Anda di halaman 1dari 24

TUGASAN

SEPTEMBER 2016 SEMESTER 10

KOD KURSUS EEM 432

NAMA KURSUS ISU DAN TREND DALAM PENDIDIKAN


MORAL

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR : JONG CHAI PING

NO. MATRIK : E30409130279

NAMA FASILITATOR AKADEMIK : LAWRENCE LAU SZE FUNG

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT LUAR KAMPUS UUM SIBU,

BANGUNAN PERPUSTAKAAN SRDC,

TINGKAT 1, LOT 2, BLOK

1194, SIBU JAYA, SARAWAK.

0
SENARAI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

BAHAGIAN A: PENULISAN RINGKASAN

“Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Remaja Terlibat Dalam 2


Masalah Sosial Di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh,
Melaka” oleh Zainudin Sharif & Norazmah Mohamad Roslan,
Universiti Teknologi Malaysia.

BAHAGIAN B: PENULISAN ESEI 6


“Pendidikan Moral: Kepentingan kaedah dan strategi
mengajar di sekolah”

RUJUKAN 11

BAHAGIAN C: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 12

LAMPIRAN A- Cerita Si Gembala Pembohong 19


LAMPIRAN B- Kertas berjadual 20
LAMPIRAN C- Contoh jawapan untuk kertas berjadual 21
LAMPIRAN D- Lembaran Kerja 22

1
BAHAGIAN A: PENULISAN RINGKASAN

“Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Remaja Terlibat dalam Masalah Sosial di


Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka” oleh Zainudin Sharif & Norazmah
Mohamad Roslan, Universiti Teknologi Malaysia.

Kajian ini telah dilaksanakan bagi mengenal pasti keperluan guru cemerlang
Pendidikan Moral dalam menguasai kandungan Pendidikan Moral dengan memberi fokus
kepada kebolehan murid menaakul secara bebas dan rasional dalam membuat sesuatu
keputusan moral. Jadi, kajian ini telah dilaksanakan berdasarkan idea Aroff (1988) dan
Sugarman (1973) iaitu konsep asas moral dan Pendidikan Moral, saranan Pusat
Perkembangan Kurikulum (2004) iaitu kaedah pengajaran dan pembelajaran guru Pendidikan
Moral dan dapatan pengkaji-pengkaji lepas seperti Abdullah (1999) dan Balakrishnan (2010)
tentang kepentingan guru menguasai konsep asas moral.

Latar belakang kajianini adalah mengenai syarat yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melantik seseorang guru cemerlang.Guru-guru yang
ingin memohon jawatan guru cemerlang ini haruslah memenuhi beberapa aspek
kecemerlangan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu aspek
peribadi, pengetahuan dan kemahiran, hasil kerja, komunikasi, potensi dan sumbangan
kepada kemajuan pendidikan Negara. Jadi, guru yang mempunyai pengalaman mengajar
melebihi lima tahun dan mengajar mata pelajaran kepakarannya bagi tiga tahun terakhir
berturut-turut adalah layak memohon jawatan guru cemerlang ini. Mereka adalah tidak perlu
mempunyai pengkhususan dalam bidang yang diajar. Oleh yang demikian, guru cemerlang
Pendidikan Moral yang dilantik ini bukan sahaja dilantik berdasarkan pengkhususan tetapi
juga dilantik berdasarkan tempoh mengajar Pendidikan Moral serta keupayaannya
meningkatkan pencapaian akademik Pendidikan Moral.Keadaan ini telah menimbulkan
pelbagai persoalan tentang keperluan guru Pendidikan Moral menguasai pengetahuan dan isi
kandungan Pendidikan Moral.

Sorotan kajian ini memberi tumpuan kepada perbincangan tentang keperluan guru
cemerlang Pendidikan Moral menguasai pengetahuan kandungan Pendidikan Moral.Menurut
Shulman (1987),elemen yang paling penting dalam pengajaran dan pembelajaran ialah
pengetahuan asas yang perlu dikuasai oleh seseorang guru. Namun, guru yang hanya
mempunyai asas pengetahuan sahaja tetapi tidak menguasainya dengan baik adalah tidak

2
mungkin dapat mengajar dengan berkesan (Grossman, Hammerness, & McDonald,
2009).Jadi, hanya guru yang betul-betul memahami dan menguasai setiap konsep dalam
Pendidikan Moral dapat menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan (Aroff dan Chang,
1994).Oleh hal yang demikian, penguasaaan pengetahuan kandungan guru cemerlang
Pendidikan Moral adalah sangat penting kerana ia akan mempengaruhi pembelajaran murid
di dalam kelas (Solis, 2009).Menurut Mahamod &Nor (2012), guru cemerlang Pendidikan
Moral yang tidak menguasai isi kandungan dengan baik akan mengganggu proses pengajaran
dan pembelajaran dan seterusnya memberi kesan negatif terhadap pencapaian murid.
Menurut Shadreck & Isaac (2012), guru yang menguasai isi kandungan mata pelajaran boleh
menyampaikan pengajaran dengan berkesan dan seterusnya membantu meningkatkan
kefahaman murid dalam topik yang diajar.Ini telah menunjukkan betapa pentingnya
seseorang guru mempunyai pengkhususan dalam bidang yang diajar, apatah lagi sebagai
seorang guru cemerlang.

