Anda di halaman 1dari 10

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/267338289

Penggunaan simulasi Packet Tracer dalam meningkatkan pemahaman pelajar


terhadap konsep abstrak dalam matapelajaran rangkaian komputer.

Conference Paper · December 2012

CITATION READS

1 652

1 author:

Mohd Syahrizad Elias


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
6 PUBLICATIONS   16 CITATIONS   

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Mohd Syahrizad Elias on 27 October 2014.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Proceedings of International Conference on Integrated Knowledge ICIK 2012, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Malaysia, 19-20 December 2012

Penggunaan Simulasi Packet Tracer dalam Meningkatkan Pemahaman Pelajar


Terhadap Konsep Abstrak dalam Matapelajaran Rangkaian Komputer: Suatu
Tinjauan Awal
Mohd Syahrizad Elias & Ahmad Zamzuri Mohamad Ali
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900, Tanjong Malim
Perak
syahrizad79@yahoo.com, zamzuri@fskik.upsi.edu.my

Abstrak

Simulasi merupakan bantuan teknologi visual yang mempunyai keupayaan untuk memudahkan pelajar
mempelajari sesuatu yang berbentuk abstrak dan sukar difahami. Para pelajar Diploma Teknologi Maklumat
(Rangkaian) DNS menggunakan simulasi Packet Tracer untuk aktiviti amali. Bagaimanapun, keputusan
peperiksaan pelajar adalah tidak memuaskan. Ini mungkin kerana wujudnya masalah di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kursus tersebut. Suatu kajian tinjauan telah dijalankan dalam kalangan
pensyarah yang mengajar kursus ini bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi. Dapatan kajian yang
dilakukan dalam bentuk temuduga menunjukkan kesukaran yang dialami oleh pensyarah dalam
meningkatkan keupayaan pelajar mengaplikasikan teori yang dipelajari dengan situasi permasalahan yang
sebenar. Hasil dapatan menunjukkan kesukaran ini disebabkan oleh isi pembelajaran yang berbentuk
abstrak dan mempunyai elemen-elemen pengaturcaraan. Berdasarkan dapatan kajian, kertas kerja ini
mencadangkan agar penambahbaikan lembaran kerja makmal dilakukan dengan menggunakan
engagement taxonomy sebagai garis panduan penyediaanya. Ini kerana keupayaan pelajar
mengaplikasikan teori yang dipelajari mampu menjadikannya seorang pekerja yang kompeten dan
mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi.

Pengenalan

Teknologi pembelajaran elektronik atau e-pembelajaran kini berupaya memperkasakan Institusi Pengajian
Tinggi (IPT) agar lebih berdaya saing serta mampu menyediakan graduan, dan perkhidmatan pendidikan
keperingkat global. Antara objektif Dasar e-pembelajaran negara (DePAN) adalah mempersiapkan pelajar
agar lebih aktif dan bertanggungjawab keatas pembelajarannya. DePAN diterjemahkan dalam bentuk aktiviti
e-pembelajaran seperti forum, video digital dan simulasi (DePAN, 2011). Perkembangan teknologi ini
disokong oleh kepesatan perkembangan komputer dan teknologi maklumat tetapi yang lebih penting
disebabkan oleh keupayaan e-pembelajaran itu sendiri yang mampu menarik perhatian dan minat untuk
belajar (Sun & Cheng, 2007). Salah satu ciri-ciri menarik didalam e-pembelajaran ialah keupayaanya
mengintegrasikan kepelbagaian media seperti teks, gambar, audio, animasi dan video sekaligus
menghasilkan satu bahan multimedia yang mempromosikan kepentingan sesuatu bacaan dan
mempersiapkan pelajar dengan bahan pelajaran (Kettanurak, Ramamurthy, & Haseman, 2001).

Terdapat potensi penggunaan simulasi yang tidak disedari kelebihannya didalam aktiviti e-pembelajaran
terutamanya dari segi fleksibiliti, interaktif dan ianya mampu menyokong gaya pembelajaran kendiri
(Thomas, 2001). Simulasi mampu bertindak sebagai pemangkin meningkatkan potensi keberkesanan
proses penyampaian isi pembelajaran pendidikan formal (Akilli, 2007), merangsang pembelajaran aktif (Dori
& Belcher, 2005), mempersiapkan pelajar mengaplikasikan pembelajaran, kemahiran dan pengetahuan
yang telah dipelajari (Gredler, 2004). Malah simulasi mampu memberikan kefahaman terhadap isi
pembelajaran yang berbentuk abstrak (Janitor, Jakab, & Kniewald, 2010) dan menggunakan bantuan
teknologi secara efektif didalam membantu menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran (Rieber,
2005).

