Anda di halaman 1dari 6

BAHAGIAN A

[15 markah]
Jawab semua soalan
1.
Mewujudkan projek perindustrian dalam kalangan negara anggota
Pernyataan pendirian bersama tentang kebanyakan isu ekonomi antarabangsa
Yang manakah antara berikut merujuk kepada matlamat di atas?
A ASEAN
B Pertubuhan Komanwel
C Suruhanjaya Selatan-Selatan
D Pertubuhan Persidangan Islam(OIC)
2. Yang manakah merupakan usaha yang dijalankan oleh Malaysia sebagai anggota
Pertubuhan Komanwel?
I Menggalakkan perdagangan antara negara anggota
II Menganjurkan sukan untuk mengeratkan hubungan negara anggota
III Mewujudkan kerjasama termasuk membasmi kemiskinan dan buta huruf
IV Membentuk kerjasama ekonomi yang lebih berkesan dalam kalangan negara
anggota
A I dan II
C II dan IV
B I dan III
D III dan IV
3. Yang manakah merupakan matlamat Konsep Segitiga Pertubuhan ASEAN?
I Pertubuhan ASEAN adalah dalam bidang pelancongan, perdagangan dan
kemudahan infrastruktur
II Tumpuan kerjasama Segitiga Pertubuhan ASEAN adalah dalam bidang
perindustrian, alam sekitar dan pertanian
III Segitiga Pertubuhan Indonesia , Malaysia dan Singapura (IMS-GT) di selatan yang
melibatkan Batam, Johor dan Singapura.
IV Segitiga Pertubuhan Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT) di utara
melibatkan Pulau Jawa, Bangkok dan utara Semenanjung Malaysia
A I dan III
C II dan IV
B I dan IV
D III dan IV
4.
Membentuk kerjasama ekonomi dan teknikal antara negara anggota
Membincangkan masalah tentang hutang negara anggota
Yang manakah yang berkaitan dengan pernyataan di atas?
A Order Baru Ekonomi Dunia(NIEO)
C Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)
B Suruhanjaya Selatan-Selatan
D Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO)
5. Yang manakah merupakan matlamat utama pembentukan Order Baru Ekonomi Dunia
(NIEO) ?
I Mewujudkan kerjasama ekonomi yang bersifat serantau
II Menyuarakan pendapat bersama pada peringkat antarabangsa
III Membetulkan ketidaksamaan dalam struktur ekonomi antarabangsa
IV Menghapuskan jurang perbezaan antara negara-negara membangun dan negaranegara perindustrian
A I dan II
C II dan III
B I dan IV
D III dan IV

6.
Peristiwa
Deklarasi Langkawi
Penubuhan Zon Bebas Senjata Nuklear Asia
Tenggara
III Suruhanjaya Selatan-Selatan Merintis jalan ke arah penubuhan EAEC
IV Pertubuhan Bangsa-bangsa
Menjamin politik dan keamanan negara, konsep Zon
Bersatu (PBB)
Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
Yang manakah padanan yang betul antara pertubuhan dengan peristiwanya?
A I dan II
C II dan IV
B I dan III
D III dan IV
I
II

7.

Pertubuhan
Komanwel
ASEAN

1. Myanmar
2. Thailand
3. Filipina
4. Indonesia

ISU Y

Yang manakah berikut melibatkan Malaysia dalam isu Y di atas ?


A Perebutan pulau
C Masalah sempadan negara
B Masalah rondaan bersama
D Pendatang asing tanpa izin
8. Yang manakah merupakan manfaat kemasukan Malaysia ke dalam Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB)?
I Menolak Perjanjian Antartika pada tahun 1959
II Melicinkan masalah pertindihan sempadan Malaysia dan Indonesia
III Wakil Malaysia dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Bank Dunia
IV Menikmati bantuan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) dan Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO)
A I dan II
C II dan IV
B I dan III
D III dan IV
9. Yang manakah perkara yang dibincangkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN + 3 di
dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-11 di Kuala Lumpur pada tahun 2005?
I Pakatan Ketenteraan
II Kerjasama Kebudayaan
III Tenaga dan Pemeliharaan Tenaga
IV Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT)
A I dan II
C II dan III
B I dan IV
D III dan IV
10. Yang manakah merupakan perjuangan Malaysia dalam menangani isu- isu
sosioekonomi antarabangsa?
I Beban hutang negara membangun disemak semula
II Negara-negara maju mengurangkan rintangan perdagangan
III Perundingan Ekonomi Asia Timur menjadi blok perdagangan
IV Mewujudkan kerjasama ekonomi dengan kalangan negara Eropah Timur
A I dan II
C II dan IV
B I dan III
D III dan IV

