Anda di halaman 1dari 7

CADANGAN KAJIAN

TEMA: SEJARAH SUKAN

TAJUK:
Aifa Azman: Perkembangan Kemajuan Atlet Skuasy Negara (2007-2015)
PENGENALAN
Skuasy merupakan satu acara sukan yang sudah tidak asing lagi di Malaysia. Sukan

ini berasal dari England dan mula diperkenalkan di sebuah sekolah iaitu Harrow School

sekitar tahun 1825. Sukan ini mula tersebar pantas ke serata tempat sehingga akhirnya

menjadi salah satu permainan yang dimainkan di peringkat antarabangsa. Malaysia

merupakan salah sebuah negara yang bergiat secara aktif dalam acara sukan skuasy. Dalam

konteks ini, Malaysia berjaya melahirkan seorang tokoh sukan yang amat disegani dunia iaitu

Datuk Nicol Ann David yang telah berjaya menempa kedudukan keenam teratas dalam rekod

dunia.

Selain Datuk Nicol Ann David, terdapat seorang atlet muda negara yang sedang

bergerak secara aktif dalam sukan ini dan berhasil mencipta nama di peringkat antarabangsa

iaitu Aifa Azman. Anak kelahiran Kedah ini sudah mula melibatkan diri dalam sukan ini

seawal usia enam tahun iaitu pada tahun 2007 dan mula melakar rekod di peringkat

antarabangsa pada tahun 2011 ketika berusia 10 tahun. Kini, atlet muda ini sudah berusia 18

tahun dan telah berjaya meraih kedudukan ke-62 dalam rekod dunia.

OBJEKTIF KAJIAN
Penulisan kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji perkembangan kemajuan dan

pencapaian yang diperoleh Aifa Azman sepanjang bergelar atlet skuasy negara. Melalui

kajian ini, masyarakat dapat melihat kemajuan-kemajuan dan pencapaian yang dicapai oleh

seorang atlet muda dalam sukan skuasy, disamping mempamerkan usahanya dalam

memantapkan diri dan meletakkan dirinya di peringkat yang tertinggi .


Selain itu, kajian ini juga dijalankan bagi meneroka cabaran dan rintangan yang

dihadapi oleh beliau dalam memperoleh kejayaan sebagai atlet skuasy profesional negara.

Dengan adanya kajian ini, masyarakat dapat menghayati dan menghargai segala usaha dan

titik peluh beliau dalam mengharumkan nama negara sekaligus menjadikan Aifa Azman

sebagai sumber inspirasi untuk terus maju kehadapan.

PERSOALAN KAJIAN
Kajian keatas seorang tokoh adalah sangat penting dalam mendapatkan dan

mengungkapkan kemajuan yang dicapai oleh seseorang tokoh berserta elemen-elemen yang

menarik dalam diri seseorang tokoh dalam usaha meningkatkan kemajuan diri. Penyelidikan

mengenai ketokohan individu dalam sesebuah sukan amatlah signifikan. Hal ini dikatakan

demikian kerana melalui penyelidikan ini masyarakat akan didedahkan dengan lebih

mendalam lagi mengenai susur galur kejayaan seseorang atlet. Justeru itu, dalam

melaksanakan kajian ini beberapa persoalan perlulah dijawab. Antaranya ialah apakah

kemajuan yang diperoleh Aifa Azman sepanjang penceburannya dalam sukan skuasy bermula

dari tahun 2007 hinggalah tahun 2015. Hal ini demikian kerana pencapaian yang dicapai oleh

atlet muda skuasy ini saban tahun dilihat semakin memberangsangkan dan sangat

menakjubkan bagi seorang pemain muda.

Selain itu, persoalan seterusnya yang perlu dirungkai ialah apakah cabaran dan

rintangan yang dihadapi oleh beliau dalam menjadikan beliau seorang atlet profesional

negara. Oleh hal yang demikian, segala penemuan yang diperoleh ini dapat dijadikan sebagai

pendorong dan inspirasi kepada semua masyarakat dalam usaha meningkatkan kemajuan diri

dan mencapai impian dalam kehidupan.


