Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA KEM BESTARI SOLAT 2019

SJKC JIT SIN A

1. TAJUK : Kem Bestari Solat Siri 1


2. TAKRIF
Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan
murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan
perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas
mengikut kesesuaian sesebuah sekolah.

3. MATLAMAT
3.1 Mempastikan murid Tahun 1,2 dan 3 dapat menunaikan ibadah solat dengan
sempurna.

3.2 Memupuk sikap berdisiplin dan berkualiti dalam bidang ibadah, akademik dan
juga sahsiah.

3.3 Memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan ilmu agama dan
melakukan Ibadan harian dengan sempurna.

3.4 Mengaplikasikan ibadah solat dalam kehidupan seharian.

4. OBJEKTIF
Antara objektif program ini ialah:
a) Murid dapat membezakan anggota rukun dan sunat wuduk.
b) Murid dapat menghafza doa selepas wuduk dengan sempurna.
c) Murid dapat berwuduk dengan sempurna.
d) Murid dapat menghafaz doa ittitah dengan sempurna.
e) Murid dapat membaca dan menghafaz surah al-Ikhlas , al-Falaq dan al-
Nas.
f) Murid dapat menunaikan solat secara individu dan berjemaah.

5. JANGKAMASA :
Tarikh : 4 April 2015 ( Sabtu )
Masa : 7.30 sehingga 12.00 tengahari
Tempat : DEWAN SOLAT, MASJID JAMEK TENGAH, BERAPIT

6. SASARAN
Semua Murid beragama Islam tahun 1-6 (24 ORANG)

7. SUMBER TENAGA
GABUNGAN [ANITIA PEND ISLAM SJKC JIT SIN A DAN SJKC JIT SIN B

8. SUMBER KOS
Peruntukan Kewangan Tabung Kem Bestari Solat j-QAF

1
9. ANGGARAN KOS RUJUK LAMPIRAN

10. STRATEGI PELAKSANAAN


10.1 Perbincangan bersama Guru Besar, Ketua Panitia dan Setiausaha
program untuk mengadakan Kem Bestari Solat j-QAF seperti
ketetapan berikut :
Tarikh : 4 April 2015 ( Sabtu )
Masa : 7.30 sehingga 12.00 tengahari
Tempat : DEWAN SOLAT, MASJID JAMEK TENGAH, BERAPIT

10.2 Penubuhan Ahli Jawatankuasa Kerja Kem Bestari Solat Siri 3:


Penasihat : PN BEH SOO LA

Penyelaras : Ketua Panitia Pendidikan Islam SJKC JIT SIN A

Naib Penyelaras : Ketua Panitia Pendidikan Islam SJKC JIT SIN B

10.3 Menentukan susun atur program dan pengisian program.

7.30 - 8.00 pagi :Pendaftaran dan pembahagian kumpulan serta


penerangan secara umum

8.00 – 9.00 pagi : Sesi LDK 1 (Penerangan Anggota Wuduk dan


Doa Wuduk)

9.00 – 10.00 pagi : Sesi LDK 2 (Amali cara berwuduk secara


individu)

10.00 – 10.30 pagi : Rehat

10.30 - 11.30 pagi : Sesi LDK 3 (Penilaian Cara Wuduk dan doa
selepas wuduk)

11.30 - 12.30 tengahari : Sesi LDK 4(( Bacaan Suruh pendek, Amali
wuduk serta Amali Solat)

: Bersurai

10.4 Mengadakan perbincangan bagi menjelaskan bentuk perancangan dan


atur kerja kepada Ahli Jawatankuasa

10.5 Memaklumkam kepada semua guru tentang kem yang akan dijalankan.

10.6 Sesi debriefing oleh setiausaha kepada Guru Besar dan Guru – Guru
Penolong Kanan tentang perancangan Kem Bestari Solat.

10.7 Menyediakan senarai semak untuk kelancaran program.

2
10.8 Menghantar laporan bergambar kepada Guru Besar sebagai bukti
pelaksanaan

10.9 Mengadakan post mortem bersama dengan Ahli Jawatankuasa untuk


penambahbaikan program yang akan datang

11. PENUTUP
Semoga kem ini dapat memberi manfaat dan melahirkan semangat
cintakan Al Quran dan rajin mendirikan solat kepada murid-murid. Diharap
program seperti ini dapat diteruskan untuk tahun-tahun yang akan datang.

Di Sediakan Oleh, Di Semak Oleh,

____________________ ____________________
PN CHE ZAITON BT BAKAR EN MOHD HAKIMY MASOR

Anda mungkin juga menyukai