Anda di halaman 1dari 5

TERMA RUJUKAN

MALAM CERITERA MURBA


SIDANG AKADEMIK 2024/2025

A. MAKLUMAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan teater pendek bagi program Malam Ceritera Murba ‘24 anjuran Majlis
Penghuni Desasiswa Aman Damai Universiti Sains Malaysia, USM.

2. Konsep pertandingan adalah pementasan teater cerita rakyat pendek bertemakan suri
teladan yang berdurasi selama sepuluh (10) minit maksimum.

3. Pertandingan ini akan dilangsungkan secara berperingkat bermula dengan Peringkat


Saringan secara dalam talian melalui penghantaran pautan video rakaman pada 4
MEI 2024 dan Pentas Akhir secara fizikal di Universiti Sains Malaysia (USM) pada
11 JUN 2024.

4. Lima (5) pasukan terbaik akan diumumkan sebagai finalis dan akan berentap di
Dewan Budaya, USM pada 11 JUN 2024.

B. KELAYAKAN PERTANDINGAN

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua mahasiswa/i Institut Pengajian Tinggi


Awam/Swasta, Politeknik, Kolej Komuniti dan Kolej Vokasional di Malaysia yang
berstatus aktif.

2. Setiap Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta, Politeknik, Kolej Komuniti dan Kolej
Vokasional hanya dibenarkan untuk menghantar satu (1) kumpulan SAHAJA.
C. TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

1. Penyertaan perlu dilakukan dengan mengisi Borang Pendaftaran Rasmi Malam


Ceritera Murba ‘24 melalui pautan Google Form berikut:
https://forms.gle/cYsAHgCqKLVjUHhy7 .

2. Yuran penyertaan adalah RM250 bagi setiap pasukan.

3. Setiap kumpulan hanya boleh terdiri daripada pelakon dan kru produksi SAHAJA.

4. Setiap kumpulan hendaklah tidak lebih dari 10 orang (termasuk kru produksi)
manakala bilangan pelakon di atas pentas hanyalah dua (2) kelima (5) orang SAHAJA.

5. Semua peserta dan kru produksi mestilah daripada institut pengajian tinggi yang
sama.

6. Tajuk cerita rakyat akan ditentukan melalui undian oleh pihak penganjur semasa
taklimat peserta pada 31 MAC 2024.

7. Sebarang permohonan untuk mengubah tajuk cerita rakyat yang diterima bergantung
kepada budi bicara pihak penganjur.

8. Sebarang rayuan dan bantahan TIDAK DIBENARKAN sepanjang pertandingan


berlangsung.

9. Penggunaan Bahasa Melayu baku adalah DIWAJIBKAN dan penggunaan bahasa


rojak adalah TIDAK DIBENARKAN.

10. TIDAK DIBENARKAN menyentuh sensitiviti kaum, agama, isu politik dan menghina
mana-mana individu dalam pementasan.

11. Penggunaan prop atau set rekaan yang membahayakan adalah TIDAK DIBENARKAN.
PERINGKAT SARINGAN (SECARA DALAM TALIAN)

1. Video yang dihasilkan haruslah tidak melebihi 10 minit.

2. Video yang dihasilkan mestilah mempunyai kualiti gambar dan suara yang baik serta
jelas.

3. Rakaman video mestilah berada dalam format landskap dan statik.

4. TIDAK DIBENARKAN untuk zoom in atau zoom out sepanjang rakaman dijalankan.

5. Video mestilah dimuat naik dalam format MP4 dengan resolusi minimum HD720 penuh
hingga HD1080 penuh.

6. Video mestilah dimuat naik dengan ketetapan minimum 25 frame per second hingga
30 frame per second.

7. Setiap kumpulan hanya dibenarkan memuat naik satu (1) video sahaja.

8. Video mestilah dimuat naik di Youtube pada tetapan tidak tersenarai (unlisted),
kemudian pautan tersebut perlu diserahkan kepada pihak penganjur melalui pautan
Google Form yang berikut: https://forms.gle/Qh8so3rhXawKuuRE9

9. Tajuk video Youtube ialah MCM ‘24 (Tajuk Cerita Rakyat) (Nama
Pasukan). CONTOH: MCM ‘24 (Hang Tuah) (Pemuda gagah)

10. Sila letakkan nama institut pengajian tinggi, nama kumpulan dan nama ahli
kumpulan di bahagian description video Youtube.

