Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA CADANGAN LAWATAN KE PUSAT FALAQ SYEIKH TAHIR

PANTAI ACHEH PULAU PINANG


SK GUAR PERAHU TAHUN 2018

1. LATAR BELAKANG

Ilmu falak merupakan peninggalan ulamak silam yang kurang diminati,


dipelajari dan difahami masyarakat Islam masa kini. Peringkat awalnya, ilmu ini
didominasi oleh para ulamak kerana ia berkait rapat dengan keperluan ibadat
seharian dan hari-hari kebesaran Islam. Berasaskan hakikat inilah, Unit Falak
Syar’ie dan Sumber Maklumat ditubuhkan secara rasminya pada Januari 2004 di
Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang sebagai usaha memperkembangkan ilmu
kepada seluruh lapisan masyarakat Pulau Pinang.

Ilmu pengetahuan merupakan elemen penting terhadap umat Islam demi


memartabatkan sesebuah bangsa. Terutama bagi umat Islam khususnya dan
seluruh bangsa amnya. Di bawah satu matlamat, Persatuan Pendidikan Islam
dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam ingin menganjurkan satu lawatan
ilmiah ke Pusat Falaq Pulau Pinang untuk mengetahui serta memahami dengan
lebih dekat lagi tentang ilmu falaq atau astronomi. Memandangkan pengetahuan
tentang ilmu ini kurang mendapat publisiti dimana-mana.

Maka dengan sebab berikut, pendekatan yang di ambil adalah membawa


pelajar kesana supaya mereka dapat mengatahui apakah ilmu falaq sebenarnya.

2. MATLAMAT

Tujuan atau matlamat lawatan adalah untuk memberikan pengetahuan


kepada pelajar tentang ilmu falaq atau astronomi. Selain daripada itu juga adalah
untuk menanam minat kepada pelajar untuk mempelajari ilmu falaq ini pada masa
akan datang. Antara sebab yang lebih utama adalah untuk menunjukkan
kehebatan dan kebesaran Allah swt.

Sumber ilmu falak sebagaimana ilmu-ilmu Islam yang lain termaktub


dalam al-Quran dan diperjelaskan lagi melalui hadis Nabi s.a.w. Mempelajari ilmu
falak sebagaimana mempelajari ilmu-ilmu sains yang lain juga bertujuan
mendekatkan diri manusia dengan pencipta alam ini iaitu Allah yang maha
berkuasa seperti mana firman-Nya dalam surah Ali Imran ayat 190: “
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam
dan siang ada tanda-tanda ( kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat
Allah ) bagi orang-orang yang berakal.”

Kami amat berharap melalui lawatan ini dapat menanam minat serta
kesedaran dalam diri mereka terhadap kebesaran Allah swt, supaya dapat
melahirkan generasi insan yang berilmu, beriman dan bertaqwa.

1
3. OBJEKTIF

3.1 Memberikan kesedaran kepada pelajar tentang menuntut ilmu.


3.2 Melahirkan pelajar yang berpengetahuan dalam bidang falaq.
3.3 Melahirkan pelajar yang berakhlaq mulia.

4. PENGISIAN / AKTIVITI

1. Taklimat dari pegawai falaq.


2. Kuiz falaq
3. Cerapan
4. Kuliah subuh

5. KUMPULAN SASARAN

- 40 orang pelajar putera dan puteri. Tahun 4, 5 dan 6.


- 4 orang guru pengiring.

6. TEMPAT

- Pusat Falaq Sheikh Tahir Pantai Acheh, Pulau Pinang.

7. TARIKH

- 2 dan 3 Februari 2018

8. PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN PROGRAM

Jawatankuasa induk :

- Pengerusi : 1) En Mazlan bin Ahmad Sabari


2) Pn. Hjh Norasmah bt Ariff
2) Pn. Rosita bt Ibrahim
3) Pn. Malinda bt Mat Mokhtar
- Penyelaras : En. Mohd Yusof bin Daud
- Setiausaha : Pn. Nazahiyah bt Samsurrijal
- Bendahari : Pn. Aminah bt Mansor

Anjuran :

Kelab Falak Ibnu Haitham

Jawatankuasa Kerja

Ketua Lawatan : Mohd Yusof Daud


Setiausaha : Nazahiyah bt Samsurrijal
Pendaftaran Peserta : Aminah bt Mansor
Keselamatan/Pengangkutan : En. Rozman bin Abdul Rahim
Aktiviti : Zuraida bt Mansor
Dokumentasi : Aminah bt Mansor
Makanan : En. Rozman bin Abdul Rahim

2
Bidang Tugas Jawatankuasa Kerja

Ketua Lawatan - Mengawal semua aktiviti sepanjang lawatan.


- Memastikan perjalanan lawatan berjalan dengan baik
- Memastikan segala aktiviti berjalan mengikut perancangan
Setiausaha - Mencatat minit mesyuarat setiap kali mesyuarat diadakan
- Menguruskan sebarang surat menyurat
- Menguruskan senarai nama peserta
- Membantu unit lain
Pendaftaran - Mendaftar nama peserta untuk mengikuti lawatan
- Memastikan kesihatan peserta semasa pendaftaran berada
dalam keadaan baik.
- Memastikan setiap peserta mengikuti setiap aktiviti
Keselamatan - Memastikan keselamatan setiap peserta lawatan
- Memastikan setiap peserta mematuhi peraturan sepanjang
lawatan
- Menagmbil tindakan yang sewajarnya jika berlaku masalah
disiplin.
Pengangkutan - Memastikan kenderaan pengangkutan mencukupi dan telah
ditempah mengikut jadual.
- Memastikan pengangkutan adalah mengikut piawaian JPJ
Aktiviti - Menyediakan jadual aktiviti mengikut kesesuaian masa dan
lokasi
- Memastikan setiap aktiviti mementingkan keselamatan pelajar
- Memastikan setiap aktiviti berjalan mengikut jadual yang
Dirancang
Makanan - Memastikan jumlah makanan yang mencukupi
- Memastikan jumlah bahan mentah mencukupi
- Memastikan segala makanan yang di sediakan berada dalam
keadaan bersih
Dokumentasi - Merekodkan setiap aktiviti yang dijalankan
- Menyediakan dokumentasi sepanjang lawatan

3
9. KEPERLUAN

1. Bahan aktiviti

10. ANGGARAN PERBELANJAAN

A. Anggaran Perbelanjaan

Perkara Perbelanjaan Jumlah


I. Pengangkutan RM 600.00 RM 600.00
II. Makan dan minum RM 15.00 X 40 RM 600.00
Jumlah RM 1200.00

11. SUMBER KEWANGAN

1. Sumbangan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang – makan dan minum


2. Peruntukan Ko-Kurikulum - Pengangkutan

Disediakan Oleh, Disahkan oleh,

___________________________ __________________________
(Mohd Yusof bin Daud) (En. Mazlan bin Ahmad Sabari)
Guru Kelab Falak Guru Besar,
Ibnu Haitham SK Guar Perahu
SK Guar Perahu

s.k - Guru Besar


- Fail PK 1
- Fail PK Hem
- Fail Ko Kurikulum
- Fail Kelab Falak

4
Tentatif Program

Tarikh Masa Aktiviti

3.00 petang - Berkumpul di Sekolah


- Pendaftaran murid
3.30 petang - Bertolak ke Pusat Falak Sheikh Tahir Pulau
Pinang
4.30 petang - Minum petang
- Solat Asar
2 Feb 2018 5.30 petang - Taklimat dari Pegawai PFST
(Jumaat) 6.00 malam - Persiapan diri
6.30 malam - Makan malam
7.00 malam - Cerapan anak bulan Jamadil Akhir
7.30 malam - Solat maghrib / Kuliah / Solat Isyak
9.00 malam - Aktiviti :
 Kuiz
 Cerapan bintang
11.30 malam - Minum malam

12.00 malam - Cerapan bintang dan Planet Zuhar


4.00 pagi - Tidur
3 Feb 2016 5.40 pagi - Solat Subuh
(Sabtu) 6.30 pagi - Kuliah Subuh
7.30 pagi - Minum pagi
8.00 pagi - Persiapan diri
8.30 pagi - Majlis penutup
9.30 pagi - Bertolak ke Sokolah

Firman Allah swt yang bermaksud :

“ Katakanlah (wahai Muhammad): Mengembaralah kamu di muka bumi,


kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-
orang yang mendustakan (Rasul-rasul) itu. “
(Surah al An’am ayat 11)

Anda mungkin juga menyukai