Anda di halaman 1dari 7

Kepentingan ICT dalam

kehidupan seharian
Dalam era ledakan maklumat ini,
teknologi maklumat dan komunikasi
atau ICT amat penting.Teknologi ini
sudah telah menguasai global ini
dengan berleluasa. Hampir setiap saat
orang menggunakan teknologi ini dan
dengan teknologi jugalah
menyebabkan kita boleh menguasai
dan mengawal hampir setiap perkara
di hujung jari sahaja.
Sesiapa yang tidak mengutamakan
ICT akan ketinggalan dalam arus
pembangunan atau katak di bawah
tempurung dan dengan ini saya telah
pun membuka tempurung itu.
Kemajuan ICT ini telah mendatangkan
banyak manfaat kepada diri saya
sendiri dan individu lain, masyarakat
dan negara.

Sesuatu perkara yang dicipta atau
diwujudkan tentu sekali
mendatangkan kebaikan serta
keburukan. Perkara yang baik tentu
sekali lebih mendatangkan faedah
atau kepentingan kepada pengguna.
Begitu jugalah dengan ICT.
Dalam kehidupan seharian sebagai
seorang guru pelatih, segala urusan,
pembelajaran ataupun tugasan yang
diberi oleh pensyarah dapat
dipercepat melalui kemajuan ICT.
Keadaan ini bukan sahaja
menjimatkan masa, bahkan tenaga,
dan wang saya sendiri. Kegunaan ICT
sememangnya cukup mendewasakan
diri saya sendiri dalam memperoleh
sesuatu maklumat dengan lebih cepat
dan cekap.
Dengan itu, saya akan lebih cepat
mencapai dan mencipta nama di
persada dunia preguruan ini. Sebagai
analoginya, kerja pengurusan
dokumen, permohonan dan
sebagainya menjadi tepat dan cekap.
Dengan adanya ICT, data dapat
diproses dan disimpan dengan segera
tanpa membuang masa. Urusan
kewangan melalui mesin teler
automatic (ATM) dan Internet
membolehkan saya menguruskan
kewangan pribadi dengan mudah dan
lancar.

Jika dahulu saya merujuk kepada
keadaan langit dan awan untuk
meramal cuaca. Sekarang, dengan
adanya satelit cuaca, fenomena alam
dapat diramal dengan lebih tepat serta
terperinci. Melalui satelit cuaca ini, siri
gambar awan dapat diambil dan
seterusnya saya dapat meramalkan
cuaca dunia. Persediaan awal dapat
saya buat untuk melakukan sebarang
aktiviti luar.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa
ICT memainkan peranan yang penting
kepada kehidupan harian. Dunia
seakan-akan menjadi semakin kecil
dengan wujudnya ICT. Saya dapat
menghubungi sesiapa sahaja di
seluruh dunia. Perkara ini ternyata
sekali mengukuhkan ungkapan
Dunia Tanpa Sempadan.
Saya dapat berhubung dengan
sesiapa sahaja sama ada di laman
berbual, e-mail, sistem pesanan
ringkas (SMS), Skype dan sebagainya.
Saya juga dapat menghubungi
sesiapa sahaja di seluruh dunia
dengan menggunakan telefon
bimbit.Dengan ini hubungan
persahabatan saya dengan rakan -
rakan sentiasa baik walaupun
berjauhan, jauh di mata dekat di hati.
Bukan itu sahaja, berita terkini juga
dapat diikuti dengan serta-merta.
Perkara yang paling menyeronokkan
ialah siaran langsung seperti konsert,
perlawanan bola sepak dan siaran
berita juga dapat dijalankan. Acara
sukan, persidangan dan sebagainya
yang berlangsung di sesebuah negara
seperti di Korea, Jepun mahupun
Amerika Syarikat dapat dipancarkan
ke seluruh dunia secara langsung.
Siaran ini dapat ditonton melalui
Internet dan Astro. telefon, faksimili,
televisyen, dan persidangan video
bergantung pada ICT untuk
membolehkan saya merasa nikmat ini.
Internet dan computer riba turut
berfungsi melalui teknologi serba
canggih ini. Sememangnya ICT ialah
pembuka laluan yang luas kepada
masa depan saya, insya-Allah.


Tuntasnya, sejak saya mula
menyelusuri alam maya, pelbagai
kebaikan dan kemudahan yang saya
perolehi. Detik ini bermula apabila
pensyarah teknologi dan maklumat di
IPG kampus Kota Bharu, Puan Idawati
mendedahkan kepada saya tentang
perlunya penggunaan teknologi dalam
memudahkan kehidupan harian dan
dalam alam pekerjaan.
Simpulnya, ICT memberi seribu sejuta
kebaikan yang boleh menjadi
penyebab kepada kepada sebuah
kejayaan yang cemerlang, serta
memberi seribu sejuta keburukan
yang boleh menjadi penyebab
hancurnya sesuatu kehidupan.
Walau bagaimanapun, hal ini
bergantung pada pengguna itu
sendiri. Oleh itu, gerakkanlah hujung
jari kita untuk mencari sesuatu yang
berfaedah dan kakukanlah ia apabila
nafsu ingin "click" perkara yang tidak
bermanfaa

Anda mungkin juga menyukai