Anda di halaman 1dari 2

TAJUK TUGASAN ESEI SUBJEK SYW 502: KUN ANTA

JADILAH DIRIMU
MUHAMMAD ZUFAR BIN MARWAH
901127-07-5041
MISDEV 14
PUSAT KAJIAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN ISLAM
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Asal penciptaan manusia yang pertama yakni Nabi Adam AS adalah melalui tanah. Di dalam
sebuah Hadis Rasulullah SAW bersabda :
"Sesungguhnya manusia itu berasal dari Adam dan Adam itu (diciptakan) dari tanah".
(HR. Bukhari)
Kemudian, barulah diciptakan Siti Hawa yang juga manusia kedua diciptakan Allah sebelum
berkembang biak manusia di atas muka bumi. Proses kejadian manusia kedua ini dirakamkan
oleh Allah di dalam surat An Nisaa ayat 1 :
"Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari
seorang diri, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya, dan daripada keduanya Allah
memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang sangat banyak..."
(QS. An- Nisaa,4: 1)
Secara umumnya, setiap penciptaan Allah SWT ada tujuan dan hikmahnya. Bahkan seekor
nyamuk yang dicipta oleh Allah SWT juga ada hikmahnya. Penciptaan manusia ini oleh Allah
SWT juga bukanlah secara sia-sia tetapi ada tujuannya tersendiri. Dalam surah Az- Zariyat, Allah
disebabkan misi tauhid penciptaan manusia di muka bumi beribadah kepada Allah.

Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia, melainkan supaya mereka menyembah-Ku.
(QS. Adz- Dzariyat: 56)
Manusia juga diberitahu Allah bahawa satu lagi tujuan hidup di dunia ini adalah untuk menjadi
khalifah yang bertanggungjawab memakmurkan bumi ini dengan syariat Islam. Justeru, Allah
juga mengurniakan pelbagai kelebihan kepada setiap orang. Kelebihan yang ditafsirkan ini
sebagai minat, bakat dan kecenderungan.

Allah SWT juga telah memberikan akal, emosi, jiwa, pancaindera dan fizikal yang berbeza-beza
atas dasar kasih sayang-Nya. Kesemua nikmat yang Allah beri ini perlu disyukuri sebagai
tanggungjawab seorang hamba kepada tuannya. Salah satu cara untuk kita bersyukur adalah
dengan menjadi insani yang mampu member manfaat kepada orang lain.Dalam satu mafhum
hadis:
Diriwayatkan dari Jabir berkata,Rasulullah saw bersabda,Orang beriman itu bersikap ramah
dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia
adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.
(HR. Thabrani dan Daruquthni)

Bermanfaat di sini adalah berusaha menjadi yang terbaik pada pandangan Allah SWT. Dalam erti
kata lain, menjaga diri daripada melakukan maksiat kepada Allah dan memberi sumbangan
kepada agama Allah SWT di mana ianya akan menjadikan diri kita sebagai seorang manusia
yang bermanfaat hidupnya. Sebelum berusaha menjadi orang yang bermanfaat, perlu ada seorang
mentor (murabbi) atau contoh ikutan. Manusia paling terbaik untuk diikuti adalah Nabi
Muhammad SAW. Banyak perkara yang telah Rasulullah SAW tunjukkan kepada umatnya
supaya Islam itu difahami dengan baik. Sebagai contoh, dalam aspek berkeluarga, Rasulullah
telah menunjukkan contoh ikutan terbaik sebagaimana yang disebut Rasulullah SAW:
"Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik kepada ahli keluarganya, dan aku adalah orang yang
terbaik ahli kerluargaku."
(HR Ibnu Majah)

Rasulullah juga telah berjaya membangunkan (mendidik) insan yang hebat di sepanjang
hidupnya, Kalau dianalisis dengan mendalam, asas didikan itu bermula dengan ketauhidan
(kepercayaan) yang tinggi pada Allah. Dengan konsep akidah yang betul para sahabat baginda
telah berjaya mengharungi satu demi satu ujian yang melanda. Kisah Sumaiyyah dan
keluarganya serta Bilal Bin Rabah antara bukti didikan dan terjemahan akidah yang tinggi pada
Allah. Para sahabat

Anda mungkin juga menyukai