Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN KULAMBAI, KOTA BELUD

PETI SURAT 104,

89158, KOTA BELUD, SABAH

KERTAS KERJA PROGRAM

JAMUAN AKHIR TAHUN DAN SAMBUTAN HARI JADI

PRASEKOLAH SK KULAMBAI, KOTA BELUD

TARIKH :
16 November 2018

TEMPAT :

TAMAN PRASEKOLAH SK KULAMBAI

JAWATAN PELAKSANA :

PRASEKOLAH SK KULAMBAI, KOTA BELUD


1.0 PENGENALAN

Program ‘Jamuan akhir tahun dan sambutan hari jadi’ dianjurkan untuk murid-murid
prasekolah bagi memberikan mereka satu pengalaman berharga bagi zaman kanak-kanak
mereka. Program seperti ini juga secara tidak langsung memberikan peluang untuk ibu bapa
terlibat secara langsung dengan aktiviti anak-anak mereka.

2.0 MATLAMAT

Sambutan hari jadi dan jamuan akhir tahun ini bermatlamat untuk meningkatkan tahap
keyakinan diri murid dan juga memberikan peluang mereka untuk merasai suasana
bergembira dengan rakan-rakan mereka. Bukan itu sahaja, aktviti ini dapat mengeratkan
silaturahim antara ibu bapa dan sekolah yang mana mereka saling bekerjasama untuk
menjayakan sambutan ini.

3.0 OBJEKTIF

1. Membina satu perasaan disayangi dan dihargai untuk murid-murid.


2. Meningkatkan kestabilan emosi mruid-murid.
3. Meningkatkan interaksi antara ibu bapa dan pihak sekolah.
4. Memberikan peluang kepada murid untuk meneroka persekitaran melalui
pengalaman sebenar.
5. Mendidik murid-murid menjadi individu yang bersyukur dan hidup berkasih saying.

4.0 KETETAPAN PROGRAM

Program ini akan dilaksanakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 16 November 2018

Tempat : Taman Prasekolah SK Kulambai

5.0 KUMPULAN SASARAN

50 orang murid prasekolah Sekolah Kebangsaan Kulambai, Kota Belud, guru-guru


prasekolah, pembantu pengurusan murid dan ibu bapa serta penjaga bagi murid prasekolah
SK Kulambai.
6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

(Rujuk Lampiran 1)

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

(Rujuk Lampiran 2)

8.0 TENTATIF PROGRAM

(Rujuk Lampiran 3)

9.0 PENUTUP

Program ini diharapkan dapat dilaksanakan dengan baik dan murid-murid berasa gembira
dan bersyukur dengan penghargaan yang diberikan kepada mereka. Semoga suatu hari
nanti, mereka akan menjadi insan yang tahu menghariga dan berterima kasih kepada orang
lain.
Disediakan Oleh:

………………………………
(SITI SAFIAH BINTI DANAN)
Naib Setiausaha Lawatan Sambil belajar Tarikh :

Disemak Oleh:

………………………………
(HASRINAH BINTI TUDIKI)
Setiausaha Lawatan Sambil belajar Tarikh :

Disahkan Oleh:

……………………………….
(MOHD ARIFFIN @ APIN BIN SIGAT)
Guru Besar,
SK Kulambai, Kota Belud Tarikh :
Lampiran 1

JAWATAN KUASA PELAKSANA PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BALAI


BOMBA DAN PENYELAMAT SERTA KILANG KOKO

I. JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Tuan Mohd Ariffin @ Apin bin Sigat


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh
Keningau,Sabah.

Pengerusi : Puan Inuh@Ramlah binti Janang


Penolong Kanan Pentadbiran

Naib Pengerusi I : Puan Jamnin binti Haji Hajat


Penolong Kanan Ko-Kurikulum

Naib Pengerusi II : Tuan Alizas bin Linggam


Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar

Setiausaha : Puan Hasrinah binti Tudiki


Guru Prasekolah 2

Naib Setiausaha : Puan Siti Safiah binti Danan


Guru Prasekolah 1

Bendahari : Cik Normah binti Lalah


Pembantu Pengurusan Murid
II. JAWATANKUASA KERJA

Penyelaras Program :

Bendahari :

Cenderahati dan hadiah : Puan Nursia Binti Laksana


Cik Normah bin Lalah

Makanan :

Kek :

Hiasan : Puan Siti Safiah Binti Danan


Puan Hasrinah Binti Tudiki

Pengurusan Murid : Semua guru dan PPM

Lampiran 2
ANGGARAN PERBELANJAAN

Anggaran orang : 104 orang

PERKARA Jumlah Unit Sumber Anggaran


Perbelanjaan
Kewangan

Kek hari jadi 2 biji kek Tabung Sumbangan Ibu


bapa
50 mini RM 350
cupcakes

Makanan Tabung Sumbangan Ibu RM 400


bapa

Hiasan 25 keping topi Tabung Sumbangan Ibu RM 50


bapa
1 keping hiasan
hari jadi

Jumlah Anggaran RM 800

Lampiran 3
TENTATIF PROGRAM
7.00 pagi : Berkumpul di Taman prasekolah

8.00 pagi : Ucapan aluan dari Pengerusi Pemuafakatan Prasekolah

8.30 pagi : Bacaan doa


: Acara naynyian lagu ‘selamat hari jadi’ dan meniup lilin
pada kek

9.30 pagi : Penyampaian hadiah cenderahati (sumbangan pihak


kantin)

10.00 petang : Aktiviti Makan dijalankan.

11.30 tengah hari : Acara habis


: Mengemas kawasan taman prasekolah

Anda mungkin juga menyukai