11. Yang manakah merupakan faktor yang mempengaruhi dasar luar Malaysia?
I Keadaan politik serantau

II Wawasan pemimpin Malaysia


III Pegangan ideologi negara-negara serantau
IV Pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh Malaysia
A I dan II
C II dan IV
B I dan III
D III dan IV
12,
Menjamin keselamatan perairan di Asia Tenggara
Menggelakkan perlumbaan senjata nuklear di rantau Asia Tenggara
Yang manakah mempunyai matlamat seperti di atas?
A Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)
B Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC)
C Zon Aman, Bebas dan Berkecuali ( ZOPFAN)
D Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ)
13. Yang manakah benar tentang Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)?
I Ditubuhkan di Rabat, Morocco pada tahun 1969
II Untuk memupuk perpaduan dan kemajuan umat Islam sejagat
III Malaysia telah dilantik sebagai Pengerusi OIC yang ke-17 pada tahun 2004
IV Untuk memupuk kerjasama ekonomi dan teknikal antara negara anggota dengan
negara dunia ketiga
A I dan II
C II dan III
B I dan III
D III dan IV
14. Yang manakah benar tentang pendirian Malaysia dalam isu Palestin ?
I Malaysia mengiktiraf kerajaan Palestin
II Malaysia menuntut Israel memulangkan wilayah yang dirampas olehnya
III Malaysia menyokong tindakan Israel menempatkan tentera di Tebing Barat dan
Gaza
IV Malaysia menyokong rakyat Palestin menggunakan ketenteraan dalam usaha
mendapat kembali haknya
A I dan II
C II dan III
B I dan III
D III dan IV
15. Yang manakah benar tentang rancangan Kerjasama Ekonomi ASEAN?
I Peraturan Perdagangan Istimewa (PTA)
II Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik ( APEC)
III Skim Tariff Keistimewaan Sama Rata (CEPT)
IV Pusat Pembaharuan dan Teknologi (INNOTECH)
A I dan II
C II dan IV
B I dan III
D III dan IV

BAHAGIAN B
[15 markah]
16. Berdasarkan jadual yang diberi di bawah, jelaskan factor-faktor wujud jumlah pesakit
diabetis di negara-negara terpilih ASEAN pada tahun 2000 dan pada tahun anggaran 2030.
Nyatakan risiko yang dihadapai oleh pengidap diabetis.

17.Berdasarka kepada graf bar di bawah, berikan sebab keberhutangan isi rumah rakyat
Malaysia yang tinggi dalam kalangan negara-negara terpilih pada tahun 2011.

BAHAGIAN C
[50 markah]
Pilih dua daripada tajuk dibawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 300
hingga 350 patah perkataan.
18. Pelbagai cabaran yang menghalang Malaysia untuk kekal prestasi dalam bidang ekonomi
dan politik diperingkat antarabangsa. Halangan ini perlu ditangani dalam usaha melonjak
ekonomi negara di pasaran global. Bincangkan.
19. Walaupun Malaysia telah mejadi pilihan sebagai pusat pelancongan kesihatan, usahausaha juga mesti dilaksanakan untuk memajukan sector ini. Bincangkan.
20. Malaysia dijadikan negara destinasi dan transit bagi kes-kes jenayah merentasi sempadan.
Jenayah ini semakin menular ke beberapa buah negara membangun dan gejala ini haris
diberhentikan dengan segera. Huraikan.

Anda mungkin juga menyukai