Anda di halaman 1dari 14

SMK SUNGAI MANIK, TELUK INTAN, PERAK

MODUL PdPR BAHASA MELAYU TINGKATAN 4

MINGGU 24
(26.07.2021 - 30.07.2021)
SMK SUNGAI MANIK, TELUK INTAN
MODUL PDPR BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH

Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Sasaran Tingkatan 4

Tema / Tajuk TEMA 10: BAHASA BUGAR, SASTERA KEKAR

TAJUK: Sasterawan dari Utara

Standard 2.3 Membaca untuk memproses maklumat daripada pelbagai

Kandungan bahan.
4.1 Memahami dan mengapresiasi karya sastera.

Standard 2.3.3 Membaca dan membuat kesimpulan daripada bahan

Pembelajaran dengan betul.
4.1.1 Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa
tradisional dengan menyatakan respons peribadi yang sesuai
terhadap karya.

Objektif Pada akhir pembelajaran, anda dapat:

Pembelajaran 1. Menyatakan kelebihan karya Azizi bin Abdullah.
2. Membuat kesimpulan tentang bahan yang dibaca.
3. Menulis sinopsis sebuah novel yang pernag dibaca.

Tempoh Masa 1 jam 30 minit

Nota Rujuk Lampiran 1

Aktiviti 1. Anda diminta membaca bahan dalam buku teks pada halaman
132 - 133 dengan telitinya.
2. Anda diminta mencatat kelebihan karya Azizi bin Abdullah.
3. Anda diminta membuat kesimpulan tentang hasil karya Azizi
bin Abdullah. (Lampiran 1)
4. Anda diminta menulis sinopsis sebuah novel yang pernah anda
baca. (Lampiran 2)
5. Hasil tugasan anda hendaklah dihantar kepada guru mata
pelajaran melalui media sosial WhatsApp atau Telegram kelas.

Pentaksiran Anda akan dinilai berdasarkan tugasan yang telah dijawab.

LAMPIRAN 1
2.3.3 Membaca dan membuat kesimpulan daripada bahan dengan betul.

1. Berdasarkan bahan, catatkan kelebihan karya Azizi bin Abdullah.

BIL KARYA KELEBIHAN

1. Novel: Seorang Tua di Kaki Gunung

2. Novel: Ayahanda

3. Novel: Harga Sebuah Maruah

2. Buat kesimpulan tentang hasil karya Azizi bin Abdullah

Karya Azizi bin Abdullah memaparkan tema kekeluargaan. Hal ini dapat dibuktikan melalui

_____________________________________________________________________

LAMPIRAN 2

4.1.1 Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan menyatakan
respons peribadi yang sesuai terhadap karya.

3. Tulis sinopsis sebuah novel yang pernah anda baca.

Tandatangan Murid, Tandatangan Ibu Bapa / Penjaga,

….……………………………………. …………………………………………………
SMK SUNGAI MANIK, TELUK INTAN
MODUL PDPR BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH

Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Sasaran Tingkatan 4

Tema / Tajuk TEMA 10: BAHASA BUGAR, SASTERA KEKAR

TAJUK: Tukang Tulis

Standard Kandungan 1.5 Bersoal jawab tentang sesuatu perkara menggunakan

pelbagai soalan.

Standard 1.5.3 Bersoal jawab dalam situasi untuk meningkatkan

Pembelajaran kebolehpasaran diri dalam bidang pendidikan dan kerjaya
dengan yakin.

Objektif Pada akhir pembelajaran, anda dapat:

Pembelajaran 1. Merangka bentuk soalan yang akan digunakan dalam
sesi pemilihan penulis skrip drama.
2. Menggambarkan keistimewaan drama televisyen yang
anda tonton dalam bentuk infografik.

Tempoh Masa 1 jam

Nota Rujuk Lampiran 1

Aktiviti 1. Anda diminta meneliti bahan dalam ms 130 - 131.

2. Anda diminta membaca tip temu duga yang diberi.
(Lampiran 1)
3. Anda diminta merangka bentuk soalan yang sesuai untuk
sesi temu duga penulis skrip drama.
4. Anda diminta menggambarkan keistimewaan drama
televisyen yang anda tonton dalam bentuk infografik.
5. Hasil tugasan anda hendaklah dihantar kepada guru
mata pelajaran melalui media sosial WhatsApp atau
Telegram kelas.

Pentaksiran Anda akan dinilai berdasarkan tugasan yang disiapkan.

LAMPIRAN 1

TIP MENGHADAPI TEMU DUGA KERJA: SOALAN YANG SELALU DITANYA

1. CERITAKAN SERBA SEDIKIT TENTANG DIRI ANDA

Soalan ini amat penting kerana merupakan ‘first impression bakal majikan tentang anda.
Seeloknya, ceritakan tentang diri anda secara ringkas dan tak perlu ceritakan semula semua
perkara yang anda dah tuliskan dalam resume. Antara yang panel nak dengar ialah:

 Pencapaian
 Bakat istimewa
 Keunikan anda

Kaitkan ketiga-tiga perkara ini dengan kriteria yang diinginkan dalam peranan jawatan
tersebut contohnya pengalaman anda yang banyak dalam bidang itu atau projek-projek
menarik yang anda pernah terlibat sebelum ini. Elakkan bercerita tentang perkara remeh
seperti hobi atau minat yang tiada kena mengena dengan kerja yang dimohon.

2. KENAPA NAK BEKERJA DI SINI?

Walaupun nampak mudah, tapi sebenarnya soalan ini agak tricky. Soalan ini boleh dikatakan
antara yang paling mencabar. Jawapan anda mencerminkan pengetahuan anda tentang
jawatan yang ditawarkan atau syarikat yang dimohon. Jadi, kena ambil tahu juga serba
sedikit tentang jawatan yang dimohon dan skop kerja yang dijangkakan. Kalau tahu tentang
syarikat pun lebih baik, terutamanya jika sebuah syarikat besar.

3. PERANAN DI TEMPAT KERJA DAHULU

Bagi yang pernah bekerja di tempat lain sebelum ini, huraikan tanggungjawab anda dalam
jawatan yang lalu dan secara spesifik dan positif. Cuba kaitkannya dengan jawatan yang
dimohon sekarang. Dengan cara ini, para panel dapat menilai pengalaman serta kematangan
anda. Hal ini juga akan membuatkan bakal majikan faham setakat mana pendedahan anda
terhadap bidang kerja yang telah diceburi. Kalau ada sesuatu yang penting dan belum anda
kuasai, yakinkan mereka bahawa anda bersedia untuk mempelajarinya.

4. APAKAH KELEBIHAN ANDA JIKA DIBERI JAWATAN INI

Soalan ini adalah antara yang kerap ditanya penemu duga. Panel sebenarnya dah tahu
latarbelakang setiap calon berdasarkan resume. Cuma mereka nak uji sama ada anda benar-
benar bersungguh-sungguh dan punya ‘sesuatu’ untuk dibuktikan berbanding calon-calon
lain. Maka sekiranya kurang pengalaman, tak perlu ‘gebang’ macam-macam. Cukup dengan
meyakinkan panel bahawa anda mahu belajar dan melakukan yang terbaik sekiranya diberi
peluang memegang jawatan tersebut.

5.  JANGKAAN GAJI

Panel penemu duga biasanya mengharapkan calon temu duga untuk meletakkan nilai gaji
walaupun inilah kali pertama anda bekerja. Boleh kaji dan tengok gaji semasa bagi jawatan
yang dipohon. Gaji juga bergantung pada lokasi pejabat. Tak salah nak minta gaji yang tinggi,
tapi biarlah berpadanan dengan skil, kemahiran serta etika kerja yang dimiliki.

6. CARA MENANGANI STRES

Kadang-kadang majikan nak tahu juga kebolehan seseorang untuk bekerja dalam keadaan
yang tertekan atau stres. Contoh jawapan yang baik :

 “Saya cuba fokus pada tindakan yang perlu diambil untuk mengawal situasi tersebut.
Dengan cara ini, rasa bimbang dapat diatasi dan stres dapat dicegah.”
 “Secara peribadi, saya melegakan tekanan dengan mengamalkan riadah beberapa
hari seminggu.”

