Anda di halaman 1dari 13

1.

0 PENGENALAN

Dunia pendidikan selalu dihujani dan digemparkan dengan pelbagai isu


terutama yang berkait dengan guru.Di dada akhbar isu ini yang melibatkan guru
bagaikan menjadi satu topik hangat yang sering diwar-warkan dan begitu laris bagai
pisang goreng panas.Isu beban tugas guru,kenaikan gaji guru dan pelbagai lagi isu
yang melibatkan profesionalisme guru.Perkembangan professional guru,adalah
sikap dan tindakan yang menyentuh aspek-aspek yang berkaitan dengan pekerjaan
seperti hal-hal tentang syarat-syarat kerja,soal gaji dan upah,jadual tugas dan hal-
hal yang bekaitan dengannya.Salah satu isu yang penting berkaitan dengan bidang
keguruan adalah isu beban tugas guru.Isu ini bukan isu baru namun sehingga kini
isu ini masih menjadi topik yang kerap dibincangkan.Buktinya banyak kali tajuk
ataupun isu ini diperkatakan didada akhbar,blog-blog dan sebagainya.Sepertimana
yang kita ketahui,guru dapat didefinisikan sebagai pendidik,pengasuh dan orang
yang mengajar.Guru jugalah yang paling rapat dengan para pelajarnya.Tugas pula
mempunyai definisi iaitu kewajipan sesuatu atau dalam kata lain
kerja,tanggungjawab yang mesti dilaksanakan.Beban pula bermaksud jumlah tugas
yang perlu dikerjakan oleh proses atau sistem yang mesti dilaksanakan.Berdasarkan
definisi yang dinyatakan ini dapat disimpulkan bahawa tugas utama guru ialah
mengajar dan mendidik pelajar dalam suasana pengajaran dan pembelajaran
bersandarkan kepada kewajipan mereka seagai seorang guru.Walau bagaimanapun
tugas guru semakin hari semakin bertambah.Banyak tugas-tugas lain yang harus di
pikul oleh guru,sama ada di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik
darjah,untukmenyelesaikan kerja-kerja sekolah.Guru perlu bijak membahagikan
masa untuk menyelesaikan kerja yang di pertanggungjawabkan kepada
mereka.Disamping merancang aktiviti pengajaran kepada pelajar-pelajarnya.Tugas
dan tanggungjawab guru di sekolah bukan sahaja merangkumi tugas akademik
malahan juga tugas-tugas luar contohnya tugas-tugas yang berkaitan dengan
pengkeranian di pejabat.Tugas-tugas sedemikian sememangnya mendatangkan
beban kepada guru kerana telah mengganggu tugas hakiki guru iaitu mendidik dan
merancang pengajaran dan pembelajaran menyebabkan prestasi seorang guru
terjejas dan ini secara tidak langsung menjejaskan prestasi murid-murid di sekolah.
2.0 ISU KEGURUAN: BEBAN TUGAS GURU

Isu beban guru bukanlah perkara baru di dalam Negara kita kerana sejak
beberapa tahun ini perkara ini telah menjadi tajuk perbincangan hangat setiap kali
bermulanya musim persekolahan.Tugas guru semakin hari semakin bertambah
bukan sahaja berkaitan bidang pengajaran,malahan juga yang meliputi di luar
bidang tugas guru juga.Fenomena ini menyebabkan ramai guru sering mengeluh
dan mengalami tekanan akibat tanggungjawab beban tersebut.laporan kaji selidik
yang telah dijalankan pada 1 Jun 2005 menunjukkan bahawa tugas guru meliputi
pelbagai bidang namun tugas guru yang dijalankan telah tertumpu kepada tugas
pentadbiran.Sehingga hari ini tugas guru semakin bertambah dari sehari ke
sehari.Dengan perubahan arus zaman globalisasi dan penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi yang begitu meluas,tugas guru menjadi semakin
mencabar.Guru merasakan tugas mereka semakin berat kerana mereka perlu
menjalankan tugas yang tiada kaitan dengan tugas hakiki guru iaitu mendidik
seperti tugas pengkeranian yang lebih menjurus kepada tugas pengurusan dan
pentadbiran.Pada zaman ini kebanyakan data berkaitan murid perlu diisi dan di
masukkan secara atas talian internet sebagai contoh system maklumat murid dan
sebagainya.Ini lebih menyukarkan tugas guru kerana tidak semua guru pakar dalam
bidang teknologi maklumat dan komunikasi.Selain itu kekangan yang terpaksa
dihadapi sewaktu proses memasukkan data seperti masalah servis internet yang
kadangkalanya terganggu atau lambat.Data yang ingin dimasukkan pula bukan
sedikit dan kadangkala berlaku pertindihan proses memasukkan data antara guru-
guru di satu-satu sekolah yang menyebabkan talian internet menjadi lambat.Selain
itu juga,tugas guru menjadi satu beban yang berat kerana wujudnya arahan dalam
arahan.Guru melakukan beban kerja berganda kerana program-program yang telah
dirancang di peringkat Kementerian perlu di laksanakan,disamping melaksanakan
program yang lebih kurang sama yang dianjurkan oleh pihak Jabatan,Daerah dan
seterusnya program sedia ada yang telah dirancang di dalam takwim
Tabika.Kesemua program ini perlu dilaksanakan mengikut tempoh tertentu dan guru
perlu menyediakan kertas kerja program,merancang pengisian aktiviti bagi
memastikan program yang dirancang berjalan mengikut rancangan.
Tugas mengurus murid-murid di dalam kelas turut terjejas kerana kurang
tumpuan dan perhatian kepada mereka disebabkan guru terlalu sibok dengan tugas-
tugas lain.mengajar murid supaya murid mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran yang dirancang kan berdasarkan sukatan KSPK yang telah
ditetapkan terutama sekali kepada murid-murid yang agak lemah dan
lambat.Sebaliknya tugas guru kini lebih pelbagai selain dari tugas mengajar,guru
juga dibebankan dengan tugas-tugas pengkeranian,dan terpaksa menghadiri aktiviti-
aktiviti lain.Ini menyebabkan kualiti pengajaran dan pembelajaran turut terjejas.Jika
hal ini berlanjutan tanpa mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya sudah
pasti murid akan menerima musibahnya.Murid-murid akan menjadi mangsa kerana
mereka sentiasa mengharapkan sesuatu yang terbaik dalam pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas sedangkan guru tidak mempunyai banyak masa untuk
mereka dalam merancang aktiviti yang bersesuaian dengan tahap dan kebolehan
mereka mengikut masa yang sesuai dan yang di tetapkan.di dalam merancang
proses pengajaran dan pembelajaran,guru perlu kreatif dan inovatif dalam
memastikan system penyampaian menjadi afektif,menarik serta menyeronokkan dan
dapat merangsang minat murid untuk belajar di dalam suasana yang bersih dan
selamat.Hubungan guru dengan murid juga merupakan factor yang signifikan dalam
meningkatkan komitmen belajar murid.Murid menaruh keyakinan yang tinggi pada
gurunya agar dapat membimbing mereka hingga mencapai tahap kecemerlangan
yang seimbang.Guru yang bijak melaksanakan aktiviti yang berkesan di dalam kelas
dengan berusaha menyediakan kaedah-kaedah yang berlainan setiap hari
merupakan seorang guru yang cemerlang dalam proses meningkatkan minat murid
itu sendiri.Sikap negetif murid kepada guru boleh melemahkan minat dan motivasi
mereka untuk belajar di sebabkan guru terlalu sibok dengan hal lain di luar kelas dan
juga pada waktu kelas berjalan.Tugas sebagai guru pada realitinya adalah sangat
penting dan menjadi faktor penentu dalam kejayaan dan kegagalan seorang
murid.Tanggungjawab guru terhadap kemajuan dan perkembangan murid-murid
perlu di titik beratkan.
Tugas pengkeranian tidak memberi faedah kepada sesiapa pun termasuk
murid dan ibu-bapa.Tugas ini perlu ada masa yang sesuai untuk dilaksanakan dan
tidak mengganggu tugas guru semasa sesi pengajaran di dalam kelas bersama
murid-murid.Guru perlu memberi tumpuan dan perhatian yang sepenuhnya semasa
bersama dengan murid supaya murid tidak merasa tersisih dan kurang perhatian
dan sokongan daripada guru.Guru terpaksa menghadiri kursus,bengkel pada hari
cuti dan ini menyebabkan guru tiada masa yang mencukupi untuk merancang
pengajaran dan pembelajaran yang baik dan bermutu untuk murid-muridnya.Begitu
juga bahan bantu mengajar yang sepatutnya di sediakan untuk murid-murid tidak
mencukupi kerana kekangan masa yang begitu terhad dengan tugas-tugas lain yang
terpaksa guru lakukan.Penyediaan bahan bantu mengajar adalah amat penting bagi
mengukuhkan lagi proses pengajaran di dalam kelas.Murid memerlukan bahan yang
menarik supaya mereka cepat faham dan mengingati segala aktiviti yang dijalankan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang mereka lalui bersama guru di
dalam kelas.Guru perlu sentiasa berada dengan murid semasa murid menjalani
aktiviti di dalam kelas.Guru tidak boleh menjejaskan perhatian kepada murid,kerana
murid amat memerlukan guru untuk memantau dan memastikan perkembangan
murid seimbang dan potensi murid perlu di asah dan di gilap.Kebolehan murid
mestilah di kesan supaya guru dapat merancang aktiviti yang bersesuaian dengan
minat dan kebolehan murid.

Diantara bebanan guru terutama kerja pengkeranian seperti menulis,merekod


atau mengisi pelbagai borang. Ketiadaan guru di kelas menjejaskan pengajaran dan
pembelajaran dan perkara ini amat merugikan murid.Untuk memastikan murid-murid
tidak ketinggalan,guru terpaksa memberi kerja rumah kepada murid-murid untuk
membuat ulankaji di rumah.Di rumah juga terdapat masalah di mana kebanyankan
ibu bapa bekerja dan tidak mempunyai masa untuk anak-anak untuk di beri
perhatian untuk melihat kerja rumah mereka dan ada di antara mereka menghantar
kerja rumah keesokan harinya kepada guru tanpa menghabiskan kerja yang di
berikan atas alasan tiada orang hendak bantu atau pantau mereka di rumah
disebabkan ibu-bapa juga tiada masa untuk mereka.Apa akan terjadi jika keadaan
ini berterusan.Murid-murid ini juga yang teraniaya sedangkan umur mereka pada
ketika ini memerlukan pengalaman dan berfikiran ingin tahu yang tinggi dan kita
tidak seharusnya menyekat perkembangan mereka.
Kekerapan guru menghadiri aktiviti luar seperti
bermasyarakat,berbengkel,berkursus hendaklah dikurangkan.Waktu yang dirancang
hendaklah tidak mengganggu proses Pengajaran dan pembelajaran murid dan
perlulah memastikan guru sentiasa berada bersama murid-murid semasa di
kelas.Keupayaan guru menguruskan fizikal,sumber dan suasana kelas yang
kondusif bermakna guru Berjaya membentuk budaya berdisiplin,kerjasama,saying
kepada keindahan alam sekitar,mematuhi setiap arahan,kehidupan berkualiti yang
melambangkan sebahagian daripada keimanan.Guru berperanan sebagai pencetus
idea,pembimbing,fasilitator dan suasana pembelajaran yang
kondusif,menyeronokkan,bermotivasi,bermoral,kreatif,inovatif menjadikan
pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus.Beban tugas guru mendatangkan
pelbagai implikasi kepada guru dan juga bidang pendidikan itu sendiri.Jika
diamati,guru pada hari ini bukan hanya bertugas sebagai pendidik di dalam
kelas,malahan juga guru turut bertindak sebagai
kerani,setiausaha,bendahari,jurutaip,juruhias dan sebagainya.Implikasi beban tugas
yang terlalu banyak juga kadangkala memaksa guru bekerja lebih masa.Guru juga
mendapat kurang waktu berehat apabila di panggil menjalankan pelbagai aktiviti
pada hari Sabtu dan Ahad.

Memetik kata-kata Setiausaha NUTP,Lok Yim Pheng,pertambahan beban


tugas guru di kuatiri akan menyebabkan hala tuju system persekolahan Negara lebih
mementingkan keputusan berasaskan peperiksaan,berbanding memupuk budaya
mencintai ilmu di kalangan murid.Guru kini selain mengejar waktu untuk
menghabiskan silibus mata pelajaran,hanya memberi tumpuan terhadap aspek
kemahiran pelajar menjawab soalan peperiksaan.Lor menegaskan bahawa guru
ingin memberi tumpuan kepada core bisness mereka,iaitu mengajar.Bagaimanapun
katanya guru lebih menghabiskan masa menguruskan data,fail,rekod dan
laporan,menguruskan pelbagai pertandingan kurikulum serta program di luar
kelas.Guru dibebankan dengan pelbagai kerja pengkeranian dan hanya mempunyai
sedikit masa digunakan untuk tujuan persediaan bahan bantu mengajar dan
rancangan mengajar serta menyemak buku latihan murid.Walaupun guru-guru
sebenarnya menolak tugas-tugas pengkeranian yang diberikan kepada
mereka,namun mereka terpaksa menerima dan melaksanakannya juga.Beban tugas
guru yang terpaksa di pikul ini akan menyebabkan para guru mengalami ketegangan
seperti pendapat yang dikemukakan oleh Payne&Furnham (1987 ) iaitu diantara
punca yang kerap berlakunya stress di kalangan guru ialah beban tugas dan
bukanyan mengajar.Ketegangan yang tinggi di kalangan guru boleh menyebabkan
rasa kecewa,agresif,bimbang dan mengurangkan prestasi kerja.Ketegangan yang
tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit dan kemerosotan dalam prestasi kerja.

Pensyarah kanan Jabatan Psikologi dan Kaunseling,Fakulti Pendidikan


Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris,Ab Aziz Mohd Yatim
berkata,tekanan terhadap komitmen tugas yang perlu dilaksanakan mengikut
standard tertentu memungkinkan guru bertindak di luar batasan.Menurutnya guru
yang tidak sanggup lagi menerima tekanan boleh bertindak di luar kawalan termasuk
melepaskan kemarahan kepada murid tanpa disedari hingga menyebabkan masalah
lain.Seperti memarahi murid yang tidak dapat mengikuti pengajarannya di dalam
kelas sedangkan murid tersebut kurang faham dengan penyampaian dan arahan
yang di berikan kepada murid semasa pengajaran.Dulu guru boleh mencorak cara
pengajaran sendiri tanpa perlu memberi banyak komitmen terhadap tugasan lain
berbanding sekarang terlampau banyak kerja remeh-temeh terpaksa dilakukan Oeh
kerana tanggungjawab dan tugas guru di sekolah terlalu banyak,maka setiap pihak
perlulah memperhalusi dan mengkaji semula setiap tugas yang diberikan agar tugas
tersebut tidak menjadi bebanan yang tidak mampu di pikul oleh guru.Pelbagai
cadangan serta cara disarankan oleh pihak tertentu untuk menyelesaikan isu ini.
3.0 CADANGAN MENANGANI ISU BEBAN TUGAS GURU

Bagi memastikan perlaksanaan aktiviti perlaksanaan aktiviti pada hari sabtu


diadakan secara berjadual serta tidak melebihi dua kali sebulan.Tugas pengkeranian
yang ada pada ketika ini dilaksanakan oleh guru,KPM telah memohon pertambahan
jawatan Pembantu Tadbir untuk memudahkan proses memasukkan data murid dan
maklumat-maklumat yang berkaitan.Dengan ini tumpuan guru kepada murid tidak
terbatas.Kursus guru juga perlu dikurangkan semasa sesi kelas di jalankan.ini juga
dapat di rancang mengikut jadual yang bersesuaian dengan masa dan kemampuan
murid.

Setiap perakuan yang telah dijalankan oleh pihak KPM dapat mengurangkan
beban tugas guru,umpamanya rungutan para guru berkaitan tidak cukup rehat
kerana terpaksa bertugas setiap sabtu atau hari minggu.Oleh itu dengan
perlaksanaan aktiviti pada hari Sabtu secara berjadual serta tidak melebihi dua kali
sebulan melegakan para guru kerana guru bukan sahaja mempunyai tugas di kelas
malahan juga dapat menguruskan keluarga dan memerlukan masa bersama
keluarga masing-masing.Tugas pengkeranian merupakan salah satu beban yang
paling besar perlu ditangani oleh guru,oleh itu dengan pertambahan kakitangan
Pembantu Tadbir merupakan cadangan yang amat baik dan di sambut lega oleh
pelbagai pihak.Penambahan jawatan staf sokongan itui amat penting untuk
mengembalikan guru kepada tugas sebenar mereka iaitu mengajar.Guru perlu focus
untuk pengajaran,bukan dalam proses pengkeranian.

Masalah beban tugas guru ini sukar untuk diselesaikan secara sepenuhnya
tetapi beberapa tindakan boleh diambil bagi mengurangkan beban tugas guru
antaranya ialah penglibatan ibu bapa dalam aspek pendidikan. Ibu bapa perlu
terlibat sama dalam program-program sekolah bukan sebagai peserta sahaja
malahan turut menjadi pengelola program. Sebagai contoh, semasa hari sukan
tahunan, ibu bapa juga perlu melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa yang
menguruskan sukan tahunan sekolah. ibu bapa boleh membantu dalam bahagian
pengurusan peserta, pelepasan peserta serta ahli jawatankuasa keselamatan.
Hubungan yang erat antara pihak sekolah dan ibu bapa memudahkan pengurusan
dan pentadbiran sekolah.
Pembahagian kerja merupakan perkara yang penting dalam aspek kawalan
dan pengurusan bagi menganalisis tugas dan pembahagian kerja secara terperinci,
kemudian membandingkan dengan kemampuan seorang pekerja untuk
melaksanakan tugas itu dengan terperinci. Gabungan antara tugas dan kemampuan
bertujuan mewujudkan kecekapan (Abdul Shukur Abdullah, 1991). Guru Besar dan
pentadbir perlu berbincang dalam pembahagian tugas kepada guru-guru agar
pembahagian kerja tersebut adil dan mengikut kemampuan guru tersebut.

Semua program yang dianjurkan oleh organisasi luar perlu diuruskan sendiri
oleh mereka serta aktiviti tersebut dijalankan di luar kawasan sekolah. Guru-guru
dan pelajar pula hanya perlu menghadiri program tersebut sebagai peserta atau
jemputan sahaja.Menurut Datuk Azam Mohd Atan (2010), Yang Dipertua
Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Malaysia (PKPSM), apabila sekolah
menjadi tuan rumah dan pengurus acara, sekolah ingin buat yang terbaik sedangkan
persiapannya mengambl masa yang lama. Maka, lebih baik program yang
dianjurkan oleh pihak luar diadakan diluar kawasan sekolah dan diuruskan oleh
mereka sendiri. Hal ini akan meringankan beban guru kerana guru tidak perlu
bersusah payah membuat persiapan untuk sesuatu program luar.

Yang Dipertua Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS), Ahmad Malie


(2010) mencadangkan format untuk sistem data murid diselaraskan. Dengan itu,
semua jabatan dan bahagian sama ada kementerian, jabatan pelajaran negeri,
pejabat pelajaran daerah boleh mengakses kepada maklumat berkenaan dan
mengambil maklumat yang sesuai dengan keperluan masing-masing. Sistem
teknologi perlu berubah agar mampu memenuhi keperluan semasa.

