Anda di halaman 1dari 6

Tugasan 1

(Soerjono Soekanto, 2006) menyatakan bahawa masalah sosial adalah suatu ketidaksesuaian
antara unsur-unsur kebudayaan atau masyarakat, yang membahayakan kehidupan kelompok
sosial. Masalah sosial muncul akibat terjadinya perbezaan yang mencolok antara nilai dalam
masyarakat dengan realita yang ada. Pada zaman globalisasi hari ini, pelbagai penyakit sosial
yang mampu meranapkan peradaban bangsa dan negara melanda golongan remaja.
Kebelakangan ini, berita mengenai golongan remaja yang terjebak dalam gejala sosial kerap
terpapar di dada akhbar. Isu ini menjadi suatu isu yang hangat diperkatakan dan sering menjadi
buah mulut orang ramai. Antara penyakit sosial yang dimaksudkan ialah gejala vandalism,
gangsterisme dan ponteng. Keutuhan institusi keluarga amat penting dalam usaha menangani
gejala sosial sehingga kempen Rumahku Syurgaku diadakan secara besar-besaran. Program ini
menekankan kepentingan rumah diibaratkan sebagai syurga untuk memastikan keutuhan
institusi keluarga. Oleh itu, ibu bapa perlulah berusaha menghalang golongan remaja daripada
terjebak dalam gejala sosial. Persoalannya, apakah langkah yang harus dilakukan oleh ibu bapa
bagi menangani masalah social?

Pertama, ibu bapa haruslah mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak mereka dan
mengasuh anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Ibu bapa perlu menganggap anak-
anak sebagai kurniaan Tuhan yang tidak ternilai dan mendidik anak-anak dengan penuh kasih
sayang dan kesabaran. Sikap sesetengah ibu bapa terlalu sibuk mengejar harta kekayaan
perlulah dikikis. Mereka tidak sedar bahawa nilai kebendaan dan materialistik yang ada pada diri
mereka akan menyebabkan mereka terlalu sibuk dengan kerja mereka sehingga mengabaikan
anak-anak mereka. Sebagai contoh, ibu bapa perlulah meluangkan masa mereka untuk
melakukan aktiviti-aktiviti riadah bersama-sama anak-anak mereka pada hujung minggu. Ibu
bapa boleh membawa remaja makan angin di destinasi-destinasi yang menarik di negara kita.
Tegasnya, ibu bapa perlu mampu mengimbangi kepentingan keluarga dan kerjaya mereka
kerana anak-anak mereka amat memerlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu.

Selain itu, (Rahman, 2017)demi mengatasi masalah remaja ibu bapa perlu memberi didikan
agama kepada anak-anak. Agama merupakan senjata ampuh yang mampu membantu mereka
menangkis segala anasir yang bersifat negatif. Oleh itu, ibu bapa haruslah memberikan didikan
agama kepada anak-anak sejak dari kecil ibarat “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Di
samping itu, ada juga keluarga yang makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kerohanian.
Menurut pakar motivasi, Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah mengatakan bahawa ibu bapa haruslah
mencurahkan ilmu agama kepada anak mereka kerana itu merupakan benteng untuk mereka
menempuh arus modenisasi kini. Tuntasnya, ibu bapa hendaklah membuka fikiran seluas padang
pasir dan agar hati seputih salji bahawa agama merupakan senjata ampuh untuk mengelakkan
modal insan terjerumus ke dalam kancah masalah sosial pada masa kini.

Bukan itu sahaja, pihak ibu bapa perlulah bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak
mereka dengan mengikuti perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Dari semasa ke semasa,
ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak sekolah untuk mengetahui masalah-
masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Sebagai contoh, ibu bapa perlulah
menghadirkan diri dalam sebarang pertemuan antara ibu bapa dan guru. Dengan ini, pihak
sekolah, guru dan ibu bapa akan dapat bermuafakat dan bekerjasama untuk membantu remaja
yang bermasalah dengan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Ibu bapa perlu memastikan
bahawa nasihat yang diberikan oleh mereka kepada anak-anak mereka tidaklah sia-sia seperti
mencurahkan air ke daun keladi. Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Masalah remaja perlu
dikesan sebelum terlambat kerana bak kata pepatah “mencegah itu lebih baik daripada
mengubati”. Tuntasnya, ibu bapa memainkan peranan untuk menjaga kepentingan anak-anak
mereka dengan meletakkan kepentingan anak-anak mereka melebihi harta benda dan wang
ringgit.

Di samping itu, ibu bapa haruslah menjadi teladan kepada anak-anak mereka. Ibu bapa perlu
memastikan segala tingkah laku dan pertuturan mereka adalah betul kerana segala perlakuan
mereka akan diperhatikan oleh anak-anak mereka. Malah, segala tingkah laku ibu bapa akan
ditiru oleh anak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa yang mempunyai tabiat buruk seperti
merokok perlulah bertaubat dan berhenti merokok kerana anak-anak mereka berkemungkinan
besar akan terpengaruh dan seterusnya merokok. Ibu bapa perlulah mengatasi apa-apa
kelemahan yang ada pada diri mereka agar perbuatan mereka tidak akan menyebabkan anak-
anak mereka terdedah kepada amalan yang kurang sihat. Hal ini demikian kerana demi
mengelakkan kejadian seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul. Dengan ini, golongan
remaja tidak akan terpengaruh dengan tabiat buruk ibu bapa mereka dan seterusnya tidak akan
melakukan gejala sosial yang mampu menghancurkan masa depan mereka.

Seterusnya, ibu bapa juga haruslah mengambil berat persahabatan anak-anak mereka dengan
rakan sebaya. Hal ini demikian kerana ibu bapa boleh mengawal disiplin mereka. Ibu bapa
perlulah memastikan anak-anak bergaul dengan rakan-rakan yang berakhlak mulia. Dalam hal
ini, ibu bapa perlu mengetahui tujuan dan sebab-sebab anak-anak mereka keluar rumah dan balik
lewat ke rumah. Ibu bapa juga jangan terlalu memberi kebebasan yang keterlaluan dalam
bergaulan untuk memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dengan anak-anak yang
bermasalah di sekolah atau di luar sekolah. Selain itu, ibu bapa juga perlulah selalu berhubung
dengan guru-guru kelas atau guru pelajaran anak-anak mereka di sekolah untuk mengetahui
tingkah laku dan prestasi akademik mereka di sekolah. Pendak katanya, anak-anak yang
sentiasa dikawal oleh disiplinnya dan pergaulannya oleh ibu bapa sejak kecil, anak-anak ini akan
membesar dalam suasana yang baik dan berbudi pekerti mulia.

Bukan itu sahaja, ibu bapa juga perlulah memberi sokongan dan dorongan yang padu kepada
kegiatan remaja yang berfaedah. Remaja tidak mahu kehidupannya dikongkong dan dikawal
ketat oleh ibu bapa. Ibu bapa haruslah memberi sedikit kebebasan kepada remaja untuk
membuat keputusan seperti ingin mencapai cita-citanya sebagai pelukis atau impiannya. Ibu
bapa harus menyokong dan memberi peluang kepada remaja bukannya hanya semata-mata
menghalang minatnya. Hal ini demikian kerana keadaan ini hanya akan mendorong remaja untuk
melakukan vandalisme seperti menconteng dan mengecat dinding secara haram. Remaja iri hati
dengan rakannya yang mendapat kebebasan untuk membuat keputusan dan keadaan ini akan
lagi menambah buruk kegiatan remaja yang melakukan vandalisme. Konklusinya, ibu bapa perlu
memberi galakan dan dorongan terhadap minat remaja asalkan minat itu di jalan yang benar.
Kesimpulan

Kesimpulannya, ibu bapa sememangnya mempunyai peranan yang amat penting dalam
menangani masalah social kerana mereka yang mencorak keperibadian remaja atas peribahasa
“bagaimana acuan begitulah kuihnya”. Ibu bapa sebagai ketua keluarga perlulah
bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap anak-anaknya. Tegasnya, masalah gejala
sosial perlu ditangani daripada peringkat akar umbi agar tidak menjadi barah dalam masyarakat
sehingga menjejaskan nama baik negara di persada dunia. Demi menyelesaikan masalah ini
daripada peringkat akar umbi, sesebuah keluarga perlulah menanamkan semangat 'bersatu
teguh, bercerai roboh' untuk menjadi sebuah keluarga yang hebat. Oleh itu, semua ahli keluarga
perlu bersatu padu dan bekerjasama dalam menangani masalah sosial ini.
Refleksi

Semasa saya menerima kerja kursus ini, saya berasa amat teruja. Ini kerana inilah kali pertama
saya menjalankan kerja kursus bagi subjek moral. Kerja kursus ini telah dibagi oleh pensyarah
Pn Faizah binti Ali, pensyarah saya bagi subjek GPM 1083 Pendidikan Moral. Kerja kursus ini
telah meminta kita membuat satu esei yang berkaitan dengan peranan agen-agen moral dalam
menangani masalah sosial. Antara agen moral yang terkandung termasuklah ahli keluarga, rakan
sebaya, institusi pendidikan, media massa dan masyarakat.

Kerja khusus ini diedarkan pada 19 Februari 2017 dan dihantar pada 26 Mac 2017. Oleh sebab
tedapat cuti satu minggu pada 18 Mac 2017, kebanyakan rakan telah awal-awalnya membuat
kerja kursus ini dan bertolak ke Pulau Langkawi untuk bermain. Terdapat kerja khusus yang lain
yang saya kena habiskan pada masa itu, saya menyusun masa untuk membuat kerja khusus ini
sebelum cuti dan menggunakan masa cuti tersebut untuk mencari bahan yang berkaitan dan
membantu saya dalam menyelesaikan kerja khusus ini.

Semasa menjalankan kerja kursus ini, saya telah menghadapi beberapa masalah. Masalah itu
ialah saya telah menghadapi kebuntutan idea. Pada masa yang kritikal ini, pensyarah saya, Pn
Faizah binti Ali telah memberi taklimat tentang cara untuk menulis esei ini kepada kita. Ini telah
memberi banyak ilham kepada saya.

Selain itu, kekurangan buku di pusat sumber sebagai rujukan dalam menyelesaikan kerja khusus
ini juga merupakan masalah yang saya hadapi. Demi menyelesaikan masalah ini, saya bertindak
meminta pertolongan senior dan rakan-rakan saya di kelas Matematik dan sekelas untuk
mengetahui cara mereka menyelesaikan kerja khusus mereka. Selain itu, saya juga melayai
internet dan mencari maklumat daripada buku rujukan. Seterusnya, saya kurang mahir dalam
menggunakan perisian dalam membentangkan hasil kajian saya. Untuk mengatasi masalah ini,
saya bertindak meneroka perisian Microsoft Word dan belajar daripada kawan yang mahir dalam
menggunakan perisian komputer.

Selepas saya menyempurnakan kerja kursus ini, saya berasa amat lega hati. Saya telah
menimba banyak ilmu pengtahuan tentang peranan kita dalam menangani masalah sosial
sebagai agen moral. Saya berharap bahawa saya akan dapat memanfaatkan ilmu ini kepada
generasi yang bakal saya ajarkan pada masa kelak.
Rujukan

1. Abhen. (2011, July 28). Peranan ibu bapa untuk mengatasi masalah sosial remaja. .
Retrieved from http://abhenqiut.blogspot.my/2011/07/peranan-ibu-bapa-untuk-
mengatasi.html
2. Hadis. (n.d.). Retrieved from Wikipedia: https://ms.wikipedia.org/wiki/Hadis
3. hadzyan. (2011, July 25). AGEN-AGEN SOSIALISASI. Retrieved from
http://hadzyan.blogspot.my/2011/07/agen-agen-sosialisasi-nota-minggu-10.html
4. N, S. (2015, Ogos 12). Pengertian Masalah Sosial Dan Contohnya Maupun
Penyebabnya. Retrieved from http://www.pengertianku.net/2015/08/pengertian-masalah-
sosial-dan-contohnya-maupun-penyebabnya.html
5. Rahma, T. b. (2013, July 13). Sosiologi suatu penghantar. Retrieved from http://buku-
rahma-detail.blogspot.my/2013/06/sosiologi-suatu-pengantar.html
6. Rahman, A. H. (2017, Mac 27). Polis tahan lelaki bantu siasatan kanak-kanak melecur di
punggung. Retrieved from http://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-tahan-lelaki-
bantu-siasatan-kanak-kanak-melecur-di-punggung-136978
7. Soekanto, S. (2012). Sosiologi suatu penghantar. Indonesia: RajaGrafindo Persada.
8. Soerjono Soekanto. (n.d.). Retrieved from Wikipedia:
https://id.wikipedia.org/wiki/Soerjono_Soekanto
9. Syahsmf. (2016, April 10). Peranan Keluarga dalam Menangani Perlakuan Negatif
Remaja . Retrieved from http://minesabrina98.blogspot.my/2016/04/peranan-keluarga-
dalam-menangani.html

Anda mungkin juga menyukai