Kaedah simulasi merupakan program berasaskan komputer yang mengandungi sistem atau proses atau
model seperti peralatan didalam bentuk sebenar atau rekaan digunakan bagi tujuan pembelajaran berbentuk
eksperimen dan kaedah penemuan (De Jong & Van Joolingen, 1998). Ianya memberikan kesan positif
penggunaan simulasi didalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran walaupun kini telah
berkembang dengan pesat, tetapi masih lagi diragui keberkesananya (Molenda & Sullivan, 2003).
Keberkesanan pembelajaran berbantukan simulasi bukan sahaja bergantung kepada rekabentuk simulasi itu

69
Proceedings of International Conference on Integrated Knowledge ICIK 2012, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Malaysia, 19-20 December 2012

semata-mata, malah turut berasaskan kepada implementasi simulasi itu sendiri (Barton & Maharg, 2007);
(Bell & Smetana, 2011).

Pelbagai penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang berkonsepkan simulasi digunakan secara aktif
terutama dalam pembelajaran visualisasi. Visualisasi digunakan sebagai satu teknik penyampaian
pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu subjek yang berbentuk abstrak (Anita Dighe, 2003; Janitor et al.,
2010) dan memerlukan imaginasi yang tinggi untuk difahami. Visualisasi juga adalah gabungan idea,
konsep, data atau maklumat lain dihubungjalinkan dengan imej dan animasi serta dipersembahkan dalam
bentuk grafik (Janitor et al., 2010).

Tinjauan Masalah

Kajian Pengesanan Graduan 2010 melaporkan bahawa Institusi Politeknik di Malaysia melahirkan 15.4%
daripada keluaran graduan 2010 Institusi Pengajian Tinggi Malaysia dengan daripada jumlah itu 68.9%
graduan dalam bidang teknikal (KPTM, 2011). Peranan politeknik yang membekalkan pekerja separa mahir
kepada negara dan memenuhi kehendak industri telah mendorong politeknik menyediakan pelbagai bidang
pengajian antaranya Diploma Teknologi Maklumat Rangkaian. Kandungan pengajian ini dintegrasikan
bersama pensijilan profesional CISCO. Inisiatif ini adalah salah satu usaha dalam melahirkan pekerja yang
berkemahiran, kebolehpasaran, kompeten (Anuar Hassan & Ahmad Zamzuri, 2010) dan juga memenuhi
desakan keperluan tenaga kerja separa mahir didalam bidang teknologi maklumat rangkaian komputer dan
komunikasi (Ungku Harun Al’Rashid, 2004).

Penggubalan kurikulum ini bagaimanapun telah memberikan keputusan yang tidak memuaskan dimana
majoriti pelajar yang mendapat nilai mata 3.00 kebawah serta 100% gagal pensijilan profesional CISCO bagi
cubaan kali pertama (Anuar Hassan & Ahmad Zamzuri, 2010). Berdasarkan maklumat berikut satu kajian
rintis yang dilakukan keatas pensyarah terhadap kesan penggunaan Simulasi Packet Tracer (SPT) di lapan
buah politeknik yang menawarkan Program Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) atau dikenali dengan
DNS (Jabatan Pengajian Politeknik., 2012). SPT telah dibangunkan oleh CISCO sebagai satu perisian
bantuan penyampaian kandungan pengajaran dan pembelajaran. SPT menyediakan situasi simulasi,
visualisasi, pengaturcaraan, penilaian dan keupayaanya menjadikan pembelajaran teknologi rangkaian
dengan persekitaran rangkaian maya menerusi simulasi visual (Packet Tracer Data Sheet, 2008).
Antaramuka SPT ditunjukkan seperti di rajah 1.

Rajah 1: Antaramuka Simulasi Packet Tracer

Memandangkan hampir 50% bentuk soalan pensijilan profesional adalah dalam bentuk simulasi (ICND1 &
ICND2, 2010), dan penggunaan SPT diintegrasikan didalam aktiviti amali, maka tinjuan dibuat adalah pada
perspektif keupayaan SPT sebagai pemangkin meningkatkan kefahaman pelajar terhadap Kursus Switching
and Routing melalui kaedah temuduga berstuktur.

70
Proceedings of International Conference on Integrated Knowledge ICIK 2012, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Malaysia, 19-20 December 2012

Pemilihan responden adalah berdasarkan pensyarah yang mengajar Kursus Switching and Routing dan
perlu memiliki pensijilan Cisco Certified Network Associated (CCNA) sebagai prasyarat. Dapatan kajian yang
telah dijalankan ke atas lapan pensyarah Politeknik adalah seperti berikut;

Pensyarah Politeknik 1: CCNA, Pensyarah Kanan

Simulasi PT membantu proses P&P tetapi pelajar tidak dapat menggunakan sepenuhnya. Pelajar hanya
mengikuti langkah-langkah didalam "lab sheet", jika telah selesai dan berjaya manakala tujuan dan
bagaimana konsep yang dipelajari tidak diketahui ketika bila digunakan. Pelajar tidak boleh guna "high order
thinking skills" sama ada lakukan "troubleshooting" atau aktiviti makmal. Routing protocol selalunya lebih
sukar untuk difahami.

