Anda di halaman 1dari 61

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS SULTAN MIZAN

PORTFOLIO
SUBJEK:

SONGS AND POETRY FOR YOUNG LEARNER (TSL 3102)


PROGRAM: PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA AMBILAN JAN 2012

NAMA PELAJAR
: MOHAMAD AZMI BIN MAT NAWI NO I/C UNIT SEMESTER NAMA PENSYARAH TARIKH HANTAR : 920210-03-5095 : PISMP TESL 1 : SEMESTER 3 : PN. DASHIMA BT AB.WAHAB : 16 APRIL 2013 1

SENARAI KANDUNGAN

MUKA SURAT

Kertas Soalan . Penghargaan.... Senarai Kandungan 1.0 Pengenalan.. 1

2.0 Peta Minda Konsep 2.1 Perlembagaan Malaysia 2.2 Definisi Perlembagaan Secara Umum 2.3 Definisi Perlembagaan Berdasarkan Pendapat Para Sarjana.. 2.4 Jenis Perlembagaan Secara Umum.. 2.5 Konsep Ketertinggian Dalam Perlembagaan Malaysia. 2.6 Unsur- Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysia. 2.7 Kepentingan Perlembagaan Malaysia.. 3.0 Kronologi Sejarah Penggubalan Perlembagaan Malaysia 4.0 Laporan Lengkap 4.1 Ciri-Ciri Utama Setiap Peringkat Penggubalan Perlembagaan Malaysia 4.2 Kepentingan Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Sesebuah Negara. 4.3 Kepentingan Kontrak Sosial Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia Kesimpulan Refleksi Bibliografi. 49 41 24 8 9 10 11 12 13 6 7

58 59 61

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat kami menyiapkan tugasan yang diamanahkan kepada kami dengan jayanya. Banyak pengalaman serta ilmu-ilmu baru yang kami dapat kutip sepanjang proses untuk menyiapkan tugas kami. Sememangnya, ilmu serta pengalaman amat perlu kepada kami dan juga para pelajar lain untuk kami terus berusaha dan bekerja keras bagi memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri kami pada masa yang akan datang. Justeru itu, setinggi rasa penghargaan dan terima kasih buat pensyarah kami yang telah banyak membrikan bimbingan, teguran serta idea yang bermanfaat kepada kami dalam membantu melancarkan proses pelaksanaan tugasan ini. Selain daripa itu, jutaan terima kasih ditujukan buat keluarga kami yang sentiasa berada dibelakang kami. Tidak lupa juga buat rakan-rakan kels kami yang turut membantu kami menyiapkan wakalah ini.

Sekian, Terima kasih.

1.0 PENGENALAN

Perlembagaan dari sudut bahasa didefinisikan sebagai dasar pemerintahan sesebuah negara. Dari sudut istilah pula, bermaksud satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar tertinggi untuk pemerintahan sesebuah negara. Perlembagaan memastikan segala urusan yang membabitkan membabitkan undang-undang tidak membebankan atau menganiaya rakyat. Malahan, perlembagaan turut memainkan peranan dalam memperkasa hubungan baik antara etnik di Malaysia.

Tugasan ini menghuraikan tentang konsep perlembagaan di Malaysia serta kerangka masa dalam usaha membentuk perlembagaan di negara ini sehingga penubuhan Malaysia. Sesungguhnya, proses menggubal perlembagaan negara bukanlah sesuatu yang mudah kerana terdapat banyak prosedur serta tentangan dari pelbagai pihak dalam usaha menjamin keharmonian masyarakat di negara ini. Hal ini disebabkan Malaysia telah mempunyai identity masyarakat majmuk sejak era kedatangan British lagi di mana kemasukan kaum lain di Tanah Melayu adalah melalui imigran.

Tambahan pula, tugasan ini turut melaksanakan laporan berkaitan kontrak sosial yang berlaku dalam negara ini. Hal ini ditunjukkan dengan jelas apabila negara ini terdiri daripada masyarakat berbilang kaum namun hidup dalam keadaan harmoni hingga ke hari ini. Sehubungan itu, wajar bagi kita sebagai rakyat Malaysia untuk mengetahui setiap peristiwa sejarah negara kita supaya kita menjadi orang yang sentiasa bersyukur.

2.0 PETA MINDA KONSEP PERLEMBAGAAN DAN UNSUR UNSUR PERLEMBAGAAN

RAJAH 2.1 PETA MINDA KONSEP PERLEMBAGAAN MALAYSIA

PERLEMBAGAAN

KONSEP

PERANAN

DEFINISI

JENIS

KONSEP KETERTINGGIAN

KEPENTINGAN

CIRI- CIRI

RAJAH 2.2 PETA MINDA MENJELASKAN DEFINISI PERLEMBAGAAN SECARA UMUM

Definisi

Apa itu Perlembagaan?

Undang- undang dasar yang menjadi teras pemerintahan Negara

Kerangka asas yang membentuk dan memandu system pemerintahan Negara

Undang-undang tertinggi dan asas semua undang- undang lain dalam Negara

Menjadi rujukan tentang aspirasi dan sebagai pelan induk bagi pemerintahan Negara

Mengawal pemerintah dan yang diperintah dalam mempertahankan kewujudan dan kesinambungan negara

RAJAH 2.4 JENIS JENIS PERLEMBAGAAN SECARA UMUM

JENIS JENIS PERLEMBAGAAN


PERLEMBAGAAN BERTULIS UNITED KINGDOM

Parlimen boleh membuat,

MALAYSIA Parlimen memperoleh kuasa


daripada perlembagaan serta boleh meminda perlembagaan mengikut prosedur tertentu Kuasa paling tinggi diperuntukkan kepada perlembagaan / dokumen

menggubal atau meminda apa jua jenis undang-undang tanpa sekatan Kuasa paling tinggi diperuntukkan kepada parlimen Berdasarkan tradisi, amalan, sikap serta pengalaman politik atau terdapat dalam akta yang digubal oleh badan perundangan atau berdasarkan keputusan mahkamah Merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu

tertinggi tempat merujuk


Undang- undang yang dibuat, digubal, dan dipinda tertakluk mengikut kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan Merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen

dokumen seperti undangundang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusankeputusan mahkamah

RAJAH 2.5 KONSEP KETERTINGGIAN DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

KONSEP KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN

Semua undang- undang tidak bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia

Undang-undang/ enakmen negeri selaras dengan Perlembagaan Malaysia

Kedudukan perlembagaan adalah lebih tinggi dan mengatasi kekuasaan Yang Dipetuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah

Badan Kehakiman yang bertanggujawab untuk menjaga peruntukan perlembagaan tidak boleh dicabar

Perlembagaan menentukan kedudukan dan peranan Yang Dipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan mahkamah

Unsur-unsur tradisional tidak boleh dicabar oleh orang bukan Melayu

10

RAJAH 2.6 UNSUR UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

UNSUR UNSUR TRADISIONAL

AGAMA ISLAM -Agama rasmi persekutuan -Kebebasan beragama dijamin -Penjajah tidak campur tangan dalam hal agama dan adat -Raja sebagai ketua agama persekutuan

BAHASA MELAYU -Diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dan digunakan sebagai bahasa rasmi persekutuan -Pemangkin kepada penyatuan bangsa Malaysia -Kebebasan menggunakan bahasa ibunda lain tidak dilarang atau ditahan

HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU

-Hak istimewa orang Melayu diseimbangkan dengan kaum lain melalui hak kerakyatan
-Hak istimewa meliputi jawatan dalm perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan -Kepentingan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak dipelihara

PEMERINTAHAN BERAJA -Sistem pemerintahan bercorak raja berperlembagaan -Sultan sebagai ketua negeri tetapi kuasanya dilaksanakan atas nasihat jemaah menteri -Institusi beraja dilindungi oleh perlembagaan Penubuhan Majlis Raja- Raja dengan beberapa fungsi

11

12

3.0 KRONOLOGI SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

13

3.0 KRONOLOGI SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

TARIKH

PERISTIWA
Zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu tamat selepas

15 Ogos 1945

bom atom digugurkan di dua buah bandar utama negara Jepun iaitu Hiroshima dan Nagasaki

(2000,Fauziah shaffie dan Ruslan Zainuddin)

Ogos 1945 Penguasaan Parti Komunis Malaya selama 14 hari di Tanah Melayu.

(2003, Nazaruddin Hj Mohd Jali, Maarof Redzuan et.all)

Tanah Melayu ditadbir sementara oleh Pentadbiran Tentera British (BMA) selepas berjaya menumpaskan penduduk Parti Komunis Malaya di Tanah Melayu. Tujuannya untuk

melaksanakan polisi liberalism dalam menjalankan undangSeptember 1945 undang dan peraturan dalam soal pentadbiran. BMA secara keseluruhannya merupakan sebuah pemerintahan yang

teratur untuk menjayakan rancangan Malayan Union.

(2000,Fauziah shaffie dan Ruslan Zainuddin)

Parlimen British meluluskan perlembagaan Malayan Union 10 Oktober 1945 dan Sir Harold McMichael dilantik sebagai wakil British untuk mendapatkan persetujuan dan tandatangan Raja-raja Melayu.

14

Ciri-ciri perlembagaan Malayan Union adalah; o Semua negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka disatukan di bawah satu pentadbiran kerajaan pusat. o Singapura kekal sebagai tanah jajahan berasingan. o Diketuai oleh seorang Gabenor dengan bantuan Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Undangan. o Majlis Penasihat Raja-raja Melayu berkuasa dalam soal agama Islam and adat istiadat orang Melayu sahaja. o Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dikekalkan. o Setiap negeri dalam Malayan Union ditadbir oleh Pesuruhjaya Negeri yang bertindak sebagai ketua pentadbir di peringkat negeri. o Pemberian kerakyatan menerusi prinsip jus soli iaitu kerakyatan diberikan apabila seseorang menetap di Tanah Melayu.

(2000,Fauziah shaffie dan Ruslan Zainuddin)

Sir

Harold

MacMichael

tiba

di

Tanah

Melayu

untuk

menjalankan tugasnya. MacMichael berjaya mendapatkan 12 Oktober 1945 kesemua tandatangan sultan di negeri-negeri Melayu.

(1996, Zainal Abidin Abdul Wahid)

November 1945 hingga Februari 1946 Penentangan oleh orang Melayu secara terbuka terutama di Alor setar, Kota Bharu dan Johor. Hal ini disebabkan penentangan terhadap penghapusan kedaulatan sultan dan pemberian kerakyatan menerusi prinsip jus soli.

15

(1996, Zainal Abidin Abdul Wahid) Malayan Union diisytihar dengan perlantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union di Tanah Melayu. Namun, majlis tersebut dipulaukan dan Malayan Union menemui 1 April 1946 kegagalan.

(2003, Nazaruddin Hj Mod Jali, Maaruf Redzuan et.all)

Penubuhan Jawatankuasa Kerja yang bertanggungjawab untuk merangka perlembagaan baru yang diterima oleh orang Melayu. Cadangan jawatankuasa: Julai 1946 o Pemulihan kedudukan dan kuasa Raja-raja Melayu dikembalikan. o Penubuhan Dewan Undangan Negeri bagi setiap negeri. o Syarat kewarganegaraan yang lebih ketat untuk kaum bukan Melayu menduduki Tanah Melayu. o Pemberian hak istimewa orang melayu dijamin.

(2007, Shamsul Amri Baharuddin)

Penubuhan

Jawatankuasa

Perunding

bertujuan

untuk

mendapatkan pandangan orang bukan Melayu tentang draf perlembagaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Kerja. Disember 1946 Perubahan perlembagaan yang dibuat: o Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan

dimasukkan wakil kaum Cina, India dan orang Asli. o Syarat pemberian taraf kewarganegaraan kepada orang asing telah dilonggarkan dalam aspek 16

tempoh menetap di Tanah Melayu.

(2007, Shamsul Amri Baharuddin)

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani oleh 9 21 Januari 1946 orang Raja-raja Melayu dan Pesuruhjaya Tinggi British mewakili kerajaan British.

(1996, Zainal Abidin Abdul Wahid)

Pengisytiharaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948: o Gabungan 9 buah negeri Melayu disertai oleh Pulau Pinang dan Melaka. Singapura kekal sebagai tanah jajahan berasingan. o Diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British. 1 Februari 1946 o Penubuhan Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis

Undangan Persekutuan untuk membantu Pesuruhjaya Tinggi British. o Penubuhan Majlis Raja-raja Melayu. o Penubuhan Majlis Mesyuarat Undangan Negeri I setiap negeri. o Jawatan Menteri Besar diwujudkan untuk

menggantikan jawatan Residen British. o Kuasa Kerajaan Negeri diperluas meliputi aspek kesihatan, kewangan dan kerajaan tempatan. o Pemberian syarat kerakyatan diperketat.

(2000,Fauziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin)

17

Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) untuk membincangkan pelbagai isu berkaitan kepentingan 3 kaum terbesar di Tanah Melayu. Jawatankuasa ini turut bertujuan mewujudkan perasaan muhibah dalam kalangan 1949 pelbagai kaum. Antara ahli jawatankuasa: Datuk E.E.C Thuraisingam Dato Onn Jaafar Datuk Tan Cheng Lock Malcom MacDonald

(1996, Zainal Abidin Abdul Wahid)

Pembentukan Sistem Ahli bertujuan memberi latihan kepada pemimpin Tnah Melayu dalam bidang pentadbiran. Ahli dilantik oleh pihak British. Antara jabatan yang diwujudkan: April 1951 Hal Ehwal Dalam Negeri (Dato Onn Jaafar) Petanian dan Kehutanan ( Tengku Yaakob bin Sultan Abdul Hamid) Pelajaran (Datuk E.E.C Thuraisingam) Kesihatan (Dr Lee Tiang Keng) Tanah, Lombong dan Perhubungan ( Datuk Mahmud bin Mat)

(1996, Zainal Abidin Abdul Wahid)

Piihanraya pertama peringkat Majlis Perbandaran Kuala Februari 1952 Lumpur yang menggabungkan parti UMNO dan MCA buat julung kalinya atas nama parti Perikatan. Kerjasama ini

18

menyebelahi pihak Perikatan dengan kemenangan 9 daripada 12 kerusi.

(1996, Zainal Abidin Abdul Wahid)

Pilihan raya peringkat persekutuan diadakan dan Perikatan 27 Julai 1955 UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan ini menjadi titik tolak antara wakil kaum untuk mengadakan rundingan menuntut kemerdekaan di London.

(1996, Zainal Abidin Abdul Wahid)

Rombongan kemerdekaan ke London diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Anggota lain termasuklah wakil Raja-raja Melayu dan wakil Perikatan yang lain. Antara wakil Raja-raja Melayu adalah: o Datuk Panglima Bukit Gantang o Encik Abdul Aziz bin Haji Abdul Majid o Datuk Mohammad Seth bin Mohammad Said Januari 1956 o Datuk Nik Ahmad Kamil bin Haji Mahmood o Encik Abdul Kadir bin Shamsudin

Antara wakil Perikatan ialah: o Tunku Abdul Rahman o Datuk Abdul Razak bin Hussien o Kolonel H.S. Lee o Dr. Ismail bin Datuk Abdul Rahman o T.H. Tan (2007, Shamsul Amri Baharuddin)

19

Rombongan

ini

merupakan

usaha

untuk

menuntut

kemerdekaan dari pihak British. Pihak British diketuai oleh Lord Lennox-Boyd merupakan Setiausaha Tanah Jajahan British.

(1996, Zainal Abidin Abdul Wahid)

Pejanjian London ditandatangani. Antara hasil rundingan dan persetujuan yang dicapai adalah seperti berikut: o British memberi kemerdekaan Tanah Melayu pada Ogos 1957 o Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel dan menjalankan pemerintahan secara demokrasi. o British mendapat hak untuk menempatkan tentera di 8 Februari 1956 Tanah Melayu melalui Anglo-Malayan Defence Treaty 1956. o Sebuah badan bebas ditubuhakan untuk merangka perlembagaan di Tanah Melayu iaitu Suruhanjaya Reid.

Antara syarat yang ditetapkan untuk merangka perlembagaan Tanah Melayu ialah: o Pembentukan o Pemeliharaan

sebuah

persekutuan

dengan

kerajaan pusat yang kuat. kedudukan, keistimewaan,

kehormatan dan hak Raja-raja Melayu. o Mewujudkan jawatan Ketua Negara yang bergelar

20

Yang di-Pertuan Agong. o Pemeliharaan hak istimewa orang Melayu serta hak sah milik kaum lain. o Pembentukan seragam. sistem kewarganegaraan yang

(2007, Shamsul Amri Baharuddin)

Penubuhan Suruhanjaya Reid untuk meminta cadangan dan pandangan daripada semua golongan masyarakat di Tanah Melayu termasuk orang ramai, individu, parti politik dan Rajaraja Melayu. Antara ahli Suruhanjaya Reid adalah: 1956 o Lord Reid (Britain) o Sir Ivor Jennings (Britain) o Sir William Mckell (Australia) o B. Malik (India) o Hakim Abdul Hamid (Pakistan)

(1996, Zainal Abidin Abdul Wahid)

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 ditandatangani antara Raja-raja Melayu dan Pesuruhjaya Tinggi British. Perjanjian ini turut bersetuju untuk menubuhkan Persektuan 5 Ogos 1957 Tanah Melayu mulai 31 Ogos 1957. Majlis Undangan Persekutuan turut meluluskan Ordinan Perlembagaan

Persekutuan 1957.

(2000, Fauziah Syaffie dan Ruslan Zainuddin)

21

27 Ogos 1957

Penguatkuasa perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Asas-asas perlembagaan: o Ketua Negara Tanah Melayu ialah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja menjadi ketua negeri masingmasing. o Kedudukan orang Melayu sebagai kaum bumiputera di Tanah Melayu diiktiraf dan hak istimewa dijamin oleh perlembagaan. o Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

namun Bahasa Inggeris boleh digunakan dalam Majlis Perundangan selama 10 tahun selepas merdeka. o Seseorang yang dilahirkan di Tanah Melayu pada atau selepas kemerdekaan secara automatik

menjadi warganegara Tanah Melayu. o Islam sebagai agama rasmi namun kebebasan beragama bagi orang bukan Islam ibenarkan.

(2003, Nazaruddin Hj Mod Jali. Maarof Redzuan et.all)

31 Ogos 1957

Kemerdekaan Tanah Melayu diisytihar di Dataran Merdeka dengan Tunku Abdul Rahman sebagai Pedana Menteri.

(2003, Nazaruddin Hj Mod Jali. Maarof Redzuan et.all)

Penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia 23 Julai 1961 untuk menerangkan dengan jelas konsep penubuhan

Malaysia kepada orang ramai khususnya kepada penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei.

22

(2000, Fauziah Syaffie dan Ruslan Zainuddin)

Penubuhan

Suruhanjaya

Cobbold

bertujuan

meninjau

pendapat penduduk Sabah and Sarawak tentang gagasan Malaysia. Antara ahlinya adalah: o Lord Cobbold o Anthony Abell o David Watherson o Tan Sri Ghazali Shafie o Datuk Wong Pow Nee

Februari 1962

(2000, Fauziah Syaffie dan Ruslan Zainuddin)

Penubuhan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) berperanan Disember 1962 untuk menyelenggara perkara berkaitan gagasan Malaysia.

(1996, Zainal Abidin Abdul Wahid)

Pengisytiharan

penubuhan

Malaysia

dengan

gabungan

negeri-negeri di Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan 16 September 1963 Sarawak. (1996, Zainal Abidin Abdul Wahid)

Elemen utama dalam perlembagaan Malaysia 1963 ialah: o Bahasa Melayu o Agama Islam o Kedaulatan dan kuasa Raja-raja o Kedudukan Istimewa orang Melayu

(2003, Nazaruddin Hj Mod Jali. Maarof Redzuan et.all) 23

LAPORAN LENGKAP 1. CIRI-CIRI UTAMA DALAM SETIAP PERINGKAT KE ARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN SEHINGGA PENUBUHAN MALAYSIA 2. KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN DALAM

KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI SESBUAH NEGARA 3. KONTRAK SOSIAL DALAM KONTEKS

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA.

24

1. CIRI-CIRI UTAMA DALAM SETIAP PERINGKAT KE ARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN SEHINGGA PENUBUHAN MALAYSIA . Bahawasanya oleh kerana telah tiba masanya bagi umat persekutuan Tanah melayu mencaraf taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimbal kedudukannya dengan segala bangsa di seluuh dunia. Dan bahawasanya bermula daripada 31 haribulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah persekutuan baharu bagi negeri-negeri persekutuan yang bernama Persekutuan tanah Melayu (Pemasyhuran Kemerdekaan, 1957)

Pemasyuran Kemeerdekaan yang dibaca oleh Tunku Abdul Rahman telah dimulakan dengan lafaz puji-pujian ke hadrat Allah S.W.T dan diakhiri dengan teriakan merdeka sebanyak tiga kali oleh Tunku Abdul Rahman sebaik dokumen itu dibacakan. Ini diikuti dengan laungan teriakan yang sama daripada mereka yang berada di stadium Merdeka (chamil wariya, 2005) Para hadirin yang hadir ternyata tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata gembira kerana bumi Melayu bebas dari cengkaman penjajah. Sedar atau tidak, detik-detik yang meggembiraka itu tidak datang dengan mudah. Banyak liku-liku, keperitan, dan kesusahan yang terpaksa rakyat hadapi. Kemusnahan harta benda, kecederaan dan yang paling tidak dapat dilupakan kehilangan nyawa orang yang tersayang. Terlalu banyak pengorbanan yang telah dibuat demi mencapai kedaulatan Negara Malaysia yang tercinta ini. Sewaktu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Negara ini dikenali dengan nama Persekutuan Tanah Melayu (PTM). Sarawak dan Sabah ketika itu masih lagi di bawah jajahan British. Kemudian, pada 16 September tahun 1963, kedua-dua wilayah itu bergabung dengan Tanah Melayu bagi membolehkan Negara Malaysia dibentuk. Selepas hampir 446 tahun dijajah, Negara berdaulat, Malaysia terbentuk dan diiktiraf.

25

Persekutuan Tanah Melayu adalah sebenarnya satu unit politik yang dibentuk bagi meggantikan Malayan Union yang ditubuhkan pada 1 April 1946, tidak lama selepas Tentera Jepun menyerah diri pada tahun 1945, rentetan peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki, seterusnya menamatkan Perang Dunia Kedua.(Wariya, 2005). Semasa pemerintahan jepun, empat buah negeri Melayu Utara iaitu, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu diserahkan kepada Siam (kini Thailand). (Agus Yusoff, 2006) Sebelum kedatangan jepun pada tahun 1942, 11 buah negeri di Tanah Melayu telah diletakkan di bawah tiga bentuk pemerintahan, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (perak, Selangor, Negeri Smbilan dan Pahang), Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (Johor, Kelantan, Terengganu, Perlis, dan Kedah) dan NegeriNegeri Selat (Pulau Pinang, Melaka, dan Singapura) (Fazdil M. Amin, 2007).

Selepas pengunduran tentera Jepun, terdapat kekosongan dalam kerusi pemerintahan negara. Dalam tempoh itu, Tanah Melayu diletakkan dibawah Pentadbiran Tentera British ataupun British Military Administration (BMA). Manakala bentuk kerajaan yang dipilih ialah sebuah kesatuan yang dikenali sebagai Malayan Union. Cadangan untuk rancangan Malayan Union diumumkan oleh Edward Gent, Penolong Setiausaha Rendah Tetap bagi Tanah Jajahan British, buat pertama kali di Parlimen United Kingdom pada Januari 1944. Wilayah-wilayah Borneo juga

dimasukkan dalam rancangan yang asal tetapi kemasukan itu kemudian dikeluarkan daripada cadangan yang terakhir kerana ketidaksediaan pihak kerajaan Borneo yang pada masa itu dan masih lagi berada dalam keadaan yang kurang stabil. Pada musim bunga 1944, Pejabat Kolonial menjemput Sir Harold

MacMichael, untuk pergi ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan daripda raja-raja Melayu. Sir Harold Macmicheal bukanlah seorang yang arif tentang Tanah Melayu, beliau tidak pernah berkhidmat di Tanah Melayu. Tetapi kerajaan British yang kerap menerima maklumat salah mengenai Tanah Melayu dan orang Melayu, percaya bahawa Sir MacMicheal pernah berkenalan baik dengan beberapa puteraputera dari Tanah Melayu. (Fauziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, 2000)

26

Sir Harold Mac Michael telah tiba di Tanah Melayu pada bulan Oktober 1945. Beliau telah berjaya memperdaya dan memujuk raja-raja negeri Melayu dengan pelbagai muslihat dan ancaman. Beliau juga telah mempergunakan nama dan pengaruh Sultan Ibrahim Johor bagi mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu dan kembali ke London pada 26 Disember 1945. Beliau telah berjaya menyakinkan pihak kerajaan British mengenai tandatangan yang diperoleh adalah secara sukarela daripada raja-raja Melayu. Memperoleh tandatangan daripada sultan-sultan tidak sebegitu susah seperti yang dijangka. Mac Michael telah bertindak memaksakan sultan-sultan Melayu untuk menerima cadangan-cadangan pihak British dan tidak memberikan masa untuk baginda-baginda berunding dengan majlis masing-masing,(Abu Bakar Hamid & Md Ismail Zamzam, 2002) malah Sultan yang enggan menandatangani perjanjian tersebut diugut akan digantikan dengan sultan yang lain di atas tuduhan bekerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia II. Pada 21 Disember, setiap Sultan atau Pemangku Raja telah memeterai perjanjian yang baru dengan Sir Harold MacMicheal. Bagaimanapun, sebilangan daripada sultan-sultan itu menyatakan keraguan terhadap syarat-syarat perjanjian itu, tetapi disebabkan oleh ugutan yang mendakwa pe baginda-baginda sultan memainkan peranan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah memaksa sultan-sultan itu untuk merelakan Malayan Union untuk menunjukkan kesetiaan mereka kepada pihak British dan mereka juga bimbang akan kehilangan tahta. Setelah menerima perjanjian-perjanjian itu, pihak British mendedahkan rancangan Malayan Union dalam suatu Kertas Putih pada akhir bulan Januari 1946. Berserta Kertas Putih, satu lagi usul telah dikeluarkan iaitu pembatalan undangundang NNS & NNMB yang wujud sebelum ini dan digantikan dengan kesatuan Malaya yang Baru iaitu Malayan Union.

27

Ciri terpenting dalam Perlembagaan Malayan Union ialah perubahan taraf negeri-negeri Melayu daripada sebuah negeri yang bernaung kepada tanah jajahan. Bermaksud, semua negeri di Tanah Melayu (Singapura dikecualikan, dan kekal sebagai tanah jajahan British secara berasingan) digabungkan di bawah satu kerajaan pusat sahaja. Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor yang dibantu oleh sebuah Majlis Mesyuarat Undangan (MMU) dan Majlis Kerja (MK). Pesuruhjaya Residen menjadi ketua pentadbir tertinggi di negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat. Beliau juga menjadi pengerusi Majlis Mesyuarat Negeri (MMN) yang terletak di bawah kawalan kerajaan pusat. MMN dikekalkan untuk menguruskan hal-ehwal tempatan dan dikawal oleh kerajaan pusat. Majlis ini dianggotai oleh para pegawai British. MMU pula mempunyai bilangan ahli rasmi dan ahli tidak rasmi yang sama banyak. Gabenor berkuasa melulus atau membatalkan sesuatu undang-undang. Semua undang-undang yang dikuat kuasakan tidak memerlukan tandatangan sultan (Ruslan Zainuddin et al. 2005). Sebab utama untuk pembentukan 'Malayan Union' ialah hasrat kerajaan British untuk menyediakan Tanah Melayu terhadap kemerdekaan. Ia dilihat sebagai satu kewajaran kerana pihak British telah pun menandatangani Piagam

Atlantik pada 14 Ogos 1941 yang mengisytiharkan bahawa semua negara-negara dunia berhak untuk menentukan dan memerintah negara sendiri dalam erti kata lain 'Merdeka', Maka, pihak Britain terikat untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Selain itu, penubuhan Malayan Union adalah bertujuan untuk membentuk satu bangsa Malayan Union yang akan mempengaruhi pemikiran golongan Imigran dan merupakan salah satu usaha untuk mengekalkan sokongan dan kesetiaan mereka, selain menjimatkan perbelanjaan apabila negeri-negeri selat, negeri-negeri melayu bersekutu, dan negeri-negeri melayu tidak bersekutu digabungkan menjadi satu. Disamping itu, penubuhan MU juga adalah bagi mengawal kuasa politik yang kononnya bekerjasama dengan pihak Jepun.

28

Akan tetapi, tujuan utama penubuhan Malayan Union adalah salah satu helah British untuk memperkukuhkan kedudukan mereka di rantau Asia, dan membantu merperkuatkan kubu pertahanan meraka. Tambahan lagi, penubuhan ini adalah bertujuan untuk menjamin penguasaan British terhadap sumber ekonomi utama Tanah Melayu iaitu bijih timah dan getah terus kukuh, berikutan permintaan yang tinggi di pasaran antarabangsa. Bagaimanapun, banyak pihak di Tanah Melayu ketika itu mempercayai bahawa rancangan itu hanya menukarkan taraf negeri-negeri Melayu daripada sebuah negeri naungan menjadi sebuah tanah jajahan British. Di mana ia dilihat sebagai satu usaha untuk memanjangkan lagi tempoh penjajahan British di Tanah Melayu dengan cara berpura-pura berusaha untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu, sedangkan kuasa pemerintah Tanah Melayu ketika itu, iaitu sultan-sultan telah pun dilucutkan melalui pembentukan Malayan Union. Penentangan terhadap Malayan berlaku kerana dasar yang dikuatkuasakan oleh asal keturunan, ianya termaktub dalam Perlembagaan Malayan Union. pihak British itu sendiri. Semua kaum diberikan hak yang sama untuk memasuki perkhidmatan awam dan mengundi dalam pilihan raya. Jus soli merupakan satu prinsip yang diguna pakai untuk kaum bukan Melayu bagi mendapatkan hak kewarganegaraan, iaitu melalui kuat kuasa undang-undang dan permohonan. Jadi, hak kewarganegaraan yang sama diberikan kepada semua orang, tanpa mengira kaum dan Atas sebab itu, orang-orang Melayu memberikan reaksi dan bantahan yang hebat terhadap rancangan Malayan Union itu. Beberapa siri perarakan dan tunjuk perasaan berlangsung di hampir seluruh negeri semenanjung sebagai tanda protes. Akhbar-akhbar Melayu seperti Majlis, Utusan Melayu dan Warta Negara juga menjadi saluran utama dalam menyampaikan mesej bantahan orang-orang Melayu. Selain itu, ada di antara Sultan yang menghantar petisyen bantahan kepada kerajaan British, yang mana baginda mempertikaikan cara MacMichael berunding dan mengugut, dan menganggap perjanjian yang telah ditandatangani baginda, adalah tidak sah. Seruan supaya umat Melayu bersatu padu semakin kuat kedengaran di seluruh Semenanjung.

29

Ruslan Zainuddin et al. (2005) menyatakan enam (6) sebab-sebab penentangan orang Melayu terhadap rancangan Malayan Union. Pertamanya, Perlembagaan Malayan Union digubal tanpa mengambil kira pandangan orang Melayu terlebih dahulu. Raja-raja Melayu diberi masa yang singkat untuk meneliti kandungan perjanjian Malayan Union. Baginda tidak berpeluang untuk berbincang dengan para pembesar dan majlis mesyuarat . Keduanya, Persetujuan Raja-raja Melayu kepada Malayan Union dianggap tidak sah kerana tidak mematuhi perlembagaan negeri-negeri Melayu yang memerlukan raja berunding dengan para pembesar terlebih dahulu sebelum menanda tangani sebarang perjanjian dengan kuasa asing. Perkara ini ada disebut dalam Perlembagaan Negeri Johor. Ketiganya, Sir Harold MacMichael menggunakan ugutan untuk menyingkirkan mana-mana raja yang tidak bersetuju dengan rancangan Malayan Union. Beliau juga bersikap biadap, tidak mengetahui adat resam dan memahami bahasa Melayu serta tiada pengalaman lansung tentang Tanah melayu. Keempatnya, Malayan Union menghapuskan kedaulatan dan kuasa politik Raja-raja Melayu. Kini, kuasa baginda hanya terbatas kepada hal-ehwal agama

Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. Kehilangan kedaulatan dan kuasa politik bermakna raja-raja tidak lagi dapat melindungi hak dan kepentingan orang melayu.

Kelimanya, Perlembagaan Malayan Union menawarkan syarat-syarat kerakyatan yang longgar kepada kaum bukan Melayu. Penerimaan kaum bukan Melayu menjadi warga negara dilihat boleh mengancam kedudukan politik orang Melayu, terutama apabila kesetiaan kaum bukan Melayu kepada Tanah Melayu masih lagi diragui. Keenam, Persamaan hak kepada semua rakyat di Tanah Melayu tanpa mengira kaum dianggap mengancam hak dan kedudukan istimewa orang Melayu. Sebagai penduduk peri bumi di Tanah Melayu, orang Melayu merasakan bahawa mereka perlu menikmati hak dan kedudukan yang istimewa berbanding dengan kaum lain.

30

Antara tokoh-tokoh penting yang menjadi tonggak utama sebagai pemimpin dalam menentang usaha Malayan Union ini adalah diwakili (Johor) Dato Onn Jaafar, Dato Abd. Rahman Mohd Yassin, Haji Hassan Yunus, Dr. Awang Hassan, dan Dr. Hamzah Hj. Taib. Sementara Selangor diwakili oleh Encik Zainal Abidin bin Ahmad (Zaaba) dan Dato Hamzah Abdullah. Kelantan pula diwakili oleh Dato Nik Ahmad Kamil. Manakala Kedah diwakili oleh Haji Mohamad Sheriff. Namun lain pula reaksi orang bukan Melayu, terutamanya orang Cina. Mereka bersikap tunggu dan lihat kerana pihak British telah berjanji untuk memberi hak kerakyatan yang Apabila sahaja pihak British menangguhkan perihal kewarganegaraan atas desakan orang Melayu, orang Cina mula melahirkan rasa curiga dan telah melancarkan bantahan melaui akhbar-akhbar Cina dan

menganjurkan penubuhan Malayan Democratic Union (MDU), sebuah pertubuhan politik berhaluan kiri. Bantahan orang Cina ini dipusatkan melalui sebuah badan, iaitu All-Malayan Council of Joint Action (AMCJA) yang ditubuhkan pada bulan Disember 1946, yang mempunyai keahlian seramai kira-kira 400 000 orang dan diketuai oleh Tan Cheng Lock (Ruslan Zainuddin et al. 2005). Walau bagaimanapun, bagi kaum India pada ketika itu, mereka masih memberi tumpuan kepada keadaan politik di India.

