Anda di halaman 1dari 20

HADIS,SUNNAH,KHABAR,ATHA

ANAS MARUDIN
ZULHILMI ROSLI
SABRI HASHIM
HAFIZ MOHAMMED HASSAN
PENGENALAN
• Hadis dan sunnah merupakan istilah yang
sering kita dengar dalam kehidupan
seharian.Sebahagian daripada kita memahami
apakah itu hadis dan sunnah namun pada
masa yang sama ada juga yang masih kabur
tentang dua perkara
• ini.Apatah lagi jika disebut tentang khabar dan
athar.Apakah hadis,sunnah,athar dan sunnah?
Adakah hadis, sunnah, athar dan khabar
berbeza?
ISTILAH BERKAITAN HADIS

Hadis Sunnah Athar Khabar


PENGERTIAN HADIS
• Perkataan ‘hadith’ atau al hadith menurut definisi
bahasa bermaksud al jadid(sesuatu yang baru),
merupakan kata lawan kepada perkataan al
qadim(sesuatu yang lama.
• Hadith juga turut membawa makna al
Khabar(berita), iaitu sesuatu yang dipercakapkan
dan dipindahkan dari seseorang kepada orang yang
lain. Secara terminologi, ahli hadith dan ahli usul
berbeza pendapat dalam memberikan pengertian
hadis.
• Dalam kalangan ulama hadith sendiri ada yang
memberikan definisi berbeza antara satu sama
lain.Ada ulama yang mendefinisikan hadis
sebagai perkataan nabi saw, perbuatan, dan
hal ehwalnya.Ulama hadith menerangkan
bahawa hal ehwal bermaksud segala apa
sahaja berita tentang Nabi SAW misalnya
seperti perwatakan, sejarah kelahiran dan
sebagainya.
• Ulama hadis yang lain pula merumuskan
pengertian hadis dengan segala sesuatu yang
bersumber dari Nabi baik berupa perkataan,
perbuatan,pengakuan mahupun
sifatnya.Sedang ulama Usul pula
mendefinisikan hadith sebagai Segala
perkataan Nabi SAW yang dapat dijadikan dalil
untuk penetapan hukum syarak.
• Hadis nabi wujud sejak awal perkembangan
islam adalah sebuah kenyataan yang tidak
dapat diragukan lagi sebagaimana golongan
anti hadis yang meragui hadis hadis Nabi
SAW.Selain itu, hadis nabi juga merupakan
sumber rujukan islam yang kedua selepas Al
Quran
PENGERTIAN SUNNAH
• “Sunnah menurut bahasa bererti “jalan dan
kebiasaan yang baik atau yang
buruk”.Pengertian sunnah jika ditinjau dari
sudut bahasa bermakna jalan yang dijalani,
terpuji, atau tidak.Walaupun tidak baik, ia
tetap dinamakan sunnah.”(Petikan daripada
M.T.Hasbi Ash Shiddieqy, Sejarah dan
Pengantar Ilmu Hadits, Pustaka Rizki Putra,
Semarang)
• Sedangkan sunnah menurut istilah ahli hadis
ialah “segala yang datang daripada Nabi SAW,
baik berupa perkataan, perbuatan, mahupun
taqrir, pengajaran, sifat,
perwatakan,perjalanan hidup Nabi SAW
sebelum diangkat menjadi rasul.”
• Pengertian sunnah jika ditinjau dari sudut
istilah, akan terdapat perbezaan dalam
kalangan ulama. “Ada ulama yang
menyamakan dengan hadith dan ada yang
membezakan, bahkan ada yang memberi
syarat syarat tertentu yang nyata berbeza
dengan istilah hadis.” (Sabri Hatta al Hasyim,
Kekeliruan tantang hadis, hlm.14)
PENGERTIAN AL-KHABAR
• Khabar menurut bahasa ialah berita yang
disampaikan dari seorang kepada seseorang
yang lain.daripada sudut pendekatan bahasa,
kahabar membawa maksud yang sama dengan
hadis.
• Ulama lain mengatakan bahawa khabar adalah
sesuatu yang datang selain dari Nabi SAW
sedangkan yang datang daripada nabi Saw
disebut sebagai hadith
• Terdapat juga ulama yang mengatakan
bahawa khabar berita daripada sahabat nabi
dan para tabi’in. Ulama yang mengatakan
bahaw hadith lebih umum daripada khabar ,
begitu juga sebaliknya ada yang mengatakan
khabar lebih umum daripada hadis
Al ATHAR
• Athar menurut bahasa bermaksud kesan atau
bekas.Definisi dari segi istilah pula, telah
berlaku perbezaan dalam kalangan
ulama.Jumhur ahli hadis mengatakan bahawa
athar sama dengan khabar iaitu sesuatu yang
disandarkan kepada Nabi SAW sahabat dan
tabi’in.
PERBEZAAN HADITH, AS SUNNAH, AL
KHABAR, DAN AL ATHAR
PERBEZAAN UMUM

