Anda di halaman 1dari 13

BAB 7

REFLEKSI

7.1.

PENGENALAN

Sepanjang tempoh pelaksanaan Program Sandaran NPQEL peserta mendapat


kerjasama dan sokongan sepenuhnya daripada pihak pengurusan sekolah khasnya
Guru Besar, Guru Penolong Kanan 1, Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum, guru-guru
dan warga sekolah. Peserta juga tidak menghadapai masalah untuk mendapatkan
segala bahan dan maklumat bagi memenuhi kehendak Program Sandaran NPQEL ini.

Peluang yang diberikan untuk menguruskan dan melaksanakan program juga telah
digunakan dengan sebaik mungkin oleh peserta dengan harapan agar usaha ini
mendatangkan perubahan kepada sikap pelajar terhadap kebudayaan dan sahsiah diri.
Sebagai peserta program pengelibatan secara langsung atau partisipatif amat penting
untuk menggerakkan Program Seni Bersemi SK.Ayer Hitam.

Peserta telah

menyumbang idea dan kemahiran bagi melaksanakan program dengan jayanya.


Sebagai peserta kursus NPQEL, juga sebagai Guru Penolong Kanan di sekolah ini,
sikap memberi kepercayaan kepada AJK untuk lebih kreatif dalam melaksanakan
program ini juga dilakukan. Guru-guru yang terlibat sebagai jurulatih bersama jurulatih
Jabatan Kebudayaan diberi ruang untuk mengubah program latihan yang dijalankan.
Peserta juga tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan maklumat dan bahan bagi
memenuhi kehendak program Sandaran NPQEL ini. Program yang dinamakan Seni
Bersemi SK.Ayer Hitam ini telah dilaksanakan dengan sebaik mungkin oleh peserta
dengan harapan agar program ini dapat mengubah sikap pelajar terhadap penyertaan
serta penglibatan dalam kokurikulum menerusi bidang seni tari.

Program ini juga

dapat membantu meningkatkan pencapaian sekolah dalam

penyertaan di peringkat daerah dan memperkenalkan Kebudayaan Malaysia kepada


masyarakat setempat agar ia dapat dihargai.

Kejayaan program ini dilaksanakan

adalah hasil daripada kepimpinan yang ditunjukkan oleh pihak pengurusan sekolah
yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan yang berterusan kepada peserta
NPQEL.

7.2

ASPEK KEPIMPINAN

Pemimpin perlu pandai mencipta suasana di tempat kerja yang menggalakkan mereka
yang dipimpin belajar, bersikap terbuka dan mempelajari kemahiran-kemahiran baru
supaya mereka mampu ikut serta membuat pelbagai keputusan yang penting untuk
memenuhi visi dan misi organisasi. Guru Besar sebagai pemimpin organisasi di sekolah
ini bertindak sebagai penggerak dalam menjayakan program ini.

7.2.1 Kepimpinan Guru Besar


Peranan Guru Besar sebagai pemimpin utama sekolah, banyak mempengaruhi
kejayaan sesuatu program atau projek yang dirancangkan. Dalam hal ini menurut Ayob
Jantan (2005), Guru Besar perlu berani membuat perubahan dan penambahbaikan.
Guru Besar yang berani sanggup menanggung risiko dalam menghadapi pelbagai
masalah, cabaran dan halangan berasaskan kekuatan ilmu dan kemahiran yang ada
padanya.

Berdasarkan kenyataan-kenyataan di atas menjuruskan kepada kepimpinan seseorang


pemimpin yang akan membawa organisasinya ke suatu aras yang lebih tinggi dan
berjaya. Justeru, adalah menjadi cabaran kepada seseorang pemimpin untuk
menggunakan gaya kepimpinan terbaik bagi menemukan titik keperluan motivasi
pekerja.

