Anda di halaman 1dari 4

Dalam Projek Konsert Panggung Muzik Malaysia ini, saya telah menawarkan diri

saya untuk menjadi AJK dalam Persiapan Tempat dan Hiasan. Saya mengambil
kesempatan untuk menimba ilmu dan mencari pengalaman kerana selama ini saya tidak
pernah mengalas tanggungjawab sebagai persiapan Tempat dan Hiasan sepanjang berada
di IPG. Tetapi, atas undian rakan-rakan seperjuangan, saya dengan rasminya dilantik
sebagai ketua untuk bahagian Persiapan Tempat dan juga hiasan. Divyahshni A/P Migarah
dan Koh Chu Han telah dilantik menjadi pembantu saya.

Konsert Panggung Muzik Malaysia ini bertujuan untuk memenuhi kehendak proforma
kursus Muzik Malaysia(MZU 3117). Melalui tanggungjawab yang saya pikul ini, saya telah
belajar bagaimana cara berurusan dengan pihak yang berkenaan. Tugas yang saya rasa
paling mencabar ialah semasa berurusan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk meminta
pentas tambahan serta meminta sumbangan pasu bunga kepada pihak Majlis Perbandaran
Kangar. Prosedurnya agak susah dan memerlukan bukti kukuh secara bertulis untuk
memohon atau meminta sumbangan. Dari pengalaman inilah saya mengetahui bahawa
berurusan dengan Kerajaan memerlukan disiplin dan beberapa langkah prosedur seperti
yang telah ditetapkan untuk mendapat sesuatu benda. Tidak sewenang-wenangnya untuk
kita berurusan dengan pihak atasan. Dengan cara ini juga saya belajar untuk bersabar dan
menghormati kehendak pihak JKR dan MPK. Tetapi, atas pertolongan Pengerusi dan
timbalan Pengerusi, urusan tersebut telah berjaya dilakukan. Saya juga telah belajar untuk
membuat surat dan urusan surat menyurat tersebut telah saya serahkan kepada Setiausaha
dan pengerusi projek. Saya tidak mahu menambah beban kepada Setiausaha kerana
saudara Aginish juga sudah banyak kerja untuk urusan yang lain.

Selain itu, sebagai ketua AJK Persiapan tempat, saya telah mengambil iniasiatif awal
untuk menempah Dewan Indera Kayangan dan juga Dewan Terinai atau dikenali sebagai
Dewan banquet. Sejurus sahaja kertas kerja diluluskan oleh Pengarah dan Timbalan
Pengarah, saya terus menempah dewan dan tempat-tempat yang diperlukan itu. Tujuan
saya menempah dewan tersebut awal kerana tidak mahu ada percanggahan penggunaan
Dewan. Dalam IPG Kampus Perlis banyak aktiviti lain dan semua aktiviti tersebut selalunya
dibuat di Dewan Indera Kayangan(Dewan utama IPG PERLIS). Untuk Urusan Dewan utama,
kami tidak menghadapi masalah. Tetapi, untuk urusan Dewan Banquet, saya sedikit tertekan
kerana telah menerima kata-kata pedas daripada pihak Pengurusan Latihan Dalam
Perkhidmatan (Unit LDP) atas kesalahan pelajar atau guru pelatih yang tidak
bertanggungjawab menggunakan dewan banquet. Tetapi, dari pengalaman ini juga, saya
belajar untuk bertanggungjawab atas apa yang saya lakukan supaya nama baik diri sendiri
dan maruah kelas terjaga. Saya hanya diam dan mendengar setiap luahan ketua jabatan
LDP tersebut dan akhirnya, beliau meluluskan penggunaan Dewan Banquet tersebut. Tetapi

14
dikenakan syarat dan beberapa perkara yang perlu dipatuhi. Dan selepas kami
menggunakan Dewan Banquet tersebut, kami terus menyusun kerusi dan meja seperti yang
dikehendaki oleh Unit LDP. Selain itu juga, saya juga telah berhubung dengan Ketua
Jabatan Hal-Ehwal Pelajar atas urusan meminjam bilik HEP di dewan supaya alat-alat muzik
seperti caklempong dimasukkan dan disusun di dalam bilik tersebut untuk mengelakkan
barang hilang. Sudah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan barang-barang yang
kami pinjam selamat digunakan dan mempunyai tempat yang selamat disimpan.

Saya berasa amat bertuah kerana mendapat Divya dan Chuhan sebagai rakan yang

membantu saya. Tema yang kami lakarkan merupakan salalh satu tema yang berkaitan
dengan satu Malaysia.

Kami telah melakarkan gerbang yang unik dan tidak pernah dibuat di dalam IPG. Dan
bahagian hadapan sekali, kami telah meletakkan kolam.

15
Selain itu, kami juga menyediakan sudut hiasan dan mengantung tanglung untuk
menambahkan lagi keunikan dewan. Kami ingin membawa kelainan kepada apa yang selalu
dibuat di dewan. Walaupun kami bertiga merupakan AJK hiasan,tapi semua rakan-rakan
membantu untuk menghabiskan kerja hiasan. Semua membuat kerja dengan tekun. Dan
hasil daripada kerjasama dengan semua rakan-rakan yang dikasihi, maka wujudlah tema
yang menarik ini. Dari hasil lakaran hingga menjadi kenyataan.

Kami telah memulakan lakaran tulisan, ukiran bermula pada isnin malam. Saya dan
beberapa rakan yang lain tidak tidur malam kerana bertungkus lumus untuk menyiapkan
bahagian hiasan tersebut. Kami terpaksa membuat lakaran tersebut pada saat-saat akhir
kerana AJK alatan memberi alat keperluan kami lewat atas sebab tertentu yang tidak dapat
dielakkan. Kami sudah bersedia dengan lakaran kasar terlebih dahulu dan hanya menyusun
bangku pada malam Isnin kerana ada sedikit latihan caklempong dijalankan pada malam
tersebut.

Pada Hari Selasa, bersamaan dengan 11 Mac 2014, selesai sahaja amali vokal, saya
dan beberapa rakan yang non muslim bergegas ke dewan untuk menyambung pekerjaan
kami. Kami pergi ke dewan terlebih dahulu untuk memanfaatkan masa yang terluang dan

16
memberikan ruang kepada rakan muslim untuk menunaikan kewajipan mereka. Dan pada
malam tersebut, kami semua berjaga dan membuat kerja dari jam 5.30 petang hingga ke
5.00 pagi. Kami amat berpuas hati kerana banyak juga hasil kerja yang kami dapat lakukan.
Dan saya amat berasa kagum dengan semangat dan kesungguhan rakan-rakan yang
membantu. Ini menyemarakkan lagi semangat saya untuk menunaikan kerja saya walaupun
pada ketika itu, penat lelah hanya Tuhan yang tahu.

Dan pada hari terakhir, kami masih menyambung beberapa sisa-sisa kerja yang
masih perlu dibuat dan berusaha menamatkan semua kerja sebelum pukul 2 petang. Kolam
dan bahagian tepi atas pentas dibuat pada pagi hari rabu tersebut. Dan berikut merupakan
rupa bahagian depan dewan yang telah kami hias bersama-sama.

Melalui Projek ini, banyak perkara telah saya pelajari dan perolehi. Antaranya ialah
ialah mengenali nilai erti kerjasama, dan tolong menolong antara satu sama lain. Walaupun
adakalanya terdapat percanggahan pendapat, tetapi semuanya mampu diselesaikan dengan
perbincangan. Saya bukan sahaja belajar tentang pengurusan tentang prosedur surat
menyurat,malah dari segi pengurusan diri, masa dan disiplin. Memang jadual semester ini
merupakan jadual yang mencabar bagi diri saya. Dan saya yakin kawan-kawan yang lain
juga mempunyai pengalaman yang saya lalui. Projek Konsert ini memang memberi saya
pengalaman yang banyak untuk saya jadikan sebagai teladan atau iktibar supaya menjadi
sesuatu yang boleh saya guna pada masa akan datang. Dan saya berbangga kerana dapat
melibatkan diri dan menimba ilmu yang saya tidak pernah lalui selama ini.

17

Anda mungkin juga menyukai