Anda di halaman 1dari 2

MODEL DISIPLIN ASERTIF CANTER

Menurut Chong Lean Keow(2009), Model Disiplin Asertif Canter telah dipelopori oleh Lee and
Marlene Canter tahun 1976. Model ini melatih murid-murid untuk menerima konsekuen bagi
tindakan mereka. Terdapat beberapa model asas iaitu:-

 Tingkahlaku yang wajar hendaklah diberikan pengukuhan

 Tanggungjawab adalah nadi disiplin asertif

 Guru hendaklah bersifat asertif

 Guru hendaklah merangka satu sistem ganjaran dan dendaan yang boleh dijadikan
rujukan murid-murid mengenai tingkahlaku yang baik dan buruk.

Jadual dibawah merupakan rumus beberapa aspek dengan Model Disiplin Asertif Canter
yang boleh memudahkan seseorang guru.

Aspek Huraian
Konsep Utama • Kedua-dua ganjaran dan hukuman adalah berkesan
• Guru dan murid mempunyai hak masing-masing
• Guru perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
optimum
• Guru harus menggunakan satu hierarki disiplin yang
mengandungi kesan yang bersesuaian mengikut tahun
persekolahan.
• Guru perlu bersifat asertif, tidak asertif atau agresif.
Jenis Ganjaran • Tidak asertif: “sudah berulang kali saya minta anda supaya
jangan bercakap dengan rakan-rakan, dan anda masi masih
berbuat demikian, sila berhenti.”
• Asertif: “Shan, ini adalah amaran atas perbuatan anda bersandar
kerusi atas dua kaki. Letakkan kerusi pada keadaan asal,jikalau
tidak anda tidak dibenarkan buat bacaan senyap di sudut
bacaan nanti.”
• Agresif: “Simpan buku komik dengan serta merta, jikalau tidak,
anda akan menyesal!”
Jenis Ganjaran • Pengukuh sosial-senyuman,kata-kata pujian
• Pengukuh grafik-bintang, pelekat
• Pengukuh aktiviti-masa rehat,mainan khas
• Pengukuh fizikal-makanan,hadiah, sijil
Hak Asasi Murid • Dibekalkan persekitaran pembelajaran yang optimum
• Disediakan guru yang akan membantu mereka mengurangkan
tingkahlaku yang kurang wajar dan menyokong tingkahlaku
yang wajar
• Dimaklumkan tentang konsekuan bagi tingkahlaku yang baik dan
jahat
• Diberikan pilihan untuk bertingkahlaku wajar atau tidak wajar
Tanggungjawab • Kekalkan persekitaran pembelajaran yang optimum
Guru • Diberikan sokongan oleh pihak pentadbir dan ibu bapa
• Pastikan hak dan tanggungjawab murid-murid disokong dengan
satu pelan disiplin yang menyatakan jangkaan dengan jelas
• Aplikasikan konsekuen secar konsisten
• Pertimbangkan kepentingn mereka setiap masa

Anda mungkin juga menyukai