Anda di halaman 1dari 7

BEBANAN TUGAS YANG DIHADAPI OLEH GURU

NUR SYAMIMI BINTI ZAKARIA

742-15-syamimi@epemebelajaran.edu.my

1.0 ISU YANG DIFOKUSKAN


Pentadbiran dan pengurusan sekolah dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi
pendidikan, pentadbiran atau pengurusan adalah sangat penting.Tanpa pengurusan yang cekap
proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan baik dan juga tidak dapat menyempurnakan
kehidupan manusia dan akan mengakibatkan bebab tugas kepada setengah pihak. Beban tugas
guru merujuk kepada tugasan ataupun tanggungjawab rasmi yang telah diberikan oleh pihak
sekolah kepada guru untuk dilaksanakan sepanjang masa sama ada di dalam ataupun di luar bilik
darjah. Beban tugas guru dibahagikan kepada dua iaitu beban tugas akademik dan beban tugas
bukan akademik. (Arzizul Antin, 2018). Selain daripada itu, beban tugas guru juga merujuk kepada
semua tugas yang perlu dilakukan sama ada yang berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran ataupun tugas di luar skop pengajaran dan pembelajaran (Fazura Mohd Noor,
2017).

2.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Dalam proses pentadbiran sesebuah organisasi, bebanan sesuatu tugasan akan berlaku
sama ada di dalam sesebuah organisai yang besar mahupun kecil serta organisasi formal dan
juga yang tidak formal jika pentadbiran tidak diurus dengan cekap. Untuk mengurus sesuatu
organisasi, seseorang pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami terlebih dahulu apakah
yang dimaksudkan dengan pentadbiran agar segala urusan kerja dalam suatu organisasi tidak
akan membebankan sesuatu pihak.

Pengkaji mengenal pasti masalah bebanan tugas dalam kalangan guru Sekolah
Kebangsaan Tengku Zainun melalui pemerhatian dan temubual beberapa orang guru. Punca isu
ini adalah kerana pihak pentadbir hanya memberikan sesuatu tugas kepada guru yang mempunyai
kemahiran tertentu dalam menguruskan sesuatu tugasan tanpa memberi peluang kepada guru lain
untuk mempelajari, memperbaiki dan mengembangkan sesuatu ilmu atau kemahiran baru. Oleh
yang demikian, setiap kali adanya program atau tugasan yang sama, guru yang sama akan
memegang jawatan tersebut atau melaksanakan tugasan yang diberikan.
Isu yang berlaku dalam kalangan guru SK Tengku Zainun ini akan mendatangkan mudarat
kepada diri individu seorang guru dan organisasi sekolah. Hal ini kerana, isu bebanan tugas ini
akan mempengaruhi motivasi seseorang guru seterusnya akan mengakibatkan keefisienan kerja
guru terjejas.

Justeru itu, pentadbir sekolah perlulah bersikap terbuka dan mengamalkan sistem
demokrasi dalam pentadbiran agar organisasi sekolah terbina dengan persefahaman yang jitu
antara guru serta dapat meningkat motivasi guru dalam melaksanakan tugas. Antara cadangan
yang bolehh dilakukan ialah pihak pentadbir perlu meneliti dan melihat kepada rekod jawatan guru
yang sistematik agar dapat mengimbangkan tugas guru-guru di SK Tengku Zainun secara
seimbang.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenalpasti apakah tugasan yang diterima oleh guru benar-benar membebankan guru.

2. Menghasilkan borang kaji selidik untuk mengetahui bilangan guru yang mengalami bebanan
tugas

3. Menghasilkan satu sistem data excel yang membolehkan setiap guru dan pentadbir dapat
meneliti setiap tugas dan jawatan yang disandang oleh guru.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Guru yang terlibat meliputi :

Jumlah Guru : 31

Jantina : L - 6

P - 25

5.0 METODOLOGI KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah

Pengkaji telah melakukan kaedah temubual dan pemerhatian bagi memperolehi maklumat
bebanan tugas kepada setiap guru menggunakan google form.

5.1.1 Pemerhatian

a. Guru yang sama menjadi pengacara majlis bagi majlis perpisahan atau majlis rasmi sekolah
b. Guru bertungkus lumus melaksanakan program sehingga berlaku tindanan kerja oleh guru yang
sama

c. Guru yang tidak mempunyai jawatan atau bebanan tugas selalu mengatakan diri mereka
mempunyai banyak tugas yang perlu dilaksanakan.