Pensyarah Politeknik 2: CCNA, Ketua Program, Pensyarah Sumber (Rangkaian Komputer)

Pelajar tidak mampu menjawab soalan atau melaksanakan arahan-arahan konfigurasi asas yang dipelajari
pada peringkat awal-awal kursus, pelajar seolah-olah tidak pernah mempelajarinya. Ini membuatkan kita
terpaksa membuat ulangan dan ini pastinya memakan masa yang agak panjang. Pelajar hanya mampu
mengikuti arahan makmal, langkah demi langkah tetapi gagal memahami konsep atau teori yang digunakan
didalam aktiviti makmal tersebut. Masalah ini ketara bagi topik routing protocol, subnetting dan ACL . Pelajar
hanya menghafal arahan atau teori yang dipelajari tanpa mengetahui pada ketika atau kedaan mana hendak
digunakan.

Pensyarah Politeknik 3:CCNA, Pensyarah

Pelajar mampu menggunakan PT dengan baik berdasarkan langkah demi langkah yang baik. Cuma jika
berlaku masalah atau rangkaian tidak boleh berfungsi, pelajar gagal mengesan kerosakkan dan langkah
membuat baik pulih. Pensyarah terpaksa memeriksa setiap masalah yang berlaku, walaupun kerap kali
berpunca daripada masalah-masalah kecil. Simulasi PT memang sangat membantu cuma pelajar sukar
mengaitkan teori yang dipelajari dengan aktiviti makmal yang hendak dilakukan. Pelajar sukar memahami
topik routing protocol dan ACL disebabkan kedua-duanya memerlukan pelajar membina pernyataan yang
tertentu untuk melaksanakan arahan tersebut.

Pensyarah Politeknik 4: CCNA, Pensyarah Kanan

Tiada perbezaan ketara pelajar menggunakan simulasi PT dan peralatan sebenar. Aktiviti makmal boleh
dilakukan dengan baik dengan merujuk lab sheet yang dsediakan. Cuma sebahagian pelajar mengalami
masalah dalam melakukan Skills Test, jika dibantu baru boleh buat. Pelajar mampu aplikasikan teori dan
aktiviti makmal tetapi sukar untuk melakukan troubleshooting jika ada masalah, selalunya berjaya
diselesaikan dengan bantuan pensyarah.

Pensyarah Politeknik 5: CCNA, Pensyarah Kanan

Pelajar seronok melakukan simulasi PT berbanding peralatan sebenar. Simulasi PT membantu dari segi
permulaan konfigurasi, tetapi sukar untuk pada tahap konsep yang lebih tinggi. Peralatan sebenar lebih
mampu memberikan kefahaman kepada pelajar. Jika mengikuti lab sheet pelajar mampu memberikan
keberkesanan dengan banyak melakukan latihan, tetapi pelajar tidak mampu untuk membuat
troubleshooting sendiri. Pelajar lebih suka bertanya rakan atau pensyarah berbanding memikirkan jalan
penyelesaian. Kelemahan simulasi PT adalah sangat terhad. Saya rasa masalah ini lebih ketara dalam topik
routing protocol, pelajar sukar untuk gunakan ketika bila.

Pensyarah Politeknik 6: CCNA, Pensyarah

Pada pandangan saya, pelajar tiada masalah didalam menggunakan simulasi PT mudah. Cuma apabila
aktiviti makmal dilakukan terdapat sebahagaian pelajar yang hanya mengikuti arahan makmal "step by step"
sehingga habis, bila ada sedikit perubahan pada konfigurasi yang diberikan pelajar ini dah tak boleh nak
buat. Selalunya pelajar akan mendapatkan bantuan pensyarah, pelajar macam tak boleh nak gunakan teori
yang dipelajari untuk selesaikan masalah tersebut. Topik yang sukar, rasanya routing protocol terutamanya
EIGRP.

71
Proceedings of International Conference on Integrated Knowledge ICIK 2012, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Malaysia, 19-20 December 2012

Pensyarah Politeknik 7: CCNA, Pensyarah

Pelajar seronok menggunakan PT, Cuma pada mulanya kena "push" untuk pelajar kerap melakukan
menggunakannya. Latihan boleh diikuti jika ada rujukan, "lab sheet" kalau tidak pelajar susah nak buat.
Routing protocol ambil masa lama untuk diterangkan kepada pelajar mungkin banyak konfigurasi yang perlu
difahami dan pada masa bila diperlukan.