7. CONTOH SITUASI KERJA MENCABAR DAN CARA MENANGANINYA

Tiada betul atau salah bagi soalan seperti ini. Soalan ini adalah untuk para penemu duga
menguji cara anda berhadapan dengan situasi sukar. Ia juga dapat menjelaskan sedikit
sebanyak tentang cara anda bertindak dalam keadaan kritikal jika diambil bekerja pada masa
hadapan. Berikan contoh kukuh tentang situasi yang anda pernah hadapi serta cara anda
tangani masalah tersebut. Pastikan jawapan tersebut memberikan impak positif kepada diri.

8. PERANCANGAN MASA HADAPAN

Panel biasanya nak tengok juga sama ada anda punya perancangan masa depan lebih besar
yang ingin dicapai dalam bidang kerja.  Jadi cuba kaitkan matlamat masa depan yang
dirancang dengan syarikat tersebut. Contohnya anda ingin menduduki peperiksaan
profesional atau terlibat dengan projek mega. Hal ini menunjukkan bahawa anda berminat
untuk membina karier dan mahu berkhidmat lama di syarikat tersebut.

9. PENTING BUAT PERSEDIAAN AWAL

Pada hari temu duga nanti, jadilah diri anda sendiri. Pastikan anda berpenampilan kemas
dan sopan. Panel penemu duga bukan sahaja mengambil kira cara anda menjawab soalan-
soalan yang diajukan, malah mereka juga melihat pada persediaan, penampilan, serta isyarat
bahasa tubuh yang meyakinkan.

1.5.3 Bersoal jawab dalam situasi untuk meningkatkan kebolehpasaran diri dalam bidang
pendidikan dan kerjaya dengan yakin.

Berdasarkan iklan di bawah, fikirkan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya dalam sesi
pemilihan penulis skrip drama. Tuliskan soalan-soalan tersebut dalam bentuk soal jawab /
temu duga.

SMK SUNGAI MANIK, TELUK INTAN

MODUL PDPR BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH

Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Sasaran Tingkatan 4

Tema / Tajuk TEMA 10: BAHASA BUGAR, SASTERA KEKAR

TAJUK: SASTERAWAN DARI UTARA / TUKANG TULIS
Standard Kandungan 2.4 Membaca secara ekstensif pelbagai bahan untuk
mengukuhkan penguasaan bahasa dan meluaskan
pengetahuan bagi pembangunan diri.
5.1 Memahami dan menggunakan bentuk kata yang sesuai
dalam pelbagai bidang.

Standard 2.4.1 Membaca dan menghayati pelbagai bahan fiksyen

Pembelajaran dan bukan fiksyen untuk meningkatkan penguasaan kosa
kata dalam pelbagai bidang.
5.1.2 Mengenal pasti dan menggunakan pelbagai kata
terbitan dengan betul mengikut konteks.

Objektif Pada akhir pembelajaran, anda dapat:

Pembelajaran 1. Menjawab soalan pemahaman petikan berdasarkan
bahan yang diberi.
2. Membina ayat daripada kata terbitan.

Tempoh Masa 1 jam 30 minit

Nota Rujuk Lampiran 1

Aktiviti 1. Anda diminta membaca dan memahami dua bahan

petikan.
2. Anda diminta menjawab empat soalan pemahaman
berdasarkan bahan tersebut. (Lampiran 1)
3. Anda diminta mengenal pasti kata terbitan dalam bahan
dan membina ayat yang gramatis. (Lampiran 2)
4. Hasil tugasan anda hendaklah dihantar kepada guru
mata pelajaran melalui media sosial Whatsapp atau
Telegram kelas.

Pentaksiran Anda akan dinilai berdasarkan tugasan pemahaman yang

disiapkan.

LAMPIRAN 1

2.4.1 Membaca dan menghayati pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk
meningkatkan penguasaan kosa kata dalam pelbagai bidang.

Baca bahan-bahan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1
Novel Ayahanda mengisahkan pandangan dan perasaan jujur seorang anak terhadap
kerenah bapa dan ibunya yang lanjut usia. Walau bagaimanapun, kisah mengenai ibunya
hanyalah sampingan, manakala tumpuan diberikan terhadap bapanya setelah ketiadaan
ibunya. Perpisahan antara kedua-dua insan ini menyebabkan bapa sering dilanda rasa sepi
yang amat sangat dan tersisih, seolah-olah kedua-dua mereka tidak boleh berpisah.
Menurut Shahnon Ahmad, bahasa yang digunakan dalam Ayahanda mudah difahami
sekalipun Azizi banyak memaparkan dialek Kedah. Ciri-ciri peribadi kebapaan dan keanakan
yang ditimbulkan dalam novel ini kadang-kadang mengundang rasa hiba, sedih pilu, terasa
marah, dan pada masa yang sama penuh dengan lelucon dan gelak ketawa. Watak-watak
yang ditonjolkan dalam novel ini merupakan watak sebenar yang hidup dalam alam realiti.
Hal ini turut diakui Azizi yang menyatakan bahawa Ayahanda merupakan satu usaha
merakamkan kehidupan bapanya yang menjadi sumber kekuatan dan idea baginya untuk
berkarya, selain ibunya sendiri.

(Sumber: Nursafira Lubis dan Asem Shehadeh Ali. Nilai-nilai dalam "Ayahanda"
karya Azizi Haji Abdullah dalam Prosiding Persidangan Antarabangsa
Kelestarian Insan. 9 - 10 April 2014, Batu Pahat, Johor)

Bahan 2
Novel Harga Sebuah Maruah memenangi tempat kedua Sayembara Mengarang Novel
Sempena Perayaan Jubli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini memaparkan kisah Cah
sebagai watak utama, seorang ibu tua yang mengerjakan tanah sawah yang ditinggalkan
oleh arwah suaminya. Beliau mempunyai dua orang anak lelaki, iaitu Sulaiman dan Hijrah.
Dua orang anaknya mempunyai perwatakan yang berbeza, Sulaiman lebih terpelajar
berbanding dengan Hijrah yang hanya mendapat pendidikan di sekolah kampung. Sulaiman
hidup makan gaji di Kuala Lumpur, manakala Hijrah pula hanya membantu Cah
mengusahakan beberapa lot tanah sawah peninggalan arwah bapanya.
Konflik timbul apabila hak pengambilan tanah untuk pembangunan di Kertau
membimbangkan Cah. Cah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan
tanah sawah yang bukan sahaja menjadi sumber rezeki, malahan dianggap sebagai lambang
maruahnya. Hijrah yang digambarkan sebagai bodoh-bodoh alang sanggup
mempertahankan tanah sawah tersebut sehingga tindakannya menyebabkan dia ditangkap
dan dipenjarakan oleh pihak berkuasa.
Walaupun telah ditawarkan dengan jumlah wang yang lumayan, Cah tetap setia
mempertahankan prinsip untuk tidak menjual tanah bendangnya. Keberanian Hijrah
menyemai rasa bangga dalam hati Cah apabila Hijrah tetap teguh dan tidak berganjak
dengan tawaran jumlah wang yang bakal diberikan. Baginya, jika tanah tradisinya
digadaikan, maka samalah juga seperti dia menjual maruah dan harga dirinya sebagai
pesawah kepada orang lain. Konflik semakin meruncing apabila Sulaiman menentang hasrat
Cah dan mahu menjual tanah sawah itu kepada kerajaan.

(Sumber: Hasni Jamali, Dewan Sastera, Bil. 12, 2013)

1. Berdasarkan bahan 1, berikan maksud rangkai kata merakamkan kehidupan.

_________________________________________________________________________
2. Berdasarkan bahan 2, nyatakan prinsip yang dipegang oleh Cah.
___________________________________________________________________
3. Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, huraikan satu nilai kemanusiaan yang terdapat
dalam kedua-dua bahan tersebut.
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
4. Kedua-dua bahan berkaitan dengan novel Azizi Hj. Abdullah. Beri pendapat anda
tentang keistimewaan kedua-dua bahan tersebut.
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

LAMPIRAN 2

5.1.2 Mengenal pasti dan menggunakan pelbagai kata terbitan dengan betul mengikut
konteks.

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan empat kata terbitan berimbuhan
awalan, empat kata terbitan berimbuhan akhiran dan empat kata terbitan berimbuhan
apitan yang terdapat dalam petikan. Kemudian, bina ayat daripada kata terbitan tersebut.

Skrip drama berbeza dari novel dan cerpen. Dalam dua genre ini, situasi dan latar bagi
peristiwa yang berlaku akan dijelas secara rinci kepada pembaca. Dalam skrip drama pula,
pembaca hanya akan diberikan gambaran umum tentang situasi, latar, atau tempat. Unsur
dramatik bermaksud diksi atau ungkapan yang boleh mewujudkan konflik dalam drama.
Sebagai contoh, dialog boleh menimbulkan perasaan marah, gembira, lucu, dan sebagainya.
Kata Terbitan Berimbuhan Awalan
1. ___________________________________________________________________
2. ___________________________________________________________________
3. ___________________________________________________________________
4. ___________________________________________________________________
Kata Terbitan Berimbuhan Akhiran
5. ___________________________________________________________________
6. ___________________________________________________________________
7. ___________________________________________________________________
8. ___________________________________________________________________
Kata Terbitan Berimbuhan Apitan
9. ___________________________________________________________________
10. __________________________________________________________________
11. __________________________________________________________________
12. __________________________________________________________________

Tandatangan Murid, Tandatangan Ibu Bapa / Penjaga,

….……………………………………. …………………………………………………
SMK SUNGAI MANIK, TELUK INTAN
MODUL PDPR BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH

Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Sasaran Tingkatan 4

Tema / Tajuk TEMA 10: BAHASA BUGAR, SASTERA KEKAR

TAJUK: Kepentingan Mempelajari Bahasa Melayu

Standard 3.4 Menulis untuk menghasilkan sesuatu penulisan secara

Kandungan terancang.

Standard 3.4.5 Menulis untuk menghasilkan karangan dengan wacana

Pembelajaran yang lengkap, bahasa yang gramatis dan ungkapan yang
menarik.

Objektif Pada akhir pembelajaran, anda dapat:

Pembelajaran 1. Menulis karangan dengan wacana yang lengkap, bahasa
yang gramatis dan ungkapan yang menarik tentang
Kepentingan Mempelajari bahasa Melayu.

Tempoh Masa 1 jam 30 minit

Nota Rujuk Lampiran 1

Video Lagu Bahasa Jiwa Bangsa
https://www.youtube.com/watch?v=mumaXmZuQOQ

Aktiviti 1. Anda diminta mendengar lagu Bahasa Jiwa Bangsa pada

pautan https://www.youtube.com/watch?v=mumaXmZuQOQ
2. Anda diminta meneliti bahan yang diberikan pada Lampiran
2 dan merangka isi karangan.
3. Anda diminta menulis karangan lengkap berdasarkan bahan
tersebut.
4. Hasil tugasan anda hendaklah dihantar kepada guru mata
pelajaran melalui media sosial Whatsapp atau Telegram kelas.

Pentaksiran Anda akan dinilai berdasarkan tugasan pemahaman yang

disiapkan.

LAMPIRAN 1

3.4.5 Menulis untuk menghasilkan karangan dengan wacana yang lengkap, bahasa yang
gramatis dan ungkapan yang menarik.
Maklumat-maklumat di bawah ini berkaitan dengan bahasa kebangsaan kita.
Huraikan pendapat anda tentang kepentingan-kepentingan mempelajari bahasa Melayu.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

BAHASA JIWA BANGSA

Ikat jerami muat ke kandar,

Selepas makan mandi di telaga;
Ucap difahami wasangka terhindar,
Bahasa kebangsaan penyatu warga.
.
Batang halban dibawa ke huma,
Hendak dirikan sebuah taman;
Bahasa kebangsaan milik bersama,
Kita ungkapkan sepanjang zaman.
.
Terbang tempua ke semak berduri,
Singgah sekali di pohon rumbia;
Bahasa kita lambang jati diri,
Tidak rugi berbahasa Malaysia.

Tandatangan Murid, Tandatangan Ibu Bapa / Penjaga,

….……………………………………. …………………………………………………

Anda mungkin juga menyukai