Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA KEM BESTARI SOLAT.

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KECHIL ILIR


14390 BANDAR BAHARU KEDAH DARUL AMAN.

1. MUKADIMAH
Kertas kerja ini dikemukakan kepada pihak pengurusan dan pentadbiran Sekolah Kebangsaan
Sungai Kechil Ilir bagi mendapat kebenaran dan kelulusan untuk menganjur dan melaksanakan Kem
Bestari Solat (KBS) bagi tahun 2019.

2. PENGENALAN

Kem Bestari solat merupakan program yang dirangka khusus oleh Bahagian Kurikulum Pendidikan
Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Program ini merupakan salah satu daripada model pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk
perlaksanaan program j-QAF yang dikelolakan oleh Guru Pendidikan Islam.

3. LATAR BELAKANG PROGRAM

Program KBS ini diadakan dengan matlamat untuk melatih murid khususnya kepada murid tahun
satu hingga enam agar dapat membiasakan diri dengan latihan cara mengambil wudhuk dengan baik
dan juga memastikan murid dapat menunaikan solat sehari semalam lima waktu dengan baik dari segi
bacaan dan perbuatan.

4. NAMA PROGRAM
KEM BESTARI SOLAT (KBS)

5. KUMPULAN SASARAN DAN PENYERTAAN


Semua murid beragama Islam tahun satu hingga enam seramai 341 orang yang 12 buah kelas.

6. OBJEKTIF PROGRAM

6.1 Murid dapat membezakan anggota rukun dan sunat wudhuk.


6.2 Murid dapat menghafaz niat dan doa selepas wudhuk.
6.3 Murid dapat berwudhuk dengan sempurna
6.4 Murid dapat menghafaz doa Iftitah dengan baik
6.5 Murid dapat menghafaz dengan betul dan lancer bacaan dalam solat.
6.6 Murid dapat membaca dan menghafaz surah Al-Masad, Al-Nash, Al-Kafirun, Al-Ikhlas, Al-
Falaq dan An-Nas serta lain surah juzuk Amma.
6.7 Murid dapat menunaikan solat secara individu dan berjemaah secara sempurna.

7. ANJURAN
Program ini dianjurkan oleh Panitia Agama Islam SK Sungai Kechil Ilir di bawah program j-QAF.

8. TARIKH PROGRAM

Program ini akan diadakan sebanyak dua kali dalam tahun 2019. Ianya akan dijalankan
tanpa bermalam di sekolah. Peserta akn diajar secar teori dan praktikal dalam kumpulan kecil
yang akan dibimbing oleh fasilitator yang terdiri daripada guru Pendidikan Islam.
Berikut merupakan tarikh KBS bagi siri pertama tahun 2019.

BIL ALIRAN SIRI PERTAMA HARI


1 TAHAP 1 2 MEI 2019 KHAMIS
2 TAHAP 2 4 NOVEMBER 2019 ISNIN

9. TEMPAT PROGRAM
9.1 SURAU SKSKI
9.2 KELAS
9.3 DEWAN SEKOLAH
10. METODOLOGI
Taklimat, latihan dalam kumpulan (LDK), latihan teori, amali dan pengedaran bahan

pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan KBS.

11. TENTATIF PROGRAM KBS TAHAP 1 DAN 2 SIRI 1/ 2019

Tahun Satu

1245 – 1300 : Mengambil kehadiran dan pembahagian kumpulan

1300 – 1330 : Lafaz niat wudhuk dan teori (LDK 1)

1330 – 1400 : Solat Zohor (Perlakuan Solat) (LDK 2)

1400 – 1500 : Amali wudhuk dan doa selepas wudhuk (LDK 3)

1500 : Bersurai

Tahun Dua

1245 – 1300 : Mengambil kehadiran dan pembahagian kumpulan

1300 – 1330 : Lafaz niat solat lima waktu (LDK 1)

1330 – 1400 : Solat Zohor (Perlakuan Solat) (LDK 2)

1400 – 1500 : Bacaan Doa Iftitah, Iktidal, Rukuk, Sujud, Duduk Antara Sujud dan Tahiyat (LDK 3)

1500 : Bersurai

Tahun Tiga

1245 – 1300 : Mengambil kehadiran dan pembahagian kumpulan

1300 – 1330 : Lafaz niat solat lima waktu dan bacaan dan hafazan Tahiyat (LDK 1)

1330 – 1400 : Solat Zohor (Perlakuan Solat) (LDK 2)

1400 – 1500 : Bacaan dan hafazan Doa Qunut (LDK 3)

1500 : Bersurai
TENTATIF PROGRAM KBS TAHAP 2 SIRI 1/ 2019

Tahun Empat

1245 – 1300 : Mengambil kehadiran dan pembahagian kumpulan

1300 – 1330 : Lafaz niat Solat dan bacaan dalam Solat serta teori (LDK 1)

1330 – 1400 : Solat Zohor (Perlakuan Solat) (LDK 2)

1400 – 1500 : Amali Solat dan bacaan Doa Qunut (LDK 3)

1500 : Bersurai

Tahun Lima

1245 – 1300 : Mengambil kehadiran dan pembahagian kumpulan

1300 – 1330 : Lafaz niat solat berjemaah dan solat Jumaat (LDK 1)

1330 – 1400 : Solat Zohor (Perlakuan Solat) (LDK 2)

1400 – 1500 : Bacaan dalamSolat,Doa Qunut,Sujud Sahwi (LDK 3)

1500 : Bersurai

Tahun Enam

1245 – 1300 : Mengambil kehadiran dan pembahagian kumpulan

1300 – 1330 : Lafaz niat solat berjemaah dan solat Jumaat (LDK 1)

1330 – 1400 : Solat Zohor (Perlakuan Solat) (LDK 2)

1400 – 1500 : Bacaan dalamSolat,Doa Qunut,Sujud Sahwi (LDK 3)

1500 : Bersurai
12. ANGGARAN BELANJAWAN

PENDAPATAN BELANJAWAN

Peruntukan yang diturunkan oleh KPM Makanan untuk murid seramai 341 orang berjumlah RM 249

13. JAWATANKUASA PELAKSANA

Guru Pembimbing:

13.1 Tn. Hj Hasbullah bin Ku Ahmad


13.2 En. Mohd Yusof bin Mat Isa
13.3 En. Salehuddin bin Saidin
13.4 Pn. Norhayati binti Yahaya
13.5 Pn. Nor Hamizon binti Abdullah
13.6 Pn. Nur Akhilah binti Abdullah
13.7 Pn. Khalisah binti Khalid

14. PENUTUP

Semoga program ini dapat berjalan dengan baik dan berkesan sebagaimana yang telah
dirancang. Ini kerana selain daripada melaksanakan model yang telah ditetapkan oleh pihak
kementerian, program ini juga adalah untuk meningkatkan kemahiran murid bagi melahirkan
generasi yang beriman kepada Allah dan mengutamakan solat dalam apa jua keadaan.

Disediakan oleh,

(KHALISAH BINTI KHALID)

Anda mungkin juga menyukai