Pensyarah Politeknik 8: CCNA, Pensyarah Kanan

Pada pandangan saya, PT mudah digunakan jika pelajar kerap menggunakannya. Kalau hanya digunakan
dimasa amali memang tidak cukup. Switching and Routing ini memerlukan pelajar memahami sesuatu teori
rangkaian itu terlebih dahulu, kalau sudah mantap barulah mudah untuk pelajar tersebut tahu
menggunakannya didalam topologi yang diberi. Belajar rangkaian komputer ini bukannya kita belajar teori
semata-mata. Pelajar memang sukar untuk menggunakan sesuatu teori terutamanya routing protocol sebab
banyak konfigurasi dan konsep yang perlu difahami terlebih dahulu.

Perbincangan

Secara keseluruhannya, dapatan temuduga berstuktur menunjukkan responden bersetuju dengan SPT
dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran, walaubagaimanapun terdapat masalah kesukaran
pelajar mengaplikasikan teori yang dipelajari dengan situasi sebenar. Hasil dapatan juga bersetuju, topik
routing protocol merupakan topik yang sukar bagi pelajar untuk difahami. Berdasarkan kajian Anuar Hassan
dan Ahmad Zamzuri, (2010), melaporkan bahawa 66.7% dapatannya menyatakan topik abstrak popular
yang paling sukar untuk diajar oleh pensyarah ialah topik routing protocol. Dapatan ini juga dikukuhkan lagi
berdasarkan Course Learning Outcome (CLO) yang mensasarkan implementasi dan keupayaan pelajar
untuk mengkonfigurasi routing protocol pada akhir kursus yang diikuti. Topik routing protocol mengandungi
12 daripada 25 subtopik yang memerlukan pelajar menguasai kemahiran konfigurasi. Berdasarkan
permasalahan ini, menunjukkan kelemahan utama bagi seorang pelajar ialah kesukarannya dalam
memahami struktur abstrak pengaturcaraan dan mengaplikasikannya dalam situasi yang diperlukan.
Komponen abstrak pengaturcaraan ini terkandung di dalam SPT.

Berdasarkan kajian oleh Stephen et al (2011), kebiasaan permasalahan yang sering timbul bagi pelajar ialah
kesukarannya memahami abstrak pengaturcaraan dan menggunakannya dalam keadaan sebenar.
Pengaturcaraan menekankan pengetahuan “apa” dan “bagaimana”. Apa teori yang hendak digunakan dan
bagaimana menggunakannya sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Mohd Nasir Ismail et al (2010).
Dapatannya juga menambah, bahawa semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar diajar untuk
menganalisa masalah dan menggunakan teknik yang spesifik untuk menyatakan penyelesaian dan
mengesahkan solusinya. Kemudian pelajar perlu menukarkan solusi tersebut kepada bahasa
pengaturcaraan yang lebih spesifik. Pengaturcaraan menggalakkan pelajar untuk membuat penilaian
masalah mereka dan menggalakkan proses berfikir, proses kognitif ini membolehkan mereka untuk
memindahkan masalah yang baru kepada kemahiran menyelesaikan situasi masalah yang direka (Mohd
Nasir Ismail, Nor Azilah Ngah, & Irfan Naufal Umar, 2010)

Cadangan Kaedah Penyelesaian

Penggunaan bantuan teknologi didalam proses pengajaran dan pembelajaran walaupun direkabentuk
dengan baik tetapi mempunyai kelemahan elemen pedagogi boleh di perbaiki dengan melibatkan teknologi
tersebut dengan strategi pembelajaran aktif (Naps et al., 2002). Elemen visualisasi didalam simulasi
seharusnya mampu memberikan kesan pembelajaran yang lebih baik, walaubagaimanapun jika tidak
melakukan latihan konfigurasi yang kerap maka pastinya hasil pembelajaran yang mengecewakan (Janitor
et al., 2010). Pembelajaran boleh dicapai melalui penggunaan interaksi yang aktif diantara dimana pendidik
menyediakan sokongan, sumber dan galakkan untuk pelajarnya belajar (Rieber, 2005). Berdasarkan
dapatan kajian rintis ini, lembaran kerja makmal (lab sheet) yang diberikan kepada pelajar perlu
ditambahbaik. Ini disebabkan, walaupun pelajar telah didedahkan dengan elemen-elemen visualisasi tetapi
kesan pencapaian pelajar masih tidak memuaskan ini disebabkan pembelajaran topik-topik didalam
rangkaian komputer, memerlukan kemahiran pengaturcaraan (Al-Holou, Booth, & Yaprak, 2000). Sebagai
contoh, kemahiran routing dijelaskan sebagai keupayaan mengkonfigurasikan router dengan berpandukan
alamat pada packet ke laluan yang dikehendaki, dan kemahiran konfigurasi merupakan keperluan asas
didalam subjek rangkaian (DiCerbo, West, Frezzo, Behrens, & Cisco, 2009 ; Al-Holou et al., 2000). Maka
fokus penyelesaian kajian berdasarkan perbincangan diatas ialah dengan menggunakan kaedah

72
Proceedings of International Conference on Integrated Knowledge ICIK 2012, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Malaysia, 19-20 December 2012

pembelajaran pengaturcaraan berbantukan visualisasi dapat meningkatkan keberkesanan proses


pengajaran dan pembelajaran (Hundhausen, Douglas, & Stasko, 2002).