PENUBUHAN UMNO Penentangan orang Melayu terhdap penubuhan Malayan Union memuncak apabila sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai United Malay Nation Organization (UMNO) ditubuhkan. Pada 1 hingga 4 Mac 1946, Kongres Melayu Pertama telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur. Dalam kongres ini semua pertubuhan digabungkan di bawah PEKEMBAR atau UMNO. Dato Onn terpilih sebagai Yang Dipertua dan menetapkan Majlis pelancaran Malayan Union dan perlantikan gabenor dipulaukan oleh semua orang Melayu dan juga raja-raja Melayu. Kongres ini juga menetapkan semua orang Melayu berkabung membantah Malayan Union dengan keluar di jalan-jalan raya dan memakai songkok dan baju dengan lilitan putih. Tujuan Kongres Melayu Pertama ini ialah untuk mencari jalan dan bersatu menolak penubuhan Malayan Union. Hasil daripada pertemuan 31

pemimpin-pemimpin pertubuhan Melayu ini, satu resolusi menolak Malayan Union dan perlunya perpaduan dengan satu persatuan diwujudkan. Satu tarikh pertemuan setuju diadakan. Pada 11 Mei 1946 pertemuan itu telah diadakan di Johor Bahru. Persidangan telah diadakan di Istana Besar dan penubuhan PEKEMBAR atau UMNO telah dirasmikan. Dalam kongres ini mereka bersetuju untuk mengembangkan bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union ke seluruh pelosok negara. Ke arah itu mereka perlu mengeluarkan satu memorandum sebulat suara mewakili seluruh orang Melayu dengan satu suara . Berikutan dengan itu satu resolusi ditetapkan agar semua orang Melayu keluar menunjukkan bantahan dan UMNO ditubuhkan. Mengikut Undang-undang Tubuh atau Perlembagaan UMNO, penubuhan UMNO bertujuan menjalankan segala ikhtiar dan usaha bagi mendirikan sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Perjuangannya adalah untuk memajukan dan menjaga kepentingan orang Melayu khasnya dan rakyat amnya dalam semua lapangan. UMNO juga mengutamakan agama Islam dan adat resam Melayu dan berikhtiar dan berusaha mengembangkannya. UMNO akan memelihara kedaulatan Raja-raja Melayu sebagai raja berpelembagaan dan menubuh, mengawal dan memelihara asas-asas pemerintahan demokrasi berparlimen. Tentangan terhadap Malayan Union bertambah hebat melalui UMNO sebagai sebuah pertubuhan politik yang tersusun. UMNO telah melancarkan rapat-rapat umum dan tunjuk perasaan di seluruh negara hingga berjaya memaksa kerajaan British mengadakan beberapa rundingan hingga tertubuhnya sebuah jawatan kuasa merangka perlembagaan baru yang dipersetujui oleh UMNO. Laporan

Jawatankuasa Kerja ini menjadi asas kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah dikeluarkan pada bulan Disember 1947. Pada 21 Januari 1948 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani dan dikuatkuasakan pada 1 Februari 1948 menggantikan Malayan Union.

32

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU Sekiranya Tuanku sekalian turut menghadiri up acara perlantikan Gabenor Malayan Union itu, rakyat Tuanku sekalian tidak akan mengaku Tuanku sebagai Raja lagi. Rakyat Melayu menganggap bahawa menghadiri majlis istiadat perlantikan GabenorMalayan Union ialah seolah mengusung jenazah Umat M elayu. Petikan kata-kata di atas adalah kata-kata daripada Dato Onn kepada Baginda Raja-raja Melayu pada malam 31 Mac 1946, supaya tidak berangkat ke upacara perlantikan Sir Edward Gent, sebagai Gabenor Malayan Union yang dijadual berlangsung pada pagi 1 april 1946. Akibat daripada tentangan hebat orang Melayu keseluruhannya, maka gagasan Malayan Union hanya mampu bertahan selama tiga bulan sahaja. Maka dengan itu, British bersetuju mengetepikan dasar Imperialismenya dengan memansuhkan Malayan Union, dan wujudlah satu rancangan baru iaitu Persekutuan Tanah Melayu Kerajaan British telah bersetuju untuk meminda kedudukan (status) Negerinegeri Melayu daripada taraf Tanah Jajahan Takluk kepada Wilayah di bawah Naungan Kerajaan British. Perlembagaan Tanah Melayu akan mempunyai sifat persekutuan dengan perundangan dan pentadbiran pusat yang kuat untuk bertanggung jawab dalam urusan umum. Kuasa Negeri-negeri Melayu akan dipulihkan kepada Raja masing-masing dan ianya akan dinyatakan dengan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan. Malayan Union akan dihapuskan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Sementara Jawatan Gabenor Malayan Union akan diganti dengan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu. Bahasa Melayu akan menjadi bahasa rasmi Persekutuan Tanah Melayu. Agama Islam akan menjadi agama Utama Persekutuan Tanah Melayu dan hak-hak keistimewaan orang Melayu akan dipulihkan seperti sedia kala (Jaafar Onn 2007). Pada bulan Julai 1946, kerajaan British telah membentuk satu Jawatan Kuasa Kerja bertujuan untuk menggubal perlembagaan baru dan merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan Perjanjian Negeri-negeri. Jawatan Kuasa tersebut dianggotai oleh empat orang wakil Raja-raja Melayu, dua wakil UMNO dan enam orang pegawai kanan British. Kemudian, rentetan daripada penubuhan

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu membawa kepada Kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957. 33

PEMBENTUKAN MALAYSIA Lambat laut Tanah Melayu harus bersefahaman dengan Britain dan rakyatrakyat Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak. Adalah terlalu awal untuk saya menyebut untuk cara persefahaman itu dapat dicapai, namun kita perlu mencapai objektif ini dan memikirkan satu rancangan supaya wilayah-wilayah ini dapat dibawa kepada satu kerjasama politik dan ekonomi yang rapat (Tunku Abdul Rahman, 27 Mei 1961) Kenyataan ini merupakan titik permulaan bagi pembentukan Persekutuan Malaysia 1963. Persekutuan Malaysia adalah entiti politik yang menjadi kenyataan pada 16 September 1963. Ia adalah sebuah Negara baru yang menggabungkan sebelas buah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah, dan Singapura. (Chamil Wariya, 2005) Sebuah lagi negeri Melayu, Brunei Darussalam mulanya bersetuju untuk menyertai Malaysia, tetapi menarik diri pada saat akhir. Seterusnya, giliran Singapura menarik diri daripada Malaysia pada tahun 1965 (Farid Shufian Shuaib, 2004). Cadangan untuk menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Sabah, dan Brunei dalam sebuah negara telah bebrapa kali diutarakan sebelum Tunku Abdul Rahman mengemukanakan syor penubuhan Malaysia di Singapura pada 27 Mei 1961. Ianya bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis, mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan

mempercepat proses kemerdekaan terhadap Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah. Singapura menyambut baik idea tersebut manakala Brunei enggan menyertainya. Manakala Sarawak dan Sabah yang mulanya menolak cadangan tersebut akhirnya telah bersetuju apabila diberi jaminan mengenai pemerintahan sendiri. (Abu Bakar Hamid & Md Ismail Zamzam, 2002) Penubuhan Persekutuan Malaysia ini dilihat sebagai batu loncatan kepada Negara-negara tertentu seperti Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei untuk mendapatkan kemerdekaan.(Chamil Wariya, 2005) Sekiranya ditinjau, Singapura berstatus koloni British. Sementara, Sabah dan Sarawak adalah di bawah naungan atau tanah Jajahan British. Dalam akhbar the People, Singapore People Alliance melaporkan bahawa cara terbaik untuk merdeka ialah melalui penyertaan dalam 34

Malaysia. Sokongan dari British juga jelas menunjukkan persetujuan mereka terhadap penubuhan Malaysia dan secara tidak langsung mudah bagi Singapura, Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan kemerdekaan. Buktinya akhbar The Times, 11 Februari 1988 menyebut a tidy solution of British responsibility iaitu melaui penubuhan Malaysia, penyelesaian yang cukup kemas dapat dilakukan terhadap tanggungjawab British di kawasan itu. ,(Abu Bakar Hamid & Md Ismail Zamzam, 2002) Faktor penubuhan Malaysia adalah membanteras pengaruh komunis di Tanah Melayu dan Singapura. Menurut Nordin Sopiee, faktor ancaman pengaruh komunis di Singapura menjadi faktor utama yang mendorong pergabungan antara kedua-dua negeri. Pada tahun 1963, kerajaan British telah merancang untuk meminda perlembagaan Singapura dan seterusnya mengadakan pilihan raya. Keadaan ini adalah amat merbahaya sekiranya pilihan raya tersebut dimenangi oleh parti berhaluan kiri Singapura. Hal ini kerana, kemungkinan penglebaran pengaruh komunis akan berlaku di Tanah Melayu daripada Singapura. ,(Abu Bakar Hamid & Md Ismail Zamzam, 2002) Penyertaan Sarawak dalam Persekutuan Tanah Melayu adalah disebabkan oleh ancaman komunis yang berleluasa di Sarawak. Pengaruh komunis turut berkembang dan mengancam keadaan politik di Sarawak. ,(Abu Bakar Hamid & Md Ismail Zamzam, 2002) Di harap melaui penubuhan Malaysia, kestabilan politik yang diperolehi dapat menentang ancaman komunis. Selain itu, ancaman dari Indonesia dan Filipina merupakan salah satu faktor yang menyebabkan Sabah dan Sarawak mahu menganggotai Persekutuan Malaysia. Penduduk Sabah dan Sarawak berasa bimbang, ekoran perluasan kuasa oleh Indonesia terhadap Irian Barat. (Abu Bakar Hamid & Md Ismail Zamzam, 2002) Setelah menakluk Irian Barat, Indonesia dijangka akan beralih pula kepada negeri-negeri di Borneo. Keadaan semakin merumitkan apabila Indonesia memberi sokongan padu terhadap pemberontakan Brunei yang dicetuskan oleh A. M. Azahari. Beliau berharap dapat membawa Indonesia dan Filipina menyertai konsep Melayu Raya yang berpuasat di Brunei. ,(Abu Bakar Hamid & Md Ismail Zamzam, 2002) Oleh itu penyertaan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia menjadi titik tolak

35

kepada

pemimpin

Sarawak

mengubah

pendirian

mereka

untuk

menyertai

Persekutuan Malaysia. Manakala negeri Sabah pula diancam oleh Filipina. Filipina mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada Filipina berdasarkan sejarah Kesultanan Sulu. Menurut Filipina, asal pemindahan wilayah Borneo Utara dari Kesultanan Sulu 1978 ( sekarang sebahagian daripada Filipina) adalah dalam bentuk pajak dan bukan jualan. Ini nyata dibuktikan dengan adanya pembayaran tahunan secara tetap oleh Compony kepada Sultan Sulu. Kini sudah sampai masanya, mereka mahu mengambil kembali Sabah. Namun, tuntutan ini ditolak oleh British. Penubuhan Malaysia adalah juga bagi menyeimbangkan komposisi kaum. Apa yang dikatakan keseimbangan kaum itu adalah Tanah Melayu ingin mengimbangkan etnik Melayu dengan bumiputera Sabah dan Sarawak agar wujud kestabilan. Di Singapura didapati majoriti penduduknya ialah Cina. Menurut dikatakan 80% penduduknya bukan Melayu. Hal ini dilihat sebagai satu ancaman ketika penubuhan Malaysia nanti. Tambahan lagi, pemerhati politik telah mengesan tentangan rasmi terhadap Malaysia. Tentangan itu dilakukan oleh pihak pelampau yang bimbang akan sikap Kuala Lumpur yang anti-komunis. Oleh itu sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diduga, peribumi Sabah dan Sarawak akan memihak kepada orang Melayu. Perkembangan ekonomi tidak seimbang dalam wilayah-wilayah Borneo, Tanah Melayu dan Singapura. Ekonomi Sabah dan Sarawak masih mundur sedangkan perkembangan ekonomi Tanah Melayu, Singapura dan Brunei sangat memuaskan. Pembentukan Malaysia dapat memberikan faedah ekonomi bersama bagi negerinegeri anggota Malaysia. Berdasarkan negeri-negeri anggotanya, masing-masing mempunyai potensi sendiri. Misalnya Singapura dengan perdagangan antarabangsa, perusahaan dan pelancongan; Brunei dengan hasil minyaknya; Sabah dan Sarawak dengan hasil hutannya sementara Tanah Melayu dengan hasil galian dan pertaniannya. Dengan kekayaan yang dimiliki ini maka sumber-sumber tersebut boleh dikembangkan untuk keuntungan negeri dan juga kerajaan pusat.

36

Sebagai

permulaan

kearah

pembentukan

kerajaan

sendiri,

sebuah

jawatankuasa telah dibentuk pada 23 Julai 1961 yang dikenali sebagai Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM). Ia dipengerusikan oleh Donald Stephen (anggota Majlis Undangan Sabah). Anggotanya ialah Tunku Abdul Rahman (Tanah Melayu), Lee Kuan Yew (Singapura), Dato' Mustapha Dato' Harun (Sabah), Temenggung Jugah Anak Berieng (Sarawak) dan Dato' Setia Pangeran Ali (Brunei). Tujuan JPPM ialah untuk memberitahu orang ramai mengenai Malaysia, mengumpulkan sambutan mereka terhadap Malaysia.dan menyediakan

memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia. JPPM telah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak mengemukakan pandangan mengenai gagasan Malaysia. JPPM telah mengadakan 4 mesyuarat di Kota Kinabalu (21 Ogos 1961), Kuching (18 Disember 1961), Kuala Lumpur (6 Januari 1962) dan Singapura (1 Februari 1962). Hasil daripada rundingan yang dijalankan. Sarawak mengeluarkan kertas putih mengenai Malaysia pada 4 Januari 1962 dan Sabah pada 31 Januari 1962. Kemudian, satu memorandum disusun semula dan dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold pada 23 Februari 1962. Kandungan memorandum ini ialah, Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia. Yang kedua, Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan, agama Islam merupakan agama rasmi tetapi rakyat bebas beragama dan mengamalkan kebudayaan dan kepercayaan masing-masing. Seterusnya, Bahasa Melayu diangkat bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih boleh digunakan manakala, hak istimewa seperti orang Melayu diberi kepada rakyat peribumi Sabah dan Sarawak. Di samping itu, Sabah dan Sarawak menuntut hak untuk mengawal imigrasennya sendiri dan perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan. Memorandum ini disokong oleh rakyat Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu. Untuk memberikan kebebasan dan keadilan kepada semua pihak, pada 17 Januari 1962 sebuah suruhanjaya yang akan meninjau pandangan penduduk negeri-negeri tersebut telah diumumkan dan dikenali sebagai Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya itu dianggotai oleh 5 orang ahli, dipengerusikan oleh Lord Cobbold dan dianggotai oleh dua wakil Kerajaan British, Sir Anthonv Abell dan Sir 37

David Watherston, sementara wakil Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pula terdiri dari Datuk Wong Pow Nee dan Encik Mohamed Ghazali Shafie. Mr. H. Harris bertindak selaku Setiausaha. (Ruslan Zainuddin, 2005) Sepanjang Februari-April 1962, Suruhanjaya ini telah menemui lebih 4000 orang dan menerima 2200 memorandum daripada pelbagai pihak yang terdiri daripada parti-pati politik, ahli-ahli mesyuarat kerajaan dan undangan, pembesarpembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, majlis bandaran, pemimpinpemimpin agama, kesatuan sekerja dan orang ramai yang memberikan pandangan. Secara keseluruhan, lebih lapan puluh peratus bersetuju dengan gagasan tersebut dan pada 21 Jun 1962, laporan tersebut telah diserahkan kepada kerajaan British. (Ruslan Zainuddin, 2005) Seterusnya, langkah ini disusuli pula oleh pembentukan satu lagi

jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK). JAK ditubuhkan pada Ogos 1962 untuk merangka Perlembagaan Malaysia.

Pengerusinya ialah Lord Landsdowne dan Timbalan Pengerusinya ialah Tun Abdul Razak. Anggotanya terdiri daripada wakil British, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Wakil Sabah telah mengemukakan memorandum yang mengandungi 20 perkara. Antaranya ialah, Agama Islam adalah agama rasmi persekutuan. Akan tetapi tiada agama rasmi di Sabah. Bahasa Inggeris pula dijadikan sebagai bahasa rasmi Sabah, manakala Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Dari aspek imigresen pula, Imigresen orang asing Sabah di bawah kuasa negeri SabahSistem pendidikan Sabah dikekalkan. Sepakat telah dicapai antara Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Harold Macmillan, Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan di London.(Ruslan Zainuddin, 2005) Rundingan tersebut berlangsung selama 2 minggu. Pada 9 Julai 1963, satu perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakilwakil Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Kerajaan British telah diwakili oleh Perdana Menteri Encik Harold Macmillan, Encik Ducan Sandys dan Lord Landsdowne. (Ruslan Zainuddin, 2005)

38

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pula telah diwakili oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Encik Tan Siew Sin, Datuk V.T. Sambanthan, Datuk Ong Yoke Lin dan Dr. Lim Swee Aun. Sabah pula telah diwakili oleh Datuk Mustapha bin Datuk Harun, Encik Donald A. Stephen, Encik W.K.H. Jones, Encik Khoo Siak Chiew, Encik W.S. Holley dan Encik G.D. Sundang. Wakil-wakil dari negeri Sarawak pula terdiri daripada Encik P.E.H. Pike, Temenggung Jugah, Datuk Bandar Abang Haji Mustapha, Encik Ling Beng Siew dan Datuk Abang Haji Openg. Sementara Singapura telah diwakili oleh Encik Lee Kuan Yew dan Encik Goh Keng Swee. Kedua-dua negara bersetuju mengeluarkan kenyataan bersama pada 12hb Julai 1963 iaitu Kerajaan British bersetuju menyerahkan kedaulatan Sabah, Sarawak dan Singapura kepada Kerajaan Malaysia dan Malaysia akan wujud pada 31hb Ogos, 1963.

PENENTANGAN PENUBUHAN MALAYSIA Apabila JPPM dan Suruhanjaya Cobbold menunjukkan sokongan kepada penubuhan Malaysia, Filipina telah menuntut hak ke atas Sabah bagi waris Sultan Sulu pada 22 Jun 1962. Filipina mendakwa Sabah dipajak dan bukan diserahkan kepada Baron Overbeck dan Alfred Dent pada tahun 1874. Pajakan ini telah dibatalkan pada tahun 1958. Kerajaan British enggan mengakui kedaulatan Filipina ke atas Sabah. Kerajaan Filipina juga mengemukakan tuntutan yang sama kepada Tanah Melayu tetapi ditolak. Hubungan diplomatik Filipina-Tanah Melayu menjadi genting. Walau bagaimanapun, usaha-usaha dijalankan untuk menyelesaikan persengketaan. Akhirnya, Filipina juga mengiktiraf Persekutuan Malaysia pada Jun 1966. Pada mulanya, Indonesia mengalu-alukan pembentukan Malaysia. Namun, PKI di bawah D.N. Aidit menyifatkan ia merupakan satu penjajahan baru yang mengancam Indonesia. Setelah tercetusnya pemberontakan Brunei, Presiden Indonesia, Sukarno menerima tekanan hebat dari PKI dan mengubah sikap serta menentang gagasan Malaysia. Aidit telah melawat ke Tanah Melayu dan menghasut rakyat dan tentera memberontak.

39

Hubungan Tanah Melayu dengan Indonesia menjadi renggang. Pada 20 Januari 1963, Dr. Subandrio mengumumkan dasar konfrontasi terhadap gagasan Malaysia. Kemudian, Indonesia bersetuju meminta Suruhanjaya PBB bagi meninjau semula pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia. Laporan PBB menunjukkan rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia tetapi Indonesia enggan mengakui. Tujuan penentangan ini adalah kerana Penubuhan Malaysia menghalang cita-cita Sukarno untuk menubuhkan Indonesia Raya yang termasuk Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu. Pada bulan November 1963, serangan gerila dilancarkan Tentera Indonesia mendarat di Pontian, Labis, Muar dan Kota Tinggi. Pengintip-pengintip juga dihantar. . Dengan konsep Ganyang Malaysia yang dibawa, mereka cuba untuk merampas kuasa. Namun, pada 30 September 1965, gerakan komunis untuk merampas kuasa gagal. Konfrontasi menjadi berkurangan. Menteri Luar Indonesia, Adam Malik berusaha menamatkan konfrontasi dan mewujudkan persefahaman dengan Malaysia. Hasrat menamatkan konfrontasi wujud apabila Suharto menggantukan Sukarno. Hasilnya, perjanjian damai ditandatangani di Jakarta pada 11 Ogos 1966 selepas Tun Abdul Razak berunding dengan Adam Malik di Bangkok. Sesungguhnya, proses untuk memerdekakan sesebuah negara dan

membentuk kerajaan sendiri bukanlah satu perkara yang senang. Para pemimpin terdahulu bersusah payah untuk mendapatkan keamanan yang kita kecapi pada hari ini. Mereka berjuang menggunakan diplomasi. Malaysia merupakan negara yang menjadi contoh apabila Negara ini mencapai kemerdekaan yang bukan melalui pertumpahan darah. Kebijaksanaan para pemimpin kita dalam menangani setiap masalah dan cabaran patut kita kagumi dan contohi. Seperti yang dapat dilihat, bukan senang untuk memuaskan hati semua pihak. Justeru, musyawarah amatlah penting bagi mewujudkan situasi menang-menang kepada semua pihak yang terlibat.

40

4.2 KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI SESEBUAH NEGARA Perlembagaan dari sudut bahasa didefinisikan sebagai dasar pemerintahan negeri. Dari sudut istilah pula, ia membawa pengertian satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar (tertinggi) yang penting dalam melicinkan pemerintahan kesaksamaan bagi semua individu. Perlembagaan merupakan manifestasi pengistiharan cita-cita Negara dan juga menggariskan sruktur-struktur formal pemerintahan negara. (Afifi Abdul Razak, Mustafa Ishak, 2006:97 ) Berdasarkan kepada konsep dan ciri-ciri utama dalam setiap peringkat ke arah penggubalan perlembagan yang telah diutarakan, dapat disimpulkan bahawa terdapat 6 kepentingan utama sesebuah perlembagaan itu digubal. Di negara kita, perlembagaan persekutuan menjadi tunjang kepada segala perencanaan dan pelaksanaan dasar dan undang-undang. Ia turut memainkan peranan dalam memperkasakan hubungan baik antara etnik di Malaysia. Kepentingan perlembagaan kepada negara yang pertama ialah untuk menjamin kesinambungan pertadbiran dan kestabilan politik. Contohnya, Perlembagaan Malaysia telah menerapkan unsur-unsur tradisi yang amat penting untuk dibicarakan kerana menjadi faktor utama untuk mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman kea rah perpaduan. Unsur tradisi ini juga merupakan satu kontrak social yang telah dipersetujui semasa menggubal Perlembagaan. Menurut Mohd Salleh Abas (1985), unsur-unsur ini meliputi Bahasa Kebangsaan, Agama Persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sarawak dan Sabah serta pemerintahan beraja. Unsur-unsur tradisi ini juga perlu kerana telah wujud ratusan tahun sebelum Perlembagaan diwujudkan pada tahun 1957. Unsur tradisi ini berperanan dalam Suruhanjaya Reid faktor-faktor

menstabilkan politik negara dan laporan yang dibuat oleh menekankan betapa pentingnya

Perlembagaan mengambil kira

sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957. ( Abdul Aziz Bari, 2001 ). Hal ini menunjukkan betapa pentingnya unsur-unsur tradisi ini sehingga dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu-isu sensitive yang dilarang daripada dijadikan isu perbincangan awam. ( Shamsul Amri Baharuddin,2010:104 ). 41

Perlembagaan sangat penting kepada pemerintahan dan pentadbiran negara serta memastikan keadalan dan kesaksamaan bagi semua individu. Perlembagaan sangat penting terutamanya kepada pemerintah atau pemimpin sesebuah kerajaan atau negara untuk mendapat satu panduan atau gambaran yang holistic supaya segala apa yang dirancangdan direncanakan terutamanya dasar-dasar negara dapat diimplementasikan dengan baik dan teratur serta tidak bercanggah antara satu sama lain sehingga boleh menyebabkan konflik serta mengggugat keharmonian dan kestabilan negara. Kepentingan perlembagaan kepada negara yang kedua adalah dapat menentukan rangka, bentuk pemerintahan dan kuasa untuk menerajui kerajaan, menjamin pentadbiran yang cekap, jujur dan adil. Perlembagaan dapat mencorakkan bagaimana kuasa dibahagikan dalam kalangan pelbagai institusi kerajaan yang wujud di peringkat puat dan penempatan. Tambahan

lagi,perlembagaan juga dapat menunjukkan bagaimana sesuatu keputusan penting bagi sesebuah negara dicapai. ( Afifi Abdul Razak, Mustafa Ishak, 2006: 97 ) Contohnya,negara Malaysia telah mencapai kemerdekaan, institusi beraja terus dikekalkan di bawah konsep raja berpelmbagan selaras dengan sistem demokrasi yang diamalkan yang diamalkan di Malaysia. Di dalam

perlembagaan,terkandung prinsip-prinsip asas yang membentuk institusi-institusi negara seperti badan eksekutif,badan perundangan dan badan kehakiman. Ketiga-tiga badan ini memperoleh kuasa daripada perlembagaan. Di sini, perlembagaan menyatakan bidang kuasa dan peranan setiap institusi atau badan berkenaan. Malaysia mengamalkan konsep raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen. Konsep raja berpelembagaan menyaksikan pemansuhan konsep raja berkuasa mutlak. Raja tetap menjadi ketua kerajaan tetapi baginda tidak boleh membuat keputusan sendiri melainkan mendengar dan mempertimbangkan juga nasihat, pandangan dan cadangan dari menteri besar. Bagi konsep negara kita , Malaysia, Yang di-Pertuan Agong akan mendengar segala nasihat daripada

perdana menteri dalam segala hal-hal negara. Segala keputusan yang dibuat tidak boleh sesuka hati atau mementingkan kepentingan peribadi. Oleh yang demikian, tiada satu institusi pun yang mengatasi Perlembagaan Persekutuan Malaysia . Yang di-Pertuan Agong sendiri serta tiga badan utama Parlimen sebagai contoh

kerajaan tertakluk di bawah Perlembagaan Malaysia.

mendapat kuasa daripada Perlembagaan Malaysia tetapi tidak boleh sama sekali 42

undang-undang yang berada diluar bidang kuasa yang telah diberikan. Bahkan, mahkamah berkuasa membatalkan sesuatu undang-undang yang diluluskan oleh parlimen jika ia terletak diluar bidang kuasanya. Namun begitu, mahkamah tetap juga tertakluk di bawah perlembagaan Malaysia. kecekapan, kejujuran, Ini sekaligus dapat menjamin

keadilan, ketulusan, serta kelicinan pentadbiran dan

pemerintahan sesebuah kerajaan. Kepentingan perlembagan kepada negara yang ketiga adalah perlembagaan dapat menjamin keselamatan dan keamanan rakyat. Ini kerana perlembagaan menggariskan kebebasan dan hak asasi warga negara seperti kebebasan diri, kebebasan bercakap, memiliki harta dan beragama. Semua ini telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 8 iaitu persamaan hak sama rata dan pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan istimewa Melayu dan seumpamanya. ( Shamsul Amri Baharuddin, 2010:106 )

Menurut Perkara 11, kebebasan beragama dalam Perlembagaan Malaysia, tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan , tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya. Kedua , tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diperuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri. Ketiga, tiaptiap kumpulan agama berhak untuk : (a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri; (b) Menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat;dan (c) Memperoleh dan mempunyai harta dan pemegang serta mentadbirkannya mengikut undang-undang.

Keempat, Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, boleh mengawal atau menyekat pengembangan Undang-undang Persekutuan apa-apa doktorin atau

kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama islam. Manakala, yang kelima perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.

43

Perlembagaan

Malaysia

juga

telah

menyatakan

dalam

Perkara

10.

Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpesatuan yang tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4) iaitu: (a) Tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara; (b) Semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata; (c) Semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan. Manakala, Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan,pertama, ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau mana-mana prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menetang penghinaan mahkamah, fitnah atau pengapian apa-apa kesalahan.

Kedua , ke atas hak yang diberikan oleh pernggan (b) Fasal (1), apa-apasekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam dan ketiga ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c ) Fasal 1, apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral. Sekatan-sekatan ke atas hak untuk memberikan yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal 1 boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perburuhan atau pendidikan. Manakala, pada yang mengenakan sekatan sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana

bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2)(a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III, Perkara 125,153 atau 181 melainkan yang berhubungan dengan pelaksanannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undangundang itu.

44

Seterusnya, Perkara 13. Hak terhadap harta dalam Perlembagaan Malaysia telah menyatakan bahawa tiada sesorang pun boleh dilucutkanmhartanya kecuali mengikut undang-undang serta tiada undang-undang boleh memperuntukan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai. Bagi sesebuah negara demokrasi, kewarganegaraan amat berharga kerana setiap warganegara mempunyai hak untuk mengundi dalam setiap pilihan raya bagi menentukan kerajaan yang memerintah. Selain itu, hak kewarganegaraan ini juga meliputi semua hak yang sah disisi undang-undang. Jadi , jelaslah perkara di atas telah menunjukkan bahawa perlembagaan amat penting bagi menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat. ( Shamsul Amri Baharuddin, 2010:110) Kepentingan peribadi perlembagaan kepada negara yang keempat pula adalah perlembagaan dapat menentukan batasan untuk menjaga keselamatan, kemakmuran rakyat dan ini dapat memastikan pentadbiran berjalan dengan lancar. Konsep demokrasi berparlimen yang menjadi amalan demokrasi di Malaysia amat mementingkan dasar kebebasan bersuara secara terpimpin. Rakyat diberi hak untukmemilih siapa yang akan mewakili mereka di parlimen. Parlimen menjadi satu symbol demokrasi dan telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia sebagai pentas atau medan untuk mengutarakan pandangan dan cadangan agar dapat dipertimbangkan oleh ahli parlimen yang lain. Perlembagaan digubal sebagai satu pedoman dan garis panduan kepad corak pemerintahan, sistem politik, dan pentadbiran negara. Secara tidak lansung

, ia turut memberi jaminan perlindungan kepada rakyat. Perlembagaan memastikan segala urusan yang membabitkan undang-undang tidak membebankanatau menganiaya rakayat kerana lazimnya Perlembagaan tercipta hasil daripada persetujuan dan pandangan warganegara itu sendiri. Seperti contoh Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan disentuh dalam Perlembagaan melalui perkara 152 yang memperuntukkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu ( yang mengikut implikasi mestilah digunakan untuk maksudmaksud rasmi ). Namun begitu,perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya memperuntukkan bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan ( selain maksud rasmi ) atau mengajar atau belajar bahasa lain. Seperti juga kedudukan Agama Islam yang terdapat dalam Perkara 3( 1), iaitu agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan. Penerimaan perkara ini telah 45

diteliti dengan melihat komposisi penduduk tanah Melayu yang terdiri daripada pelbagai golongan etnik. Hal ini kerana semasa penjajahan British imigran Cina dan India yang berhijrah ke Tanah Melayu secara langsung telah membawa sekali agama Kristian, Hindu dan Budha.( Mohd Salleh Abas, 1985). Oleh itu, Perkara 3 memperuntukkan suatu fasal imbangan, iaitu agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.( Shamsul Amri Baharuddin ,2010: 107 )

Di samping menjadi panduan kepada pemerintah supaya pemerintahannya menepati aspirasi rakyat, perkara di atas juga amat penting dalam Perlembagaan Malaysia untuk memupuk unsur taat setia kepada negara. Kepentingan perlembagaan yang kelima ini penting kerana seseorang itu akan

dilucutkan kerakyatannya jika kerajaan Malaysia mendapati dia tidak setia atau telah memperolehi kerakyatan negara lain. Oleh yang demikian, apabila seseorang telah menjadi warganegara Malaysia, dia telah tertakluk dengan undang-undang dan Perlembagaan Malaysia.

Warganegara Malaysia perlulah menumpahkan taat setia kepada negara dan sanggup berkorban demi negara yang tercinta. Sekiranya seseorang mempunyai lebih dari dua kerakyatan, maka, dia tidak boleh mendapat hak kerakyatan sebagai warganegara Malaysia Kepentingan perlembagaan kepada sesebuah negara yang keenam adalah perlembagaan dapat memastikan wujudnya keadilan sosial antara kaum, hak kebebasan asasi manusia dihadkan bagi mengelakkan berlakunya

persengketaan dan pergaduhan antara kaum. Walaupun Perkara 10 dalam Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa ada kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-Raja Islam,orang Melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya. Parlimen juga telah meluluskan pindaan Akta Hasutan (1970 ), yang menghadkan kebebasan bercakap bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak dingini. Perkara ini amat serius dan sentiasa dipantau perkembangannya untuk mengelakkan berlakunya peristiwa berdarah seperti 13 Mei 1969. Perpecahan kaum yang berlaku di Malaysia ini telah banyak merugikan harta benda dan menggadai banyak nyawa. Selain itu, Perkara 38 iaitu, kuasa Majlis Raja-raja menghalang 46

Parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-raja Melayu, orang Melayu, Bahasa Melayu dan Islam. Ini berikutan untuk menjamin keharmonian pentadbiran sesebuah negara tanpa keadaan kucar-kacir. (Shamsul Amri

Baharuddin,2010 : 106 )

Tambahan lagi, perlembagaan juga penting supaya hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah tidak boleh dipersoalkan sebagaimana yang dipersetujui dalam Persekutuan Tanah Melayu dan

pembentukan Malaysia. Percanggahan tidak akan wujud kerana undang-undang telah pun dipandu perlembagaan, maka undang-undang tersebut terbatal setakat yang bercanggah. Ini jelas termaktub dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 153. Hak istimewa ini telah disentuh di dalam bahagian12, Bab 1, Perkara 153 yang mana meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan. Keistimewaan ini tetap mempunyai batasan demi menghormati hak kaum bukan Bumiputera. Sehubungan dengan itu, Perlembagaan Persekutuan telah memberi

tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi hak-hak mereka yang sah menurut peruntukan lain. Perkara 153 tidak akan terlaksana seandainya untuk tujuan tersebut, kaum bukan bumiputera kehilangan sebarang jawatan awam yang dipegang, ditarik dari menerima biasiswa atau keistimewaan lain atau dilucutkan atau ditamatkan permit lesen yang dipegangnya. Antara keistimewaan lain adalah termasuk apa yang diperuntukkan dalam Perkara 86 dan 90 yang berkaitan dengan rizab tanah Melayu yang mana rizab ini dilindungi daripada diselenggara oleh orang bukan Melayu. Kemasukan

perkhidmatan oleh orang Melayu ke Rejimen Askar Melayu, dengan mengecualikan orang bukan melayu dianggap sebagai satu kedudukan istimewa orang Melayu di bawah Perkara 8 (5). Walaupun dengan kemasukan Sabah dan Sarawak, kedudukan kaum Bumiputera di kedua-dua negeri tersebut diberikan status yang sama sebagaimana orang Melayu, tetapi peruntukan tersebut tidak memberi kesan untuk menindas kaum-kaum lain kerana hak istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak perlu dilindungi dengan cara yang tidak menafikan hak-hak asasi kaum lain.( Shamsul Amri Baharuddin,2010 :105 ). 47

Selain itu, perlembagaan juga penting untuk mewujudkan integrasi nasional bagi mempercepatkan lagi proses pembentukan negara dan bangsa yang bersatu dan berdaulat. Kesimpulannya, perlembagaan merupakan satu dokumen yang telah dirangka untuk kefahaman masyarakat. Kita sebagai pelapis kepada generasi masa hadapan seharusnya memahami perjuangan dan

pengorbanan pemimpin terdahulu dalam pelbagai aspek satunya ialah tentang perlembagaan negara.

48

4.3 KONTRAK SOSIAL DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA Pendebatan mengenai kontrak social hangat dibincangkan di media tempatan apabila akhbar Mingguan Malaysia PADA 14 Ogos 2005 menyiarkan laporan yang memetik ucapan Presiden Parti Gerakan, Datuk Seri Lim Keng Yaik yang menggesa parti-parti politik di negara ini melupakan formula kontrak sosial anatara kaum kerana ia didakwa membuatkan masyarakat Cina dan India merasa kecil hati. Berikutan itu, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas kenyataan tersebut dengan mendakwa ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Reaksi serupa daripada kalangan beberapa pemimpin umno turut disiarkan di media. Kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka dalam kalangan para pemimpin Melayu, Cina dan India dan parti-parti yang mereka wakili, UMNO, MCA, MIC. Bagaimanapun, kontrak sosial harus dianggap sebagai satu persetujuan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, bukan hanya pemimpin atau kumpulan elit tertentu. Permuafakatan itu mendapat sokongan rakyat sebagaimanayang terbukti melaui kemenangan Perikatan dalan pilihan raya 1955. Rakyat perlu memahami fakta sejarah bahawa kontrak sosial dicapai melalui proses permuafakatan dan musyawarah. Rakyat Malaysia perlu memahami kontrak sosial dengan jelas berdasarkan fakta sejarah. Kontrak sosial harus difahami sekurang-kurangnya tentang hubung kaitnya kepada empat perkara utama iaitu perlembagaan ,kemerdekaan, hubungan kaum dan system pemerintahan negara. Tanpa kontrak

sosial,mungkin kita tidak dapat mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 kerana pihak British ketika itu menjadikan permuafakatan itu sebagai prasyarat. Kontrak sosial adalah anak kunci kepada hubungan kaum sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. Kontrak sosial juga asas kepada system pemerintahan yang menjadikan kita sebuah negara demokrasi berparlimen raja berperlembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan. Perlembagaan Persekutuan diwujudkan hasil daripada kontrak sosial yang dilahirkan daripada permuafakatan pelbagai kaum di negara ini. Perlembagaan itulah juga yang mentakrifkan negara kita serta menentukan sifat bangsa dan negara Malaysia. Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum yang wujud daripada konsep Malay Polity atau sistem kenegaraan Melayu. Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 memberikan kewarganegaraan terbuka kepada bukan Melayu, 49

sebahagiannya imigran dan diterima secara automatic sebagai warganegara dan diberikan jus soli. Inilah antara sifat negara dan bangsa Malaysia yang harus fahamiberbilang kaum tetapi berakar umbi dalam system kenegaraan Melayu.

Perlembagaan juga mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama rasmi dan system pemerintahan beraja.

ELEMEN

ELEMEN

KONTRAK

SOSIAL

MENURUT

PERLEMBAGAAN

PERSEKUTUAN Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai antara penduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India. Perlembagaan Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalah kontrak sosial dan perjanjian perdamaian. Perlembagaan Malaysia merupakan suatu bentuk tolak ansur yang ulung dngan setiap kumpulan memberi sesuatu dan kem bali mendapat sesuatu (yang lain).

Ini seperti yang dikatakan oleh Tunku Abdul Rahman. Orang Melayu sedia memberikan hak-hak munasabah dan patut kepada orangorang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang begitu banyak kepada bangsa-bangsa bukan Melayu. Belum ada satu bangsa negeri yang berbudi sebegitu tinggi seperti yang diperbuat oleh orang Melayu. Sesungguhnya ada jaminan hak-hak istimewa orang Melayu dala perjanjian persekutuan tetapi ia tidak sekali-kali mencegah dan menyekat bangsa-bangsa yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kejayaan dan lagi sehingga sekarang hak-hak istimewa Melayu itu masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf di antara orang Melayu dan bukan Melayu. Beberapa peruntukkan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa elemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi. Para penggubal menganggap elemen-elemen tersebut penting memandangkan peranan yang dimainkan dalam menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara Malaysia yang berbilang kaum. Peruntukan itu adalah hasil proses tawar menawar pada asalnya merupakan semangat perjanjian disebalik pembentukan perlembagaan tahun 1957. Seperti yang diterangkan oleh Mohamed Suffian :

50

Sebagai balasan kerana mengendurkan syarat memberi kewarganegaran kepada orang-orang Melayu, hak-hak dan keistimewaan orang Melayu sebagai peribumi negara ini hendaklah ditulis di dalam perlembagaan dan terdapat juga peruntukan lain yang juga dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin bukan Melayu Inilah asas yang menjadi perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia dengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak sebahagian komuniti yang lain demi untuk keseimbangan dalam masyarakat bernegara. Sebahagian besar ciri-ciri utama yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua pihak. Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada perkembangan sejarah. Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu merangkumi nilai tradisi, politik, dan kebudayaan. Elemen-elemen ini yang menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa asal mendiami Tanah Melayu memasukakannya ke dalam Perlembagaan bagi mengekalkan keistimewaan mereka. Di antara ialah :

KEDUDUKAN RAJA MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Berapa abad lamanya orang Melayu diperintah berdasarkan pemerintahan beraja. Mereka diperintah oleh sultan dan kepadanya diberikan sepenuh taat setia. Kesultanan Melayu merupakan elemen penting dalam masyarakat Melayu. Ianya mengekalkan simbol penting bagi survival orang-orang Melayu. Semasa pemerintahan British pun raja-raja masih menganggap sebagai raja yang berdaulat dan masih lagi mempunyai kuasa bagi hal-hal tertentu bagi negeri masingmasing meskipun mereka dipaksa menerima beberapa triti dengan British untuk menerima penasihat British. Akhirnya apabila kemerdekaan diberikan kepada Semenanjung Tanah Melayu, institusi beraja diteruskan tetapi dengan pindaan supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan kemerdekaan. Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal negara Malaysia. Ia melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti negara. Sebagai sebuah negara Malaysia perlu mempunyai satu identity yang berbeza dan unik. Inilahlah yang

51

mendasari bentuk dan menyediakan isi kepada upacara rasmi negara. Kewujudun sistem beraja dengan sendirinya menekankan ciri-ciri kemelayuan. Hasil penerimaan sistem raja berperlembagaan, Yang Di-Pertuan Agong diberi kuasa memerintah Persekutuan tetapi sebagai raja berperlembagaaan baginda dikehendaki mengikut nasihat Jemaah menteri atau menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah menteri. Baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan dan merupakan salah satu nsur utama daripada tiga unsur utama badan perundangan Persekutuan iaitu Parlimen. Di samping itu, Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan memebuat

peruntukan bagi menjamin hak seseorang raja untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistimewaan di sisi Perlembagaan bagi seseorang raja dalam negeri itu. Institusi kesultan dilindungi oleh Perlembagaan dengan cara bahawa tiada pindaan boleh dibuat terhadap peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-raja, susunan keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri masing-masing tanpa persetujuan Majlis Raja-raja. Malah tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, atau kebesaran mereka boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis RajaRaja. Raja-Raja Melayu bagi negeri-negeri Melayu hendaklah orang Melayu dan oleh kerana itu ianya orang Islam. Yang Di Pertuan Agong ( yang dipilih daripada kalangan Raja-Raja Melayu ) yang mempunyai kuasa pemerintah bagi persekutuan juga adalah seorang Melayu dan Muslim. Perbincangan tentang pemerintahan beraja tidak akan lengkap tanpa menyebutkan kedaulatan dan kekebalan (immuiniti) raja. Perlembagaan memeperuntukan bahawa Yang Di Pertuan Agong tidak boleh didakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah. Negara ini masih bernasib baik dengan mewarisi sistem raja-raja yang melambangkan kuasa Islam. Pada masa ini Perkara 3 (2) merujuk kepada tiap-tiap negeri dalam persekutuan, Raja atau Sultan adalah ketua agama Islam kecuali Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

52

HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Peruntukan-peruntukan berkaitan berkaitan juga terdapat di bawah Perkara 161( A) dalam beberapa perlembagaan negeri. Di sisi undang-undang perlembagaan, erti Melayu ialah seseorang yan memenuhi tiga syarat asa; (i) menganuti agama Islam, (ii) secara lazim bercakap Melayu, dan (iii) menurut adat istiadat Melayu ( Perkara 160). Dengan hanya mempunyai sifat-sifat (i) hingga (iii) belum sempurna lagi kemelayuan seseorang itu di sisi Perlembagaan. Seseorang yang mendakwa dirinya Melayu hendaklah

membuktikan juga bahawa dia lahir sama ada di Persekutuan atau di Singapura sebelum hari Merdeka atau dapat membuktikan bahawa dia adalah anak kepada ibu atau bapanya yang lahir di Persekutuan atau di Singapura sebelum Merdeka. Setelah mengimbas kembali siapa itu Melayu, kini kita perlu amati Perkara 153 yang menjamin kedudukan istemewa orang Melayu yang bumiputera yang termaktub di bawah klausa (2) Perkara 153. Perkara 153 menggariskan bahawa Yang Di Pertuan Agong , atas nasihat Perdana Menteri atau kabinet berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarwak dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit atau lessen perniagaan. Peruntukan Perkara 153 adalah seperti berikut :

Perkara 153 (I): Perezaban quota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya untuk orang Melayu. (1) Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.

(2) Walau apapun

yang terkandung dalam Perlembagan ini, tetapi

tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini , Yang di- Pertuan Agong hendaklah menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perlembagaan ini dan di bawah undang-undang Persekutuan 53

mengikut apa-apa cara sebagaimana yang perlu untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan juag menentukan perezaban bagi orang Melayu dan bumiputera mana-mana negeri Sabah dan Sarawak suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam(lain dari perkhidmatan awam sesuatu negeri) dan mengenai biasiswa,bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan yang seumpamanya atau lain-lain kemudahan khas yang diberi atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai permit atau lessen bagi menjalankan apa-apa trade atau perniagaan, dan perezaban permit dan lesen itu adalah tertakluk kepada peruntukan undangundang itu dan Perkara ini. Kedudukan isttimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 yang memberi kuatkuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Selain itu, kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu. Walaupun dari sudut peruntukan khas ini seolah olah bercanggah dengan kesamarataan layanan perlembagaan ke atas semua warga negara persekutuan, namun ia satu pertimbangan luntuk menyamakan taraf kaum bumiputera dengan kaum-kaum lain khususnya Cina di tanah air bagi mewujudkan keseimbangan dalam bidang ekonomi, pendidikan dan agihan kekayaan khususnya kepada kaum yang masih lemah dan ketinggalan menjelang kemerdekaan. Kedudukan istimewa orang Melayu ini tidak mutlak. Ia diseimbangkan dengan kepentingan sah kaum lain yang secara amnya termasuklah hak mendapat kewarganegaraan Malaysia menurut peruntukan kewarganegaraan dalam

perlembagaan hat menganut dan mengamalkan agama masing-masing, hak menggunakan bahasa ibunda dan yang paling penting hak untuk mendapat layanan yang sama rata. Seperti juga kedudukan istimewa orang Melayu, hak-hak ini juga dibatasi beberapa peruntukan dalam perlembagaan 54

KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu yang penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan iktiqad majoriti penduduk (orang Melayu) di Malaysia. Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan : Agama Islam ialah agama rasmi bagi seluruh persekutuan , tetapi agama agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Menurut Tun Salleh Abbbas, Melayu dan Islam adalah dua unsur yang bercantum dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan

perlembagaan. Maka adalah menjadi tanggungjawab Yang Di Pertuan Agong untuk melindungi orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana Islam dan Melayu merupakan dua identiti yang tak boleh dipisahkan, tugas menjaga orang Melayu termasuk juga melindungi dan menjaga agama Islam. Orang Melayu sebagaimana yang telah dijelaskan oleh penulis sebelum ini ditakrifkan dalam Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan iaitu sebagai seorang yang menganut agam Islam, yang lazimnya betutur Bahasa Melayu dan mengamalkan istiadat Melayu. Maka dengan ini, peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang mengistiharkan bahawa Islam adalah agama bagi persekutuan membayangkan apa yang telah dipertahankan orang Melayu sepanjang masa, malah sebelum kuasa British masuk ke Malaysia lagi. Semasa penjajahan British, mereka membawa masuk agama Kristian sementara kaum pendatang membawa masuk agama lain seperti Hindu dan Budha. Oleh yang demikian, menjadikan agama Islam sebagai agama Persekutuan juga memberikan pertimbangan kepada kepercayaan kaum lain. Oleh itu, Perkara 3 memperuntukkan satu fasal imbangan yang menyebut tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Malah setiap kumpulan agama juga mempunyai hak untuk : a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri

55

b) Menubuh dan menyelenggara institusi-institusi bagi maksud-maksud agama khairat, dan c) Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan

mentadbirkannya mengikut undang-undang

Berikutan dengan Islam diterima sebagai agama bagi Persekutuan, maka kerajaan Persekutuan dan negeri memepunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk menubuhkan atau menyelenggara institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran agama Islam dan untuk mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan itu. Oleh itu, Kerajaan Persekutuan dan Negeri, melalui akta dan enakmen perbekalan tahunan, diberi kuasa untuk membelanjakan wang untuk pentadbiran agama Islam dan undang-undangnya. Peruntukana seumpama itu jelas disahkan oleh Perkara 12(2).

BAHASA MELAYU Bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati diri sesebuah negara. Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan bahasa pertuturannya. Isu bahasa merupakan salah satu perkara yang dibincangkan semasa perundingan Perlembagaan dan proses pembentukannya. Namun isu ini dapat diselesaikan dengan permuafakatan antara kaum. Tan Siew Sin telah menerangkan bagaimana isu bahasa telah dapat diselesaikan : Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan besar kebudayaan dan bahas mereka. Biar saya nyatakan sebagai contoh, Perlembagaan Reid sebagaimana rangka awalnya tidak menyebut apa-apa tentang mengekal dan

mengembangkan bahasa Cina dan Tamil atau bahasa-bahasa lain. Apabila dicadangkan kepada pemimpin Melayu bahawa Perlembagaan sepatutnya dengan ekspelisit menyatakan pengekalan dan perkembangan kedua-dua bahasa Cina dan Tamil hendaklah digalak dan dipelihara, mereka bersetuju. Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak mengenepikan bahasa lain. Ini seperti yang termaktub dalm Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut : 56

(1) Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen : Dengan syarat bahawa (a) Tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada

menggunakan( selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain;dan (b) Tiada apa-apa jaua dalam fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.

Hipotesis utama disebalik meluluskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan menyatupadukan pelbagai kaum kearah menjadi sebuah negara bersatu melalui satu bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu yang telah menjadi bahasa pengantar negara ini sejak dahulu lagi.

Kesimpulannya, setiap rakyat Malaysia perlu dan wajar membudayakan semangat perpaduan dan integrasi demi kesinambungan perpaduan yang sedia wujud. Kontrak sosial telah diterima oleh majoriti rakyat Malaysia dan para pemimpinnya sebagai satu kenyataan sejarah. Justeru, penerimaan kontrak sosial adalah penting dalam menjaga hubungan etnik di Malaysia kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang bersifat majmuk. Menghormati hak serta kepentingan setiap golongan etnik di Malaysia seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia sangat perlu dihayati bersama agar dapat menghindarkan sebarang konflik yang wujud.

57

KESIMPULAN

Berdasarkan tugasan tersebut, kesimpulan yang dapat digarap ialah Perlembagaan merupakan suatu asset penting dalam memastikan kelancaran pentadbiran sama ada dalam aspek ekonomi, politik atau sosial sesebuah negara. Di dalam Perlembagaan, telah terkandung segal perkara yang boleh menjamin hak masing-masing mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkannya. Perlembagaan juga dijadikan sebagi rujukan terutamanya tatkala negara berhadapan dengan krisi atau perkara yang melibatkan ketidakpuasan hati mana-mana pihak di negara ini. Di samping itu, pemahaman yang jelas tentang peristiwa berkaitan dengan sejarah negara perlu digarapkan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira warna kulit, agama dan bangsa sejak di peringkat rendah lagi. Hal ini bagi menggalakkan masyarakat menghayati dan menanam semangat nilai patriotisme dan nasionalisme dalam kalangan kita seperti kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini juga secara tidak langsung untuk mengelakkan masyarakat daripada terpengaruh dengan anasir-anasir yang cuba untuk menggugat keharmonian kaum di negara ini melalui penyelewengan fakta sejarah. Oleh itu, pemupukan budaya membaca dan menimba ilmu pengetahuan amat digalakkan bagi menjamin kemajuan bersama. Sehubungan dengan itu, kerjasama daripada masyarakat berbilang kaum amat penting dalam usaha memajukan negara dalam segala aspek agar setaraf dam mampu berdiri kukuh di arena antarabangsa. Hal ini juga selaras dengan slogan dan hasrat yang sering kali dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Satu Malaysia. Cita-cita ini dilihat sebagai platform untuk mengukuhkan lagi ikatan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

58

REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan lipah dan kurniaNya dapat kami menyempurnakan tugasan yang diamanahkan kepada kami. Terlalu banyak pengalaman berharga dan juga ilmu-ilmu baru telah kami timba sepanjang proses untuk menyiapkan tugasan ini. Pertama-tamanya, kami belajar untuk bekerja satu kumpulan, terutamanya kumpulan yang baru di mana kami bertiga tidak untuk kami bekerja kerana masing-masing masih belum dapat menyesuaikan diri. Tetapi, lama-kelamaan kami dapat menyesuaikan diri, malah kami saling bergurau senda dan mengusik. Dari aspek kerja, kami mengagih-agihkan tugasan. Sebagai contoh, bagi tugasan ini, kami sikehendaki menelesaikan tiga komponen. Lantas, kami memutuskan untuk mengambil setiap orang satu tugasan. Kami memulakan kerjakerja mengumpulkan bahan-bahan bacaan sebaik sahaja kami mendapat soalan tugasan. Sebaik sahaja tamat waktu kuliah, kami bergerak ke pusat sumber untuk mencari bahan rujukan. Alhamdulillah, kami menjumpai bahan-bahan yang kami perlukan untuk membantu kami menyelesaikan tugasan ini. Terdapat banyak buku di perpustakaan mengenai subjek Hubungan Etnik, buku-buku yang menjelaskan Perlembagaan Malaysia, dan buku-buku sejarah Malaysia. Selain itu, kami juga mencari bahan-bahan rujukan melalui capaian internet dan membuat bacaan di blog-blog yang berkaitan. Selain itu, perbincangan dengan rakan-rakan sekelas yang lain juga banyak membantu kami. Kami banyak berbincang dan berkongsi idea mengenai tugasan ini. Masing-masing mempunyai pendapat mereka sendiri. Sebagai jalan akhir, kami mengambil jalan penyelesaian yang terbaik dan kami menetapkan satu jalan terbaik atau flow tugasan kami. Melalui tugasan ini juga, kami banyak belajar mengenai sejarah negara Malaysia. Memang benar, kami telah belajar subjek sejarah semasa di peringkat sekolah menengah dahulu, tetapi kami ini kami dapat mengulanginya semula serta kami dapat belajar secara lebih mendalam lagi.

59

Kami dapat belajar mengenai semangat juang para pemimpin dan pejuang negara yang sanggup berkorban dan menggadaikan bukan sahaja harta benda, makah nyawa mereka sendiri dipertaruhkan demi mencapai keamanan yang kita nikmati sekarang ini. Perjuangan mereka sangat besar. Jalan untuk mencapai kemerdekaan ini ternyata bukanlah jalan yang senang. Terlalu banyak ranjau dan polemik yang terpaksa mereka tempuhi. Pelbagai ancaman serta tekanan yang dkinakan kepada mereka semata-mata untuk menyekat perjuangan mereka. Oleh itu, kami belajar untuk menghargai usaha mereka demi memastikan negara kita merdeka dan bebas seperti sekarang. Sesugguhnya sejarah harus kita pelajari dan hayati agar sejarah itu tidak berulang. Kesilapan-kesilapa yang pernah berlaku dulu tidak seharusnya berlaku sekali lagi. Lantas kami menanam azam untuk menjaga kemanan yang ada sekarang ini daripada dinodai sekali lagi. Namun, kami bukanlah para tentera mahupun anggota keselamtan yang mampu mengangkat senjata bagi melindungi kedaulatan negara bertuah ini, kami melakukan hanya sekadar yang termampu dengan menjaga perpaduan yang wujud dalam negara ini. Hal ini kerana, perpaduan merupakan kunci utama kepada keamanan dan keselamatan sesebuah negara. Kami berazam untuk mengukuhkan hubungan dengan sesiapapa sahaja dan menghormati hak, kepercayaaan, kebudayaan, dan kesenian mereka. Kami belajar mengenai peristiwa berdarah 13 Mei, dan kami tidak mahu perkara tersebut berlaku lagi pada masa akan datang. Kesimpulannya, tugasan ini banyak mengajar kami tentang pentingnya semangat patriotisme dan nasionalisme dalam diri kami. Sebagai generasi muda yang bakal memegang tampuk pemerintahan negara kelak, kami harus belajar dari sekarang dan penting untuk kami menoleh kebelakang bagi memastikan apa yang berlaku di belakang kami tidak berulang di hadapan kami.

60

Bibliography
., A. A. (2005). Biografi Dato Onn Hidup Melayu. . Selangor. : Persatuan Penerbit Buku Malaysia, Cetakan Kedua. Baharuddin, S. A. (2000). Modul Hubungan Etnik . Kuala Lumpur: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Bari, A. A. (2001). Perlembagaan Malaysia: asas-asas dan masalah. Dewan Bahasa dan Pustaka. Malaysia, A. N. (2013, March 1). MALAYAN UNION - Teladan buat generasi kini, akan datang. Retrieved march 7, 2013, from Arkib Negara Malaysia: http://www.arkib.gov.my/malayan-union-teladan-buat-generasi-kini-akandatang Pie, A. (2009, October 12). Penentangan Orang Melayu terhadap Malayan Union. Razak, M. I. (2006). Politik dan Pemerintahan Negara, Singapore. Thomson Learning/Thomson Asia Pte Ltd. Wariya, C. (2007). Malaysia 50 Fakta Asas Kenegaraan. Kuala Lumpur : Media Global Matrix. Zainuddin, F. S. (2000). Sejarah Malaysia. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

61

Anda mungkin juga menyukai