Penggunaan ICT dapat meringankan beban guru di sekolah. ICT digunakan


bagi memudahkan urusan pentadbiran, memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran serta menyelaras aktiviti dan program. Semua maklumat lengkap
berkaitan pelajar boleh disimpan menggunakan perisian Microsoft Access dan
Microsoft Excel. Selain itu, ICT juga digunakan untuk mewujudkan pengkalan data
soalan, kandungan pengajaran dan pembelajaran, persediaan pengajaran dan
kandungan pengajaran. Hal ini dapat mempercepatkan masa dan meringankan
beban guru.
Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia mencadangkan agar
pihak pentadbir sekolah mengurangkan bilangan jawatankuasa pada peringkat
sekolah kepada jumlah yang lebih wajar. Pada masa ini terdapat sekolah yang
mempunyai hamper 40 jawatankuasa dalam bidang pengurusan dan pentadbiran,
kurikulum, hal ehwal murid serta kebersihan, keceriaan dan keselamatan murid yang
memerlukan curahan masa dan tenaga guru yang bukan sedikit. Pengurangan
jawatankuasa boleh dilakukan dengan penggabungan dan pemansuhan
jawatankuasa. Walaupun begitu, pembahagian tugas di sekolah perlu dilakukan
secara adil untuk mengelakkan bebanantugas tertumpu kepada guru tertentu
sahaja.

Selain itu, pihak kementerian perlu mengkaji semula bilangan peperiksaan


dan ujian pada peringkat sekolah kerana terdapat sekolah yang mempunyai hampir
20 peperiksaan dalaman tidak termasuk peperiksaan awam. Pengurangan
peperiksaan dalaman dapat mengurangkan beban guru untuk membina soalan dan
menyemak skrip jawapan murid. Secara tidak langsung, pengurangan bilangan
peperiksaan dapat mengelakkan negara daripada menjadi terlalu berorientasikan
peperiksaan. Murid perlu belajar untuk mendapatkan ilmu dan bukannya belajar
untuk menjawab peperiksaan sahaja.

Menyusun semula tugas-tugas perkeranian di sekolah dapat meringankan


beban guru di sekolah. Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin
bersetuju tidak perlu dibebankan dengan tugas perkeranian yang terlalu banyak
sehingga mengganggu tugas utama guru sebagai pendidik anak bangsa. Dalam
usaha untuk melonjakkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, guru perlu diberikan
banyak masa untuk merancang pengajaran yang lebih berkesan serta membuat
persiapan mengajar. Maka, Jawatankuasa Bebanan Tugas Guru akan menyediakan
garis panduan tugas utama guru dan tugas yang tidak boleh dilakukan oleh guru.

Kementerian Pelajaran disaran supaya mengambil kira faktor nisbah purata


antara guru dan pelajar dalam kelas sebagai satu langkah mengenal pasti formula
terbaik bagi mengurangkan beban kerja guru. Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru
Besar Malaysia(GMGBM) Awang Mohamad berkata cadangan itu dilihat boleh
membantu kementerian dalam mencari formula untuk mengatasi masalah bebanan
tugas guru yang telah dibangkitkan selama ini. Satu daripada cara untuk
meringankan beban kerja ini ialah dengan menambah bilangan guru, ertinya kalau
sekarang satu bilik darjah 1.5 guru, sekarang satu bilik darjah 2.0 (ertinya satu bilik
darjah ada dua orang guru). Langkah tersebut bertujuan membolehkan guru
mempunyai masa yang cukup bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas
teras, iaitu mengajar. Cadangan mengkaji purata guru dengan pelajar itu juga
relevan dengan saranan beberapa pihak lain yang mahukan jawatan guru pembantu
bagi mengatasi masalah yang sama. Selain dapat membantu meringankan beban tugas
yang ditanggung guru, jawatan berkenaan boleh menyelesaikan masalah ketiadaan guru
yang bergantung kepada guru sandaran tidak terlatih. Guru perlu menguruskan
masa dengan baik. Setiap orang akan menerima masa yang sama dalam sehari iaitu
24 jam sehari. Oleh yang demikian sepatutnya tidak ada diantara guru yang
mengeluh tidak dapat menyiapkan tugasan dengan alasan tiada masa. Penggunaan
masa dalam sehari, seminggu, sebulan dan seterusnya akan memberi faedah hanya
kepada mereka yang pandai menguruskan masa. Pengurusan masa yang baik
dapat meringankan tugas yang ada.Seterusnya antara cara yang dapat
mengurangkan beban guru adalah mengurangkan tugas pengisian rekod.Ini dapat
dilakukan dengan menggunakan aplikasi yang baik.Seorang guru memang seronok
melihat perkembangan murid dari tidak tahu kepada tahu,tetapi tugas yang banyak
menjurus kepada menjadi kerani bukannyan menjadi guru.Kembalikan tugas hakiki
guru.Mengajar dan memberi pendidikan kepada murid.Bagaimana tahap
pembelajaran boleh miningkat sedangkan guru dibebankan tugas
pengkeranian.Kasihan murid-murid yang terabai dan teraniaya.
4.0 RUMUSAN

Kesimpulannya,isu beban guru telah lama di gembar gemburkan dan


sehingga ke hari ini isu ini masih cuba ditangani oleh Kementerian pelajaran.Beban
tugas guru pada hari ini semakin bertambah dan guru banyak melakukan tugas-
tugas pentadbiran seperti pengkeranian.Tugas memasukkan maklumat murid secara
atas talian merupakan salah satu beban tugas yang sukar di pikul dan agak
mencabar bagi sesetengah guru yang jarang-jarang menggunakan internet dan
komputer.Kebanyakannya ada juga yang menyalahkan guru dalam isu rungutan
ini.Mungkin mereka tidak peka mengenai situasi sebenar kerjaya sebagai seorang
guru yang ketika ini bukan sekadar kerap perlu bekerja melebihi masa
sepenuhnya,malah dibebani dengan longgokan kerja yang tidak selesai dilakukan di
sekolah,sehingga terpaksa di bawa pulang untuk di selesaikan.Hampir kebanyakan
tugas yang selayaknya diuruskan kerani kini menjadi tanggungjawab guru.Daripada
merekod maklumat murid,data peribadi,rekod bayaran yuran,inventori,asset
sehinggalah kepada urusan pada peringkat pejabat dilakukan oleh guru.Adalah tidak
wajar guru dulu dan sekarang dijadikan perbandingan kerana pada zaman
berteknologi maklumat serba canggih ini,semuanya perlu direkodkan secara
berkomputer walaupun rekod bertulis turut perlu dibuat dan di kemaskin dari semasa
ke semasa.Justeru itu adalah wajar Kementerian memantau apa keperluan dan
keperitan yang dihadapi penggerak utama dalam sector pendidikan Negara ini.Guru
yang berdedikasi tidak akan melihat tugas mendidik murid-muridnya sebagai
beban,malahan amat berbangga murid-muridnya Berjaya.Jika benar-benar
minat,guru sedia berkorban demi anak bangsa sendiri cemerlang,gemilang dan
terbilang.Konsep pengorbanan dalam profesion perguruan hakikatnya sangat
penting dan guru sanggup dating ke sekolah tanpa disuruh untuk membimbing anak
didiknya.Komitmen guru bagi melaksanakan tugas jelas terlihat.Dengan
pengurangan tugas yang perlu dilakukan dapat meningkatkan kualiti pengajaran
guru dan menjadikan guru lebih afektif dan cemerlang di dalam kerjaya sebagai
seorang guru,Insyaallah.
Bibliografi

http/janailmuanakfelda.blogspot.my2015/11/isu-keguruan-beban-tugas- guru-

html.

Rujukan dari buku ilmu pendidikan

Surat Khabar Mac 12 2016

http/www.astroawani.com/berita-malaysia/usah-beban-guru-dengan-kerja

-pentadbiran-ahmad-zahid-96367
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai