Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 1439H/ 2018M


SEKOLAH KEBANGSAAN LA SALLE , IPOH .

1.0 PENDAHULUAN

Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk mendapat
pahala yang berlipat ganda. Justeru itu, program ini dirancang dan dilaksanakan
dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang
dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah, serta dapat memberikan penghayatan
dan pengajaran dalam penghayatan Ramadhan.

Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan


tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar.
Pengalaman yang ditimba melalui Program Ihya’ Ramadhan 1439H ini bakal
diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

Adalah amat diharapkan supaya program ini dapat berjalan lancar dan dapat
membantu perkembangan murid dalam pelbagai aspek serta mencapai objektif-
objektif yang di rancang.

2.0 MATLAMAT

Tujuan Program Ihya’ Ramadhan 1439H ini dijalankan adalah untuk:

2 .1 Melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial selaras dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan..

2.2 Memupuk semangat setia kawan dan berpasukan serta melahirkan insan yang
berketrampilan dan mempunyai disiplin yang tinggi.

2.3 Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap
individu.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Melatih individu agar lebih positif dan mempunyai keyakinan diri.

3.2 Melahirkan individu yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas
semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.

3.3 Untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.

3.4 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap


mementingkan diri sendiri.

3.5 Membentuk individu yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam
setiap situasi.

3.6 Melatih individu melaksanakan ibadah puasa dengan sabar dan sempurna.
1
4.0 BUTIRAN PROGRAM

Program ini akan diadakan pada ketentuan berikut :

Tarikh :Sepanjang Bulan Ramadhan 1439H


Hari :Hari Isnin hingga Jumaat
Masa : Waktu Rehat
Tempat :Dewan Besar , Bilik Multimedia dan Surau

5.0 KUMPULAN SASARAN

Program ini melibatkan semua murid Tahun 1,2,3,4,5 dan 6 yang beragama islam.

6.0 STRATEGI PERLAKSANAAN

6.1 Memperoleh mandat daripada Guru Besar.


6.2 Mengadakan mesyuarat jawatankuasa Panitia Agama Islam.
6.3 Menyediakan kertas cadangan dan membentuk struktur jawatankuasa pelaksana.
6.4 Membentang kertas cadangan dan memberi taklimat pelaksanaan dalam
mesyuarat pembentukan jawatankuasa.
6.5 Menerima kertas cadangan dan mengesahkan pelantikan jawatankuasa pelaksana.
6.6 Mengadakan perbincangan terperinci dan ‘brainstorming’ bagi setiap
jawatankuasa kecil.
6.7 Membentangkan hasil perbincangan dan forum penambahbaik dalam mesyuarat
khas program Ihya’ Ramadhan.
6.8 Menyediakan bahan dan peralatan yang diperlukan.
6.9 Pelaksanaan aktiviti.
6.10 Penilaian dan laporan aktiviti.

7.0 SUMBER KEWANGAN / PERBELANJAAN

 Peruntukan sekolah
 Sumbangan individu

Berikut merupakan anggaran perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

BIL PERBELANJAAN KUANTITI HARGA JUMLAH


(RM) (RM)
1 Hadiah Kuiz 2 Kotak Pensel 4 8.00
2 Buah 65 Biji 1 65.00
3 Saputangan 65 Helai 1.50 97.50
4 Laminate 10 Helai 0.50 5.00
5 Gula-gula 3 Bungkus Besar 10 30.00
6 Reben 2 2 4.00
JUMLAH 209.50

2
8.0 JAWATAN INDUK

Pengerusi : Pn. Indhira A/P Thirunavukarasu


(Guru Besar)

Timbalan Pengerusi : Pn.Masziah Sahirul Binti Miah Hamzah


(Guru Penolong Kanan HalEhwal Murid)

Penyelaras :En Jamaluddin Bin Abdullah

Setiausaha : En MuhamadAsmunir Bin Ariffin

Bendahari : Pn. Siti Sarifah Bt Abd Majid

AJK : Semua guru Pendidikan Islam

9.0 PENUTUP

Majlis ini diharap dapat memberi kesan yang mendalam kepada warga SK La Salle
khasnya murid-murid dalam menghayati dan mengamalkan segala amalan yang wajib
dilaksanakan dengan sempurna dan disertai dengan amalan sunat yang dapat
mendekatkan diri kepada Allah seterusnya untuk mencari keredhaanNya di dunia dan
di akhirat. Insyaallah.

Disediakan oleh,

………………………………..
(MUHAMAD ASMUNIR BIN ARIFFIN)
Penyelaras Ihya’ Ramadhan 1439H
SK La Salle , Ipoh

Disahkan oleh,

………………………………..
(PN INDHIRA A/P THIRUNAVUKARASU)
Guru Besar
SK La Salle , Ipoh

3
Tentatif Program Ihya’ Ramadhan 1439H/2018M

Bil Aktiviti Butiran Tindakan

1 -Kuiz WAKTU REHAT MURID En Muhamad Asmunir


-Tazkirah  Murid-Murid akan En Jamaluddin
Ramadhan bergerak mengikut Pn Siti Sarifah
-Bacaan & Amali tahun ke tempat yang
solat KBS ditetapkan .
-Tasmik/Khatam
Quran
2 Buletin Akan ditampal di En Muhamad Asmunir Bin Ariffin
Ramadhan papan kenyataan
Panitia .

3 Kutipan Derma  Tabung akan Guru beragama islam


dijalankan di kalangan
guru.

4 Majlis Sempena  Murid-murid dan guru Ajk Panitia Pendidikan Islam


Aidilfitri & akan berkumpul di
Penyampaian Dewan besar .
sumbangan duit
raya 2018.

Anda mungkin juga menyukai