Naps et al. (2002) membangunkan engagement taxonomy (ET) sebagai alat menyokong proses pengajaran
dan pembelajaran didalam mempelajari subjek pengaturcaraan berbantukan teknologi visualisasi. ET juga
menyokong pembelajaran visualisasi dengan menggunakan strategi pembelajaran aktif. Pembelajaran aktif
merupakan jalinan aktiviti didalam proses pembelajaran. Pembelajaran aktif berlawanan dengan
pembelajaran tradisional, dimana pelajar pasif hanya menerima apa yang diajar manakala pembelajaran
aktif adalah sebaliknya (Prince, 2004). Aktiviti melalui ET diharapkan membentuk satu situasi pembelajaran
yang berpusatkan pelajar sekaligus mampu menjadi pemangkin meningkatkan pencapaian pelajar.

ET merupakan usaha untuk menggalakkan komunikasi bekesan dikalangan pelajar dalam situasi
pembelajaran visualisasi (Hundhausen et al., 2002). Secara umumnya, ET mentakrifkan enam aras
taksonomi Bloom dengan pembelajaran visualisasi bergantung kepada situasi pelajar (Naps et al., 2002).
Setiap aras pembelajaran perlu disediakan satu manual lembaran kerja makmal untuk pelajar melaksanakan
aktiviti pembelajaran pengaturcaraan di makmal sekaligus menggalakkan pembelajaran kendiri. Penglibatan
pelajar didalam pembangunan cadangan kajian ini lebih tertumpu kepada empat aras tertinggi ET, ini
berdasarkan hasil dapatan kajian rintis yang menunjukkan pelajar tidak mampu mengaplikasikan teori yang
dipelajari dengan keperluan situasi sebenar. Oleh itu empat aras yang terlibat ialah aras tindakbalas
(responding), aras mengubahsuai (changing), aras pembinaan (constructing) dan aras presembahan
(presenting) (Naps, 2005). ET bermula dengan “no viewing” – tiada paparan yang menunjukkan tiada
elemen visualisasi digunakan, aras paparan (viewing), aras bertindakbalas (responding) dan keempat aras
tertinggi. Ilustrasi hubungkait ET dijelaskan melalui gambarajah Venn seperti rajah 2. Aras pertama tiada
paparan (no viewing) tidak ditunjukkan didalam rajah tersebut.

Rajah 2: Kebarangkalian pertindahan aras Engagement Taxonomy. Kawasan aras asas 2 (Viewing),
3 (Responding), 4 (Changing), 5 (Constructing), 6 (Presenting) (Naps et al., 2002)

Secara teorinya ET dijangka akan meningkatkan pencapaian pelajar dengan menggunakan lembaran kerja
makmal dalam kursus Switching and Routing pada topik routing protocol. Peningkatan pencapaian pelajar
adalah disebabkan oleh aras-aras empat tertinggi didalam ET. Penjelasan dan kesamaan aras berkaitan
dengan Taksonomi Bloom dipaparkan seperti didalam jadual 1.

73
Proceedings of International Conference on Integrated Knowledge ICIK 2012, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Malaysia, 19-20 December 2012

Aras
Engagement Taksonomi Bloom Huraian
Taxonomy
1 Tiada paparan Pengetahuan Hanya mengetahui sesuatu teori sahaja tanpa
(No viewing) (Knowledge) mendalami maksud fakta dengan jelas.
2 Paparan Pemahaman Mampu mengintegrasikan atau membuat
(Viewing) (Comprehension) kesimpulan.Paparan visualisasi merupakan teras
utama, pelajar perlu tahu membuat huraian atau makna
bagi sesuatu paparan.
3 Bertindakbalas Aplikasi Pelajar mengaplikasikan teori yang dipelajari dengan
(Responding) (Application) situasi permasalahan. Kunci utama pada aras ini ialah
keupayaan pelajar menjawab persoalan apa. Apa yang
sepatutnya berlaku diadalam situasi atau topologi ini?,
Apakah konfigurasi yang perlu digunakan?. Apakah
sepatutnya berlaku?.
4 Mengubahsuai Analisis Mampu mengenalpasti komponen masalah yang
(Changing) (Analysis) kompleks dan memecahkannya kepada bahagian-
bahagian agar lebih mudah. Pelajar melakukan
modifikasi konfigurasi keatas topologi atau situasi sedia
ada agar ianya berfungsi dengan baik.
5 Membina Sintesis Menggabungkan bahagian-bahagian sebelumnya dan
(Constructing) (Synthesis) menghasilkan kesimpulan yang baharu berdasarkan
fakta pada aras sebelumnya. Terdapat dua kaedah
penyampaian visualisasi yang digunakan iaitu direct
generation – teknik yang biasa digunakan, pelajar
hanya perlu membangunkan semula topologi yang
telah diberikan dan hand construction – pelajar perlu
merekabentuk dan menguji topologi yang
dibangunkan.(Hundhausen & Douglas, 2002).
6 Pembentangan Evaluasi Membandingkan perbezaan idea, kaedah dan pelajar
(Presenting) (Evaluation) berkeupayaan membuat pilihan berdasarkan
agumentasi yang bersesuaian. Pelajar dikehendaki
membentangkan hasil simulasi yang telah
dibangunkannya sama ada sesama rakan pelajar atau
pensyarah. Argumentasi adalah kaedah yang paling
terkesan dalam menghasilkan pelajar “high order
thinking skills” (Jonassen, 2004)

Jadual 1: Perkaitan Aras Engagement Taxonomy dan Taksonomi Bloom

Cadangan Kajian Masa Depan

Teknologi pendidikan senantiasa mengalami evolusinya yang tersendiri. Bagi tujuan mengenalpasti punca
sebenar masalah yang telah dibincangkan diatas. Naps et al. (2002) mencadangkan beberapa faktor yang
perlu diambil kira untuk melihat keberkesanan iaitu perkembangan pelajar, jumlah masa pembelajaran
kendiri yang digunakan, gaya pembelajaran, orientasi pembelajaran dan kepuasan pelajar. Perlaksanaan
hasil dapatan ini perlu mengambil kira kesemua aspek seperti yang dinyatakan tadi. Kajian masa depan
ditumpukan kepada pelajar. Pelajar diharap dapat memberikan maklumat yang lebih jelas terhadap
permasalahan ini. Tinjuan dilihat berdasarkan dapatan yang ditemui didalam kajian ini.

Kesimpulan

Pengintegrasian kurikulum CISCO sebagai teras sukatan Program DNS khasnya dan kursus Switching and
Routing umumnya bagi memenuhi kehendak industri memungkinkan pelajar yang dilahirkan oleh institusi
politeknik menjadi modal insan yang kompeten dan mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi.
Kertas kerja ini mengenengahkan pengunaan engagement taxonomy sebagai penambahbaikan elemen
pedagogi didalam persekitaran pembelajaran berbantukan simulasi. Kajian terdahulu menggunakan
gabungan pedagogi dan simulasi yang pelbagai seperti Simulasi-Pembelajaran Berasaskan Masalah
(Spinello & Fischbach, 2004), Simulasi-Permainan (Akinsola & Animasahun, 2007), Simulasi-Pengujian
(Frezzo, Behrens, Mislevy, West, & DiCerbo, 2009), Simulasi-Pembelajaran Berasaskan Masalah (Khalid,

74
Proceedings of International Conference on Integrated Knowledge ICIK 2012, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Malaysia, 19-20 December 2012

Ibrahim, & Yunos, 2010), Simulasi-Analogi Makmal (Zeynep & İbilge, 2011), Simulasi-Laman Sesawang
(Shaharuddin & Zaidatun, 2011). Menurut Rieber (2005), yang membuat analisis daripada (Cuban,2001 ;
Cuban, Kirkpatrick, & Peck,2001 ; Zhao & Frank, 2003) menyatakan bukti semasa yang mencadangkan
teknologi hanya mempunyai impak yang kecil terhadap pendidikan berbanding perbelanjaan yang digunakan
untuk membangunkannya.Pembelajaran bermakna harus menjadi keutamaan bagi sesebuah pembangunan
bahan pengajaran multimedia.

Sebagai kesimpulan dapatan kajian rintis ini mendapati, para pelajar DNS menghadapi kesukaran
mengaplikasikan teori yang dipelajari dengan situasi sebenar. Kesukaran ini disebabkan kaedah
pembelajaran simulasi yang digunakan tidak memainkan peranan yang diharapkan sebagai pemangkin
keberkesanan pembelajaran. Hal ini disebakan oleh Kursus Switching and Routing ini mempunyai banyak
elemen-elemen pengaturcaraan didalam sukatan pelajaranya. Pembelajaran simulasi dan kemasukkan
elemen engagement taxonomy didalam lembaran kerja makmal kursus ini diharapkan dapat menjadi
pemangkin kepada pembelajaran berkesan. Walaubagaimanapun kajian ini hanya tertumpu daripada
perspektif para pensyarah yang mengajar. Kajian lanjut perlu dijalankan menerusi perspektif yang berlainan
pula.

Rujukan

Akilli, G. K. (2007). Games and Simulations: A New Approach In Education? In D. Gibson, C. Aldrich, & M.
Prensky (Eds.), Games and Simulations In Online Learning: Research and Development Frameworks
(pp. 1–20). Hershey: Idea Group Inc.

Akinsola, M. K., & Animasahun, I. A. (2007). The Effect Of Simulation-Games Environment On Students
Achievement In And Attitudes To Mathematics In Secondary Schools. The Turkish Online Journal of
Educational Technology, volume 6(Issue 3 Article 11), 113–119. Retrieved from
http://www.tojet.net/articles/6311.pdf

Al-Holou, N., Booth, K. K., & Yaprak, E. (2000). Using computer network simulation tools as supplements to
computer network curriculum. Frontiers in Education Conference, 2000. FIE 2000. 30th Annual (Vol. 2,
pp. S2C/13–S2C/16 vol.2). doi:10.1109/fie.2000.896644

Anita Dighe. (2003). Understanding Our Learners. In V. R. Usha & M. Sanjaya (Eds.), Educational
Multimedia: A Handbook for Teacher- Developers (pp. 21–26). New Delhi,India: Commonwealth
Educational Media Centre for Asia. Retrieved from http://cemca.org/emhandbook/edmul_full.pdf

Anuar Hassan, & Ahmad Zamzuri. (2010). Kepentingan Media Animasi dalam Membina Kefahaman Jitu
Pelajar Terhadap Isi Kandungan Abstrak. Prosiding Seminar Transformasi Pendidikan Teknikal
(MyTEDT 10) (pp. 247–251). Sungai Petani, Kedah: CeTMA UUM.

Barton, K., & Maharg, P. (2007). E-Simulations in the Wild:Interdisciplinary Research, Design and
Implementation. In D. Gibson, C. Aldrich, & M. Prensky (Eds.), Games and Simulations In Online
Learning: Research and Development Frameworks (pp. 115–148). Hershey: Idea Group Inc.

Bell, R. L., & Smetana, L. K. (2011). Using Computer Simulations to Enhance Science Teaching and
Learning. cs.explorelearning.com. Retrieved July 15, 2012, from
http://cs.explorelearning.com/docs/Tech_Sec_Science_Chapter_3.pdf

De Jong, T., & Van Joolingen, W. R. (1998). Scientific discovery learning with computer simulations of
conceptual domains. Review of Educational Research, 68(2), 179–201. Retrieved from
http://www.scopus.com/inward/record.url?eid=2-s2.0-
0032389279&partnerID=40&md5=b6309f317bff4e6b8d1e9a2005643c55

DePAN. (2011). Dasar E-Pembelajaran Negara - Institusi Pengajian Tinggi. (K. P. T. Malaysia, Ed.).
Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

DiCerbo, K. E., West, P., Frezzo, D., Behrens, J. T., & Cisco, I. R. C. C. (2009). Experimental exploration of
a complex simulated environment. Unpublished manuscript. Retrieved from
https://research.netacad.net/file.php/1/.../Simulation_Experiment.pdf

75
Proceedings of International Conference on Integrated Knowledge ICIK 2012, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Malaysia, 19-20 December 2012

Dori, Y., & Belcher, J. (2005). Learning Electromagnetism with Visualizations and Active Learning
Visualization in Science Education. In J. Gilbert (Ed.), Visualization in Science Education (Vol. 1, pp.
187–216). Springer Netherlands. doi:10.1007/1-4020-3613-2_11

Frezzo, D. C., Behrens, J. T., Mislevy, R. J., West, P., & DiCerbo, K. E. (2009). Psychometric and
Evidentiary Approaches to Simulation Assessment in Packet Tracer Software. 2009 Fifth International
Conference on Networking and Services, 555–560. doi:10.1109/ICNS.2009.89

Gredler, M. E. (2004). Games And Simulations And Their Relationships To Learning. Handbook of Research
On Educational Communications And Technology (pp. 571–582).

Hundhausen, C. D., & Douglas, S. A. (2002). Low-Fidelity Algorithm Visualization. Journal of Visual
Languages and Computing.

Hundhausen, C. D., Douglas, S. A., & Stasko, J. T. (2002). A meta-study of algorithm visualization
effectiveness. Journal of Visual Languages and Computing, 13, 259–290. doi:10.1006/S1045-
926X(02)00028-9

ICND1 & ICND2. (2010). ICND1 & ICND2. Retrieved November 1, 2012, from http://www.9tut.net/

Jabatan Pengajian Politeknik. (2012). Informasi Politeknik, Jabatan Pengajian Politeknik. Putrajaya.

Janitor, J., Jakab, F., & Kniewald, K. (2010). Visual Learning Tools for Teaching/Learning Computer
Networks: Cisco Networking Academy and Packet Tracer. Networking and Services (ICNS), 2010 Sixth
International Conference, 351–355. doi:10.1109/ICNS.2010.55

Jonassen, D. H. (2004). Learning to Solve Problems: An Instructional Design Guide. San Francisco, CA:
Pfeiffer/Jossey-Bass.
KPTM. (2011). Kajian Pengesanan Graduan IPT 2010. (B. P. & Penyelidikan, Ed.). Putrajaya: Bahagian
Perancangan & Penyelidikan.

Kettanurak, V. N., Ramamurthy, K., & Haseman, W. D. (2001). User attitude as a mediator of learning
performance improvement in an interactive multimedia environment: An empirical investigation of the
degree of interactivity and learning styles. International Journal of Human Computer Studies, 54(4),
541–583. Retrieved from http://www.scopus.com/inward/record.url?eid=2-s2.0-
0035323964&partnerID=40&md5=d33bdb53d00c686668be572a3325861c

Khalid, N. A., Ibrahim, M. F., & Yunos, R. (2010). Measuring students’ intention in using network simulation
tools for problem-based learning using TAM. Electronic Computer Technology (ICECT), 2010
International Conference on (pp. 153–156). doi:10.1109/icectech.2010.5479967

Mohd Nasir Ismail, M. N. I., Nor Azilah Ngah, N. A. N., & Irfan Naufal Umar, I. N. U. (2010). Instructional
strategy in the teaching of computer programming : A need assessment analyses. TOJET, 9(2), 125–
131.

Molenda, M., & Sullivan, M. (2003). Issues and Trends in Instructional Technology: Treading Water. In M. A.
Fitzgerald, M. Orey, & R. . Branch (Eds.), Educational Media and Technology Yearbook 2003. (pp. 3–
20). Englewood, CO: Libraries Unlimited.

Naps, T. L. (2005). JHAVE - Addressing the need to support algorithm visualization with tools for active
engagement. IEEE Computer Graphics and Applications, 25(5), 1–15. doi:10.1109/MCG.2005.110

Naps, T. L., Rößling, G., Almstrum, V., Dann, W., Fleischer, R., Hundhausen, C., Korhonen, A., et al. (2002).
Exploring the role of visualization and engagement in computer science education. ITiCSE-WGR ’02
Working group reports from ITiCSE on Innovation and technology in computer science education (pp.
131–152). ACM. doi:10.1145/960568.782998

Packet Tracer Data Sheet. (2008). Packet Tracer 5.0 Data Sheet. Retrieved November 8, 2012, from
http://www.cisco.com/web/learning/netacad/downloads/pdf/PacketTracer5_0_DS_0703.pdf

76
Proceedings of International Conference on Integrated Knowledge ICIK 2012, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Malaysia, 19-20 December 2012

Prince, M. (2004). Does Active Learning Work ? A Review of the Research. Journal of Engineering
Education, 93(July), 223–231.

Rieber, L. P. (2005). Multimedia Learning in Games, Simulations and Microworlds. In R. E. Mayer (Ed.), The
Cambridge Handbook of Multimedia Learning (Vol. 16, p. 663). Cambridge University Press.
doi:10.1075/idj.16.1.13pel

Shaharuddin, S., & Zaidatun, T. (2011). Pembinaan Sistem Pembelajaran berasaskan Simulasi Interaktif
menerusi Web bagi Kursus Telekomunikasi dan Rangkaian. Journal Teknologi Pendidikan Malaysia,
1(2002), 49–61.

Spinello, E. F., & Fischbach, R. (2004). Problem-Based Learning in Public Health Instruction: A Pilot Study of
an Online Simulation as a Problem-Based Learning Approach. Education ForHealth, Vol 17(13), 365–
373. doi:10.1080/13576280400002783

Stephen, M. M., Franklin, W., Patrick, O. J., Elizabeth, A., & Kilwake, J. (2011). Using Program Visualization
to Improve ICT skills towards achieving Vision 2030. International Journal of Information and
Communication Technology Research (IJICT), 1(8), 356–359.

Sun, P.-C., & Cheng, H. K. (2007). The design of instructional multimedia in e-Learning: A Media Richness
Theory-based approach. Computers & Education, 49(3), 662–676. doi:10.1016/j.compedu.2005.11.016

Thomas, R. (2001). Interactivity & Simulations in e-Learning. Multiverse Solutions Ltd. Bellshill. Retrieved
from http://www.jelsim.org/resources/whitepaper.pdf

Ungku Harun Al’Rashid. (2004). Meeting The Demands of Global Firms: Survey Finding. Retrieved from
http://www.epu.gov.my/html/themes/epu/images/common/pdf/seminars/slide-ungku harun.pdf

Zeynep, K. Ü., & İbilge, D. (2011). The Effect Of Combining Analogy-Based Simulation And Laboratory
Activities On Turkish Elementary School Students’ Understanding Of Simple Electric Circuits. The
Turkish Online Journal of Educational Technology, volume 10(Issue 4), 320–329. Retrieved from
http://www.tojet.net/articles/10432.pdf

77

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai