Anda di halaman 1dari 6

Ringkasan Penting Simposium Baitul Muslim

Pendahuluan

Jutaan kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi yang telah mencipta dan memantau
segala urusan makhlukNya di muka bumi ini. Selawat serta salam buat junjungan besar
Nabi Muhammad s.a.w. penghulu para Nabi dan Rasul a`laihim al-salam. Keluarga
merupakan sebuah institusi yang telahpun disusun atur oleh Allah SWT dengan segala
hikmahNya untuk sesebuah kumpulan makhluk baik binatang mahupun tumbuhan, lebihlebih lagi manusia yang dikurniakan akal dan nafsu, untuk saling melengkapi & mengenali
antara satu sama lain dengan tujuan yang sama, iaitu mengabdikan diri keseluruhannya
kepadaNya. Namun, sedar atau tidak, masyarakat kita kini amnya sudah tidak lagi cakna
dan kurang peduli akan hal ehwal tersebut.
Tengok sahajalah kepada rentetan kejadian aneh tapi biasa yang berlaku yang
kini lazim dalam kalangan masyarakat kita, iaitu kes pembuangan bayi, zina di merata-rata
tempat, budaya hidup songsang, keluasan tempat-tempat maksiat dan banyak lagi yang
tergolong dalam aktiviti yang melanggar syariat Allah Azza Wajalla. Atas kebebasan dan
bermaharaja lelanya aktiviti-aktiviti tidak bermanfaat ini, usaha memberi platform
kesedaran kepada masyarakat mestilah dilaksanakan secara konsisten. Sudah banyak di luar
sana aktiviti menyeru manusia kepada Allah s.w.t semula, bahkan ianya adalah satu
kemuliaan yang besar kepada pendukung dakwah. Firman Allah yang bermaksud:
Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah,
mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang
menyerah diri. (Fushilat: 33)

Menyeru manusia kepada Allah s.w.t menghasilkan pahala dan ganjaran yang besar
dan tidak ternilai sebagaimana pengakuan Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Jika Allah
s.w.t memberi hidayah kepada seorang lelaki atas sebab dirimu, itu lebih baik bagimu
daripada setiap apa yang disinari matahari. (Riwayat at-Tabrani)

Majlis Ilmu Pulau Pinang (MIPP) turut sama terkesan dengan perkara ini serta
bertanggungjawab untuk sama-sama mendidik dan menyeru diri serta masyarakat akan
peranan setiap individu masing-masing di dalam membaiki dan mengukuhkan institusi
kekeluargaan mereka:- selaku seorang anak, pelajar, adik/abang/kakak, seorang suami atau
isteri, bakal berumah tangga, seorang ibu atau ayah, majikan, pembela anak yatim.

Oleh itu, MIPP cuba mengetengahkan konsep Baitul Muslim (konsep pembinaan
Rumah Tangga Muslim yang diredhai Allah SWT) dan kesemuanya bakal dirongkai satu
demi satu secara dasarnya agar panduan yang dibekalkan di dalam Simposium Perdana
Baitul Muslim 2014 kali ini menjadi bekalan yang amat berharga dalam memastikan
kesejahteraan bersama.

Objektif

a. Memberi pendedahan tentang peranan dan tanggungjawab setiap individu


Muslim di dalam keluarga khususnya dan masyarakat amnya.
b. Menjadikan platform MIPP sebagai salah satu deligasi rujukan ilmu diperingkat
kebangsaan dan antarabangsa.
c. Menyediakan ruang kepada para ulama` dan asatizah untuk menghuraikan
definisi Baitul Muslim dalam konteks yang lebih luas dan mendalam.
d. Dapat membina hubungan yang baik diantara MIPP dan UiTM serta masyarakat
setempat sepanjang perjalanan program dan seterusnya.
e. Agar rahmat dan keberkatan dari Ilahi dilimpahi di bumi Pulau Pinang ini.

Sasaran

Simposium ini mensasarkan penyertaan seramai 1000 orang daripada pelbagai lapisan
masyarakat seperti:
a.

Para pelajar yang sedang bercita-cita untuk mendirikan rumahtangga


bahagia tetapi buntu akan cara & kaedah yang betul dalam Islam.

b.

Bakal isteri/suami yang akan menjejak kaki ke jinjang pelamin tidak lama
lagi, namun berasa kurang yakin dengan diri mereka sendiri.

c.

Pasangan suami isteri yang ingin membaiki & menambah ilmu


kekeluargaan, setelah mengharungi pelbagai dugaan dalam kehidupan.

d.

Institusi keluarga yang cinta dan dahagakan ilmu, dan ingin menjadikan
ahli-ahli keluarga yang lain turut terkesan dengan kebahagian mereka.

e.

Ahli korporat atau persatuan yang memperjuangkan kebajikan ahli-ahli


keluarga fakir miskin & yatim.

f.

Orang bukan Islam yang berminat untuk mendalami cara hidup keluarga
Islam.

g.

Kepada semua rakyat Malaysia di Pulau Pinang khususnya, dan masyarakat


dalam dan luar negara amnya.

Butiran Program

Tarikh

: 13 Disember 2014/ 20 Safar 1436 H (Sabtu).

Tempat

: Dewan Besar UiTM Pulau Pinang

Masa

: 8.00 pagi 10.30 malam

Laman Web

: www.majlisilmupulaupinang.com

Laman FB

: facebook.com/SimposiumBM14
: facebook.com/MajlisIlmuPulauPinang

E-mail

: majlisilmupulaupinang@yahoo.com.my

Pendaftaran & Pertanyaan

No. Telefon

: +6013 - 5920514 (Tuan Zufar)


: +6019-6685564 (Tuan Izzan)
: +6019-5037209 (Harif)

TENTATIF PROGRAM

13 Disember 2014/ 20 Safar 1436 H (Sabtu)

8.00 8.30 pagi

: Pendaftaran para peserta.

8.30 9.00 pagi

: Perasmian dan Kata Aluan oleh Mufti Pulau Pinang


Sohibus Samahah Dato Mufti Dr Wan Salim

9.00 11.00 pagi

: Slot 1 Ada apa dengan Baitul Muslim?


Ustaz Ahmad Fawwaz bin Muhammad Jan

11.00 11.30 pagi

: Rehat

11.30 1.30 petang

: Slot 2 Pemilik Cintaku Selepas Allah & Rasul


Ustazah Fatimah Syarha binti Mohd Noordin

1.30 2.00 petang

: Rehat, Rawat & Solat

2.00 3.00 petang

: Persembahan Nasyid oleh Idris Shamsudin

2.30 4.30 petang

:Slot 3 Profesional: Kerjaya Penentu Kesejahteraan dalamRumah Tangga


Ustaz Ebit Lew

4.30 5.00 petang

: Solat

5.00 7.00 petang

: Slot 4 Ekonomi : Duit Oh Duit


Tuan Shamsudin Kadir

7.00 9.00 malam

: Rehat, Rawat & Solat


: Tazkirah Maghrib Kahwin Awal atau Lambat?
Ustaz Mohd Shafii bin Yusof Ghani

9.00 10.30 malam

: Forum Khas Jom Bina Masjid dengan Baitul Muslim!


PU Shahul
Diana Amir

Perincian Topik Setiap Slot

9.00 10.30 pagi

: Slot 1 Ada apa dengan Baitul Muslim?


Panel : Ustaz Ahmad Fawwaz bin Muhammad Jan
(Pegawai Pusat Zakat P.Pinang)

Definisi Baitul Muslim menurut Islam

Khitbah, Pilihan Bijak Masa Kini

Perlu Bertunang Atau Terus Berkahwin

Pilihan Sendiri, Keluarga Atau Perantara?

Kebijaksanaan Mentafsir Masalah Keluarga

10.30 12.30 tgh hari : Slot 2 Pemilik Cintaku Selepas Allah & Rasul
Panel : Ustazah Fatimah Syarha binti Mohd Noordin
(Penulis Buku Best-Seller)

2.30 4.30 petang

Kenal Dirinya Selepas Nikah ( Bercinta Selepas Nikah)

Konsep Memberi & Menerima dalam Rumah Tangga Muslim

Tips Panduan Memilih Bakal Suami/Isteri

Membaiki Potensi Diri & Keluarga ( Ilmu & Amal )

Potensi Maksiat Terelak, Mantap Menentang Nafsu

Tips Uhibbu Fillah Sentiasa Bersama Suami/Isteri

: Slot 3 Profesional: Kerjaya,Penentu Kesejahteraan di

dalam Baitul Muslim


Panel : Ustaz Ebit Lew
(Panelis Slot Motivasi Pagi di IKIM FM)

Profesion Apa Yang Perlu Aku Ceburi Untuk Berjaya?

Mengurus Ekonomi Sebelum, Semasa & Selepas

Mengutamakan Keperluan Berbanding Adat

Kerja Dahulu, Semasa Belajar Konflik Hari Ini

Petua Membina Mukmin Profesional Dalam Diri dan Keluarga

5.00 7.00 petang

: Slot 4 Ekonomi : Duit Oh Duit

Perancangan & Perlaksanaan Ekonomi dalam Rumah Tangga


Panel : Tuan Shamsudin Kadir
(Pakar Pengurusan Kewangan & Penulis Buku Rancang Wang
Sejak Jatuh Cinta)

7.00 9.00 malam

Pengurusan Bajet Perkahwinan

Tips-Tips Urus Kewangan (Sebelum dan Selepas Kahwin)

Anak: Antara Perancangan & Rezeki

Panduan Perancangan Perkahwinan yang Mudah Menurut Islam

Rahsia Bebas Hutang Secara Praktikal

: Tazkirah Maghrib

Kahwin Awal atau Lambat?

Panel : Ustaz Mohd Shafii bin Yusof Ghani


(Pendakwah Bebas)

9.00 10.30 malam

Seruan Eksklusif Buat Remaja, Orang Muda

: Forum Perdana Keluarga Bersyariat,Menjamin Akhirat


Pencetus Ummah (PU) Shahul Hameed
(Naib Juara Program Pencetus Ummah Terbitan ASTRO )
Diana Amir
(Selebriti TV/Pelakon)

Hiasan Zahir & Batin Rumah Tangga Acuan Rasulullah SAW

Set Keluarga Contoh Zaman Global

Pakej Cara Mempengaruhi Keluarga Bersetuju (untuk orang


Muda)

Pendekatan Praktikal Memahami Konteks Kekeluargaan Kini

Cabaran Mendidik Anak-Anak Masa Kini

Anda mungkin juga menyukai