Pengkhususan adalah penting bagi guru yang mengajar Pendidikan Moral.Melalui


pengkhususan, barulah guru-guru akan didedahkan kepadapengetahuan kandungan yang
perlu dikuasai di mana ianya akan membantu guru Pendidikan Moral menyampaikan
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Apabila seseorang guru menguasai
pengetahuan kandungan, barulah guru tersebut dapat memahami setiap konsep dan fungsinya
di mana ianya akan membantu guru ini mengolah isi pelajaran dan menyampaikan dengan
berkesan dan menarik. Hal ini kerana konsep-konsep dalam Pendidikan Moralakan
diterapkan secara tidak langsung dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Halim,
Abdullah, dan Meerah (2013), murid yang mempunyai pencapaian akademik tinggi menaruh
harapan yang tinggi daripada guru. Jadi, guru haruslah mempunyai pengetahuan dalam
pelbagai dimensi termasuklah persediaan mengenai mata pelajaran yang diajar, isi kandungan
yang akan disampaikan, penggunaan alat bahan bantu mengajar dengan mengambil kira
karekteristik murid yang akan diajar, supaya guru dapat mengolah isi pelajarannya dengan
berkesan bagi menarik minat murid. Seperti yang diketahui, kajian yang dilaksanakan
terhadap pengetahuan kandungan guru Pendidikan Moral adalah kurang tetapi pelbagai kajian
telah dijalankan dalam bidang lain seperti bidang Sains, Matematik dan Bahasa. Semua
kajian ini telah memberi impak positif terhadap kepentingan seseorang guru pakar menguasai
pengetahuan kandungan dan pedagogi sesuatu mata pelajaran.

3
Akan tetapi, pengajaran Pendidikan Moral dalam kelas hari ini telah menunjukkan
guru yang mengajar Pendidikan Moral adalah tidak menguasai isi pelajaran dan kurangnya
pengetahuan kandungan.Hal ini kerana guru yang mengajar Pendidikan Moral biasa
mengikuti langkah-langkah tertentu iaitu mengenalkan suatu topik atau nilai, diikuti dengan
perbincangan dalam satu kumpulan kecil dan diakhiri dengan pembentangan oleh ahli
kumpulan.Kelas ini dijalankan dalam keadaan tanpa sebarang persoalan dan perbincangan
yang bermakna di dalam kelas.Ini secara langsung telah mempengaruhi perkembangan moral
murid dalam membuat tindakan yang rasional. Menurut Sugarman (1973), salah satu faktor
yang mempengaruhi perkembangan moral murid adalah pengetahuan guru dalam Pendidikan
Moral.Jadi, bolehlah dirumuskan bahawa guru cemerlang Pendidikan Moral harus menguasai
pengetahuan kandungan supaya dapat mengolah isi pelajaran kepada bentuk yang mudah
difahami oleh murid yang terdiri daripada pelbagai kebolehan yang seterusnya meningkatkan
perkembangan moral murid.

Implikasi dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa pengetahuan kandungan


adalah perlu dikuasai oleh guru cemerlang dalam Pendidikan Moral.Jadi, semasa melantik
guru cemerlang, jemaah nazir haruslah mengambil kira keperluan ini kepada guru
cemerlang.Selain itu, pihak pentadbir di sekolah haruslah melantik guru yang mempunyai
pengetahuan dan pengkhususan dalam bidang moral bagi mengajar Pendidikan Moral.Ini
adalah penting supaya pengajaran dan pembelajaran berlaku secara berkesan.Seterusnya,
pihak kementerian terutamanya unit latihan haruslah memastikan bilangan guru terlatih
dalam bidang Pendidikan Moral adalah mencukupi untuk disalurkan ke sekolah.Unit
bahagian latihan, universiti, maktab serta unit perkembangan kurikulum haruslah
menyediakan program yang betul-betul dapat melatih guru yang mahir dalam bidang
Pendidikan Moral.Dengan adanya langkah-langkah ini, pastinya guru yang dilantik dalam
mengajar Pendidikan Moral adalah mahir dan menguasai semua pengetahuan kandungan
yang diperlukan.Ini secara langsung berjaya mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dan seterusnya meningkatkan perkembangan moral murid.

Menurut pendapat saya, saya amat bersetuju bahawa guru cemerlang Pendidikan
Moral haruslah menguasai pengetahuan kandungan Pendidikan Moral.Hal ini kerana hanya
guru yang menguasai pengetahuan kandungan moral adalah betul-betul memahami dan
menguasai setiap konsep dalam Pendidikan Moral. Apabila guru ini memahami setiap konsep
dan fungsinya, pengajaran dan pembelajaran akan menjadi mudah kerana guru tahu tujuan
setiap pengajaran. Ini seterusnya membantu guru mengolah isi pelajaran dengan berkesan dan

4
memudahkan cara penyampaian guru kepada bentuk yang mudah difahami oleh
murid.Nahtijahnya, guru akan menjadi mahir dalam menyampaikan isi pelajaran dan sentiasa
memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan berlaku. Selain itu, saya berasa guru
yang menguasai pengetahuan kandungan Pendidikan Moral ini boleh menggunakan pelbagai
strategi dan pedagogi mengikut kebolehan dan latar belakang murid yang pelbagai semasa
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.Hal ini kerana guru yang mempunyai
penguasaan dalam pengetahuan kandungan telah melengkapkan diri dengan pengetahuan
dalam kurikulum, pengetahuan mengenai pemahaman murid dalam mata pelajaran,
pengetahuan pedagogi serta pengetahuan tentang mata pelajaran.Ini telah membolehkan guru
ini merancang pelbagai aktiviti dalam kelas di mana ianya dapat menarik minat pelajar untuk
belajar dan menyampaikan pengajarannya secara berkesan.

