Anda di halaman 1dari 8

     PENDAHULUAN

Sains adalah satu kajian secara sistematik berkenaan alam semulajadi dan juga
bagaimana alam semulajadi ini memberi kesan kepada kita dan persekitaran. Informasi yang
diperolehi melalui kajian secara saintifik dikenali sebagai pengetahuan saintifik. Melalui
pengetahuan saintifik ini  banyak pengetahuan serta penemuan baru diperolehi.Aplikasi
kepada pengetahuan saintifik untuk kegunaan manusia pula dikenali sebagai teknologi.
Manusia menggunakan teknologi dalam setiap aspek kehidupannya. Oleh itu, sains
merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian kita.
           Pelbagai ciptaan berdasarkan sains dan teknologi telah membantu manusia dalam
kehidupan seharian. Dengan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi ini pelbagai ciptaan
telah diperkenalkan untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja manusia, di samping
memberikan hasil yang lebih bermutu. Ini telah memberi banyak manafaat kepada manusia
terutamanya dalam bidang domestik, pengangkutan, pertanian, komunikasi dan perubatan.  
BIDANG DOMESTIK
            Dalam bidang ini sains membantu manusia melakukan kerja-kerja seharian dengan
lebih mudah dan cepat. Banyak masa dapat dijimatkan dan masa ini boleh digunakan untuk
memberi tumpuan kepada keluarga dan kerjaya. Contohnya ; periuk memasak nasi elektrik,
cerek elektrik dan mesin pengisar mampu membantu para ibu semasa memasak. 

      

 Selain daripada itu, mesin pencuci pakaian dan penyedut hampagas ( vacuum cleaner ) pula

dapat membantu para ibu meringankan tugas mereka semasa mengemas rumah.Selain
daripada itu sains juga menjadikan kehidupan lebih selesa di mana kipas angin atau
penghawa dingin dapat menyejukkan bilik yang panas, pelbagai jenis lampu menerangi
malam yang gelap dan tilam yang empuk untuk tidur yang lena.
  

                              
                           

PENGANGKUTAN

            Sains telah menjadikan pengangkutan


lebih mudah, cepat dan lebih selesa. Kapal terbang dapat membantu manusia untuk sampai ke
destinasi yang jauh dengan cepat. Ini dapat menjimatkan masa dan dapat mengelakkan
manusia letih kerana berada lama di dalam perjalanan. Selain daripada itu ruang dan tempat
duduknya  pula direka untuk keselesaan penumpangnya.

  Kereta yang pelbagai jenis dan jenama direka supaya boleh

bergerak dengan laju dan licin untuk keselesaan pemandu dan penumpang.Komuter dan
monorail merupakan pengangkutan awam yang dapat membantu manusia mengurangkan
kesesakan jalan raya.
                                               
Basikal dan motorsikal yang dicipta oleh sains dapat
digunakan di lorong-lorong atau jalan yang sempit dan juga dapat membantu manusia
mengharungi kesesakan jalanraya.

Sains juga membantu merekabentuk jalanraya dan lebuhraya


yang lebih baik dan selesa untuk mengelakkan kemalangan. Jalanraya dan lebuhraya sangat
penting untuk menghubungkan antara dua tempat.

                                              PERTANIAN
Mesin yang dicipta oleh sains dapat membantu mengangkat dan memindahkan barang-barang
berat untuk kerja-kerja pertanian atau memindahkan hasil-hasil pertanian. Selain daripada itu,
terdapat juga mesin yang dapat membantu melakukan kerja-kerja yang sukar seperti
membajak tanah, menggemburkan tanah dan menuai hasil tanaman. Semua mesin-mesin
ciptaan sains ini mampu menjimatkan masa para petani dan juga meningkatkan mutu dan
hasil pengeluaran tanaman.      
                                                                                                    

Sains juga berjaya menghasilkan biji benih yang bermutu tinggi dan dapat
meningkatkan hasil tanaman. Contohnya : padi hibrid iaitu padi yang dihasilkan melalui kaedah
bioteknologi percantuman dan kacukan daripada beberapa jenis benih terbaik yang berlainan
bagi menghasilkan produk baru lebih berkualiti.Dari segi benih, kaedah biasa tabur terus
menggunakan 80 hingga 200 kilogram biji benih sehektar. Manakala padi hibrid hanya
memerlukan 20 hingga 25 kilogram biji benih untuk keluasan yang sama. Melihat kepada
faktor produktiviti, padi hibrid mampu mengeluarkan sehingga 15 tangkai bagi satu perdu
dengan biji padi melebihi 200 biji berbanding padi biasa bagi satu perdu hanya mengeluarkan
kira-kira tujuh tangkai dengan purata 100 biji. Hasil padi hibrid juga tinggi iaitu bagi sehektar
ia mampu mengeluarkan sehingga tujuh tan berbanding antara empat dan lima tan bagi padi
biasa.
                       

Penggunaan racun serangga yang dicipta oleh sains untuk mengelakkan serangan
serangga perosak mampu meningkatkan hasil tanaman. Penggunaan racun bergantung kepada
peringkat tumbesaran tanaman. Contohnya, racun kulat pada peringkat penyemaian,biji benih
untuk mencegah penyakit lecur anak pokok,kemudian racun serangga untuk mencegah
penyakit serangga perosak seperti kutu trip dan hamama dan akhirnya racun untuk mencegah
serangan perosak di peringkat berbuah.   

Penggunaan baja kimia dan baja organik adalah untuk menambahkan kesuburan tanih.
Ini adalah untuk memastikan tanah mampu membekalkan nutrisi yang secukupnya kepada
tanaman agar dapat meningkatkan pengeluaran dan tanaman yang dihasilkan bermutu tinggi.

Sains juga mencipta teknik penanaman tanpa menggunakan tanah yang dikenali
sebagai teknik hidroponik. Penanaman secara hidroponik ialah satu kaedah menanam
tumbuhan tanpa menggunakan tanah. Kaedah ini menggunakan larutan zat makanan di dalam
takungan yang berisi air. Ianya amatlah mudah dan tidak memerlukan penjagaan yang rumit.
Terdapat beberapa sistem penanaman secara hidroponik tetapi “hidroponik takung” adalah
yang disyorkan bagi wargakota kerana mereka mempunyai kawasan untuk bertanam yang
terhad                                                 
                                                      KOMUNIKASI
Dalam bidang ini sains membantu manusia berkomunikasi dua hala dengan
lebih cepat dan pantas melalui penggunaan telefon, telefon bimbit, mesin faksimili dan
komputer. Komunikasi secara global boleh dilakukan melalui penggunaan satelit, e-mail dan
internet. Pelbagai maklumat boleh diperolehi secara cepat dan mudah melalui penggunaan
internet.
                      

Televisyen pula adalah merupakan alat untuk berkomunikasi secara sehala. Pelbagai

maklumat boleh disampaikan melalui televisyen. Manusia juga boleh mendapatkan

maklumat daripada televisyen. Radio juga merupakan alat komunikasi sehala tetapi hanya

menggunakan suara sahaja.

                 .       
PERUBATAN
            Dalam bidang perubatan, sains membantu mempertingkatkan taraf kesihatan manusia
melalui penciptaan pelbagai kaedah dan peralatan canggih  untuk mengesan dan
menyembuhkan pelbagai penyakit berbahaya pada masa kini. Penyakit yang dapat dikesan
pada peringkat awal, memberikan peluang yang besar untuk sembuh.

            Stetoskop. termometer dan mesin pengukur tekanan darah( tensimeter ) adalah antara
alatan asas yang dicipta oleh sains untuk menentukan tahap kesihatan manusia secara umum.
Stetoskop digunakan untuk mengesan ketidaksempurnaan denyutan jantung atau paru-paru.
Pengukur tekanan darah digunakan untuk mengukur tekanan darah dan termometer pula
untuk mengukur suhu badan.
Mesin CT Scan merupakan mesin sinar-X yang canggih  di mana ia  digunakan untuk melihat
struktur badan, organ dalaman dan juga sistem peredaran darah. Alat ini digunakan bagi
tujuan melihat struktur tidak normal bahagian dalam badan manusia dengan lebih jelas.

Mesin linear accelerator pula digunakan untuk radioterapi. Mesin ini

memancarkan radiasi untuk membunuh sel kanser tanpa memengaruhi bahagian badan

yang lainnya.
Sains juga memberi manafaat kepada manusia melalui penciptaan dan penemuan ubat-
ubatan, antibiotik, vitamin dan mineral untuk membantu menyembuhkan penyakit ataupun
mengurangkan rasa sakit. Kemajuan sains dan teknologi juga membolehkan pakar-pakar
perubatan menghasilkan ubat yang lebih berkesan untuk menyembuhkan pelbagai jenis
penyakit.   

PENUTUP
            Penyelidikan dalam bidang sains menghasilkan banyak penciptaan dan penemuan
baru untuk membantu manusia menjalani kehidupan seharian dengan  lebih mudah, cepat dan
selesa. Manafaat yang diperolehi oleh manusia melalui sains menggalakkan lagi lebih banyak
penemuan baru dicipta/diperolehi.

Anda mungkin juga menyukai