5.1.2 Temubual

Temubual yang dijalankan terhadap 10 orang guru. Mereka menjelaskan bahawa ada guru
mempunyai kemahiran dan kepakaran yang berbeza. Namun, jika tugas yang sama diberikan
kepada guru yang sama, maka guru tersebut akan merasa bosan dengan tugas yang sama dan
tidak diberi peluang untuk melaksanakan tugas yang berbeza. Dapatan lain mengatakan bahawa,
masih ada beberapa orang guru yang tidak mempunyai tugas kerja yang banyak. Hal ini akan
membuatkan guru tersebut tidak dapat mengembangkan kemahiran dan membina pengalaman
baru terhadap sesuatu tugasan.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

5.2.1 Pemerhatian

- 6 orang guru memegang jawatan kurang dari 3 jawatan di sekolah

- 11 orang guru yang sentiasa memperoleh tugasan dari pihak pentadbir

- 14 orang guru memegang jawatan kurang dari 5 jawatan di sekolah

5.2.2 Temubual

39 %
61 %

Terbeban Tidak Terbeban

- 39% orang guru tidak merasa terbeban dengan tugas


- 61% orang guru merasa terbeban dengan tugas

5.3 Tindakan Yang Dijalankan

Tindakan yang dijalankan ialah memberi borang kaji selidik berkaitan dengan tugasan-
tugasan yang dilakukan dan keinginan serta kesanggupan guru untuk saling bekerjasama memikul
beban tugas secara bersama dan seimbang.

5.4 Cadangan Penambahbaikan Yang Akan Dilaksanakan Untuk Menanggani Isu.

- Menghasilkan satu sistem data excel melalui Google Form

5.4.1 Sistem Data Tugas Guru

Link Google Form akan diberikan kepada guru untuk mengisi tugas-tugas yang akan
dilakukan atau jawatan yang disandang dalam tempoh 3 bulan. Maka, setiap guru perlu
mengemaskini tugas dan jawatan adhock yang mereka perlu laksanakan pada setiap 3 bulan agar
tindanan tugas atau guru yang sama melakukan tugasan tertentu tidak berlaku. Maka, pihak
pentadbir perlu meneliti setiap 3 bulan data ini agar guru tidak akan rasa terbeban dengan tugas
baru yang diterima kerana pihak pentadbir telah meneliti terlebih dahulu tugasan yang sedia ada
oleh guru. Ini akan membantu guru untuk tidak merasa terbeban dengan tugas jika mendapat
tugas yang baru dari pihak pentadbir atau panitia.
Gambar Rajah 1. 1: Google Form Yang Perlu Diisi oleh Guru

Gambar Rajah 1.2: Data Tugas-Tugas Guru


PEMERHATIAN

Berdasarkan pemerhatian, didapati bahawa pihak pentadbir menemui jalan penyelesaian


terhadap rungutan dari guru-guru yang mengatakan diri mereka terbeban dengan tugas-tugas
selain mengajar. Hal ini akan memudahkan pihak pentadbir untuk meneliti setiap tugas guru yang
diterima. Guru-guru juga memberi kerjasama dengan mengisi pelantar Google Form ini kerana ia
akan membantu mereka menyatakan tugas-tugas yang mereka pikul

REKFLEKSI

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, kekuatan yang didapati melalui kajian ini ialah
guru-guru berpuas hati dengan sokongan data ini kerana mereka merasakan diri mereka diambil
peduli oleh pihak pentadbiran dan pengurusan apabila mereka dapat menggunakan platform
data ini sebagai satu perkara yang dapat meringankan bebankan mereka. Oleh yang demikian,
para guru dapat memberi komitmen yang baik terhadap murid murid-murid. Adapun kelemahan
kajian ini adalah, setiap guru perlu sentiasa mengemaskini maklumat tugasan pada setiap 3
bulan. Walaubagaimanapun, jika guru yang tidak merasakan beban pada tugas oleh kerana
tugas mereka sedikit, mereka tidak akan mengemaskini dengan kerap. Adapun, platfrom ini
membantu guru yang merasakan terbeban dengan tugas-tugas lain selain mengajar. Hal ini akan
memberi peluang kepada guru yang tidak mempunyai tugas atau jawatan yan banyak di sekolah,
akan mendapat peluang untuk mempelajari kemahiran baru apabila diberi tugasan yang
berlainan.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Cadangan kajian yang akan datang ialah Stress Guru Terhadap Tugasan; Cara dan
kaedah menanganinya.
7.0 RUJUKAN

Arzizul Antin. (2018). Pengaruh Beban Tugas dan Motivasi Terhadap Keefisienan
Kerja Guru Sekolah Menengah di Sabah, Fakulti Psikologi dan Pendidikan,
Universiti Malaysia Sabah.

Arifin. (2013). Pengaruh Kepemimpinan, Kedisiplinan, Beban Kerja dan Motivasi


Kerja Terhadap Kinerja Guru. Fakultas Ekonomi dan Bisnes, Universitas
Dian Nuswantoro Semarang

Fazura Mohd Noor. (2017). Psikologi dan Kesejahteraan Insan: Prosiding Seminar
Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, Fakulti Psikologi dan
Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah.

Anda mungkin juga menyukai