Anda di halaman 1dari 4

Kesimpulan

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin memainkan peranan penting


dalam kehidupan kita sehari-hari. Melalui ICT, dunia seolah-olah berada dalam satu ruang
lingkup yang amat smpit kerana ia mudah dicapai dan diteroka. Dalam sistem pendidikan,
ICT dikatakan mampu menyelesaikan masalah pengajarn dan pembelajaran secara berkesan.
Bagi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak di Prasekolah, ICT perlu diintegrasikan
supaya proses pengajaran dapat berjalan dengan berkesan, menarik, mencabar dan interaktif..
Kajian Clement (1987) serta Hough dan Ellis (1997) mendapati ICT boleh membantu kanakkanak menghasilkan sesuatu yang kreatif.
ICT tidak terhad kepada penggunaan media elektronik seperti komputer, rakaman
audio, video dan cakera padat tetapi ia meliputi keseluruhan termasuk permainan digital yang
kini semakin banyak diguna pakai oleh ibu bapa untuk mengajar anak mereka di rumah. Pada
mulanya, permainan digital hanya dianggap sebagai satu alat untuk menarik perhatian anakanak agar tidak bising atau menganggu ibu bapa yang sedang bekerja atau berehat. Tetapi jika
kita bijak untuk mengunapakai kelebihan itu, sebenarnya kita boleh membantu kanak-kanak
untuk menguasai banyak benda melalui permainan digital.
ICT dikatakan diguna sebagai alat aplikasi untuk membantu murid melaksanakan
tugasan pembelajaran, dan bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat pengajaran dan
pembelajaran. Sebagai seorang guru yang lahir pada era kemodenan ini, kita haruslah
menyediakan diri kita dengan pelbagai kebolehan dalam menggunakan komputer.
Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan banyak manfaat
kepada guru dan murid kerana ianya menarik serta berbentuk permainan yang mampu
membuatkan murid untuk memberikan sepenuh perhatian mereka kepada guru. Sebagai mana
kita tahu, kanak-kanak fitrahnya adalah bermain. Kesimpulannya, guru haruslah kreatif dan
kritis dengan menggunakan pelbagai teknik dan kaedah bagi mengajar murid-murid
prasekolah.

Laman Sesawang

Mamat, I. (2011 , November Isnin). Ict dan Multimedia Kanak-kanak Prasekolah . Retrieved
from

Slideshare:

http://www.slideshare.net/ISMAILMAMAT/ict-dan-multimedia-

kanak-kanak-prasekolah
Razali, D. M. (2012, March Friday). Pendidikan ICT untuk Kanak-kanak Prasekolah .
Retrieved from Cilik Hebat : http://cilikhebat.blogspot.my/
Yusuff, S. (2013, April Selasa). Permainan digital Pendekatan Baharu Dalam Pendidikan
Masa

Depan.

Retrieved

from

Academia

Edu

http://www.academia.edu/5950056/Permainan_Digital_Pendekatan_Baharu_Dalam_P
endidikan_Masa_Depan

Buku
Kasnani Ab. Karim. et. al. (2006). Perkembangan Pendidikan Prasekolah.

Subang Jaya :

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd


Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.
Kuala Lumpur : KPM
Dr. Shahizan Hasan & Ahmad Shabudin Che Noh. (2005). Panduan Merancang Aktiviti
Prasekolah. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing.

Anda mungkin juga menyukai