Dalam menjalankan projek ini juga, peserta telah berjaya menggerakkan

semua jentera (warga sekolah) dalam merealisasikan impian dan hasrat semua pihak
dengan

terhasilnya

Program

Seni Bersemi SK.Ayer Hitam. Guru Besar

telah

memainkan peranannya sebagai mentor dan banyak memberikan inspirasi kepada


peserta dan guru-guru dalam menjayakannya. Tugas guru Besar bukan hanya terbatas
menjalankan pentadbiran sekolah supaya berjalan dengan lancar malah juga sebagai
pemimpin yang dapat merangsangkan guru-guru di bawahnya menjalankan tugasnya
dengan lebih efektif. Sokongan dan komitmen Guru Besar dapat mewujudkan suasana
yang menyemarakkan pelaksanaan Program Seni Bersemi SK.Ayer Hitam.

Di samping itu amalan kepimpinan situasi turut dipraktikkan mengikut situasi seperti
yang dikemukakan oleh Hersey dan Blanchard (1993), di mana pemimpin akan
menggunakan stail interaksi yang berbeza apabila berurusan dengan pengikut yang
berbeza. Melalui model kepimpinan situasi Hersey dan Blanchard (1993), telah
mengutarakan beberapa gaya atau stail kepimpinan iaitu Telling (Arahan), Selling
(Membimbing), Participating (Dorongan) dan Delegating (Delegasi).

Guru Besar SK.Air Hitam telah memberikan arahan dan pembahagian tugas kepada
AJK Program Seni Bersemi melalui mesyuarat jawatankuasa. Guru Besar masih
membimbing serta memberikan tunjuk ajar berdasarkan pengalaman beliau dan dalam
masa yang sama menerima idea dan buah fikiran guru-guru.

Guru Besar juga

menurunkan kuasanya (empowerment) kepada guru untuk membuat cadangan dan


pandangan kerana gabungan pengetahuan dan pengalaman akan menghasilkan
keputusan yang dapat menjayakan program sekolah.

Guru Besar juga mengamalkan gaya kepimpinan transformasi di mana beliau bersedia
untuk menerima idea dan perubahan yang dicadangkan oleh peserta dalam program
peningkatan kokurikulum sekolah. Semasa idea ini diajukan, beliau amat tertarik dan
menyokong program ini dijalankan secepat dan sebaik mungkin untuk membantu
murid-murid dalam bidang kokurikulum.

Guru Besar hadir setiap kali mesyuarat dan perbincangan yang diadakan dan sering
memberi motivasi kepada semua ahli jawatankuasa. Beliau juga mengagihkan tugasan
dan tanggungjawab kepada GPK Pentadbiran serta pengurus program serta ahli
jawatankuasa dalam beberapa hal seperti merancang jadual, strategi pelaksanaan dan
lain-lain perkara. Namun begitu Guru Besar sering bertanyakan perkembangan
program tersebut. Beliau berharap program ini mampu mengubah sahsiah dan jati diri
murid-murid yang terlibat.

7.2.2. Kepimpinan Pengurusan Pertengahan

Pengurus pertengahan merupakan kelompok pentadbir lapisan kedua selepas


penolong-penolong kanan dan penyelia petang. Kemunculan pengurus pertengahan di
sekolah rendah adalah maklum balas kepada keperluan guru sekolah rendah yang
mengalami perubahan kurikulum yang banyak dan dikaitkan pula dengan beban
pentadbiran (Blandford, 1999).
Sebahagian daripada mereka, telah dilantik secara rasmi oleh Jabatan Pendidikan
Negeri atas cadangan pihak sekolah seperti jawatan Guru Media dan Guru Data.
Manakala sebahagiannya lagi dilantik oleh guru besar sebagai penghargaan dan
kepercayaan untuk menguruskan pasukan-pasukan kerja yang diwujudkan bagi
memenuhi tuntutan struktur organisasi seperti panitia mata pelajaran, unit-unit
kokurikulum dan Hal Ehwal murid atau dalam bentuk jawatankuasa unit atau majlis.
Pengurus-pengurus

pertengahan

ini

akan

menguruskan

pasukan

kerja

yang

melaksanakan fungsi yang berbeza antara satu pasukan dengan pasukan lain dalam
melengkapi sistem pengurusan sekolah.
Pengurus program memainkan peranan yang sangat penting dan pelbagai tugas dalam
melaksanakan
berpengalaman,

sesebuah

program.

berpengetahuan,

Pengurus

program

berkemahirandan

juga

berkebolehan

perlu
serta

cekap,
boleh

menyumbang kepada kejayaan sesuatu program yang hendak dilaksanakan.