Rumusannya, guru cemerlang Pendidikan Moral haruslah menguasai pengetahuan


kandungan bagi mencapai matlamat mata pelajaran Pendidikan Moral pada abad ke-21 ini.
Jadi, Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak sekolah serta guru cemerlang Pendidikan Moral
haruslah memandang serius terhadap keperluan pengetahuan kandungan dalam mengajar
Pendidikan Moral. Akhir kata, guru cemerlang Pendidikan Moral haruslah berpegang kepada
prinsip bahawa kecemerlangan Pendidikan Moral adalah bukan dalam mencapai prestasi
akademik yang baik tetapi melahirkan murid yang berakhlak mulia, berdisiplin dan bermoral
semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral dalam kelas.

5
BAHAGIAN B: PENULISAN ESEI

“PENDIDIKAN MORAL: KEPENTINGAN KAEDAH DAN STRATEGI MENGAJAR


DI SEKOLAH”

Pendidikan Moral merupakan mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah dan
sekolah menengah di mana skop subjek ini diajar kepada murid yang bukan beragama
Islam.Komponen Pendidikan Moral memberi tumpuan kepada pemupukan nilai dan membina
kekuatan kerohanian dan moral melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni yang
terdapat dalam agama serta budaya masyarakat Malaysia.Justeru itu, kaedah dan strategi
mengajar memainkan peranan penting dalam pelaksanaan pengajaran Pendidikan Moral bagi
memastikan murid-murid mengusai semua nilai yang diajar oleh guru dan seterusnya
memberi sumbangan kepada kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan Negara.Menurut
Kamus Dewan, strategi dikatakan sebagai satu rancangan yang teratur untuk mencapai
matlamat atau kejayaan manakala kaedah pula merupakan cara atau peraturan yang
digunakan untuk melaksanakan sesuatu ataupun satu siri tindakan guru untuk mencapai
objektif pelajaran. Dengan adanya kaedah dan teknik mengajar dalam Pendidikan Moral,
barulah guru dapat merancang aktiviti yang sesuai dengan mengambil kira tahap kematangan
pemikiran moral murid, kesesuaian nilai, situasi dan isu moral yang hendak diterapkan dalam
satu pengajaran bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang efektif dalam kelas.

Terdapat empat strategi dalam pengajaran Pendidikan Moral di sekolah.Antaranya


termasuklah strategi berpusatkan guru, strategi berpusatkan murid, strategi berpusatkan bahan
dan strategi berasaskan tugasan atau aktiviti.Bagi kaedah mengajar pula, terdapat pelbagai
kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar Pendidikan Moral di sekolah iaitu kaedah main
peranan, kaedah simulasi, kaedah bercerita, kaedah lakonan, kaedah permainan, kaedah
simulasi, kaedah perbahasan, kaedah perbincangan, kaedah projek, kaedah drama, kaedah
nyanyian, kaedah perbahasan dan kaedah permainan. Jadi, guru diingatkan supaya
menggunakan kaedah dan strategi mengajar yang sesuai dalam Pendidikan Moral bagi
membimbing dan memotivasikan murid supaya memperoleh kemahiran dan ilmu
pengetahuan yang diperlukan.Nahtijahnya, kaedah dan strategi mengajar adalah penting
lebih-lebih lagi untuk mengajar murid-murid yang berbeza dari segi pencapaian, minat dan
kebolehan.Pemilihan merancang strategi dan kaedah yang berkesan dapat membantu untuk
mengajar kumpulan yang berbeza ini supaya murid-murid dapat memahami pembelajaran
yang disampaikan oleh guru dan mengelakkan murid-murid daripada ketinggalan dalam

6
pelajaran.Lazimnya, terdapat murid-murid kumpulan lemah, sederhana dan cerdas dalam satu
kelas.Jadi, dengan adanya perancangan pengajaran dan pembelajaran yang rapi meliputi
kaedah dan strategi yang sesuai dapat membantu memenuhi semua kumpulan murid di dalam
kelas.Sebagai contohnya, apabila guru mengajar murid yang terdiri daripada pelbagai
kebolehan, guru boleh menggunakan strategi berpusatkan bahan dan kaedah simulasi
berkumpulan. Guru hanya sebagai pembimbing dan pemangkin di sisi murid sahaja.

Penggunaan kaedah dan strategi dalam pengajaran Pendidikan Moral adalah penting
kerana ianya memberi peluang kepada guru Pendidikan Moral mempelbagaikan kaedah
pengajaran dalam pelaksanaan pengajaran.Dengan ini, barulah guru Pendidikan Moral dapat
menggunakan kaedah lawatan dalam pengajaran Pendidikan Moral. Kaedah lawatan
merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh memberi kesempatan
kepada murid-murid untuk memerhati dan menghasilkan suatu perasaan yang lain dari yang
lain tentang sesuatu perkara atau keadaan secara langsung di luar bilik darjah. Pada masa
yang sama, ia juga dapat menimbulkan kesedaran, keinsafan dan perasaan tanggungjawab
dalam diri murid. Jadi, adalah diingatkan bahawa sebenarnya nilai moral diterapkan dengan
lebih berkesan melalui kaedah ini.Hal ini kerana terdapat banyak tempat yang sesuai dilawati
dalam buku Pendidikan Moral. Antaranya termasuklah kawasan sekolah, tempat pembuangan
sampah, taman bunga, taman strawberi, akuaria KLC, air terjun, zoo negara, rumah
kebajikan, tempat rekreasi dan sebagainya. Lawatan boleh menyediakan pengalaman secara
langsung kepada murid dan menjadikan pembelajaran dengan lebih berkesan.Sebagai
contohnya, murid-murid boleh dibawa melawat pusat pembuangan sampah apabila guru
mengajar nilai kebersihan alam sekitar. Dengan ini, murid-murid akan menyedari tentang
kepentingan menjaga alam sekitar akibat rasa tidak selesa dan busuk dengan keadaan di
tempat pembuangan sampah.

Di samping itu, kepentingan strategi dan kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Moral akan memberi pengalaman baru kepada murid-murid dan membantu
mereka mempraktiknya dalam kehidupan seharian. Guru berupaya memotivasikan murid-
murid dengan penggunaan strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti
dan permainan. Pembelajaran akanmenjadi lebih berkesan apabila murid-murid mempunyai
peluang memanipulasikan alatan dengan sendirinya ketika menjalankan aktiviti. Sebagai
contohnya, guru yang mengajar nilai “tanggungjawab terhadap keluarga”, murid diajar
tentang cara melipat baju dan memberi latihan amali melipat baju. Pengajaran guru yang

7
berkesan membantu murid-murid membawa pengalaman ini untuk digunakan semasa
membantu ibu melipat baju di rumah bagi meringankan beban ibu.

Seterusnya, kepentingan strategi dan kaedah dalam pengajaran Pendidikan Moral ini
telah memberi peluang kepada guru menggabungjalinkan pelbagai kemahiran terutamanya
kemahiran lisan, membaca dan menulis. Sebagai contohnya, guru yang menggunakan kaedah
lakonan dalam pengajaran tajuk “kasih sayang terhadap keluarga” telah memberi peluang
kepada murid-murid membaca dialog yang dibekalkan, menjalankan perbincangan dalam
kumpulan dan seterusnya membuat catatan tentang kepentingan kasih sayang terhadap
keluarga. Dengan adanya strategi dan kaedah yang sesuai ini, guru berjaya
menggabungjalinkan pelbagai kemahiran ini dalam pelaksanaan pengajaran dan seterusnya
memperkembangkan kemahiran murid ini ke tahap optimum.

Selain itu, kepentingan menggunakan strategi dan kaedah mengajar dalam Pendidikan
Moral adalah bertujuan untuk menarik perhatian murid. Dengan strategi yang sesuai dan
kaedah pengajaran yang kreatif, murid akan berasa seronok dan secara tidak langsung mereka
akan memberi perhatian terhadap apa yang ingin disampaikan oleh guru. Strategi dan kaedah
yang sesuai adalah penting bagi mengekalkan perhatian murid terhadap sesi pengajaran
guru.Apabila murid tertarik dengan kaedah dan teknik mengajar yang digunakan oleh guru,
perhatian murid akan dapat dikekalkan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran.Haruslah
diingatkan bahawa pemilihan kaedah yang sesuai boleh membangkitkan rasa ingin tahu
dalam diri murid. Misalnya seorang guru menggunakan teknik bercerita untuk mengajar nilai
kepercayaan kepada Tuhan, murid akan tertanya-tanya tentang kehadiran Tuhan dalam dunia
ini dan sebab Tuhan akan berada di sisi kita.

Seterusnya, strategi dan kaedah mengajar adalah penting dalam Pendidikan Moral
dengan memberi peluang kepada murid-murid mempelajari cara menyelesaikan masalah
dalam kehidupan seharian. Guru tidak haruslah berpegang kepada pengajaran tradisional iaitu
hanya berpusatkan kepada guru sahaja. Guru haruslah menggunakan strategi berpusatkan
murid dan menggunakan kaedah penyelesaian masalah dengan memberi peluang kepada
murid membuat keputusan sendiri. Sebagai contohnya, guru boleh menggunakan situasi
tentang isu-isu sosial dalam nilai yang berkaitan diri dan masyarakat. Guru boleh meminta
murid-murid mengumpul maklumat tentang isu-isu sosial dalam masyarakat hari ini dan
mencari jalan penyelesaiannnya. Dalam kaedah ini, kemahiran berfikir murid digalakkan
kerana murid-murid diberi peluang memikirkan cara-cara penyelesaian tanpa bantuan

8
guru.Murid-murid akan memikirkan cara-cara mengumpul maklumat yang dapat menolong
menyelesaikan masalah yang diberikan oleh guru. Dalam langkah merumus dan menilai
penyelesaian,murid akan melihat kembali proses penyelesaian dan menilai sama ada cara
penyelesaian berjaya atau tidak. Dengan ini, murid-murid telah melibatkan diri dengan aktif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran adalah berkesan dan efektif.

Di samping itu, penggunaan strategi dan kaedah dalam Pendidikan Moral juga
memberi peluang kepada guru memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan
ketangkasan murid.Hal ini kerana guru juga digalakkan menggunakan kaedah bermain sambil
belajar dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.Melalui kaedah
ini, guru juga dapat membentuk perkembangan tumpuan seseorang murid serta minat untuk
menjelajahi dan mencipta idea. Misalnya, guru boleh meminta murid menjawab solan
mengikut bola bernombor dalam baling. Murid akan diberikan ganjaran sekiranya menjawab
soalan dengan betul. Selain itu.permainan pasir, air dan bongkah secara berkumpulan juga
dapat mendidik kanak-kanak bersabar, bersungguh-sungguh dan bekerjasama dalam
kumpulan.Semua ini adalah penting dalam pendidikan Moral kerana secara tidak langsung
guru dapat menerapkan nilai-nilai dalam diri murid.

Seterusnya, kepentingan strategi dan kaedah mengajar dalam Pendidikan Moral ialah
memberi peluang kepada murid mempelajari sesuatu perkara melalui penglibatan diri secara
langsung dalam aktiviti pembelajaran sama ada dilaksanakan dalam bentuk kumpulan
mahupun individu.Ianya dapat dilaksanakan dengan menggunakan strategi berpusatkan bahan
dan kaedah projek. Dengan menggunakan strategi dan kaedah ini, murid-murid berpeluang
merasai pengalaman pembelajaran sendiri sama ada secara hands-on ataupun minds-on.
Kaedah projek ini boleh dijalankan dengan membuat pemerhatian sama ada di dalam atau di
luar bilik darjah melalui cara mencari, mengumpul dan menganalisis sesuatu maklumat.Guru
akanmenentukan jenis projek yang sesuai mengikut kebolehan murid-murid dari segi fizikal
dan mental. Guru akan membimbing di sisi murid sepanjang aktiviti projek ini dilaksanakan.
Kaedah projek ini melibatkan diri murid dalam perancangan dan pada masa yang
samamenerapkan nilai kerjasama dan bertanggungjawab.Dalam pendidikan Moral, kaedah
projek boleh dilaksanakan dengan meminta murid mengumpul dan menampal gambar
peminpin dan Raja dalam buku skrap ataupun membersihkan bilik darjah secara beramai-
ramai.

9
Seterusnya, penggunaan strategi dan kaedah mengajar dalam Pendidikan Moral
membolehkan guru memperkembangkan semangat kolaboratif dalam kalangan murid. Hal ini
kerana guru yang cenderung kepada strategi berpusatkan murid akan menggunakan pelbagai
kaedah dalam melaksanakan pengajaran Pendidikan Moral. Nahtijahnya, kebanyakkan
aktiviti yang dirancang adalah dalam bentuk kumpulan. Dengan ini, murid-murid dalam satu
kumpulan akanbermuafakat serta berganding bahu untuk melakukan sesuatu aktiviti
pembelajaran demi menuju ke arah satu matlamat. Ahli-ahli kumpulan akanberbincang,
merancang dan membuat persediaan untuk menyelesaikan masalah tugasan yang diberikan
oleh guru.Oleh yang demikian, semangat setiakawan dan kolaboratif dapat diperkembangkan
dalam diri murid dan seterusnya memberi sumbangan kepada kesejahteraan diri, keluarga,
masyarakat dan Negara.

Akhirnya, strategi dan kaedah mengajar adalah penting dalam Pendidikan Moral bagi
memperkembangkan kemahiran komunikasi dalam kalangan murid.Ianya boleh dilaksanakan
melalui kaedah lakonan. Terdapat dua cara melaksanakan kaedah lakonan ini iaitu lakonan
tanpa skrip dan berskrip. Lakonan tanpa skrip memerlukan penglibatan murid secara sukarela
untuk membawa sesuatu watak.Murid-murid dikehendaki memahami jalan cerita, watak dan
nilai-nilai yang ada dalam cerita itu.Kemudian kaitkan nilai-nilai yang ada dalam kehidupan
seharian.Manakala bagi lakonan berskrip pula, murid-murid diminta membaca dan
memahami skrip serta watak dan jalan cerita.Kemudian, nilai-nilai moral dalam lakonan akan
dibincangkan dan ringkasan akan dihasilkan.Melalui kaedah ini, murid-murid dapat
berinteraksi dengan rakan-rakan tentang jalan cerita dan watak yang dibawa oleh
mereka.Dengan ini, secara langsung, kemahiran komunikasi antara murid boleh
diperkembangkan dan merapatkan hubungan sesama mereka.Selain itu, lakonan juga dapat
menarik minat dan meningkatkan penglibatan murid lalu meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.

Kesimpulannya, strategi dan kaedah mengajar bukan sahaja penting dalam mata
pelajaran lain bahkan juga untuk mata pelajaran Pendidikan Moral. Hal ini kerana ianya
merupakan asas dalam pembelajaran bagi mengoptimumkan pembelajaran murid.Selain itu,
ia juga merupakan asas bagi mencapai kehendak sistem pendidikan negara amnya dan
falsafah pendidikan khususnya. Oleh itu, seseorang guru haruslah bijak dalam menggunakan
strategi dan kaedah yang sesuai dalam pengajaran Pendidikan Moral supaya proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan sempurna.

10
RUJUKAN

Abdul Rahman Md.Aroff & Chang, L. H. (1994).Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Longman
Malaysia Sdn. Bhd.

Amaljaya. (2009, May 06). Teaching Strategies.Diakses pada 8 Julai 2016 daripadaPendidik
Guru: http://amaljaya.com/guru/2009/05/06/teaching-strategies/

Chang Lee Hoon (2001). “Penggunaan vignette dalam kajian penaakulan moral di kalangan
pelajar tingkatan empat”. Dalam Marohaini Yusoff (ed.). Penyelidikan kualitatif:
pengalaman kerja lapangan kajian (m.s. 155 – 187). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya.

Ee A.M. ( 1994). Pendidikan Moral (Elektif). Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Eow, B. H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.

Hena Mukherjee & Judy Ellis & Chang Lee Hoon & N.S. Rajendran (1992 ). Strategi
Pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Petaling Jaya:Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Koo Kee Peng & Tang Chee Yee.(1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

Maxclison.(Jun 14. 2009).Kaedah Yang Digunakan Dalam Pengajaran Pendidikan Islam


Dan Moral. Diakses pada 8 Julai 2016 daripada
http://majorpra.blogspot.my/2010/11/1.html

Mohd.Zaki. (December 10, 2011). Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi Pengajaran
Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani. Diakses pada 8 Julai 2016
daripadahttp://mohdzakirazman.blogspot.my/2011/12/pendekatan-kaedah-teknik-dan-
strategi.html

Mook Soon Sang. 2000. Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepas Ijazah
Semester 1). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Nucci, L. P. (2001). Education in the moral domain. Cambridge: Cambridge

University Press.Pusat Perkembangan Kurikulum.(2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum


Bersepadu Sekolah Menengah Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Rest, J., Narvaez, D, Bebeau, M., Thoma, S. (1999).Postconventional moral thinkihg: A neo-
Kohlbegian approach. Mahwah: NJ, Erlbaum.

Shahabuddin Hashim,Dr.Rohizani Yaakub & Mohd.Zohir Ahmad. (2007). Pedagogi:


Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Kuala Lumpur : PTS Professional
Publishing Sdn.Bhd.

11
BAHAGIAN C: PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Subjek : Pendidikan Moral

Tajuk : Kita Perlu Jujur

Tahun : 2 Setia

Tarikh :18 Ogos 2016 (Khamis)

Masa : 60 minit (8.30 pagi-9.30 pagi)

Bilangan Murid : 28 orang

Nilai : Kejujuran

Standard Kandungan :10.1 Mengamalkan sikap jujur dalam keluarga

Standard Pembelajaran :Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

10.1.1 Menceritakan perlakuan jujur dalam keluarga

10.1.2 Menyenaraikan kepentingan bersikap jujur dalam

keluarga

10.1.3 Menyedari kesan bersikap jujur dalam keluarga

10.1.4 Menunjukkan sikap jujur dalam keluarga

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

a. Menyenaraikan 3 contoh perlakuan jujur dalam keluarga.


b. Menyenaraikan 3 kesan tidak bersikap jujur dalam
keluarga.
c. Menyenaraikan 3 kepentingan bersikap jujur dalam
keluarga.
d. Mengamalkan sikap kejujuran dalam keluarga.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah bercakap bohong dengan ahli keluarga mereka.

Strategi : Berpusatkan murid

Pendekatan : Pendekatan Pemupukan Nilai

Kaedah : Kaedah Bercerita, Kaedah Nyanyian, Kaedah Perbincangan,

Kaedah Bermain

12
EMK : i. Kreativiti dan Inovatif - menjana idea

ii. Teknologi Maklumat dan Komunikasi – menggunakan

persembahan elektronik (Ms Power Point)

Bahan Bantu Mengajar : Buku teks, Klip Video “Kejujuran Dalam Keluarga”, Lagu

“Kita Perlu Jujur”, Cerita “Si Gembala Pembohong”,

Komputer Riba, LCD Projektor, Skrin Tayangan,


Kad Soalan, Lembaran Kerja

13
Langkah Isi Kandungan AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Catatan
P&P /
Aktiviti Guru Aktiviti Murid
Masa

Menarik minat pelajar 1. Guru menayangkanklip video “Kejujuran dalam 1. Murid-murid menonton Bahan Bantu
Set Induksi
terhadap pelajaran. Keluarga”dan meminta murid menontonnya dengan Tayangan klip video “ Mengajar:
(5 minit)
1. Tayangan klip video teliti.Sila rujuk laman web: Kejujuran Dalam Keluarga” - Klip Video
“Kejujuran dalam http://www.youtube.com/watch?v=obxqxG9ZjYM 2. Murid menjawab soalan yang “Kejujuran
Keluarga”. 2. Guru meminta murid menceritakan situasi yang berlaku dikemukakan oleh guru. Dalam Keluarga”
2. Sesi soal jawab. dalam video tersebut. - Komputer Riba
3. Perkenalkan nilai dan 3. Guru memilih beberapa orang murid secara rawak untuk - LCD Projektor
topik. menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru bagi - Skrin Tayangan
membantu murid-murid memahami cerita yang
disampaikan dalam video. EMK:
Soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru:
- Teknologi
a. Apakah yang dilakukan oleh budak lelaki dalam video
Maklumat dan
apabila dia membocorkan pasu semasa bermain?
Komunikasi
Budak lelaki itu menyapukan sisa-sisa kaca ke bawah
meja.
b. Adakah dia memberitahu ibunya? Mengapakah dia tidak
bercakap benar dengan ibunya?
Tidak. Dia menyalahkan adiknya yang pecahkan pasu itu

