Anda di halaman 1dari 5

SAJAK ERTI

HIDUP BERERTI
TEMA
 Keluhan ibu tua yang diabaikan oleh anaknya
sendiri.
• Seorang ibu yang mengharapkan belaian
kasih sayang anak-anak pada
penghujung usianya. Namun begitu anak-
anak tidak mengendahkan dan
mengambil tanggungjawab menjaganya.
Jauh di sudut hatinya masih
mengharapkan anak-anaknya akan insaf.
PERSOALAN
 Kesedihan warga tua yang kesepian
• Wanita tua mengeluh mengenangkan dirinya yang kesumyian kerana tidak
diziarahi oleh sesiapapun.
 Sikap anak-anak yang mementingkan diri
• Wanita tua mengenangkan nasibnya yang ditolak daripada seorang anak
kepada seorang anak yang lain kerana tidak mahu menjaga dirinya yang
uzur.
 Kasih sayang ibu tiada penghujung
• Wanita tua tetap berdoa agar anak-anaknya segera insaf walaupun hatinya
terluka degan sikap anak-anak kandungnya.
 Harapan ibu terhadap anak sendiri
• Wanita tua berharap agar anak-anak kandungnya kembali mengeratkan
semula hubungan kekeluarga mereka demi mengubati hatinya yang luka.
 Kehidupan manusia di dunia tiada yang kekal
• wanita tua mengingatkan anak-anak kandungan bahawa kehidupan mereka
di dunia tidak kekal,sampai masa pasti akan pergi meninggalkan dunia,yang
kekal hanya tuhan.
Nilai
 Kasih sayang
• Wanita tua terlalu sayang anak-anak kandungnya. Dia tetap berdoa
agar anak-anaknya insaf walaupun berasa amat sedih kerana
disisihkan oleh mereka.
 Ketabahan
• Ketabahan dalam mengharungi kehidupan seorang diri dan kesunyian
tanpa dihiraukan oleh anak-anak.
 Keinsafan
• Penyajak sedar dan insaf bahawa yang kekal hanyalah Tuhan.
 Bertanggungjawab 
• Sikap tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anaknya dengan
mendoakan mereka agar dikurniakan keinsafan.
Pengajaran
 Kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan sentiasa mendoakan
kesejahteraan mereka dan menjaga ibu bapa sehingga tua.
 Kita perlulah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi
mematangkan diri, terutamanya menghadapi usia yang tua.
 Kita haruslah menjadi anak yang bertanggungjawab dengan menjaga
kebajikan ibu bapa dan menyejahterakan serta membahagiakan
mereka.
 Kita mestilah berdikari sewaktu hidup di bandar seorang diri supaya
tidak terlalu mengharapkan orang lain, walaupun sewaktu tua.

Anda mungkin juga menyukai