Segala percakapan, perbuatan, dan taqrir yang


HADIS
disandarkan kepada Rasulallah SAW

Apa yang disandarkan kepada nabi samada


perkataan, perbuatan, ikrar,atau sifat baginda.
SUNNAH
Majoriti alhi hadis tak membezakan antara hadis
dan sunnah

Ada 3 Pendapat:

1.Khabar ialah hadis


KHABAR
2.Khabar ialah berita yang datang selain
daripada nabi SAW

3. Khabar lebih umum daripada Hadis. Hadis


adalah sesuatu yang datang dari Nabi
SAW,sedangkan Khabar adalah sesuatu yang
datang dari Nabi SAW atau dari selain Nabi
(orang lain)
Ada 2 Pendapat:

ATHAR 1.Athar sama dengan hadis

2. Sesuatu yang disandarkan kepada sahabat


dan Tabi'in', yang terdiri atas perkataan atau
perbuatan
PERBEZAAN BERDASARKAN PENDAPAT ULAMA’

Ulama Hadis(muhadithsin) Ulama Usul Fiqh (Fuqaha’)

Hadis

Hadis ialah sesuatu yang Hadis adalah apa yang disebut


disandarkan atau bersumberkan sebagai Sunnah qawliyyah, iaitu
daripada Nabi SAW, baik berupa perkataan Rasul SAW yang boleh untuk
perkataan, perbuatan, dan taqrir. dijadikan dalil dalam penetapan hukum
syara'.
Hadis ialah apa sahaja yang
berhubungan dengan kehidupan Ini kerana, Sunnah dalam pandangan ahli
Rasul SAW, baik yang mempunyai usul adalah lebih umum daripada Hadis.
kaitan langsung dengan hukum
Pandangan mereka tentang Sunnah
syara' ataupun tidak
adalah meliputi perkataan, perbuatan,
dan taqrir Rasul SAW yang dapat
dijadikan dalil dalam merumuskan hukum
syara
Sunnah

Sunnah dalam pengertian Ulama Para Ulama Ushul Fiqh membataskan


Hadis adalah sama dengan Hadis. pengertian Sunnah pada sesuatu yang
datang dari Rasul SAW selain Al-Qur'an
Para Ulama Hadis memberikan
yang dapat dijadikan dalil dalam
definisi yang begitu luas terhadap
penetapan hukum syara'.
Sunnah kerana mereka memandang
Rasul SAW sebagai contoh teladan Mereka berpendapat demikian adalah
bagi manusia dalam kehidupan ini, kerana mereka memandang Rasul SAW
seperti yang dijelaskan Allah SWT di sebagai Syari', iaitu yang merumuskan
dalam Al-Qur'an Karim, bahawa hukum dan yang menjelaskan kepada
pada diri (kehidupan) Rasul SAW itu umat manusia tentang peraturan-
peraturan (hukum-hukum) dalam
adalah uswatun hasanah bagi umat
kehidupan ini, dan memberikan kaedah-
Islam .
kaedah hukum untuk digunakan oleh
para mujtahid dalam merumuskan hukum
setelah baginda tiada

para Fuqaha' merumuskan jika sesuatu


perbuatan itu adalah Sunnah, maka ia
bermaksud, bahawa perbuatan tersebut
dituntut oleh syara' untuk dilaksanakan
oleh para mukalaf dengan tuntutan yang
tidak pasti atau tidak wajib.

Khabar

Jumhur Ulama cenderung Para Fuqaha’ Khurasan mengkhususkan


menggunakan khabar sebagai al- marfu, yaitu segala
istilah Khabar dan Atsar untuk sesuatu yang disandarkan kepada Nabi
segala sesuatu yang disandarkan
Athar

Jumhur Ulama cenderung para Fuqaha' Khurasan mengkhususkan


menggunakan athar sebagai al-matuquf, iaitu berita yang
istilah Khabar dan Atsar untuk disandarkan kepada Sahabat
segala sesuatu yang disandarkan
kepada Nabi SAW dan demikian
juga kepada Sahabat

Anda mungkin juga menyukai