANG
MUSTAPHA BIN SPAWI
MOHD KHAIR BIN KASSIM

3. JAMUAN
ROSYIMAH BINTI JUNI
RA’EMAH BINTI EDI
MARIANI BINTI HJ RAHMAD
ZUNIA BINTI HJ RAJALI
MAJLIS IFTAR JAMAIE 2023

NASLIANI BINTI JULAIHI


YUSNITA BINTI DRAHMAN
ROT BINTI KERNI
RAKIAH BINTI UIN
PISAH BINTI UBAN

4. AUDIO DAN SIARAYA


MOHD FAIZAL BIN RABAEE
MOHD SUHARDI BIN JOHARI

5. PENYELIA PESERTA
NURUL HANAN BIN MUHAMAT
DYG NORHIDAYAH BINTI AWG ZAIN
JAMAIAH BINTI SEKOT
MASITA BINTI HJ A’EE

6. KHALIFAH KHATAM ALQURAN


MUHD NUR SHUKRI BIN HASSAN

7. JURUFOTO DAN DOKUMENTASI


HAMIDAH BINTI HAMBLI
SURIYA BINTI ABANG AHMAD

8. KEBERSIHAN
SAARAH BINTI ROSLI
DYG LATIFAH BINTI ABANG SEMAN
SEMUA STAFF SK ABANG MOH SESSANG

Anda mungkin juga menyukai