Anda di halaman 1dari 2

KARNIVAL PATRIOTIK TINGKATAN ENAM DAERAH HILIR PERAK 2023

PERTANDINGAN VIDEO TIK TOK: TEMPAT BERSEJARAH

A. MAKLUMAT PERTANDINGAN VIDEO TIKTOK

1. Pertandingan Video Tiktok Tempat Bersejarah 2023 adalah anjuran SMK Sultan Abdullah
sempena Hari Kemerdekaan 2023.
2. Tarikh tutup penyertaan adalah dari 17 September2023 sehingga jam 23:59:00, 14
September 2023 .
3. Karya hendaklah bertemakan Tempat Bersejarah di Negeri Perak.
4. Elemen semangat patriotik perlu digayakan bagi menyampaikan mesej cintakan negara/tanah
air
5. Keputusan hakim adalah muktamad

B. TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

1. Terbuka kepada semua pelajar Tingkatan Enam daerah Hilir Perak.


2. Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.
3. Penyertaan adalah secara berkumpulan iaitu 4 orang (termasuk
ketua kumpulan).
4. Video yang dihasilkan hendaklah berdurasi 1-2 minit sahaja
5. Penyertaan yang tidak lengkap, tidak memenuhi syarat serta hasil yang tidak mencapai tahap
tidak akan diterima.
6. Produksi mestilah karya asal peserta dan tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan.
7. Pastikan akaun pengguna tiktok aktif dan dalam tetapan umum.
8. Gunakan tanda pagar #karnivalpatriotikHIP2023
9. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab untuk menanggung sebarang kos ataupun kerugian
yang ditanggung oleh peserta sepanjang pertandingan berlangsung.
10.Tidak dibenarkan menyentuh sensitiviti kaum, agama serta politik dalam pembikinan video

C. CARA MENGHANTAR PENYERTAAN

1. Peserta perlu merakam video dengan aplikasi tiktok.


2. Peserta perlu memuat naik (upload) video di akaun tiktok anda. Pastikan akaun tiktok anda
ditetapkan ke tetapan ‘OPEN PUBLIC’ selewat-lewatnya , 17 September 2023 sehingga jam
23:59:00
3. Hantar video tiktok melalui telegram ke nombor 0135158591 bersama maklumat berikut
- Nama peserta
- Link VTT
- No telefon
- Nama sekolah

D. TUNTUTAN HAKCIPTA
1. Semua video penyertaan yang diterima menjadi hak milik penganjur.
2. Pihak penganjur berhak menerbitkan, mengeluarkan, memaparkan, mengedar, menyunting dan
menayangkan pada skrin mana-mana hasil karya yang menang atau tidak di laman web
pameran, mana-mana media yang lain atau media sosial untuk tujuan kegunaan penganjur.
Video yang digunakan akan dikreditkan kepada pemilik karya.

E. KRITERIA PENGHAKIMAN

1. Keseluruhan video tiktok akan melibatkan penjurian profesional. Penjurian profesional akan
dinilai mengikut kriteria pemarkahan seperti berikut:

KRITERIA MARKAH
TEMA 10
KREATIVITI PENYAMPAIAN 40
KUALITI KEASLIAN 40
PERSEMBAHAN 10

F. PENOLAKAN PENYERTAAN

Urus setia berhak menolak sebarang penyertaan yang melanggar peraturan dan mengubah
sebarang syarat yang telah ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai