Anda di halaman 1dari 14

BENGKEL

DEKLAMASI PUISI

OLEH:
MOHAMMAD HILMI ISMAIL
SK LASAU TINTAPON
APA ITU DEKLAMASI PUISI?

 Deklamasi puisi merupakan satu seni persembahan puisi pentas yang disampaikan oleh
seorang atau lebih pemuisi/deklamator.
 Penyampaian setiap deklamator berlatarkan penghayatan mendalam terhadap puisi yang
dipersembahkan.
 Antara tema yang biasa dipersembahkan di pentas adalah seperti patriotik, kemanusiaan,
bahasa, pendidikan, alam sekitar, isu sosial dan sebagainya.
 Hafalan teks adalah mandatori/wajib dalam deklamasi puisi.
 Deklamasi puisi biasanya menggunakan sajak-sajak auditorium/deklamatori kerana ciri-
cirinya yang lebih sesuai dipersembahkan berbanding sajak kamar/kertas.
KESALAHAN-KESALAHAN YANG LAZIM
DITEMUKAN KETIKA MENDEKLAMASI PUISI
 Peserta tidak menghafal sajak yang dipersembahkan.
 Peserta mendeklamasi sajak dengan intonasi seakan-akan berlagu atau istilah lebih tepat
memasukkan intonasi melankolik di tempat yang tidak betul serta suka menjerit-jerit.
 Emosi yang ditunjukkan peserta tidak selari dengan maksud sajak.
 Tiada kesungguhan ketika mempersembahkan sajak.
 Kurang penghayatan/gaya tidak selari dengan teks/pergerakan keterlaluan.
 Tiada ketertiban ketika melakukan persembahan.
 Peserta lebih suka menghafal “langkah seterusnya” berbanding menghayati isi sajak yang
sepatutnya lebih membantu pergerakan mereka secara automatik.
 Pemilihan sajak yang kurang tepat dengan tema atau tidak sesuai dipersembahkan.
 Sajak terlalu pendek.
 Pakaian/penampilan yang kurang sesuai dengan tema sajak.
SENI DEKLAMASI PUISI
 Menitikberatkan kepada penghayatan isi puisi dan gaya bahasa melalui aspek-
aspek penting dalam persembahan deklamasi.
 Aspek-aspek yang dinilai dalam deklamasi puisi adalah seperti berikut:
i) Vokal
ii) Intonasi
iii) Nada
iv)Kelancaran/Artikulasi
v)Ekspresi/Mimik muka
vi)Penghayatan
vii)Bahasa Tubuh
viii)Penampilan
VOKAL

 Vokal/suara memainkan peranan yang sangat penting ketika mendeklamasi puisi.


 Peserta harus memastikan mempunyai suara yang besar, lantang dan parau. Keseluruhan
markah ditentukan oleh kesesuaian suara bagi persembahan deklamasi puisi ini.
 Namun, peserta yang tidak mempunyai jenis suara yang besar, lantang dan parau digalak
menggunakan suara asli tetapi dengan teknik melontar suara yang betul.
INTONASI

 Turun naik suara.


 Peserta dapat mengawal tinggi rendah atau panjang pendek suara berdasarkan maksud
puisi.
 Kebolehan dan kebijaksanaan peserta mengawal intonasi menentukan markah baik atau
sebaliknya.
 Kebolehan menggunakan jeda/patah-patah kata/hentian yang betul diambilkira.
NADA

 Bunyi suara yang melahirkan atau membayangkan sesuatu perasaan, sikap, aliran atau
rentak puisi.
 Nada dalam deklamasi perlu mengikut mood sesebuah puisi.
 Peserta yang dapat mengikuti mood dan nada bagi setiap baris, bait atau rangkap mampu
memperoleh markah yang tinggi.
KELANCARAN/ARTIKULASI

 Kelancaran bererti peserta dapat mendeklamasikan puisi dengan lancar tanpa tersekat-
sekat, terhenti atau terlupa.
 Sekiranya peserta tertinggal lebih dua perkataan, markah bagi bahagian ini akan kurang
kerana ia mungkin boleh mengubah maksud puisi tersebut.
 Artikulasi bererti dapat menyebut bunyi atau kata dengan jelas.
 Sebutan dapat difahami dan menggunakan sebutan bahasa Melayu baku.
MIMIK MUKA

 Peserta berjaya meniru, mengajuk gaya, cara setiap sifat dan perasaan dalam puisi.
 Contohnya; jika terdapat perkataan yang membawa maksud marah, sudah pasti peserta
memperlihatkan wajah yang marah, bukannya tersenyum.
 Mimik muka amat penting bagi peserta berkomunikasi dengan khalayak untuk menyatakan
maksud puisi.
PENGHAYATAN

 Peserta dapat mengalami dan merasai dalam batin, yakni maksud puisi yang dideklamasi
mampu meresap ke dalam jiwa mereka.
 Secara lebih mudah, peserta mesti berada dalam puisi tersebut.
 Penghayatan dapat dirasai oleh khalayak daripada keseluruhan deklamasi.
BAHASA TUBUH

 Penggunaan anggota badan bagi menyokong serta menguatkan lagi maksud kata dan bait
dalam deklamasi.
 Penggunaan anggota badan yang betul dan tepat amat penting bagi menarik minat khalayak.
 Contoh: Mari kita bestarikan tanah hitam putih, tanah hadhari milik kita yang pasti.
 Dalam contoh di atas, peserta boleh menggunakan tangan untuk melambangkan tanah air.
Jika tangan menunjukkan ke langit, ia sudah membawa maksud yang salah dan tidak selari
dengan apa yang diucapkan. Jika tangan menunjukkan ke bawah atau mendasar, ia
membawa maksud yang lebih tepat.
 Peserta harus lebih berhati-hati terhadap penggunaan bahasa tubuh.
 Tidak perlu terlalu banyak pergerakan bahasa tubuh. Satu ayat boleh buat satu hingga tiga
pergerakan sahaja.
PENAMPILAN

 Selain cara deklamasi, penampilan diri sebenar amat penting seperti pemilihan
busana/kostum serta kekemasan. Berdiri dan bergerak juga amat penting sebagai salah satu
elemen penampilan.
 Hakim akan mengambil kira seawal langkah pertama peserta berjalan di pentas, disiplin
diri, pengawalan pentas dan pengawalan pembesar suara yang dianggap penting.
PENUTUP

 Setiap peserta haruslah memahami setiap bait kata yang ditulis dan dipersembahkan.
 Hayatilah dengan penuh perhatian akan penggunaan gaya bahasanya yang bertujuan
menyampaikan fikiran perasaan penulis itu.
 Jika hanya sekadar mendeklamasi tanpa memahami makna puisi dan penggunaan gaya
bahasa puitis yang berkesan, makna fikiran dan makna perasaan tidak akan sampai kepada
minda dan emosi khalayak.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai