Anda di halaman 1dari 4

TERMA DAN SYARAT

PERTANDINGAN VIDEO KESEDARAN AWAM

1. MAKLUMAT PERTANDINGAN

a. Pertandingan Video Kesedaran Awam ini adalah anjuran Perbadanan


Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Kementerian
Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).
b. Tempoh pertandingan adalah bermula dari 10 Oktober 2023 hingga
10 November 2023.
c. Tema pertandingan BUANG SAMPAH KE DALAM TONG SAMPAH.
d. Genre video pertandingan adalah video pendek berkaitan kesedaran awam
mengikut kreativiti peserta.

2. KELAYAKAN PERTANDINGAN

Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia.

3. TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

a. Penyertaan adalah percuma.


b. Penyertaan adalah secara individu.
c. Peserta hanya boleh menghantar satu (1) video sahaja bagi setiap
penyertaan.
d. Peserta hendaklah mengisi dengan lengkap e-borang penyertaan melalui
pautan https://forms.gle/SrJRWNRHjean1PUD9.
e. Setiap pelakon di dalam pertandingan video ini perlulah berpakaian sopan
dan tiada penampilan yang mencolok mata.
f. Kos penyediaan video adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.

1| PERTANDINGAN VIDEO KESEDARAN AWAM (SWCorp)


g. Durasi setiap video hendaklah tidak melebihi tiga (3) minit. Tempoh ini
hendaklah termasuk montaj dan kredit.
h. Penyertaan video adalah dibenarkan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa
Inggeris sahaja dan memaparkan sari kata mengikut pilihan bahasa.
i. Hasil karya hendaklah sesuai untuk diterbit dan dipapar dalam segala
bentuk media video. Format yang dibenarkan adalah AVI, MOV, atau MP4.
j. Resolusi minimum video yang dihantar adalah video HD-720p (1280 x 720
pixel resolution) dengan saiz maksimum 1GB sahaja.
k. Peserta perlu memuat naik video yang ingin dipertandingkan melalui
pautan yang sama dalam perkara 3.d. berserta sinopsis berkaitan video
yang dipertandingkan.
l. Sila pastikan semua muzik yang digunakan berstatus bebas royalti.
SWCorp tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat
pelanggaran hasil hak cipta.
m. Karya yang dihasilkan adalah berdasarkan kreativiti peserta, mengandungi
nilai-nilai murni dan TIDAK BOLEH mengandungi unsur-unsur yang
menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan, keagamaan dan tidak
menghina mana-mana pemimpin dan individu.
n. Setiap video yang dikemukakan mestilah karya asli dan kreatif serta tidak
melanggar mana-mana hak pihak ketiga (termasuk hak cipta).
o. Semua penyertaan TIDAK BOLEH dimuat naik ke mana-mana platform
dalam tempoh pertandingan kecuali melalui penghantaran video
pertandingan melalui medium pautan dalam perkara 3.d.
p. Setiap hasil karya juga mestilah TIDAK PERNAH diguna pakai untuk
menyertai mana-mana pertandingan video peringkat kebangsaan dan
antarabangsa.
q. Semua peserta dinasihati untuk mematuhi prosedur standard operasi
(SOP) yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa terutama jika melibatkan
penggambaran di luar.

4. TUNTUTAN HAK CIPTA

Dengan menyertai pertandingan ini, peserta dengan ini bersetuju bahawa


peserta membenarkan:

2| PERTANDINGAN VIDEO KESEDARAN AWAM (SWCorp)


a. SWCorp menggunakan video tersebut bagi tujuan promosi di dalam mana-
mana saluran/ platform sama ada sebelum, semasa dan selepas
Pertandingan;
b. Suntingan dibuat oleh SWCorp terhadap video penyertaan bagi tujuan
pendidikan, penyiaran dan promosi sahaja; dan
c. Setiap video penyertaan yang diterima akan menjadi hak milik Perbadanan
Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp).

5. HADIAH DAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN

a. Tawaran hadiah utama adalah seperti berikut:


Johan : RM2,000.00 berserta e-sijil
Naib Johan : RM1,500.00 berserta e-sijil
Ketiga : RM 1,000.00 berserta e-sijil
b. Tawaran hadiah saguhati: 5 hadiah saguhati disediakan dengan nilai
RM100.00 berserta e-sijil untuk seorang pemenang.
c. Setiap penyertaan akan dinilai oleh juri yang ditetapkan dan dilantik oleh
SWCorp.
d. Setiap karya akan dinilai keaslian, isi kandungan, konsep dan kreativiti
serta kualiti produksi oleh panel juri yang dilantik.
e. Peserta yang terpilih sebagai pemenang akan dihubungi oleh SWCorp
melalui telefon dan/ atau e-mel dan nama pemenang turut akan
diumumkan di platform media sosial SWCorp.
f. Hadiah berbentuk wang yang dimenangi akan dikredit ke akaun
Touch 'n Go eWallet pemenang mengikut nombor telefon yang dinyatakan
dalam e-borang penyertaan. E-sijil pula akan dihantar kepada e-mel
pemenang.
g. Keputusan juri adalah MUKTAMAD dan sebarang bantahan tidak akan
dilayan.

6. LAIN-LAIN

a. Dengan menyertai pertandingan ini, para peserta bersetuju untuk terikat


dengan terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di dalam ini dan

3| PERTANDINGAN VIDEO KESEDARAN AWAM (SWCorp)


segala keputusan yang dibuat oleh SWCorp berkaitan dengan
pertandingan ini.
b. SWCorp berhak menolak dan/ atau membatalkan penyertaan mana-mana
peserta yang didapati melanggar syarat-syarat yang dinyatakan,
penyertaan yang tidak lengkap dan/ atau penyertaan yang tiba lewat dari
tarikh yang telah dinyatakan.
c. SWCorp berhak untuk meminda, mengubah dan/ atau memansuhkan
terma dan syarat ini atau melanjutkan, membatalkan, menamatkan atau
menangguhkan pertandingan ini, pada bila-bila masa, atas budi bicara
penuh dan mutlaknya. Apa-apa perubahan pada pertandingan ini akan
dimaklumkan kepada peserta melalui kaedah yang dianggap sesuai oleh
SWCorp.
d. Semua data peribadi peserta yang dikumpulkan akan disimpan oleh
SWCorp adalah bukan untuk tujuan ‘transaksi komersial’ dan hanya diguna
pakai bagi tujuan pertandingan dan tertakluk di bawah Akta Perlindungan
Data Peribadi 2010 (Akta 709).
e. Ikuti media sosial rasmi SWCorp untuk maklumat terkini.
Sebarang pertanyaan, hubungi 03-83124000 e-melkan ke:
unitmediasosial@swcorp.my.

-TAMAT-

Disediakan oleh:
Bahagian Korporat,
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp)

4| PERTANDINGAN VIDEO KESEDARAN AWAM (SWCorp)

Anda mungkin juga menyukai