Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM SUPER BERSELAWAT 2020

KASIH RASULULLAH MEMBAWA KE SYURGA

1. PERINCIAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1.1. Penyertaan terbuka kepada semua warga dan komuniti SMK Sg Puteri sesi tahun 2020. JK
Program tidak dibenarkan menyertai pertandingan.
1.2. Terdapat lima (5) kategori iaitu:
1.2.1.Kategori 1 – Murid Pendidikan Khas
1.2.2.Kategori 2 – Menengah Rendah (Tingkatan 1-3)
1.2.3.Kategori 3 - Menengah Atas (Tingkatan 4-5)
1.2.4.Kategori 4 - Guru/Staf
1.2.5.Kategori 5 - Ibu Bapa/Penjaga/Keluarga (kakak/abang/adik/anak)

1.3. Setiap peserta hanya boleh menyertai pertandingan mengikut kategori yang ditetapkan.
Namun begitu, peserta yang menyertai kategori individu (kategori murid/guru/staf)
dibenarkan menyertai kategori ibu bapa/penjaga/keluarga. Namun begitu had peserta
mestilah tidak melebihi 3 orang.
1.4. Peserta perlu membuat rakaman video dan menghantar kepada penganjur dalam format
MP4/AVI. Tempoh rakaman selama 2-4 minit sahaja.
1.5. Peserta perlu mengenakan pakaian menutup aurat dan mengikut kesesuaian
persembahan.
1.6. Tarikh penyertaan adalah pada 30 Oktober 2020-13 November 2020.
1.7. Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang perbincangan atau surat menyurat tidak
akan dilayan.

2. CARA PENYERTAAN

2.1 Murid/guru/staf perlu membuat rakaman video selawat dan menghantar rakaman tersebut
kepada pautan di bawah.
http://gg.gg/superberselawat
3. PEMARKAHAN

BIL PERKARA MARKAH


1 Sebutan/Intonasi/Kelancaran 30 markah
2 Gaya/Persembahan 10 markah
3 Muzik Iringan (bersesuaian) 10 markah

4. HADIAH
4.1 Setiap Kategori akan memenangi hadiah seperti berikut:
4.1.1 PERTAMA ( Johan ) – Al-Quran Terjemahan +Hamper (RM30.00) + sijil
Penghargaan
4.1.2 KEDUA ( Naib Johan ) – Hamper (RM20.00) + sijil Penghargaan
4.1.3 KETIGA – Hamper (RM10.00) + sijil Penghargaan
4.2 Setiap penyertaan juga akan diberikan:
4.2.1 Hadiah + sijil penyertaan

5. PERTANYAAN
5.1 Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Pn.Sarina -0137172487 atau Ustaz Lokman Rohaki -
0109189452
Abu Bakar bin Mamat,
No.1, Lorong Nusa Puteri 5,
Taman Nusa Puteri 5,
26800 Kuala Rompin,
Pahang.
_______________________________________________________________________

Pengetua,
SMA Rompin,
26800 Kuala Rompin,
Pahang
(Up : Guru Kelas : Pn.Safura)                                      
          30 Oktober 2020

Puan,
PENGECUALIAN KEHADIRAN ANAK KE SEKOLAH DISEBABKAN KEBIMBANGAN
PENULARAN COVID-19

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas

2. Saya nama Abu Bakar bin Mamat  adalah bapa kepada Aliyya Bashirah binti Abu
Bakar  dari tahun 3 Khalid Al-Walid.

3. Saya ingin memaklumkan bahawa anak saya tidak dapat hadir ke sekolah buat
sementara waktu  iaitu pada 26 -30 Oktober 2020 disebabkan kebimbangan Pandemik
Covid-19 yang semakin menular kini. Saya bertanggungjawab sepenuhnya dalam
memastikan anak saya berada di rumah sepanjang tempoh pengecualian ke sekolah.

4. Kerjasama dan perhatian daripada pihak puan saya dahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar

…………………………………….
(ABU BAKAR BIN MAMAT)

Anda mungkin juga menyukai