14
kerana takut dimarahi oleh ibu.
c. Apakah yang terjadi pada budak lelaki itu akhirnya?
Kakinya terpijak kaca dan menangis kesakitan.
d. Adakah tindakan budak lelaki itu betul? Kenapa?
Tidak. Kerana kita mesti bersikap jujur terhadap
keluarga.
4. Guru memperkenalkannilai kejujuran kepada murid.

Maksud nilai kejujuran:


Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap
perlakuan.

15
Bahan Bantu
Langkah 1 Perbincangan 1. Guru menyampaikan cerita “Si Gembala Pembohong” 1. Murid memberi perhatian
Mengajar:
dan meminta murid mendengar dengan teliti. Sila rujuk kepada cerita yang
(10 minit) 1. Mendengar cerita
Lampiran A. disampaikan oleh guru. - Cerita “Si
“Si Gembala
2. Guru bertanya kepada murid akibat yang berlaku kepada 2. Murid mengemukakan soalan Gembala
Pembohong”
pengembala yang berbohong. sekiranya terdapat sebarang Pembohong”
2. Berkongsi idea antara
3. Guru menyuruh murid menyenaraikan cerita-cerita yang ketidakfahaman.
guru dan pelajar. EMK:
tidak jujur yang pernah mereka dengar.
3. Membuka minda - Teknologi
pelajar-pelajar Maklumat dan
tentang isi Komunikasi
pembelajaran.

Menggalakkan Pelajar 1. Guru membahagikan murid kepada enam kumpulan. 1. Murid mencari kawan-kawan Bahan Bantu
Langkah 2
berkerjasama di dalam 2. Setiap kumpulan diberikan sehelai kertas berjadual (sila dan membentuk 6 kumpulan. Mengajar:
(20 minit)
kumpulan rujuk Lampiran B). 2. Murid bergerak dalam - kertas berjadual
1. Kerja Kumpulan 3. Guru menyuruh murid membincangkan soalan-soalan kumpulan masing-masing.
2. Sesi Pembentangan berikut: 3. Murid dikehendaki berbincang
EMK:
dan perbincangan  Contoh bersikap jujur dalam keluarga. dan mengisi jadual tersebut.
 Kesan tidak bersikap jujur dalam keluarga. 4. Setiap kumpulan dikehendaki - Teknologi

 Kepentingan bersikap jujur dalam keluarga. menghantar wakil bagi Maklumat dan

4. Murid-murid diminta menyiapkan jadual yang diberikan membentangkan hasil catatan Komunikasi

dalam masa 10 minit. masing-masing. - Kreativiti dan

5. Setiap kumpulan dikehendaki menghantar seorang wakil Inovatif

16
murid untuk membentangkan hasil kerja mereka.
6. Guru bertindak sebagai pembimbing dan membetulkan
sebarang kesalahan semasa pembentangan.
7. Guru memaparkan jawapan untuk setiap soalan (sila
rujuk Lampiran C).
Bahan Bantu
Langkah 3 Permainan Kecil 1. Guru meminta murid-murid duduk dalam tempat duduk 1. Murid duduk dalam tempat
Mengajar:
masing-masing. duduk masing-masing.
(10 minit)
2. Guru akan melantik seorang murid berjalan merantau  Kad Soalan
2. Murid bermain permainan
kelas. mengikut arahan guru.
3. Guru akan memberikan kad soalan kepada murid
tersebut.
4. Apabila muzik dimainkan, murid tersebut akan berjalan
merantau kelas.
5. Apabila muzik dihentikan, murid tersebut akan
memberikan kad soalan kepada salah seorang murid
yang duduk.
6. Murid yang dapat kad itu kena menjawab soalan yang
terdapat dalam kad. Setelah menjawab, guru akan
memberikan kad soalan baru kepada murid ini.
7. Permainan diteruskan sehingga semua kad soalan
dijawab oleh murid.

17
8. Soalan-soalan yang terdapat pada kad adalah seperti:
 Contoh bersikap jujur dalam keluarga.
 Kesan tidak bersikap jujur dalam keluarga.
 Kepentingan bersikap jujur dalam keluarga.

1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid untuk Bahan Bantu


Langkah 4 Penilaian 1. Murid dikehendaki
memperkukuhkan kefahaman murid(sila rujuk Lampiran Mengajar:
menyiapkan lembaran kerja
(10 minit) 1. Lembaran Kerja
D). yang diberikan oleh guru - Lembaran Kerja
2. Murid dikehendaki menyiapkan lembaran kerja dalam dalam masa yang ditetapkan.
masa yang ditetapkan.
3. Guru dan murid membincang jawapan lembaran kerja
bersama-sama.
Rumusan 1. Guru membimbing murid menyanyi lagu “ Kita Perlu 1. Murid memberikan pendapat Bahan Bantu
Penutup
1. Nyanyian lagu Jujur” dengan mengikut rentak lagu “Tiga Kupang”. mereka. Mengajar:
(5 minit)
“ Kita Perlu Jujur” Sila rujuk laman web http://www.youtube.com/watch 2. Murid memberi perhatian - Lagu “Kita Perlu
2. Membuat kesimpulan ?v+uOq8DCUdnqQ terhadap penerangan guru Jujur”
tentang apa yang 2. Guru membuat kesimpulan tentang nilai kejujuran dan 3. Murid mengemukakan soalan - Komputer Riba
dipelajari hari ini. membuat ulangan tentang contoh bersikap jujur dalam jika terdapat sebarang - LCD Projektor
keluarga, kesan tidak bersikap jujur dalam keluarga dan ketidakfahaman - Skrin Tayangan
kepentingan bersikap jujur dalam keluarga.

18
EMK:

- Teknologi
Maklumat dan
Komunikasi

19
LAMPIRAN A

Si Gembala Pembohong

Di suatu desa ada seorang anak gembala. Setiap hari dia menggembalakan
kambingnya di padang rumput agak jauh dari desa. Si Gembala itu anak yang nakal.
Dia suka berbuat usil dengan teman-temannya. Pada suatu hari yang panas, dia
sedang menggembala kambing-kambingnya di sebuah padang rumput, tak jauh dari
desanya. Di kelompok lain, kambing-kambing orang-orang desa digembalakan juga,
meski tidak ada yang menjaganya. Tiba-tiba, dia mempunyai idea jahat untuk
membohongi warga desa. Kemudian dia berteriak keras, "Ada serigala! Ada
serigala! Tolong... tolong...tolong!" "Serigala mahu makan kambing-kambing kita."
Dia berharap warga desa mendengar teriakannya dan segera berlari ke arah padang
rumput.

Warga desa yang mendengar teriakan anak itu segera berlari ke padang
rumput untuk menyelamatkan kambing-kambing mereka. Namun ketika mereka
sampai, ternyata tidak ada serigala. Hanya anak gembala itu yang tertawa
terpingkal-pingkal melihat warga desa yang telah dibohonginya.

Keesokan harinya, anak gembala tersebut mengulangi tipuannya. Dia


berteriak lebih keras dari sebelumnya, “ada serigala…. Ada serigala… kambing-
kambing kita mahu dimakan… Warga desa kembali bergegas hendak
menyelamatkan kambing-kambing mereka. Anak gembala itu kembali tertawa
terpingkal-pingkal.

Sampai pada suatu hari, segerombolan serigala benar-benar datang


menghampiri kambing-kambing anak gembala itu. Si anak gembala begitu takut dan
segera berteriak keras sekali, "Tolooong... toloooong, ada serigala mahu makan
kambing kambing ku, tolong!" Para warga desa mendengar teriakan anak gembala
itu. Namun mereka diam saja, dikira pasti itu tipuan anak gembala itu lagi. Maka
mereka diam saja di desa meneruskan pekerjaan mereka. Malang si anak gembala,
semua kambingnya habis dimakan serigala.

Begitulah nasib yang menimpa anak yang sering berbohong: bahkan berkata
benar pun tidak ada orang yang akan percaya.

Nilai Moral : Jangan suka berbohong pada orang lain, kerana jika sering berbohong
maka orang lain akan menjadi tidak percaya dengan perkataan kita.

20
LAMPIRAN B

KEJUJURAN DALAM KELUARGA

Contoh-contoh bersikap jujur Kesan tidak bersikap jujur dalam Kepentingan bersikap jujur dalam
dalam keluarga keluarga keluarga.

21
LAMPIRAN C

1) Contoh bersikap jujur dalam keluarga.

 Tidak bercakap bohong dengan ibu bapa.

 Amber dengan tidak sengaja menggotorkan buku cerita kakak dan dia
meminta maaf dengan kakak.

 Betty selalu berterus-terang dengan perkara yang berlaku di sekolah.

2) Kesan tidak bersikap jujur dalam keluarga.

 Dimarahi oleh ibu bapa.

 Tidak disayangi oleh ibu bapa

 Tidak dipercayai oleh ibu bapa.

3) Kepentingan bersikap jujur dalam keluarga.

 Disukai oleh ibu bapa.

 Disayangi oleh ibu bapa.

 Dipercayai oleh ibu bapa.

22
LAMPIRAN D

Lembaran Kerja

Tandakan (√) pada jawapan yang betul dan tandakan (×) pada jawapan yang
salah.

1. Cythia merosakkan buku kakaknya dan dia tidak bercakap benar.............( )

2. Ibu bapa suka kepada anak-anak yang bercakap benar. ...........................( )

3. Ibu bapa sayang kepada kakak yang sentiasa jujur. ..................................( )

4. Saya menggotorkan baju abang secara tidak sengaja, saya tidak berani

memberitahunya. ........................................................................................( )

5. Lee suka bercakap bohong dengan ibu......................................................( )

6. Ibu bapa percaya kepada orang yang jujur.................................................( )

7. Sikap jujur adalah perkara yang baik..........................................................( )

8. Ibu bapa tidak marah apabila adik bercakap bohong..................................( )

9. Ibu bapa suka akan anak yang bercakap bohong.......................................( )

10. Alif gagal dalam ujian Sains dan dia meminta maaf dengan bapanya. ......( )

23

Anda mungkin juga menyukai