Anda di halaman 1dari 24

KAEDAH DAN STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL

[EMM 422]

TUGASAN

SEMESTER MEI 2016

KOD KURSUS
EMM 422

KAEDAH DAN STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN


NAMA KURSUS MORAL

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

NO. MATRIK

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN

1
KAEDAH DAN STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
[EMM 422]

Halaman Pengakuan

“Saya, , No.Matrik : megakui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

NAMA :

TARIKH : 5 hb OGOS 2016

2
KAEDAH DAN STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
[EMM 422]

Isi Kandungan

Bil. Perkara Muka Surat

1. Laman Pengakuan i

2. Isi Kandungan ii

3. Penghargaan iii

4. 1.0 Pengenalan 1

5. 2.0 Bahagian A : Artikel “Guru Cemerlang Pendidikan


Moral : Keperluan Menguasai Aspek Kandungan dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral dan
Implikasinya”

6. 3.0 Bahagian B : Esei “Pendidikan Moral :Kepentingan


kaedah dan strategi mengajar di sekolah”

7. 4.0 Bahagian C : Rancangan Pengajaran Harian


Pendidikan Moral

8. 5.0 Bibliografi
5.1 Bahan Ilmiah
5.2 Laman Sesawang

3
KAEDAH DAN STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
[EMM 422]

1.0 PENGENALAN

Mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsann (FPK) dalam (Choong, 2009), pendidikan


di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

4
KAEDAH DAN STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
[EMM 422]

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.

Dalam konteks ini, seorang guru bertanggungjawab untuk meningkatkan prestasi


murid dalam pelajaran dan menghasilkan modal insan kelas pertama. Justeru, guru hendaklah
mempelbagaikan strategi dan kaedah pengajarn semasa sesi pengajaran dan pembelajara.
Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru
menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajarn dan kemahiran yang
akan dicapai oleh murid.

Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, murid merupakan fokus utama guru.
Lantaran hal itu, kepentingan menggunakan variasi teknik dan kaedah mengajar dalam situasi
pengajaran ialah untuk menarik perhatian murid. dengan menggunakan kaedah dan strategi
yang sesuai semasa mengajar, guru dapat mencapai objektif pengajaran yang telah
disediakan. Bukan itu sahaja, secara tidak langsung, murid akan lebih mudah untuk
memahami pengajaran guru dan mula terlibat dengan lebih aktif dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu juga, pemilihan kaedah dan strategi yang sesuai boleh
membangkitkan rasa ingin tahu dalam diri murid. contohnya seorang guru menggunakan
teknik bercerita untuk mengajar, murid akan tertanya-tanya apakah pengakhiran cerita
tersebut.

Dalam pendidikan moral, penggunaan pelbagai kaedah dan strategi sangat membantu
guru untuk menerapkan nilai-nilai ke dalam diri murid. secara tidak langsung, guru dapat
menyahut seruan FPK yang berkehendakkan insan yang seimbang dan harmonis.

2.0 BAHAGIAN A : Artikel “Guru cemerlang pendidikan moral : keperluan menguasai


aspek kandungan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral dan
implikasinya”

5
KAEDAH DAN STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
[EMM 422]

Pendidikan Moral di Malaysia telah dilaksanakan sejak tahun 1983 dan menjadi
sebuah mata pelajaran teras yang diajar kepada murid-murid yang bukan beragama islam
sebagai satu ilmu untuk mengajar mereka menjadi lebih berdisiplin dan berakhlak mulia.
Untuk melaksanakan matlamat ini, pelbagai pihak perlu bertanggungjawab sama ada secara
langsung atau tidak langsung. Antaranya ialah guru pendidikan moral itu sendiri. Maka itu,
sebuah artikel ditulis oleh beberapa orang cerdik pandai bagi mengupas isu Guru cemerlang
Pendidikan Moral.

Guru cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dakepakaran


yang tinggi serta sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan
bertanggungjawab, khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Tujuan utama
kerajaan memperkenalkan laluan kenaikan pangkat sebagai guru cemerlang adalah untuk
memberikan peluang kepada guru-guru yang benar-benar cemerlang dan menyerlah dalam
mata pelajaran yang diajar ataupun di dalam bidang pengkhususan tanpa perlu menukarkan
ke jawatan pentadbiran.

Artikel “Guru cemerlang pendidikan moral : keperluan menguasai aspek kandungan


dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral dan implikasinya” yang ditulis oleh
Kalaiselvi Ettikan, Nur Surayyah Madhubala Abdullah & Umi Kalthom Abdul Manaf telah
mengupas mengenai kepentingan guru cemerlang pendidikan moral untuk menguasai
kemahiran yang diperlukan untuk mengajar Pendidikan Moral. Hal ini kerana untuk mengajar
pendidikan moral, seorang guru tidak hanya perlu tahu nilai-nilai yang ada tetapi guru
cemerlang perlu mahir dalam menguasai setiap topik yang ada bagi memudahkan murid
untuk menguasai mata pelajaran ini.

Pemilihan guru cemerlang sering kali menimbulkan banyak isu yang menjadi
perhatian. Mereka yang dilantik tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan malah
perbezaan yang kurang jelas antara guru biasa dan guru cemerlang. Lantaran hal itu, artikel
ini ditulis bagi melihat sejauh mana tahap kecemerlangan dan kepakaran guru cemerlang
pendidikan moral dalam menguasai mata pelajaran ini. Namun begitu, tumpuan sebenar
artikel ini ditulis adalah untuk mengenalpasti apakah kemahiran yang perlu dikuasai oleh
guru cemerlang Pendidikan Moral.

Sorotan kajian ini berdasarkan kepada kajian-kajian lepas serta teori yang berkaitan
dengan pengetahuan kandungan. Artikel ini memetik kata-kata Shulman (1987) yang
menyatakan bahawa pengetahuan kandungan merupakan pengetahuan asas sesuatu mata

6
KAEDAH DAN STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
[EMM 422]

pelajaran yang diperlukan oleh seorang guru dan merupakan elemen paling penting dalam
pengajaran dan pembelajaran. Melalui kata-kata ini, kita dapat lihat betapa pentingnya
pengetahuan kandungan untuk guru mengajar sesuatu mata pelajaran. Hal ini kerana
pengetahuan asas tidak cukup untuk mengajar tetapi guru haruslah menguasainya. Untuk
guru cemerlang pula, pengetahuan kepada sesuatu kandungan itu memberikan impak yang
sangat besar kerana dengan menguasainya pengetahuan serta teknik mengajar yang baik, guru
cemerlang dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada murid.

Terdapat beberapa kajian lepas telah dilaksanakan yang merujuk kepada guru
pendidikan moral dan murid itu sendiri. Secara umumnya, guru pendidikan moral
kebanyakkannya tidak menguasai pengetahuan kandungan itu sepenuhnya. Mereka
kadangkala keliru dengnatopik dan nilai yang ingin diajar dan hanya menerapkan secara tidak
langsung sahaja. Fokus mereka lebih kepada peperiksaan agar murid dapat menjawab soalan
yang diberikan. Bukan itu sahaja, latar belakang seorang guru juga mempengaruhi kepada
cara pengajarn dan pembelajaran guru di dalam kelas.

Terdapat satu kajian lepas yang bersetuju bahawa seorang guru haruslah mengajar
pengkhususan mereka agar mereka dapat memberikan lebih komitmen kerana mempunyai
pengetahuan mengenai mata pelajaran tersebut. Guru bukan hanya mengajar pendidikan
moral secara langsung kepada murid tetapi guru juga haruslah memahami konsep-konsep
dalam pendidikan moral tersebut.

Guru cemerlang yang menguasai isi kandungan dalam pendidikan moral akan lebih
mudah menarik minat murid untuk belajar kerana mata pelajaran pendidikan moral bukanlah
satu mata pelajaran yang mudah bagi murid-murid. Hal ini apabila guru dapat menguasai
kandungan dengan baik, murid juga dapat menerima isi tersebut dengan baik.

Hasil daripada kajian ini, dapatan yang diperolehi adalah bagaimana pentingkan
pengetahuan kandungan itu dikuasai oleh guru pendidikan moral sama ada guru cemerlang
ataupun guru biasa. Implikasi daripada dapatan kajian ini menunjukkan seorang guru
haruslah mempersiapkan diri mereka untuk menguasai pengetahuan kandungan tentang
khusu yang bakal mereka ajar. Untuk kajian ini, adalah pendidikan moral. Penguasaan
pengetahuan kandungan yang lebih baik akan dapat membantu guru untuk mengajar dengan
lebih baik dan memberikan murid pengalaman belajar yang bermakna. Selain daripada itu,
guru cemerlang haruslah memahami konsep pendidikan moral dengan lebih mendalam. Ini
kerana melalui konsep itulah, guru dapat menyediakan sesi pengajaran dan pembelajaran

7
KAEDAH DAN STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
[EMM 422]

yang sesuai dengan konsep dan prinsip yang ingin diajar. Ia juga dapat membantu guru untuk
membuat perinciaan dengan lebih baik ketika mengajar.

Pemilihan kaedah dan strategi pengajaran juga amat penting ketika mengajar
pendidikan moral. Guru harus bijak memilih kaedah yang sesuai dan strategi yang terbaik
agar isi yang ingin disampaikan dapat disampaikan dengan baik. Untuk memastikan murid
tidak berasa bosan dan kurang fokus, guru haruslah mempelbagaikan kaedah dan strategi
pengajaran. Mata pelajaran pendidikan moral bukanlah satu mata pelajaran yang mudah
untuk dikuasai murid. Murid hanya menguasai mata pelajaran untuk memenuhi peratus lulus
dalam peperiksaan sahaja. Guru harus mengubah pemikiran ini agar nilai-nilai yang diajar
dapat diserap masuk dalam diri murid.

Pemilihan guru cemerlang haruslah berdasarkan beberapa faktor penting. Pihak nazi
haruslah mengambil kira keperluan yang sebenar-benarnya perlu ada pada seorang guru
cemerlang. Bukan itu sahaja, sekolah turut memainkan peranan dalam membentuk guru
cemerlang di sekolah. Hal ini kerana sokongan daripada sekolah dapat membuatkan guru
cemerlang untuk terus meningkatkan prestasi mereka di sekolah.

Kajian ini membuka mata kita bahawa pemilihan guru pendidikan moral itu haruslah
dipilih berdasarkan pengetahuan serta penguasaan konsep dan bukanlah berdasarkan
kekosongan jadual yang terdapat di sekolah. Perkara seperti inilah mendorong kepada peratus
guru pendidikan moral hanya mengajar untuk peperiksaan dan mereka tidak memahami
konsep sebenarnya pendidikan moral. Impak yang besar diterima oleh murid-murid kerana
mereka tidak dapat menyerap masuk apa yang disampaikan oleh guru pendidikan moral yang
hanya diberikan mata pelajaran tersebut sebagai memenuhi kekosongan yang ada.

Pada pendapat saya, kajian ini benar-benar membuka mata untuk kita melihat kepada
diri kita sendiri sama ada kita menguasai konsep pendidikan moral atau tidak. kita tidak perlu
tunggu untuk menjadi guru cemerlang barulah hendak berusaha menguasai konsep dan
prinsip pendidikan moral tetapi sebagai seorang guru pendidikan moral sendiri, kita haruslah
menyiapkan diri dengan pengetahuan-pengetahuan mengenai mata pelajaran ini.

Kajian ini seharusnya dikembangkan lagi dan diperbanyakkan lagi. Mata pelajaran
pendidikan moral bukanlah satu mata pelajaran yang mudah untuk dikuasai sama ada untuk
guru atau murid. Lantaran itu, kajian seperti ini dapat membantu guru-guru pendidikan moral
untuk menambahbaik kemahiran mereka. Fokus utama pendidikan moral bukanlah untuk

8
KAEDAH DAN STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
[EMM 422]

mencapai prestasi akademik yang baik tetapi untuk melahirkan murid yang berdisiplin,
berakhlak mulia serta bermoral. Pendidikan moral dapat dilihat sebagai satu alat untuk
membantu murid bertingkah laku yang diterima oleh masyarakat. Oleh itu, amat penting bagi
guru-guru pendidikan moral menguasai kemahiran serta isi kandungan dalam mata pelajaran
tersebut kerana ia memberikan impak yang sangat besar kepada murid.

Konklusinya, kajian ini sangat membantu kita untuk mengesan apa yang seharusnya
ada pada guru cemerlang pendidikan moral agar kita dapat memperbaiki serta menambahbaik
cacat cela dalam pengajaran kita pada masa akan datang. Guru cemerlang adalah modal
keapda guru-guru lain untuk menjadi lebih baik maka itu guru cemerlang haruslah
mengekalkan prestasi dengan meningkatkan lagi kemahiran yang sedia ada.

3.0 BAHAGIAN B : Esei “Pendidikan Moral :Kepentingan Kaedah dan Strategi


Mengajar Di Sekolah”

Pendidikan merupakan sesuatu yang luhur kerana ia turut melibatkan unsur kebajikan.
Pendidikan bukan hanya satu proses kegiatan belajar dan mengajar tetapi juga satu proses
yang mana membantu seorang murid itu tumbuh menjadi seorang manusia yang dituntut oleh

9
KAEDAH DAN STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
[EMM 422]

falsafah pendidikan kebangsaan. Dalam erti kata lain, pendidikan adalah satu usaha
memanusiakan manusia. Pendidikan mempengaruhi seluruh aspek keperibadian dan
kehidupan individu. Pendidikan bukan hanya semata-mata untuk memberikan pengetahuan
dan membentuk keterampilan sahaja tetapi ia mencakupi usaha bagi membantu individu
untuk mewujudkan rasa ingin tahu, dan meningkatkan kemahuan mereka sehingga mencapai
pola kehidupan peribadi dan sosial yang selesa.

Pendidikan moral merupakan sebuah mata pelajaran yang mengajar tentang nilai-nilai
kemanusiaan selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara. Pendidikan moral sudah lama
dijalankan di sekolah-sekolah dan diajar secara langsung dan tidak langsung. Namun begitu,
pendidikan moral pada masa dahulu tidaklah sekompleks sekarang keana pada masa dulu
pendidikan moral hanya diberi penekanan dari segi pembentukan nilai serta perwatakan yang
baik di kalangan pelajar sekolah. Komponen Pendidikan Moral memberi tumpuan kepada
pemupukan nilai dan membina kekuatan kerohanian dan moral melalui penghayatan dan
amalan nilai-nilai murni yang terdapat dalam agama serta budaya masyarakat Malaysia.
Pelaksanaan Dasar Pendidikan Negara, Wawasan 2020, PIPP dan perlembagaan Malaysia
sebagai sebuah negara yang bermasyarakat majmuk bertepatan dengan subjek Pendidikan
Moral yang menjadi salah satu alat bagi mencapai matlamat pendidikan dan aspirasi
masyarakat dan negara.

Dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral, pendekatannya telah dibentuk


berdasarkan kepada teori-teori pembelajaran yang berkaitan dengan proses perkembangan
moral dan pembentukan sahsiah individu. Dengan menguasai pendekatan ini, guru dapat
memilih teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan mengambil kira
tahap kematangan pemikiran moral murid, kesesuaian nilai, situasi dan isu moral yang
hendak diterapkan dalam satu pengajaran. (Rahmad Sukor bin Ab Samad, 2006).

Seorang guru perlu mahir melaksanakan pelbagai strategi pengajaran semasa


melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Profesionalisme seorang guru
boleh diukur daripada kemahiran beliau menggunakan pelbagai strategi pengajaran semasa
menyampaikan pengetahuan kepada murid. Pendidikan moral sering kali menjadi sebuah
mata pelajaran minor yang disisihkan di sekolah. Mata pelajaran ini acap kali dipandang
ringan kerana ia bukanlah subjek teras di peringkat sekolah. Guru yang mengajar mata
pelajaran ini juga kadang kala bukanlah daripada kalangan guru opsyen sehingga murid-
murid memandang ringan pada mata pelajaran ini. Bukan itu sahaja, mereka juga tidak tahu

10
KAEDAH DAN STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
[EMM 422]

untuk mempelbagaikan kaedah dan strategi pengajaran. Guru pendidikan moral yang diminati
oleh murid ialah guru yang bijak memilik kaedah dan strategi pengajaran yang bersesuaian
dan melaksanakannya dengan bantuan kemahiran kreatif, kritis dan menggunakan teknologi
maklumat. Pendekatan ‘chalk and talk’ sepenuhnya di dalam kelas seharusnya dikurangkan
agar nilai yang disampaikan akan lebih mudah diserap oleh murid-murid.

Pada umumnya kaedah ialah cara atau peraturan yang digunakan untuk melaksanakan
sesuatu. Berlainan dengan pendekatan, kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang
sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangkat pendek. Dengan
erti kata lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan
langkah-langkah penyampaian yang tersusun.

Strategi pula merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau
kejayaan. Strategi juga boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan
kaedah-kaedah untuk mencapat sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta
kemudahan secara optimum. Dalam sesuatu waktu pelajaran, strategi pengajaran dan
pembelajaran merangkumi pertimbangan-pertimbangan seperti penentuan pendekatan
berdasarkan objektif pelajaran, pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan
pendekatan yang ditentukan penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik
dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran. Selain itu, pertimbangan-pertimbangan lain
seperti pengagihan masa untuk setiap langkah mengajar dirancang secara optimum,
penggunaan bahan pelajaran mengikut keperluan untuk setiap kaedah dan teknik mengajar
dan pengurusan kelas mengikut kaedah dan strategi yang sesuai dipilih.

Dalam menghadapi arus globalisasi dalam dunia pendidikan ini, guru perlu bersiap
sedia dengan ilmu pengetahuan dan mempelbagaikan strategi dan kaedah pengajaran bagi
menjadikan suasana kelas lebih menarik seterusnya dapat menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran yang menarik dan efektif. Proses pengajaran dan pembelajaran yang
berlangsung di mana hanya guru mengawal keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran
akan membuatkan murid berasa tidak seronok. Ini akan membuatkan nilai-nilai yang cuba
disampaikan lambat diterima oleh murid. Pemikiran murid-murid sekolah rendah masih lagi
dalam keadaan yang kompleks yang mana mereka kadang kala tidak dapat memproses
maklumat dengan baik lebih-lebih perkara yang berbentuk teori. Dengan menggunakan
pelbagai kaedah dan strategi, guru akan dapat mengurangkan peratus masalah murid tidak
memahami apa yang diajar oleh guru.

11
KAEDAH DAN STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
[EMM 422]

Seorang guru pendidikan moral haruslah tahu beberapa jenis strategi pengajaran
pendidikan moral. Hal ini kerana dengan adanya pengetahuan tentang strategi, ia dapat
membantu guru untuk merancang kaedah dan teknik yang akan digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran berdasarkan objektif-objektif yang telah ditentukan. Rancangan pengajaran
itu  sangat penting bagi seorang guru kerana ia akan menentukan pencapaian   optimum
seorang murid di dalam kelas iaitu dengan melihat respon yang diberikan semasa sesi
pengajaran.

Selain itu, strategi juga penting  dalam  menyusun kaedah dan teknik mengajar secara
sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran. Apabila ada strategi, seorang
guru itu dapat  melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lancar tanpa
ada sebarang masalah kerana dia sudah membuat persediaan awal dengan mengatur langkah-
langkah pengajaran dengan sebaiknya. Guru pendidikan moral juga dapat mengawal kelas
dan sekali gus memastikan setiap murid menyerap nilai-nilai yang disampaikan.

Murid-murid sering kali menyatakan pendidikan moral merupakan sebuah mata


pelajaran yang membosankan. Faktor pendorong mereka berkata demikian adalah kerana
mereka beranggapan bahawa pengetahuan pendidikan moral tidak perlu diajar secara formal
kerana mereka telah menerima maklumat awal moral yang telah diterapkan sejak mereka
kecil. Disebabkan hal tersebut, mereka berasa mata pelajaran moral merupakan mata
pelajaran remeh dan tidak memerlukan perhatian khususnya. Kadang kala, ia terjadi kerana
sikap guru yang sambil lewa dan terdapat guru yang tidak mahir untuk mengajar mata
pelajaran pendidikan moral.

Lantaran hal itu, strategi dan kaedah mengajar pendidikan moral di sekolah amat
penting. Mata pelajaran pendidikan moral seharusnya menjadi sebuah mata pelajaran yang
penting kerana ia merupakan sebuah mata pelajaran yang menggunakan proses
memanusiakan manusia. Dari kecil lagi, murid-murid telah diterapkan nilai moral, namun
begitu tidak kesemua mereka dapat menyerap nilai tersebut dengan baik. Oleh kerana itu,
untuk memastikan murid dapat menyerap setiap nilai yang diajar, guru harus bijak memilih
strategi dan kaedah pendidikan moral.

Chong Yee pei (2000) telah membuat kajian tentang pelaksanaan mata pelajaran
pendidikan moral di beberapa sekolah rendah yang dikaji guru telah menggunakan waktu
pendidikan moral sama untuk mengajar pelajaran lain atau melaksanakan aktiviti lain bukan
akademik . Ini berpunca daripada ramai guru yang mengajar pendidikan moral terdiri

12
KAEDAH DAN STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
[EMM 422]

daripada mereka yang tidak membuat pengkhususan dan kurang berminat untuk mengajar
mata pelajaran atau tidak tahu kaedah yang sebenar.  Perkara ini menyebabkan keputusan
mata pelajaran pendidikan moral jatuh merudum. Kesan jatuhnya  markah pelajar ini
menjadikan pelajar kurang yakin dengan pengajaran guru, Impaknya, menambahkan lagi
tahap kurang berminat pelajar ke atas mata pelajaran ini. 

Dari sini kita dapat lihat betapa pentingnya seorang guru pendidikan moral itu perlu
tahu dengan mendalam kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ia memberikan
impak besar kepada markah murid dan seterusnya kepada personaliti mereka. Kelas
pendidikan moral merupakan sebuah kelas yang mana murid-murid diharap akan membentuk
sebuah tingkah laku yang bersesuai dengan norma masyarakat. Apabila murid-murid sudah
tidak dapat memproses apa yang diajar oleh guru, murid tidak akan dapat membentuk
personaliti baru mengikut nilai yang diajar.

Pengetahuan tentang kaedah dan strategi bukan sahaja memberikan impak yang besar
kepada murid tetapi kepada guru itu sendiri. Dengan adanya pengetahuan itu, guru dapat
meningkatkan mutu pengajaran mereka. Sebenarnya, tiada satu kaedah atau strategi yang
terbaik untuk semua mata pelajaran termasuk pendidikan moral. Guru haruslah mengubah
kaedahnya dari masa ke semasa mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Sebagai
contohnya, apabila musim perayaan, guru boleh menggunakan strategi berpusaatkan murid
dan mengunakan kaedah simulasi untuk menarik perhatian murid terhadap topik yang diajar.
Apabila guru menguasai pelbagai jenis kaedah dan strategi, guru akan dapat menggunakanya
dalam pengajarannya. Dengan cara ini, guru dapat membantu murid untuk mendapat
pencapaian yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik tetpai juga dalam
kehidupan sehariannya. Secara tidak langsung, ia dapat melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Guru juga boleh memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan
sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan
menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan
dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai
hasrat ini guru haruslah pandai memilih strategi yang sesuai dan kaedah yang menarik dan
ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik.

Pendidikan Moral memainkan peranan penting dalam merealisasikan matlamat


pendidikan dan sebagai wardah untuk mencapai hasrat negara. Mata pelajaran ini merupakan

13
KAEDAH DAN STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
[EMM 422]

satu subjek yang penting di sekolah dalam melahirkan generasi yang berilmu, berdisiplin dan
berwawasan. Guru Pendidikan Moral memainkan peranan yang penting dalam
menyampaikan pelajarannya dengan berkesan dan menjadi contoh (role model) kepada para
pelajarnya. Guru tidak menggunakan pendekatan secara pengalaman terhadap pembelajaran.
Pengajaran mata pelajaran ini memfokuskan pada konsep penting yang menyatukan
pembelajaran dan kehidupan dan bukannya hanya berfokuskan topik-topik yang tidak penting
dan faedah yang diperoleh hanyalah sedikit oleh pelajar. 

Untuk mengajar pendidikan moral, guru boleh mengaplikasikan pengalaman murid-


murid dan mengunakan itu sebagai sebuah kaedah dalam menarik perhatian dan minat muid
mempelajari pendidikan moral. Pembelajaran hanya akan berlaku apabila murid dapat
memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka.
Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait
yang bermakna dan relevan dalam persekitarannya. Apabila murid berkongsi pengalaman
atau guru mengaitkan nilai dengan pengetahuan sedia ada murid, mereka akan mula
melibatkan diri. Hal ini kerana mereka mula memahami maksud nilai yang diajarkan. Guru
harus melihat daripada sudut pandangan murid semasa mengajar pendidikan moral. Menurut
Abdul Rafie Mahat (2001) ,kita boleh merancang menghasilkan satu kurikulum yang lengkap
dan sempurna tetapi jika guru tidak dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan,
maka usaha murni tersebut akan menjadi sia-sia.

Pelaksanaan pendidikan nilai dalam mata pelajaran di sekolah amat bergantung


kepada strategi di bilik darjah. Guru harus mengetahui dan menggunakan pelbagai kaedah
dan strategi pengajaran nilai yang sesuai. Walaupun terdapat pihak yang mendakwa bahawa
nilai tidak boleh diajar, tetapi nilai sebagai satu bentuk pengetahuan dan tingkah laku pada
umumnya boleh diajar dan perlu dipelajari. Sebagai satu domain efektif, nilai boleh dipelajari
dengan pelbagai cara. Jika aktiviti pembelajaran bersifat praktikal dapat dilaksanakan dengan
melibatkan pelajar, maka pembelajaran nilai akan menjadi lebih bermakna dan berkesan
untuk dikuasai pelajar.  Oleh sebab itu, kaedah dan strategi dalam mengajar pendidikan moral
amat penting kerana ia dapat membantu guru untuk melaksanakan pendidikan nilai dengan
lebih baik.

Bukan itu sahaja, dengan menggunakan pelbagai kaedah dan strategi pengajaran, guru
dapat memotivasikan murid, membimbing dan menggalakkan murid untuk melibatkan diri
dengan lebih aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid sekolah rendah

14
KAEDAH DAN STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
[EMM 422]

amat memerlukan bimbingan berterusan untuk memahami sesuatu konsep yang konkrit
kepada konsep yang lebih abstrak. Sebagaimana yang kita tahu, pengajaran nilai bukanlah
sesuatu yang mudah. Sekiranya guru silap memberikan penerangan kepada murid, ia akan
mempengaruhi tingkah laku mereka.

Menurut Abdul Rafie Mahat (2001) Kelemahan pengajaran guru dipengaruhi oleh
pelbagi faktor seperti tahap kecekapan, masalah penilaian moral, kekurangan minat dan
komitmen guru, ketidakserasian nilai iaitu masalah incompatibilities of values di sekolah dan
luar sekolah.  Guru merasakan bahawa pengajaran yang sekadar untuk memenuhi keperluan
adalah cukup, tanpa memikirkan mengenai murid-murid. Oleh itu, mereka tidak
menggunakan pelbagai kaedah dan strategi semasa mengajar. Kita dapat lihat beberapa
contoh masalah moral yang terjadi di sekolah rendah. Walaupun pendidikan moral diajar
secara formal di sekolah tetapi tetap terjadi masalah tingkah laku atau moral yang tidak dapat
diterima masyarakat. Bukan cuba untuk menunding jari kepada para guru tetapi sekiranya
pelbagai kaedah dan strategi digunakan, murid akan dapat menyerap dengan lebih banyak
pengajaran nilai lalu mengurangkan peratus masalah moral di sekolah.

Tugas utama seorang guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar.
Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan
suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan
pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang
dapat merangsangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan
pelajar. Justeru sebagai pendidik atau guru, hendaklah berusaha untuk menggunakan pelbagai
kaedah dan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan pelajar yang
kreatif, berani mencuba, rajin dan tekun sebagaimana yang diperlukan untuk melahirkan
modal insan yang cemerlang.

Sebagai rumusannya, sama ada tahap moral atau akhlak tinggi mahupun adab sopan
yang baik, ini semua menggambarkan baik budi dan tinggi peribadi seseorang manusia.
Ewing (1990) melaporkan bahawa kelemahan moral di kalangan kanak-kanak dalam
melakukan jenayah bukan disebabkan mereka tidak mengetahui bahawa pekara itu salah
tetapi berpunca dari tiadanya perasan terhadap kebajikan orang lain. Oleh itu, perlu dipupuk
melalui pendidikan terutamanya dalam tahap-tahap awal kehidupan individu itu.  Pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan membawa impak yang besar kepada guru dan juga murid.

15
KAEDAH DAN STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
[EMM 422]

Sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar pasti segala ilmu yang
dicurahkan oleh para guru akan dapat diadaptasi oleh murid-murid.

4.0 BAHAGIAN C : Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Moral

TAHUN 4 Akasia
BIL. MURID 20 Orang
TARIKH 19 Julai 2016
MASA 10.30 am – 11.30 am (60 minit)
TAJUK Semangat bergotong-royong
TAJUK
Standard 12.0 Kesediaan melakukan sesuatu untuk
STANDARD Kandungan kepentingan bersama.

16
KAEDAH DAN STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
[EMM 422]

Standard12.1.1 Menyenaraikan aktiviti dilakukan bersama-


Pembelajaran sama jiran.
12.1.2 Meramalkan kesan melakukan aktiviti
bersama-sama jiran
Pada akhir pengajaran, murid dapat :
Kognitif : Menyenaraikan sekurang-kurang tiga jenis aktiviti yang
OBJEKTIF melibatkan nilai kerjasama yang dilakukan bersama-sama
jiran.
Psikomotor : Melakukan simulasi gotong-royong dengan bimbingan
guru mengikut kumpulan.
Afektif : Menyatakan perasaan gembira apabila melakukan
aktiviti.
PENGETAHUAN Murid – murid tahu apa yang dimaksudkan dengan jiran.
SEDIA ADA
MURID
NILAI Bertimbang rasa, hormat-menghormati, bantu-membantu, Bertoleransi,
SAMPINGAN bekerjsama
BAHAN BANTU LCD, Kad gambar, kad arahan, kad manila, pen marker
MENGAJAR
KEMAHIRAN Menyatakan, menyenaraikan, me
BERFIKIR

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran Catatan


Aktiviti Guru Aktiviti Murid
Set Induksi Tayangan 1. Guru 1. Murid menonton KB :
video gotong menayangkan tayangan video yang Kemahiran
royong video gotong- dipasang pada LCD. mendengar
royong 2. Murid mengenalpasti
Contoh menggunakan nilai yang terkandung BBM :
soalan: LCD. dalam video yang Tayangan
1. Apakah 2. Guru meminta ditayangkan. Video,
yang kamu murid menyatakan LCD
dapat lihat nilai yang
dalam video
terkandung pada
ini?
2. Apakah video.
sifat-sifat yang 3. Guru bersoalkan
ada dalam dengan murid dan
video aktiviti mengaitkan isi
bergotong- pelajaran dengan
royong itu tadi nilai yang akan
? dipelajari.
3.Adakah
kamu
mengamalkan
nilai tersebut

17
KAEDAH DAN STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
[EMM 422]

dalam aktiviti
harian anda ?
Langkah 1 Kad Gambar 1. Guru menerangkan 1. Murid mendengar KB :
nilai kerjasama dan dengan teliti apa yang Menyatakan
mengaitkan dengan diterangkan oleh guru.
jiran. 2. Murid menyatakan
2. Guru meminta aktiviti yang melibatkan BBM:
murid menyenarai kerjasama dengan jiran. Kad Gambar
beberapa aktiviti yang 3. Murid menceritakan
melibatkan kerjasama mengenai gambar yang Rujuk
bersama jiran. ditunjukkan oleh guru. Lampiran 1
3. Guru menunjukkan 3. Murid berkongsi
beberapa keping pengalaman mereka
gambar kepada murid. berkaitan dengan
kerjasama.
Langkah 2 Simulasi 1. Guru 1. Setiap kumpulan perlu KB :
Gotong membahagikan murid simulasikan aktiviti yang
Royong kepada 5 kumpuluan diarahkan berdasarkan Nilai :
mengikut dan setiap kumpulan kad arahan yang Kerjasama,
kumpulan. diberi kad arahan diberikan. bantu-
yang berbeza. 2. Murid berbincang membantu
2. Guru memberikan selama 5 minit bersama
masa selama 5 minit ahli kumpulan mengenai BBM :
kepada setiap kad arahan yang Kad arahan
kumpulan untuk diberikan oleh guru.
berbincang mengenai 2. Murid melakukan Rujuk
aktiviti yang bakal simulasi berdasarkan kad Lampiran 2
disimulasikan. arahan yang diberikan.
3. Guru membimbing 3. Setelah itu, murid
murid-murid untuk menunjukkan cara-cara
melakukan simulasi menyuarakan pandangan
aktiviti tersebut. yang membina terhadap
4. Guru meminta jiran berdasarkan situasi
murid menunjukkan yang disimulasikan.
cara menyuarakan
pandangan
berdasarkan situasi
yang disimulasikan.

Langkah 3 Aktiviti Peta 1. Guru memberikan 1. Murid mendengar Nilai :


Titi penerangan dan dengan teliti penerangan Kerjasama,
arahan aktiviti peta titi dan arahan yang patuh arahan
Aktiviti: kepada murid. diberikan oleh guru.
Murid 2. Guru memberikan 2. Murid membuat satu BBM :
mengaplikasi satu gambar situasi Peta Titi mengenai Kad gambar,
carta alir ‘bergotong-royong’ aktiviti yang boleh kad manila,
dengan kepada setiap dilakukan dalam pen marker
menyenaraikan kumpulan. bergotong-royong.
cara-cara

18
KAEDAH DAN STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
[EMM 422]

menyuarakan
pandangan
berdasarkan
gambar .
Langkah 4 Lembaran 1. Guru mengedarkan 2. Murid menjawab
Kerja lembaran kerja kepada lembaran yang Lembaran 1
murid. diedarkan.
Penutup Rumusan 1. Guru merumuskan 1. Murid mendengar Nilai :
isi pelajaran pada hari dengan teliti arahan dan Patuh arahan
ini. rumusan yang diberikan.
2. Guru memberikan 2. Apabila guru KB :
arahan kepada murid memberikan peristiwa, Menjana idea
untuk menjawab murid akan bersorak
soalan berdasarkan ‘hoorey’bagi peristiwa
nilai keberanian. yang menunjukkan
3. Guru memberikan keberanian. Sekiranya
satu peristiwa yang tidak, murid akan
berkaitan dengan membuat aksi menangis.
jiran.

LMPIRAN 1

KAD GAMBAR

19
KAEDAH DAN STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
[EMM 422]

LMPIRAN 1

KAD ARAHAN

Seorang penduduk Kampung Luagan telah disahkan menghidap demam


denggi dan telah ditahan di Hospital sehingga sembuh. Lantaran hal itu,
penduduk Kampung Luagan yang lain telah sepakat untuk menjalankan
aktiviti gotong royong untuk membersihkan kawasan kampung mereka.

Bau tidak menyenangkan mula menganggu penghuni kawasan Flat Merpati.


Bau tersebut datang daripada longgokan sampah hasil dari penghuni-penghuni
20
Flat tersebut. melihat kepada hal itu, ketua Flat Merpati telah mengadakan
gotong royong membersihkan Flat Merpati.
KAEDAH DAN STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
[EMM 422]

Dua hari sebelum buka sekolah, Kampung Jaya telah dilanda banjir yang
agak teruk. Hal ini menyebabkan Sekolah Rendah Jaya Bakti agak kotor dan
barang-barangnya tidak dapat digunakan. Oleh itu, ketua Kampung Jaya
bersepakat dengan penduduk kampung untuk mengadakan gotong royong
membersihkan kawasan sekolah.

Sebuah rumah di Kampung Sanginan telah terbakar akibat kecuaian terlupa


mematikan api semasa memasak. Dengan hasil sumbangan penduduk
kampung yang lain, Ketua kampung Sanginan telah mengadakan goyong
royong untuk membuat rumah baru bagi mangsa kebakaran.

21
KAEDAH DAN STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
[EMM 422]

SITUASI 3

Jiran anda tengah membersihkan


kawasan rumahnya. Apakah tindakan
anda?

Tindakan:_______________________________________________________
_______________________________________________________________

22
KAEDAH DAN STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
[EMM 422]

5.0 Bibliografi

5.1 Bahan Ilmiah

Abu bakar (2006) Tahap keberkesanan Pendidikan Moral. Perak :Fakulti Sains Kognitif dan
Pembangunan Manusia.

Abdul Rahman Md. Aroff.1999. Pendidikan Moral: Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang,
Penerbit Universiti Putra Malaysia

Abdul Rahman Abd.Rashid (2001) .Nilai-nilai murni dalam pendidikan. Kuala Lumpur
:Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Abd. Ghafar M.D (2003). Prinsip dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.

Esah Sulaiman (2003). Modul Pengajaran: Asas Pedagogi. Skudai, Johor Bahru: Universiti
Teknologi Malaysia.

Hena Mukherjee (1992) Strategi Pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Selangor :Fajar Bakti
Sdn Bhd.

Koo, K.P. & Tang, C.Y. ( 1990 ). Strategi Pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Petaling
Jaya : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

5.2 Laman Sesawang

Lynnbretta. (2011, December 30). Guru Pendidikan Moral Retrieved Julai 24, 2016, from
Lynnbretta.blogspot:http://lynnbretta.blogspot.my/2011/12/guru-pendidikan-
moral.html

23
KAEDAH DAN STRATEGI MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL
[EMM 422]

24

Anda mungkin juga menyukai