11. Tarikh Tutup Penghantaran Video: Selewat-lewatnya sebelum jam 12.00 tengah hari
pada 4 MEI 2024.

12. Pihak penganjur berhak membuat keputusan dan memutuskan hanya video yang
memenuhi piawaian dan standard juri sahaja layak diangkat sebagai pemenang.

13. Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya video yang dihantar
adalah tidak lengkap, terdapat suntingan, berlaku penipuan suara, penyamaran peserta,
berunsur lucah, ganas, menyentuh sensitiviti agama, kaum, budaya, isu politik,
menghina mana-mana individu dan penghantaran video yang tiba lewat dari tarikh tutup.
PENTAS AKHIR (SECARA BERSEMUKA)

1. Tajuk cerita rakyat yang dipentaskan semasa peringkat saringan DIKEKALKAN untuk
Pentas Akhir.

2. Nombor giliran pasukan, pelan lantai dan senarai kelengkapan fasiliti yang
disediakan oleh pihak penganjur akan diberikan semasa taklimat kumpulan finalis pada
12 MEI 2024.

3. Setiap kumpulan diberi masa lima (5) minit untuk persiapan dan sepuluh (10) minit
untuk persembahan.

4. Setiap pasukan finalis mestilah mempunyai SEORANG pengiring.

5. Satu (1) kru produksi untuk tata cahaya, audio dan multimedia SAHAJA dibenarkan
untuk terlibat dalam pengawalan semasa pementasan berlangsung.

D. TUNTUTAN HAK CIPTA

1. Kesemua penyertaan adalah menjadi hak milik penganjur.

2. Video mestilah hasil karya asal, tidak menceroboh mana-mana hak cipta dan tidak
pernah dipertandingkan di mana-mana pertandingan.

3. Pihak penganjur berhak untuk menerbitkan, mengeluarkan, memapar, mengedar,


menyunting dan menayangkan pada skrin mana-mana hasil karya yang menang atau
tidak di laman web pameran, mana-mana platform media yang lain atau media sosial
untuk tujuan penganjur. Video yang digunakan akan dikreditkan kepada pemilik karya.

E. HADIAH

1. Tawaran hadiah bagi setiap pemenang adalah seperti berikut:


● Hadiah Tempat Pertama: RM2,000 beserta Piala dan Sijil Penyertaan
● Hadiah Tempat Kedua: RM1,500 dan Sijil Penyertaan
● Hadiah Tempat Ketiga: RM1,000 dan Sijil Penyertaan
● Saguhati Tempat Keempat dan Kelima: RM500 dan Sijil Penyertaan
● Hadiah Pelakon Terbaik: RM300
● Hadiah Pelakon Pembantu Terbaik: RM300
● Hadiah Pengarah Terbaik: RM200
● Hadiah Sinografi Terbaik: RM300
● Semua peserta akan diberikan Sijil Penyertaan
2. Aspek Penilaian adalah seperti yang berikut:

PERINGKAT SARINGAN

PENILAIAN MARKAH

Lakonan 35 markah

Bahasa 35 markah

Pengarahan 30 markah

JUMLAH KESELURUHAN 100 markah

PENTAS AKHIR

PENILAIAN MARKAH

Lakonan 30 markah

Bahasa 30 markah

Sinografi 20 markah

Pengarahan 20 markah

JUMLAH KESELURUHAN 100 markah

1. Keputusan juri adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan atau pertikaian tidak akan
dilayan.

2. Kumpulan yang layak ke pentas akhir akan dihubungi melalui surat rasmi, telefon atau
e-mel.

-TAMAT-

Anda mungkin juga menyukai