Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

MAJLIS BERBUKA PUASA


TARIKH : 17/7/2014
HARI : KHAMIS
TEMPAT : SK GUAR PERAHU
MASA : 5.00 PETANG
PERASMIAN OLEH :
UST. MD. SOBRI BIN ROMLI
PENOLONG PEGAWAI PELAJARAN
DAERAH BAHAGIAN PENDIDIKAN
ISLAM

RASIONAL PROGRAM
Diriwayatkan Dari Salmah bin 'Amir R.A Dari nabi SAW Bersabda : Apabila
salah seorang diantara kamu berbuka puasa, maka berbukalah dengan
kurma, jika tidak ada maka berbukalah dengan air, kerana sesungguhnya air
itu
dapat
membersihkan,
H.R Abu Daud (2355) dan tirmidzi (695)
MATLAMAT PROGRAM
Sebagai memenuhi keperluan umat Islam yang ingin meraih seberapa
banyak pahala dan ganjaran dengan mengerjakan berbagai amal ibadat di
dalam bulan Ramadhan, maka Program Ihya Ramadhan telah dirancang dan
disusun ke arah matlamat tersebut. Majlis Berbuka Puasa adalah merupakan
salah satu aktiviti di dalam Program Ihya Ramadhan. Justeru itu, program ini
dirancang dan disusun bagi menyahut seruan Rasulullah mengenai
keutamaan memberi makan orang yang sedang berpuasa untuk berbuka dan
beramal sedekah bagi mereka yang ingin berbuat demikian.
OBJEKTIF PROGRAM
Memberi ruang dan peluang kepada mereka yang ingin beramal jariah di
bulan Ramadhan al-Mubarak. Meraikan murid-murid yang berpuasa sebagai
imbuhan dan galakan untuk terus berpuasa. Meningkatkan kesedaran muridmurid terhadap budaya beramal ibadat di bulan Ramadhan al-Mubarak.
Memberi peluang dan pengalaman kepada murid-murid dalam menyertai
beberapa aktiviti yang dianjurkan di samping berinteraksi sesama mereka
dan persekitaran sebagai panduan hidup mereka.
KUMPULAN SASARAN
Program ini adalah terbuka kepada semua murid-murid tahun 4, 5 dan 6
Sekolah Kebangsaan Guar Perahu

PENGANJUR
Program ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama
seluruh warga sekolah.
TENTATIF PROGRAM
Masa
5.00 petang
5.30 petang
6.10 petang
6.40 petang
6.50 petang
7.20 petang

Aktiviti
Pendaftaran
Majlis Khatam al Quran
Majlis Penyampaian cenderahati
Majlis perasmian
Tazkirah Ramadhan
Tahlil
2

7.38 malam
8.00 malam
8.20 malam

Majlis berbuka puasa


Solat maghrib
Bersurai

SUMBER KEWANGAN
Bil
1
2
3

Sumber Kewangan
Sumbangan Sekolah
Sumbangan PIBG
Sumbangan waris murid/kakitangan
sekolah/ perseorangan

Jumlah
RM
RM
RM

JUMLAH BESAR

RM ................

ANGGARAN PERBELANJAAN
Bi
l
1

Perkara
Jamuan Makan

Seunit

Jumlah

RM .......... X .......
org
JUMLAH BESAR

RM ...............
RM .............
.....

PENUTUP
Semoga program yang bermanfaat di bulan yang penuh dengan keberkatan
ini mendapat kerjasama daripada semua pihak yang sanggup menghulurkan
sumbangan dan bantuan ke arah menjayakan program ini dan beroleh
keberkatan dan rahmat daripada Allah S.W.T. Mudah-mudahan Allah
memberi taufik dan hidayah kepada mereka yang berbakti untukNya. Amin.
Disediakan oleh;

Disahkan oleh;

_______________________
Mohd Yusof bin Daud
Penyelaras
Majlis Berbuka Puasa

_____________________
Pn. Hajjah Nazirah bt Yeop
Guru Besar
SK Guar Perahu

Anda mungkin juga menyukai