Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI

Kelas : 5 Al Farabi

Tarikh : 28 Februari 2019

Subjek : Sains

Kelebihan

Antara kelebihan yang jelas dapat saya perhatikan pada hari ini adalah dari segi
penggunaan tmk dalam pdpc. Hal ini kerana, melalui penggunaan tmk ini di dapati murid
sangat seronok dan tertarik dengan aktiviti pembelajaran yang dijalankan. Hal ini secara
tidak langsung telah menyebabkan murid lebih fokus dan terlibat dengan aktif dalam seriap
perkara yang disampaikan oleh guru. Hal ini seterusnya dapat memastikan murid lebih
mudah untuk faham setiap perkara yang diajarkan kepada mereka.

Kelemahan

Antara kelemahan yang dapat saya kesan pada hari ini adalah murid agak kurang
keyakinan untuk menyuarakan pendapat atau pandangan mereka masing-masing. Hal ini
mungkin disebabkan mereka agak malu dan segan dengan aktiviti berkumpulan yang di
adakan. Maka,disebabkan perkara itu, mereka tidak mahu untuk menceritakan pengalaman
yang mereka alami kepada murid-murid lain.

Penambahbaikan

Bagi sesi pdpc pada kali ini, antara penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk
meningkatkan keyakinan murid adalah, saya perlu bijak membina repo dan hubungan yag
positif antara murid dengan saya serta murid dengan murid lain. Hal ini agar murid tersebut
akan berasa lebih yakin dalam menyuarakan pendapat dan pandangan. Sebagai contohnya,
saya perlu memperbanyakkan soalan-soalan yang dapat mencungkil pengalaman murid-
murid tersebut. Hal ini kerana dengan adanya penyoalan tersebut murid akan lebih
terbimbing dan tidak akan berasa segan.

Anda mungkin juga menyukai