Anda di halaman 1dari 9

Tazkiyat an-

Nafs
Pembersihan Hati….
Jalan Menuju Syurga Allah SWT
PENDAHULUAN

Firman Allah:

“ Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak


Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap
diri mereka sendiri, (sambil bertanya dengan firmanNya): "Bukankah aku Tuhan kamu?"
Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang
demikian supaya kamu tidak berkata pada hari Kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai
(tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.”1 Berdasarkan ayat ini, sejak Adam
sehingga manusia yang lain mempersaksikan bahawa Allah mencipta mereka dan pemilik
mereka semua pada hari Kiamat nanti dan kita juga dapat tafsirkan bahawa, sejak awal
penciptaan manusia lagi, manusia itu sudahpun mengakui tentang kewujudan Allah dan
keesaannya atau dalam lain setiap insan dilahirkan dalam keadaan fitrah yang bermaksud hati
atau rohnya berada dalam kesempurnaan dan pada asalnya, hati seseorang itu bersih daripada
penyakit-penyakit hati serta disinari dengan cahaya tauhid tambahan lagi ruhnya mengenali
Allah dan asal kejadiannya.2 Namun setelah itu, berlaku penyelewengan atau kelalaian apabila
mula menerima kepercayaan, tingkah laku, perangai dan lain-lain daripada alam sekeliling
termasuklah ibu bapa, sabda Rasulullah s.a.w,” Setiap bayi itu dilahirkan dalam keadaan fitrah,
maka ibu bapanya yang menjadikannya yahudi atau nasrani atau majusi.”3

Firman Allah,” (Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau
dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan;
(turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan
bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada
ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak
mengetahui.”4Ayat ini juga menerangkan asal manusia yang dicipta Allah itu mempunyai naluri
yang beragama iaitu agama tauhid dan manusia sebenarnya menghadapkan dirinya kepada Allah
tanpa berpaling kepada selain Allah SWT.Walaubagaimanapun, disebabkan terpengaruh dengan
unsur-unsur negative yang berada di sekeliling, hati manusia menjadi semakin jauh daripada
Allah.Oleh itu, untuk mengembalikan manusia kepada fitrah yang mengenali Allah, jalan yang
terbaik adalah melalui pembersihan hati atau tazkiyat an-nafs.

Definisi
1
Surah al-A’raf,ayat 172, Tafsir al-Quran.
2
Tafsir surah al-A’raf, ayat 172,Tafsir Ibnu Kasier.jilid 3,ms.501.
3
Riwayat Abu Hurairah,1852,SHAHIH MUSLIM,ms.1068.
4
Surah ar-Rum,ayat 30, Tafsir al-Quran.
Dari segi bahasa, tazkiyat bermaksud “pembersihan”, manakala al-nafs pula merujuk
kepada salah satu daripada dua pengertian berikut:5
i) Meliputi semua kekuatan marah beserta hawa nafsu yang terdapat dalam diri
manusia, iaitu punca kepada segala sifat buruk yang terdapat dalam diri seseorang.
ii) Hakikat diri serta sifat sebenar manusia itu sendiri.
Berdasarkan makna-makna di atas, tazkiyat al-nafs dari segi bahasanya, secara keseluruhan,
bermaksud, “pembersihan diri manusia atau pembersihan hawa nafsu yang menyebabkan segala
sifat buruk dalam diri manusia.Sifat buruk dalam diri manusia itu seumpama kekufuran,
munafik, al-riya’, cintakan kemegahan, cintakan pangkat atau kuasa, cemburu buta, cintakan
dunia, mengikut hawa nafsu, serta sifat-sifat lain yang berkaitan.
Manakala dari segi istilahnya, tazkiyat al-nafs merujuk kepada suatu usaha bersungguh-
sungguh seseorang itu untuk membersihkan hakikat atau zat sejati diri manusia daripada pelbagai
sifat yang tercela dan hina iaitu sifat mazmumah seeprti yang dinyatakan di atas untuk disemai
zat sejati manusia dengan sifat-sifat yang mulia dan terpuji iaitu sifat mahmudah seperti ikhlas,
bercakap benar, amalan yang sempurna antara dunia dan akhirat, redha, bertaubat secara
berterusan. Lain kata, tazkiyat al-nafs merupakan satu proses usaha gigih kemanusiaan yang
mengandungi dua bahagian:
i) Proses pembuangan sifat-sifat buruk daripada diri sejati manusia(al-takhalli); dan
ii) Proses penyemaian dan penerapan diri sejati manusia itu dengan sifat-sifat mulia dan
terpuji(al-tahalli).6
Pada masa yang sama, dalam melaksanakan proses tazkiyat al-nafs ini, juga memerlukan rahmat
dari Allah juga hanya Allah sahaja yang menguasai hati manusia dan segala yang terjadi takkan
berlaku tanpa izinNya.Firman Allah:”.Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan
rahmatNya kepadamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu yang bersih daripada
dosanya selama-lamanya”.7

Cara melaksanakan Tazkiyatul nafs


5
JurnalTazkiyat al-Nafs: Takrif, Skop, dan Tabi’I,Tazkiyat al-Nafs:Kepentingan Dan Mekanisme Pelaksanaan, h.
87
6
JurnalTazkiyat al-Nafs: Takrif, Skop, dan Tabi’I, Tazkiyat al-Nafs:Kepentingan Dan Mekanisme Pelaksanaan, h.
88
7
Surah an-Nur,ayat 21,Tafsir al-Quran.
Kita dapati bahawa pentingnya pelaksanaan tazkiyatul nafs ini, kerana tanpa pelaksanaan
proses ini, seseorang yang dicemari oleh sifat-sifat mazmumah akan terus melakukan kerosakan
terhadap agama, bangsa dan negara.Sebagai contoh, orang yang bersifat tamak dan penipu, boleh
menyebabkan orang bukan islam yang ditipunya turut memandangkan serong terhadap agama
yang dianuti, atau tamak dengan memakan harta anak yatim melebihi hadnya. Perkara-perkara
ini menyebabkan negara turut terjejas jika wujudnya sikap seperti ini dalam diri pemimpin
negara. Pelaksanaan tazkiyah al-nafs merujuk kepada setiap amalan yang dapat melahirkan kesan
positif ke atas al-nafs, sehingga dapat menyembuhkan penyakit nafs berkenaan dan menyemai
nilai-nilai akhlak yang mulia.

Proses untuk melaksanakan tazkiyat al-nafs ini terbahagi kepada dua bentuk:

1) Suruhan kepada amalan saleh terutamanya yang wajib seperti sembahyang lima waktu,
berpuasa, menunaikan zakat, menunaikan haji, dan ibadah-ibadah lain seperti membaca
al-Quran, berzikir, bertafakur tentang segala ciptaan Allah, mengingati mati serta
memendekkan angan-angan, mendekatkan diri kepada Allah seperti bangun malam,
melakukan amal kebajikan, selalu berkunjung ke majlis ilmu, muhasabah diri iaitu
menilai diri sendiri, dan mujahadah diri iaitu berjuang bersungguh untuk melawan hawa
nafsu untuk memperbaiki diri dan meletakkannya di atas landasan yang betul
.Walaubagaimana, untuk menjayakan proses tazkiyat al-nafs, amalan-amalan tersebut
hendaklah dilaksanakan dalam taraf yang sempurna iaitu tanpa perasaan riya’ di dalam
diri dan mencapai tahap al-ihsan. Sabda Rasulullah s.a.w ketika ditanya apa itu ihsan.
Baginda menjawab,”Bahawa kamu melakukan ibadat kepada Allah (dalam keadaan)
seolah-olah kamu melihatNya, jika kamu tidak dapat melihatNya, maka sesungguhnya
Allah melihat kamu.”8Persoalan mengenai al-Ihsan ini ditanya oleh malaikat Jibril
kepada Rasulullah s.a.w dengan menjelma dalam bentuk seorang pemuda yang bajunya
yang sangat putih dan berambut sangat hitam, dan tidak kelihatan seperti berjalan
jauh.Pencapaian akhlak ke tahap al-ihsan merupakan tahap pencapaian akhlak murni
yang paling tertinggi dalam kerohanian islam.

2) Suruhan dalam bentuk larangan dan tegahan. Suruhan ini berkaitan dengan penggunaan
tujuh anggota badan manusia iaitu mata, telinga, lidah, perut, organ seks, tangan dan
kaki. Untuk menyempurnakan proses tazkiyat al-nafs , tujuh anggota badan manusia ini
hendaklah dibersihkan daripada segala perbutan yang bertentangan dengan Syariat Islam.
Penyalahgunaan gunaan anggota badan ini ke arah perkara yang lalai dan memberi
keburukan kepada manusia mahupun di dunia dan di akhirat. Firman Allah,” Dan
sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang
mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahaminya dengannya (ayat-ayat Allah) dan
yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan
8
Riwayat Muslim dari Saiyidina Umar Ibnul-Khattab,Hadis Kedua,40 Hadith Annawawiyah,ms. 20.
yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan
nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka
itulah orang-orang yang lalai.”9Dan berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w,”Daripada Abu
Hurairah r.a.beliau berkata: Rasulullah s.a.w disoal tentang perkara yang banyak
menyebabkan manusia masuk Syurga. Rasulullah s.a.w [menjawab] dengan
bersabda:”Takwa kepada Allah dan akhlak yang mulia”. [Kemudian] disoal pula
tentang perkara yang banyak menyebabkan manusia masuk neraka. Rasulullah s.a.w
[menjawab] dengan bersabda:”mulut dan kemaluan”.10

Berdasarkan ayat al-Quran dan hadis tersebut, dapat kita simpulkan bahawa anggota-
anggota badan manusia yang tujuh itu wajib dijaga dengan baik dan digunakan untuk
mendekatkan diri manusia kepada Allah dan menjauhi perkara-perkara yang boleh
menyebabkan manusia terjerumus ke dalam kebinasaan. Anggota badan manusia yang
dijaga dengan baik dapat menjayakan objektif tazkiyat an-nafs kerana apabila hati bersih
daripada segala perkara-perkara maksiat, sudah pasti diri seseorang itu sentiasa hampir
kepada Allah. Seseorang(salik) yang berhati bersih dan sentiasa ingin mencari hakikat
mengenal Allah(makrifatullah) hendaklah berusaha bersungguh-sungguh menjaga
anggota tubuh badannya daripada melakukan perkara-perkara yang dimungkari oleh
Allah.
Contohnya, mencegah mata daripada melihat segala yang dilarang dan sia-sia, menjaga
telinga daripada mendengar kata-kata umpatan, fitnah dan ucapan-ucapan yang tidak
baik, lidah pula dijaga daripada mengadakan fitnah, bercakap perkara-perkara yang tidak
bermanfaat, mengumpat, mengadu domba,dan menghindari perut daripada menerima
makanan yang haram dan dan menyebabkan penyakit. Walaubagaimanapun, dalam
memakan makanan yang halal pun dia hendaklah juga tidak makan secara berlebihan
hingga melupakan Allah contohnya terlalu kenyang hingga malas untuk menunaikan
solat. Organ seks juga hendaklah dijaga daripada pelbagai perkara mungkar seperti zina,
menjaga kaki daripada berkunjung ke tempat maksiat dan menjaga tangan daripada
mencuri atau mencederakan orang lain tanpa sebab yang dibolehkan oleh syara’. Di
samping itu, seseorang yang ingin mencapai hakikat mengenal Allah juga perlu menuntut
ilmu dan memahami sepenuhnya tentang kelemahan nafsu dan tabiat nafsu bagi
menjaganya daripada perkara-perkara yang menyebabkan manusia jauh daripada Allah
SWT.

Kepentingan Tazkiyat An-nafs

9
Surah al-A’raf,ayat 179, Tafsir al-Quran
10
(HR. Tirmidzi dan Ibnu Hibban)
i) “Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka
sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu (firmanMu) dan
mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan
membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya
Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”11
“(Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti
(nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu
Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan membersihkan kamu
(dari amalan syirik dan maksiat) dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-
Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu
ketahui.”12 Berdasarkan dua firman Allah di atas, dapat kita fahami bahawa pembersihan
hati dan jiwa merupakan salah tugas utama yang mesti dilaksanakan oleh para Rasul yang
diutuskan oleh Allah di atas muka bumi ini. Ini bermaksud tugas untuk membersihkan
hati dari segala macam kekotoran, kemunafikan, dan penyakit-penyakit jiwa13, yang
merupakan amanah besar oleh Allah kepada Rasul, inilah antara tujuan utama Allah
mengutus Rasul dikalangan manusia untuk membersihkan nafsu manusia daripada segala
sifat cela dan menanamkan sifat mahmudah, supaya manusia tunduk dan patuh kepada
Allah.

ii) Pengutusan Rasulullah s.a.w sebagai Rasul itu sendiri merupakan rahmat kepada
seluruh alam semesta berdasarkan firman Allah,” Dan tiadalah Kami mengutuskan
engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian
alam.”14Rahmat itu bermaksud kasih sayang antara Allah SWT kepada hambaNya. Allah
mengutuskan Rasul untuk membersihkan sifat-sifat tercela yang ada dalam diri manusia
dan menyemai akhlak-akhlak mulia supaya manusia jauh daripada neraka Allah. Hal
yang demikian menunjukkan Allah begitu menyayangi hambaNya. Kita juga tidak dapat
nafikan bahawa apabila wujudnya masyarakat yang berakhlak mulia, kehidupan kita juga
sentiasa diberkati Allah seterusnya sentiasa dalam keadaan aman, ini juga dikatakan
rahmat Allah.

iii) “ Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan
yang sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang
membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa;
11
Surah al-Baqarah,ayat 129,Tafsir al-Quran
12
Surah al-Baqarah,ayat 151, Tafsir al-Quran
13
Tafsir surah al-Baqarah,ayat 129, Tafsir Al-Misbah,ms.310.
14
Surah al-Anbiya’,ayat 107, Tafsir al-Quran
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-
tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang
yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya
(dengan sebab kekotoran maksiat).”15 Berdasarkan ayat di atas, manusia dikurniakan akal
fikiran untuk membezakan perkara yang baik dan yang buruk sebagai tanda kasih sayang
Allah pada hambaNya.Oleh itu, jelaslah bahawa orang yang menyucikan jiwa merekalah
merupakan orang yang akan berjaya manakala orang yang membiarkan hati dan jiwa
dipenuhi dengan kekotoran maksiat akan hidup dalam kerugian di dunia mahupun di
akhirat kerana melalui sifat-sifat mahmudah itulah manusia akan mendapat
penghormatan dan mendapat keberkatan Allah di dunia dan di akhirat.16

KESIMPULAN

15
Surah as-Syams,ayat 7-10, Tafsir al-Quran.
16
Tafsir surah as-Syams,ayat 7-10,Tafsir Al-Azhar,juzu’ xxx,ms.155-157.
Tazkiyat an-nafsu merupakan proses yang amat penting dalam mengembalikan manusia
kepada fitrah iaitu tunduk kepada arahan Allah. Hal yang demikian kerana tanpa pembersihan
hati dan jiwa seseorang, dia akan mendapat azab Allah di hari kiamat kelak. Allah sendiri
telahpun memberi petunjuk kepada manusia melalui al-Quran tentang bagaimana cara untuk
membersihkan hati daripada segala kekotoran seperti melalui taubat nasuha menjauhi
laranganNya malah telah mengutus para Rasul pula untuk menyempurnakan akhlak mulia dalam
kalangan manusia kerana pentingnya pembersihan hati untuk menjadikan seseorang itu sedar
akan peranan sebenarnya berada atas muka bumi ini untuk tunduk dan patuh, melaksanakan
perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

Pembersihan hati dan jiwa juga dapat mengembalikan manusia agar mentauhidkan Allah,
apabila hati-hati seseorang itu disinari oleh tauhid, hati akan merasa segalanya di bawah
kekuasaan Allah SWT dan menerima segala musibah dengan sabar, redha dan berserah diri
kepada ketentuan yang Allah tetapkan.Hatinya juga selalu melihat dan bersyukur atas segala
nikmat Allah yang diberikan kepadanya dan hati yang mengenal Allah.Hati yang bersih
daripada sifat-sifat tercela tiada ruang untuk hati tersebut untuk syirik kepada Allah sama ada
syirik kecil atau syirik besar, malah akan melaksanakan ibadah dengan sempurna sebagai
pengabdian yang paling tinggi terhadap Allah dan sebagai rasa bersyukur kepada Allah.

Tazkiyat an-nafs ini juga bertujuan untuk melahirkan tingkah laku yang selaras dan serasi
dengan agama Allah dan bertakwa iaitu akhlaknya yang konsisten atau tidak berubah atau
bertukar kepada akhlak yang buruk.Seterusnya, hati yang bersih juga akan menjauhkan diri
daripada segala jenis dosa. Jiwa yang bersih juga amat takut kepada Allah dan boleh menghayati
dan beramal dengan isi kandungan al-Quran dengan baik.

Menyedari kepentingan tazkiyat an-nafs ini, sebagaimana kita harus sedar Allah
mengutuskan para Rasul untuk menyebarkan agama islam itu tidak lain untuk mengembalikan
manusia agar menyembah agama tauhid, oleh itu, kita hendaklah berusaha menyucikan hati kita
daripada segala sifat untuk kembali kepada Allah dan menjauhi diri daripada mendapat kerugian
di akhirat kelak…

BIBLIOGRAFI
1.Tafsir Darul Iman

2.Zaki Al-Din ‘Abd Al-Azim Al-Mundziri (2004), RINGKASAN SHAHIH MUSLIM, Batu Caves:MIZAN
PUSTAKA BANDUNG.

3.Prof.Dr.Syaikh Abdulmalik Bin Abdulkarim Amrullah(HAMKA)(1986), Tafsir AL-AZHAR,juzu’


xxx,Surabaya:PENERBIT PUSTAKA ISLAM.

4.M.Quraish Shihab(2000), TAFSIR AL-MISHBAH, Vol. 1, Ciputat:Penerbit Lentera Hati.

5.Sjarif M. Alhamid(1968), 40 HADITH ANNAWAWIJAH, Surabaya:C.V.TJAHAJA ISLAM.

6.H. Salim Bahreisy & H. Said Bahreisy(1988), TAFSIR IBNU KATSIER, jil. 3, KUALA LUMPUR:VICTORY
AGENCY.

7. Prof.Zakaria Stapa,JurnalTazkiyat al-Nafs: Takrif, Skop, dan Tabi’I,Tazkiyat al-Nafs:Kepentingan


Dan Mekanisme Pelaksanaan, h. 87-88

::::::Tamat::::

Anda mungkin juga menyukai