Anda di halaman 1dari 3

Pertandingan Kuiz Young Humanitarian Dalam Talian

Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC)
menganjurkan Pertandingan Kuiz Young Humanitarian Dalam Talian untuk mempromosikan
Palang Merah dan Bulan Sabit Merah serta Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa
(UUKA).

1. Objektif

● Untuk meningkatkan pemahaman ahli BSMM dan orang awam mengenai


pergerakan, aktiviti kemanusiaan BSMM dan UUKA;
● Untuk menggalakkan penggunaan platform dalam talian bagi mempromosikan
UUKA, nilai-nilai kemanusiaan dan aktiviti-aktiviti BSMM;
● Untuk mempromosikan nilai kesukarelawanan demi usaha kemanusiaan;
● Untuk melibatkan warga sekolah dalam aktiviti kokurikulum dalam talian sebagai
alternatif kepada aktiviti kokurikulum secara bersemuka.

2. Topik Diliputi

● Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa


● Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa dan Tindakan Kemanusiaan
● Bulan Sabit Merah Malaysia
● Kesan Kemanusiaan Senjata Nuklear
● Pencegahan dan Respons terhadap Keganasan Berasaskan Seks dan Jantina

3. Kriteria Penyertaan

• Pertandingan ini terbuka kepada sesiapa yang:


- menetap di Malaysia
- termasuk dalam salah satu kategori berikut:

Tahap Kategori
Tahun 4 & Tahun 5
Sekolah Rendah
Tahun 6
Kelas Peralihan, Tingkatan 1, Tingkatan 2
Tingkatan 3 & Tingkatan 4
Sekolah Menengah
Tingkatan 5
Tingkatan 6
Guru Guru Pemimpin BSMM
Terbuka Umur tidak melebih 30 tahun

Kriteria tambahan bagi peserta kategori Terbuka:


− tidak dikira bawah kategori Sekolah Rendah, Sekolah Menengah atau Guru.
− bukan seorang jurulatih BSMM.
− tidak pernah atau sedang menjadi seorang kakitangan/staf untuk Bulan Sabit
Merah Malaysia, Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah atau
Persekutuan Antarabangsa Persatuan-Persatuan Palang Merah dan Bulan
Sabit Merah.

1
4. Cara Penyertaan

● Kebenaran ibu bapa adalah diperlukan untuk murid sekolah rendah dan sekolah
menengah untuk menyertai pertandingan ini.
● Peserta boleh mengakses dan membaca bahan yang berkaitan dengan topik-topik
melalui akaun media sosial Bulan Sabit Merah Malaysia dan Google Classroom.
− Facebook: www.facebook.com/MalaysianRC
− Instagram: @malaysianredcrescent
− Twitter: @MalaysianRC
− YouTube: https://www.youtube.com/c/MalaysianRedCrescent
− Google Classroom (moe-dl.edu.my): wke5436 (Sekolah rendah) /
eoupzif (Sekolah menengah)
● Peserta perlu mengambil kursus dalam talian di bawah sebelum mendaftar untuk
pertandingan ini. Sijil tamat kursus perlu dihantar bersama semasa mendaftar.
○ The World of Red Cross and Red Crescent
https://bit.ly/38S53zI
● Peserta juga perlu menonton video ‘Rules of war in a nutshell’:
https://www.icrc.org/en/document/what-are-rules-of-war-geneva-conventions
● Peserta perlu membuat pendaftaran melalui link yang tertera pada poster.
● Pertandingan ini hanya dibuka untuk 500 peserta merentas kategori atas dasar
siapa cepat dia dapat.
● Peserta akan menerima e-mel yang mengandungi arahan dan pautan kuiz.
● Peserta yang melanggar terma dan syarat pertandingan akan terbatal
kelayakannya.

5. Garis Masa dan Platform Pertandingan

Tarikh tutup pendaftaran : 2 Disember 2022


Tarikh mula kuiz : 30 November 2022
Tarikh tutup kuiz : 9 Disember 2022

Platform : SpeedExam

6. Pemberian dan Hadiah

● Semua peserta yang mendapat skor 50% dan ke atas akan menerima e-sijil
penyertaan.
● Bagi setiap kategori, lima (5) peserta dengan skor tertinggi, tempoh menjawab
tersingkat dan respons terawal akan dipilih untuk menerima e-sijil pencapaian dan
pin tambah nilai e-dompet.

Tempat Hadiah (nilai pin tambah nilai e-dompet)


Johan RM150
Naib Johan RM120
Tempat Ketiga RM70
Tempat Keempat RM60
Tempat Kelima RM50

2
7. Terma dan Syarat

● Dengan menyertai pertandingan kuiz ini, peserta dianggap telah membaca,


memahami dan bersetuju dengan Terma dan Syarat pertandingan.
● Penyertaan adalah percuma.
● Hadiah tidak boleh ditukar.
● Sekiranya terdapat lebih daripada satu penyertaan dari seseorang peserta, hanya
penyertaan pertama yang akan diterima.
● Peserta mungkin diminta untuk memberikan dokumen pengenalan sebagai bukti umur
dan status penetapan mereka.
● Dengan menyertai pertandingan kuiz ini, peserta bersetuju memberikan penganjur hak
untuk memetik input yang diberi bagi tujuan promosi pertandingan atau isu-isu
kemanusiaan, dengan memberi kredit kepada pemenang. Semua penyertaan juga
boleh digunakan oleh penganjur dalam bentuk keseluruhan atau diedit.
● Pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur melalui telefon atau e-mel. Sekiranya
pemenang tidak dapat dihubungi dalam tempoh 5 hari bekerja, pemenang lain akan
dipilih. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab atas penyertaan yang lewat, hilang
atau salah arah, atau usaha yang tidak berjaya untuk menghubungi pemenang.
● Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati tidak mematuhi peraturan
pertandingan. Pihak penganjur berhak untuk menolak penyertaan yang didapati
mengandungi maklumat palsu atas budi bicara mereka.
● Keputusan pihak penganjur dalam semua perkara berkaitan pertandingan ini adalah
muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan tidak akan dipertimbangkan.

Anda mungkin juga menyukai