Bukan

itu sahaja, malah bakat, kepimpinan, sikap dan personaliti mereka juga turut
mempengaruhi. Pengurus program juga merupakan pemimpin, penyelaras, penyelesai
masalah, pembuat keputusan, perunding dan juga sebagai jurucakap bagi program di
bawah pimpinannya. Justeru itu peranan pengurus program itu amat penting bagi
memastikan program yang dilaksanakan tersebut berjaya serta dapat mengurangkan
kegagalan program tersebut.
Dalam menjayakan program Seni Bersemi SK.Ayer Hitam ini, kepimpinan pengurusan
pertengahan telah dilibatkan sebagai Ahli Jawatankuasa program. Kepimpinan
Pengurus Pertengahan (middle managers) adalah merupakan kumpulan pengurus
peringkat kedua dalam hieraki sesebuah organisasi (Sonia Blanford 2003). Peranan
dan kedudukan mereka penting kerana mereka merupakan kumpulan pengurusan yang
menjadi penghubung di antara pengurus atasan dengan kumpulan pengurusan barisan
hadapan

atau

kumpulan

operasi. Mereka membantu pihak pengurusan atasan

membuat perancangan strategik dan melaksanakan perancangan

tersebut

bagi

mencapai misi dan visi yang telah ditetapkan oleh pihak sekolahnya. Kumpulan
pengurus pertengahan

juga berperanan

menyelaraskan aktiviti-aktiviti kumpulan

barisan hadapan (operasi).

7.3.0. KEKUATAN PROGRAM


7.3.1. Kepimpinan Sekolah

Faktor - faktor penentu kejayaan program ini ada kaitannya dengan kepimpinan sekolah
yang sentiasa memberi sokongan padu dalam menjayakan program ini. Tanpa
kerjasama daripada pihak pengurusan tertinggi sekolah tidak mungkin program ini
dapat dilaksanakan dengan lancar dalam tempoh yang ditetapkan. Guru Besar dilihat

telah berjaya menguruskan organisasi dengan berkesan dengan dibantu oleh barisan

Guru Penolong Kanan yang berwibawa.

Program yang dicadangkan didapati tidak

menjejaskan program-program lain yang sedang berjalan dan masih mendapat


kerjasama daripada guru yang terlibat.

7.3.2. Sokongan PIBG


Sokongan kewangan daripada pihak PIBG sekolah membolehkan program ini
dilaksanakan dengan cepat tanpa perlu mencari lain-lain sumber kewangan. Komitmen
yang ditunjukkan oleh pihak PIBG terutamanya dalam menjayakan program-program
kecermerlangan murid di sekolah ini harus dipuji. YDP PIBG sekolah ini dilihat sebagai
seorang pemimpin yang mudah diajak berbincang dalam membantu sekolah
terutamanya dari segi kewangan. Kesanggupan PIBG untuk menampung kos bagi
program ini amat dihargai. Peruntukan ini digunakan bagi menampung saguhati
jurulatih, jamuan dan pakaian peserta program.

Kerjasama yang diberikan secara tidak langsung akan dapat mengeratkan lagi
hubungan antara pihak sekolah dengan PIBG disamping dapat memberi semangat
kepada guru-guru dan murid-murid untuk terus berusaha dalam mencapai visi dan misi
sekolah. Kehadiran, sokongan dan komitmen AJK PIBG dan sebilangan besar ibubapa
juga akan menjadi pendorong pihak sekolah untuk menganjurkan program-program
bercorak kebudayaan pada masa-masa akan datang.

7.3.3. Komitmen Guru


Kesanggupan guru-guru SK.Ayer Hitam untuk sama-sama melaksanakan program ini
adalah amat dihargai. Semua guru yang dipilih untuk menganggotai jawatankuasa ini
telah melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan. Guru yang mempunyai

kemahiran asas seni tari telah dilantik sebagai jurulatih tari. Guru yang terlibat telah

bersungguh-sungguh

bagi

menjayakan

program

ini

dan

memberi

sokongan

sepenuhnya bagi memastikan program ini berjaya. Kesanggupan mereka untuk bekerja
sehingga melewati waktu bertugas wajib juga turut membantu keberkesanan dan
kelancaran pelaksanaan projek ini. Penjelasan tentang hala tuju program menjadi faktor
pendorong kepada guru-guru untuk membantu tanpa mempertikaikan program yang
dirancang.

7.3.4 Faktor Murid

Kerjasama yang diberikan oleh murid-murid dalam menjayakan program ini juga
menjadi sebab kepada kejayaan program. Peserta program mempunyai minat yang
mendalam terhadap seni tarian. Ini dapat kita lihat pada kehadiran murid yang semakin
meningkat terutamanya di minggu ke tiga hampir 100 peratus murid hadir dalam latihan
tarian yang dijalankan.

Semasa aktiviti dan sesi latihan berlangsung, didapati murid-murid begitu aktif dalam
kumpulan-kumpulannya disamping semangat bekerjasama yang ditunjukkan dalam
membantu rakan-rakan yang mengalami masalah menguasai gerak teri dalam seni tari
yang diajar. Keaktifan mereka jelas sewaktu persembahan kumpulan yang dijalankan
mendapat kerjasama sepenuhnya daripada mereka. Hasilnya mereka merasai akan
kejayaan program ini berdasarkan pencapaian keputusan pemerhatian awal dan akhir
yang dijalankan sebelum dan selepas selasai aktiviti latihan dijalankan. Ramai dalam
kalangan murid meminta agar program seperti ini dijalankan secara berterusan dengan
melibatkan

murid-murid

yang

lain

7.3.5 Hubungan Dengan Pihak Luar

pula

pada

masa

akan

datang.

Pihak sekolah telah berhubung dengan seoarang Jurulatih Tarian Jabatan Kebudayaan
dan Kesenian Negara Negeri Sembilan untuk mendapatkan khidmat beliau sebagai
jurulatih program. Kebetulan jurulatih tarian tersebut tinggal berdekatan dengan lokasi
sekolah iaitu di Simpang Pertang. Jurulatih tersebut bersetuju untuk memberi
kerjasama melatih peserta yang terlibat. Sumbangan kemahiran dari jurulatih JKKN ini
membolehkan skop latihan diperincikan dalam latihan yang diadakan. Guru-guru akan
sama-sama membantu dalam latihan yang dijalankan.

Secara tidak lansung,

sumbangan pihak luar ini telah memudahkan pihak sekolah melaksanakan Program
Seni Bersemi.

7.3.6 Kemudahan Fizikal

Kemudahan fizikal sekolah juga memainkan peranan penting kepada kejayaan Program
Seni Bersemi. Kemudahan tempat seperti dewan, bilik ict dan bilik darjah membolehkan
pelaksanaan program tanpa mengganggu aktiviti lain . Sebagai contoh kemudahan
dewan telah memberikan ruang kepada program ini sebagai tempat latihan tanpa perlu
mencari ruang lain . Kemudahan Makmal ICT memudahkan urusan percetakan dan
surat menyurat bagi membantu menjayakan projek ini.

7.4.0 Kelemahan Projek

Program Seni Bersemi adalah program kokurikulum sedangkan peserta adalah Guru
Penolong Kanan Hem, oleh itu peserta terpaksa membuat rujukan dengan GPK-Ko
bagi menjayakan program yang dirancang. Peserta juga terpaksa mencari bahan-bahan
yang berkaitan dengan kokurikulum melalui pembacaan dan internet. Peserta telah
bertugas di sekolah ini selama tiga tahun, iaitu jangkamasa yang

lama untuk

mewujudkan hubungan yang baik dengan warga sekolah.


Perbincangan dengan rakan-rakan guru telah dijalankan bagi memastikan program ini
dapat dijalankan dengan lancar. Jangka masa program agak singkat iaitu selama 15
hari latihan. Dalam jangka masa sebegini, banyak kemahiran - kemahiran seni tari tidak

dapat diajar kepada murid-murid. Murid-murid hanya diajar kemahiran asas seni tarian.
Jika diberi tempoh masa yang lama mungkin semua murid boleh menguasai kemahiran
yang pelajari. Tenaga pengajar dari sekolah yang sama

juga mungkin membuatkan

sebahagian murid tidak serius dalam latihan. Ini adalah kerana mereka telah terbiasa
dengan cara dan kaedah penyampaian guru mereka.

Selain itu juga, lokasi pelaksanaan program yang dibuat di sekolah sendiri
berkemungkinan tidak dapat membuka minda pelajar dan ini menyebabkan ada dalam
kalangan pelajar mudah jemu dan bosan. Mereka merasakan suasana pengajaran dan
persembahan tarian ini tidak menarik minat mereka.

Selain dari itu, terdapat juga

kekangan masa yang mana pelajar terlibat dengan program sekolah yang lain seperti,
permainan, perkhemahan sekolah dan sebagainya. Ini mengakibatkan mereka tidak
dapat memberi tumpuan kepada latihan yang diadakan.

7.5.0 PENAMBAHBAIKAN

Pengkaji berharap jangka masa pelaksanaan dapat dilaksanakan selama sebulan.


Jangka masa yang panjang ini dapat digunakan untuk latihan. Jangka masa yang lama
membolehkan murid-murid didedahkan dengan pelbagai kemahiran seni tarian. Ini
adalah kerana bidang seni tari memerlukan pemahaman dan praktik yang mendalam.
Kemahiran gerak tari memerlukan murid-murid mengingat setiap langkah seni tari yang
diajar.

Selain daripada itu guru-guru yang terlibat dalam bidang seni tari daripada sekolah
yang berhampiran juga boleh dilibatkan sebagai tenaga pengajar dalam program
tersebut. Penyampaian dan latihan yang berbeza akan memberi motivasi kepada
murid-murid meneruskan latihan. Murid-murid juga akan berasa lebih hormat,
bersemangat dan dapat memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang aktiviti latihan seni
tari tersebut. Mereka juga akan merasai kelainan dengan cara penyampaian guru
tersebut.

7.6.0 RUMUSAN

Kejayaan pelaksanaan program sandaran ini amat berkait rapat dengan sikap terbuka
semua warga sekolah untuk membantu serta memberi pertolongan dan sokongan yang
diperlukan. Jelas sekali, budaya yang sedia wujud di sekolah ini sedikit sebanyak telah
membentuk kualiti murid, guru serta pemimpin di sekolah ini. Selaku pemimpin tertinggi
sekolah , Guru Besar dilihat berjaya mengekalkan budaya kerja cemerlang sebagimana
yang ditunjukkan oleh guru-guru dan kakitangan di sekolah ini.

Sesungguhnya

kejayaan sesebuah organisasi khasnya sekolah amat bergantung kepada kepimpinan


Guru Besar.

Pembinaan persekitaran sekolah yang kondusif, bukan sahaja terletak kepada individu
tertentu tetapi harus dimulai dengan komitmen pemimpin atau teraju utama sekolah
iaitu bermula daripada Guru Besar hinggalah kepada pekerja am. Sokongan pentadbir,
guru, kakitangan, murid, ibu bapa dan komuniti sekolah amat penting kerana bekerja
sebagai satu pasukan dalam menghasilkan murid-murid yang cemerlang daripada
semua aspek kehidupan. Oleh itu, projek ini telah dirancang dengan harapan dapat
membantu memberi kesan positif kepada murid-murid di SK.Ayer Hitam.

Kepimpinan sekolah juga dilihat berjaya mengekalkan budaya kerja yang cemerlang
seperti mana yang ditunjukkan oleh guru-guru serta kakitangan di bawah pimpinannya.
Menurut Stogdill (1974), Edmond (1979), Nor Azian (1994), pengaruh kepimpinan
adalah amat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Oleh itu,
organisasi seperti sekolah, pengaruh kepimpinan dan kecekapan guru besar sekolah
amat penting dalam menentukan kejayaan sekolah di bawah pimpinannya. Guru Besar
sekolah adalah merupakan kakitangan yang terpenting diperingkat sekolah kerana
peranannya sebagai pemimpin, pentadbir dan pengurus sekolah.
Melalui kreativiti dan inovasi yang ada dalam diri seorang pemimpin sekolah,
diharapkan akan dapat menjadikan sesebuah sekolah lebih cemerlang dan gemilang.
Sebagai pemimpin sekolah juga perlu sentiasa memberi penghargaan dan pengiktirafan

kepada kakitangan di bawah pimpinannya agar mereka juga sentiasa berasa dihargai
dan diperlukan di dalam organisasinya.

BIBLIOGRAFI

Adnan Khamis. (1990). Nilai-nilai murni dalam aktiviti kokurikulum pergerakan ke arah
menghasilkan insan yang mantap lagi seimbang mengikut falsafah KBSM-fokus
Pergerakan Pengakap sekolah.

Adnan Kamis (1988): Nilai-Nilai Murni dalam Aktiviti Kokurikulum Pergerakan


Beruniform Ke
Arah Menghasilkan Insan yang Mantap lagi Seimbang Menurut
Falsafah KBSM. Kertas
kerja Seminar Nilai-Nilai Murni Merentas Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.
Adnan Khamis. (1990). Sikap pelajar terhadap kegiatan kokurikulum Pergerakan
Beruniform. Satu kajian awal. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Anuar Othman, Mohamad Fauzi Abdullah.(2010).Panduan Melaksanakan Kem
Motivasi.
Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd.
Ab.Alim Abd Rahim (2004): Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum. Selangor: Penerbit
Oxford Sdn. Bhd.
Abu Bakar Nordin. (1991). Kurikulum perspektif dan perlaksanaan. Kuala Lumpur:
Penerbitan Pustaka.

Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum (BSSK), KPM (2009): Buku Panduan
Pengurusan Kokurikulum. Kuala Lumpur: A.G Grak, Sdn. Bhd.
Beck and Murphy (1993). Handbook in research and evaluation. San Deigo : Edits
Publishers.
Che Wan Mohd Amil Bin Che Wan Sulaiman (1991). Sikap Pelajar-pelajar Luar Bandar
Terhadap Kegiatan Kokurikulum Sekolah: Satu Kajian Kes di Sekolah Menengah
Kerdau,
Clarke (1979): Extracurricular Activities and Academic Performance Go Hand in Hand.
American School Board Journal
Edmond (1979). Evaluating Instructional Program. Ed. Ke-2. Boston: Allyn and Bacon.

Edward B.Taylor. (1996). Cultural Anthropology. 5th Edition. Saunders College


Publishing. United State of America.
Freeman. Budds.(2001). Exercise adherence and leisure activity. In Exercise
Adherence: Its Impacts on Public Health (edited by R.K. Dishman),pp. 369-396.
Leeds:
Human Kinetics Europe.

Laporan Jawatankuasa Mengkaji Dasar Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia


(1970)
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mashitah Hj. Ghazali (1994). Kegiatan Kokurikulum di Sekolah Membantu Membina


Daya Kepimpinan di Kalangan pelajar Menengah ATAS Kolej Sultan Abdul Hamid
UUM:
Mohd Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof, Borhan Yusof. (2002). Kokurikulum,
peranan
dan implikasi. Kuala Lumpur: Sanon Printing.
Mc Keown (1974 ss). Sports in Malaysia : Opportunities and barriers for women.
Unpublished Masters Thesis, Leed Metropolitan University.
Mohd Zuki Pileh. (1995). Gerakerja Kokurikulum (Gerko) di Sek.Men Datuk Undang
Abdul Manap, Johol, N.Sembilan: Sumbangannya ke arah pembentukan personaliti
pelajar
yang ideal: Satu analisa menurut perspektif Islam. Tesis yang tidak
diterbitkan: Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.
Morgan, A. 1987. Solving polynomial systems using continuation for engineering and
scientific
problems. Prentice-Hall, Englewood Cliffs, N.J.
Nor Azian (1994): Pengurusan Kokurikulum. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Panduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng Di Sekolah. Unit Disiplin Bahagian Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia 1994
Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar Dan Guru. (1988), Kementerian
Pendidikan Malaysia : Dewan Bahasa & Pustaka

Anda mungkin juga menyukai