SKOP KAJIAN

Skop kajian ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kawasan kajian,

tempoh kajian dan aspek yang dikaji. Dari segi kawasan kajian, ia mengfokuskan kepada

pertandingan sukan skuasy yang disertai oleh Aifa Azman di peringkat serantau dan

antarabangsa. Dalam penulisan ini, pertandingan skuasy yang disertai oleh beliau akan

menjadi kawasan kajian yang dapat mempamerkan kemajuan dirinya.

Dari segi tempoh kajian, kajian ini menetapkan tempoh masa dari tahun 2007

sehingga 2015. Hal ini demikian kerana sepanjang tempoh 9 tahun ini, perkembangan

kemajuan atlet remaja ini dapat dilihat bermula daripada usianya yang sangat kecil sehingga

meningkat remaja dan seterusnya mempamerkan pencapaian yang diperolehnya sepanjang

tempoh ini.

Manakala aspek yang dikaji pula terdiri daripada 3 aspek penting iaitu

perkembangan kemajuan Aifa Azman dalam sukan skuasy dan pencapaian yang

diperolehnya, disamping memberi tumpuan juga kepada cabaran dan rintangan yang dihadapi

beliau dalam proses meningkatkan kemajuan diri. Aspek-aspek ini dikaji bagi memotivasikan

sesiapa sahaja yang mempunyai impian yang ingin dikecapi memandangkan Aifa Azman

merupakan seorang atlet yang tekun dan gigih dalam memperoleh kejayaan.

SOROTAN KAJIAN LEPAS

Pengkaji telah melakukan pembacaan terhadap beberapa kajian lepas berhubung tajuk

kajian ini. Berdasarkan dapatan kajian yang telah diperolehi oleh Utusan Online berhubung

rencana yang bertajuk “Nicol Akui Cabaran Amat Sukar’’ salah satu persoalan kajian dapat

dijawab dan dikaitkan dengan persoalan kajian iaitu apakah cabaran dan rintangan yang

dihadapi oleh Aifa Azman sebagai seorang atlet skuasy dalam menjadikan beliau seorang

atlet profesional negara. Melalui pembacaan rencana ini, dapat dilihat bahawa kerjaya
sebagai seorang atlet skuasy bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi kepada seorang atlet

muda Malaysia iaitu Aifa Azman yang baru sahaja bergiat secara aktif dalam sukan ini. Hal

ini demikian kerana berdasarkan rencana ini Datuk Nicol Ann David menyatakan bahawa

apabila beliau telah mencapai tangga sepuluh teratas dalam rekod dunia, beliau perlu

mengekalkan prestasi diri supaya kedudukan beliau dalam ranking dunia dapat dikekalkan

dan ditingkatkan.

Selain itu, berdasarkan kajian berhubung “ Kajian Tahap Kecergasan Fizikal

Berasaskan Kesihatan Atlet Skuasy Sukma Johor 2008” daripada Muhammad Hafiz Bin

Ismail dan Syed Syansul Faizal Bin Syed Zakariya terdapat persoalan kajian yang dapat

dijawab iaitu apakah tahap Kecergasan Fizikal atlet skuasy SUKMA Negeri Johor. Kajian

yang dijalankan ini membolehkan tahap kecergasan seseorang atlet dapat diukur sama ada

sudah mencukupi atau belum. Justeru itu, langkah-langkah yang efektif untuk memastikan

tahap kecergasan pemain berada di tahap yang baik untuk menghadapi kejohanan SUKMA di

Terengganu. Oleh hal yang demikian, kajian yang telah dilaksanakan terhadap atlet skuasy

Johor telah menarik minat pengkaji untuk melakukan penyelidikan terhadap pelbagai cabaran

yang dihadapi beliau dalam menyediakan diri untuk berhadapan dengan kejohanan yang

bertaraf dunia.

