Anda di halaman 1dari 3

UJIAN DIAGNOSTIK PENGAMATAN >> Definisi, Tujuan, Rasional, Objektif & Tujuan

Perlaksanaan

Definisi

Ujian Diagnostik pengamatan ini adalah satu alat pengukuran yang membolehkan
guru pemulihan khas mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terpeinci
yang dihadapi oleh seseorang murid dalam aspek pengamatan.

Tujuan Ujian Diagnostik

1. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenalpasti secara khusus


kesulitan kesulitanyangdihadapiolehmurid.
2. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid
untuk menguasai sesuatu kemahiran.
3. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu
mengikut kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid.
4. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru merancang satu program pengajaran
yang khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik.
5. Ujian diagnostik bertujuan membolehkan guru merancang dan membina program
dan bahan bantu mengejar yang bersesuaian mengikut tahap murid.

Rasional Ujian Diagnostik Pengamatan

Ujian diagnostik ini lebih menjurus kepada proses awal pembelajaran kanak-kanak, di
mana kemahiran landasan yang kukuh amatlah penting. Justeru, ujian pengamatan
patut diberikan kepada murid-murid untuk melihat faktor kesukaran murid dalam
penerimaan pengajaran bacaan.

Objektif Ujian Diagnostik Pengamatan

Ujian Diagnostik Pengamatan amat berguna kepada pelajar yang kurang


bernasib baik dari segi kemahiran-kemahiran yang menggunakan anggota badan
seperti penglihatan dan pendengaran terutamanya. Terdapat beberapa objektif kasar
yang dapat kita lihat daripada penggunaan ujian ini.
Antaranya ialah mengecam orientasi kedudukan, persamaan, corak, saiz, warna,
huruf, nombor, suku kata dan perkataan. Mengecam adalah kemahiran yang mula-
mula perlu pelajar kuasai. Pengecaman dengan menggunakan deria badan seperti
mata dan telinga dapat dilakukan dengan sempurna jika ia dilakukan dengan baik
dengan menggunakan cara yang betul.

Selain itu, ujian ini bertujuan untuk memberikan murid-murid keupayaan untuk
menentukan sesuatu saiz, jarak, kiri ke kanan serta hubungan antara satu objek
dengan objek yang lain. Selepas murid-murid dapat mengecam sesuatu benda yang
diuji, mereka perlu menentukan setiap permasalahan yang mereka hadapi dengan
menggunakan kebolehan deria mereka sendiri. Dengan bantuan yang sedikit
diberikan, mereka akhirnya dapat menguasai kebolehan ini.

Ujian ini juga dilakukan untuk melatih murid-murid mengingat kembali, menyalin atau
melengkapkan. Kemahiran tersebut dapat mereka gunakan ke atas beberapa aspek
yang penting seperti melengkapkan sesuatu bentuk, corak, huruf, nombor, suku kata,
perkataan dan ayat. Ujian yang dilakukan mengikut kemahiran dan aras kebolehan
dapat mengukuhkan dan mengembangkan kebolehan mereka.

Di samping itu, murid dapat meyelaras pergerakan motor dan tangan. Kemahiran yang
mengkhususkan pergerakan dari kiri ke kanan, dan dari bawah ke atas dapat
membaikipulih kelemahan yang telah dilakukan murid di mana ada di antara mereka
yang tidak dapat mengimbangkan pergerakan motor, terutamanya motor halus.

Murid-murid juga dapat memahami dan mengingati sesuatu mengikut turutan.


Sebagai contoh, kemahiran penglihatan. Gambar berurutan seperti gambar bersiri
dan kekekalan gambar dapat dikuasai dan dijawab jika mereka sentiasa dilatih dan
menggunakan kebolehan yang ada dengan baik.

Akhir sekali, murid dapat memahami dan berupaya untuk mencari jalan dalam
menyelesaikan sesuatu masalah. Ujian ini amatlah susah bagi mereka yang gagal
dalam menguasai kemahiran kasar. Bagi mereka yang berkebolehan, mereka akan
mencari jalan untuk meyelesaikannya. Terlebih dahulu, mereka perlu memahami apa
kehendak soalan dan aktiviti yang dijalankan ke atas mereka.

Tujuan Pelaksanaan
1. Untuk mengesan kelemahan keupayaan murid seperti gerak mata, koordinasi
mata-tangan dan kecekapan saraf
2. Sebahagian soalan mengandungi arahan-arahan yang perlu disebut oleh guru
dan dilakukan oleh murid

Anda mungkin juga menyukai