Anda di halaman 1dari 3

Lampiran 1

PERANCANGAN PROGRAM INTERVENSI MATEMATIK 2019


Sasaran Punca Cadangan Cara Pelaksanaan Tindakan
Intervensi
Murid Murid Membimbing 1. Menggunakan kad kata kunci untuk Sepanjang
tahap 1 belum murid membuat ulangkaji selepas sesi masa
menguasai menguasai pengajaran.
kata kunci kata kunci
dalam dalam 2. Membentuk kumpulan kecil untuk
operasi setiap memberikan bimbingan pada satu
operasi. masa yang ditetapkan. Contohnya,
pada masa rehat.

Murid Murid 1 ) Program Murid menggunakan 5 minit (sebelum Tindakan:


tahap 1 belum menghafal kelas/rehat/selepas waktu sekolah) untuk Sepanjang
menguasai sifir menghafal sifir. tahun.
operasi asas
‘+’, ‘-’, ‘x’
‘÷’ 2 ) Memberi Murid membuat lembaran kerja
lembaran mengikut topik dari semasa ke semasa.
kerja yang
bersesuaian
mengikut
tahap murid.

3 ) “Sistem Guru melantik seorang rakan sekelas


Buddy” untuk membantu dan membimbing
murid tegar pada waktu rehat
SJK CHUNG HUA NO.3
PERANCANGAN PROGRAM INTERVENSI MATEMATIK 2019

PENGENALAN
Pencapaian pelajar yang rendah dan kelemahan dalam mata pelajaran matematik
haruslah ditangani dan diambil perhatian dengan lebih teliti. Ini adalah kerana,
kelemahan di dalam subjek ini akan menjejaskan pembelajaran pelajar di sekolah
menengah dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh yang demikian ,adalah
penting pelbagai cadangan intervensi untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam
matematik。
Bagi meningkatkan lagi pencapaian Matematik murid, pihak panitia Matematik
telah mencadangkan beberapa cadangan dalam proses pengajaran guru di bilik darjah.
Cadangan ini adalah meliputi membimbing murid menguasai kata kunci dalam setiap
operasi, program menghafal sifir, memberi lembaran kerja yang bersesuaian mengikut
tahap murid dan Program System Buddy.

MATLAMAT
Program ini dijalankan bagi membantu meningkatkan kesedaran para murid terhadap
kepentingan dan keperluan kemahiran matematik dalam kehidupan seharian. Selain itu,
cadangan intervensi ini bertujuan untuk memperkukuh dan memperkasakan prestasi
mata pelajaran matematik murid-murid SJK Chung Hua No.3

OBJEKTIF
1. Memberi kesedaran kepada para murid tentang keperluan matematik dalam
kehidupan seharian.
2. Meningkatkan keyakinan murid untuk mempelajari mata pelajaran Matematik
walaupun masih belum mahir membaca dan menguasai operasi asas.
3. Memupuk minat terhadap mata pelajaran matematik.

KUMPULAN SASARAN
Murid belum menguasai kemahiran numerasi asas terutamanya tahap 1
( Rujuk lampiran 1)
TEMPOH
Sepanjang tahun

PUNCA / ISU
1. Murid belum menguasai kata kunci dalam operasi.
2. Murid belum menguasai operasi asas ‘+’, ‘-’, ‘x’‘÷’

CADANGAN INTERVENSI
1. Membimbing murid menguasai kata kunci dalam setiap operasi.
2. Program menghafal sifir
3. Memberi lembaran kerja yang bersesuaian mengikut tahap murid.
4. “Sistem Budd”

PELAKSANAAN PROGRAM
Pelaksanaan program ini adalah sepanjang tahun dalam proses P&P dalam bilik darjah.
Guru boleh memilih mempelbagaikan kaedah yang difikirkan sesuai dengan tahap dan
pencapaian murid.
Menggunakan kad kata kunci untuk membuat ulangkaji selepas sesi pengajaran
dan membentuk kumpulan kecil untuk memberikan bimbingan pada satu masa yang
ditetapkan. Contohnya, pada masa rehat.
Murid menggunakan 5 minit (sebelum kelas/rehat/selepas waktu sekolah) untuk
menghafal sifir.
Murid membuat lembaran kerja mengikut topik dari semasa ke semasa.
Guru melantik seorang rakan sekelas untuk membantu dan membimbing murid
tegar pada waktu rehat. ( Rujuk lampiran 1 )

Anda mungkin juga menyukai