Saya memilih tajuk ini bertujuan untuk mengkaji perkembangan kemajuan Aifa

Azman sebagai atlet skuasy remaja yang sedang melakar nama di persada dunia, disamping

mengkaji cabaran dan rintangan yang dihadapi beliau dalam memperoleh kejayaan. Semangat

dan aura positif yang ditunjukkan oleh Aifa telah menarik minat saya sebagai pengkaji untuk

meneroka dengan lebih mendalam perkembangan dan kemajuan beliau disertai dengan

cabaran yang diharungi beliau dalam mengukir kejayaan seawal usia yang muda lagi.
KAEDAH KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan melalui penggunaan tiga kaedah efektif untuk mendapatkan

maklumat. Pada peringkat pertama, penulis menjalankan kajian ini melalui kaedah kajian

kepustakaan. Kaedah ini dijalankan bagi mendapatkan maklumat mengenai sumber primer

dan sumber sekunder di perpustakaan negeri dan arkib negeri. Perkara ini dilakukan bagi

mendapatkan maklumat mengenai kegiatan sukan skuasy di negara ini.

Selain itu, penulis turut menggunakan kaedah temu bual bagi mendapatkan maklumat

yang lebih terperinci. Temu bual dijalankan berdasarkan soalan-soalan yang telah disediakan

terlebih dahulu. Antara individu yang terlibat ialah Aifa Azman sendiri, kedua ibu

bapanya,dan bekas jurulatihnya. Semua maklumat yang diperoleh akan dicatat dan di

rakamkan.

Akhir sekali, kajian dilaksanakan melalui kedah kajian lapangan. Melalui kaedah ini

pengkaji akan membuat lawatan ke pusat latihan Aifa Azman dan rumah kediaman beliau

bagi mengukuhkan lagi sumber maklumat yang diperoleh.

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Secara keseluruhannya, kajian ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu

bahagian pengenalan, isi, dan kesimpulan. Dalam bahagian pengenalan, pengkaji akan

menjelaskan tentang asal usul sukan skuasy secara umum. Kemudian pengkaji akan membuat

perkaitan tentang tokoh sukan yang akan memastikan penglibatan negara dalam sukan skuasy

tidak akan pernah terputus.

Pada bahagian isi pula, pengkaji akan membuat penerangan yang lebih terperinci

berkaitan fokus atau isu kajian yang terbahagi kepada dua aspek. Aspek yang pertama adalah

meninjau permulaan karier Aifa Azman dalam sukan skuasy dan kemajuan demi kemajuan

yang dicapai beliau melalui pencapaian yang diperolehnya sepanjang bergelar atlet skuasy
negara sehingga tahun 2015. Aspek kedua pula berupa cabaran dan rintangan yang dihadapi

oleh beliau sepanjang tempoh kajian yang mempamerkan liku-liku kehidupan seorang atlet

muda skuasy sebelum menyandang gelaran sebagai pemain profesional negara.

Pada bahagian kesimpulan, pengkaji akan merumuskan hasil kajian berkenaan

sumbangan Aifa Azman dalam menaikkan nama sukan negara di persada dunia disamping

menilai impak sumbangan beliau terhadap masyarakat Malaysia kearah pencetusan minat

masyarakat terhadap sukan skuasy.

PENUTUP

Diharapkan melalui kajian ini akan menambahkan lagi koleksi dan khazanah ilmu

berkenaan sukan skuasy di Malaysia. Tambahan lagi, amatlah dihargai jika hasil kajian ini

dapat dijadikan bahan rujukan dan panduan kepada mana-mana individu yang berhasrat

untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang tokoh sukan skuasy ini atau berhasrat

untuk menjalankan kajian tentang sukan skuasy. Diharapkan juga kajian ini akan memberi

manfaat kepada semua.


BIBLIOGRAFI
“Nicol Akui Cabaran Amat Sukar”
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140318/su_06/Nicol-akui-cabaran-amat-sukar
,Utusan Online, 18/03/2014

Muhamad Hafiz Bin Ismail & Syed Syamsul Faizal Bin Syed Zakariya, Kajian Tahap
Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan Atlet Skuasy Sukma Johor 2008, Skudai, Johor:
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 2008.

Harrow School, Wikipedia


Pengenalan Mengenai Sukan Skuasy Di Malaysia oleh Jamal
http://ligakampung.com/blog/pengenalan-mengenai-sukan-skuasy-di-malaysia/
Blog Rasmi MSSM Skuasy World Squasy
Sijil pencapaian dalam sukan skuasy
Sijil pencapaian akademik
Sijil penganugerahan
Sijil penglibatan dalam persatuan/ kelab skuasy
Sijil lahir
Sijil berhenti sekolah
Sijil UPSR

Anda mungkin juga menyukai