Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN PROGRAM KEM BESTARI SOLAT

1. Nama Program : KEM BESTARI SOLAT KALI 1

2. Tarikh : 01 April 2017

3. Hari / Masa : Sabtu / 8.00 Pagi 2.00 ptg

4. Tempat : Sekolah Kebangsaan La Salle , Ipoh

5. Objektif : Program ini diharapkan dapat:

1. Murid dapat berwuduk dengan sempurna

2. Murid dapat mengetahui bilangan rakaat solat- solat


fardhu

3. Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta


bacaan dalam solat dengan betul dan lancar

4. Murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna


sama ada secara bersendirian dan berjamaah.

6. Sasaran : Murid-murid Islam Tahun 1 hingga Tahun 6

7. Butiran aktiviti :

a) Pendaftaran peserta program (murid-murid tahun 1-6).

b) Slot 1 Guru memberi penerangan awal berkaitan dengan


wuduk (niat wuduk, anggota wuduk dan doa selepas
wuduk) dan solat (niat solat dan bacaan dalam solat.

c) Rehat

d) Slot 2 Pembahagian kumpulan LDK:


Kumpulan 1 : tahun 1 & 5
Kumpulan 2 : tahun 2 &6
Kumpulan 3 : tahun 3 & 4
e) Murid bergerak mengikut kumpulan masing-masing ke 3
Stesen iaitu:

Stesen 1 : Wuduk
Stesen 2 : Bacaan Dalam Solat
Stesen 3 : Perlakuan Dalam Solat

f) Guru yang berada di stesen-stesen tersebut akan membuat


penilaian pencapaian murid berdasarkan borang-borang
penilaian yang diberikan setiap stesen.

8. Penilaian Program :

8.1 Kekuatan Program :

Murid dapat menguasai wuduk dan solat secara menyeluruh dari segi
teori dan juga praktikal. Ini kerana murid-murid telah dinilai pencapaian
mereka di setiap stesen yang merangkumi wuduk, bacaan dalam solat
dan perlakuan solat. Penglibatan semua guru amat begitu baik sehingga
Kem ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

8.2 Kelemahan Program :

Kekangan masa amat memberi masalah kepada guru untuk membuat


penilaian secara menyeluruh terutama kepada Tahap 1.

8.3 Cadangan Penambahbaikan :

Kekangan masa amat memberi masalah untuk membuat penilaian secara


menyeluruh terutama kepada Tahap 1. Ini perlu di ambil tindakan serius
seperti membuat perubahan aktiviti yang lebih sesuai untuk tahap 1 bagi
memastikan murid-murid ini dinilai pada semua aspek berkaitan dengan
wuduk dan solat.
9. Jawatankuasa :

JAWATANKUASA INDUK :

Pengerusi : Pn Indhira A/P Thirunavukarasu (Guru Besar)

N. Pengerusi 1 : En Zamri Bin Ishak (GPK Kokurikulum)

N. Pengerusi 2 : En Sukdav Singh A/L Tara Singh (GPK 1)

N. Pengerusi 3 : Pn Masziah Shahirul Binti Miah Hamzah (GPK HEM)

Penyelaras : En. Muhamad Asmunir Bin Ariffin

Setiausaha : Pn. Siti Sarifah Binti Abd Majid

JAWATANKUASA PELAKSANA

En Muhamad Asmunir Bin Ariffin


En Jamaluddin Bin Abdullah
Pn Siti Sarifah Bt Abd Majid
10. Dokumentasi Bergambar :
11. Penutup :

Model Bestari Solat ini adalah sebahagian daripada program j-QAF


yang wajib dilaksanakan. Walaupun ia satu bentuk aktiviti kokurikulum
semua sekolah perlu melaksanakannnya. Aspek solat ditekankan
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Guru j-
QAF bersama dengan guru Pendidikan Islam akan menggunakan
sebahagian waktu untuk menerap dan mengukuhkan aspek solat
kepada murid-murid secara mingguan. Panduan khusus pelaksanaan
perkara ini akan dijelaskan dalam pendedahan pelaksanaan j-QAF.
Diharap kem ini akan memberi kesan kepada murid-murid dalam
meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggung jawab
untuk melaksanakan fardhu ain yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Disediakan :

(MUHAMAD ASMUNIR BIN ARIFFIN)


Penyelaras Kem Bestari Solat 2017
SK La Salle , Ipoh

Anda mungkin juga menyukai