Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIBU JAYA

KM32, JALAN DURIN, TAMAN BANDAR SIBU JAYA,


96000 SIBU, SARAWAK

KERTAS KERJA
CADANGAN JAMUAN SAMBUTAN HARIJADI PPKI
BULAN JANUARI HINGGA JUN TAHUN 2023

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


SMK SIBU JAYA, SIBU
YBrs. Pengetua,
SMK Sibu Jaya

JAMUAN SAMBUTAN HARIJADI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS


INTEGRASI BULAN JANUARI HINGGA JUN TAHUN 2023

1.0 PENGENALAN

Program untuk mengadakan Jamuan Sambutan Harijadi adalah program


yang julung kali diadakan di PPKI SMK Sibu Jaya dan ianya akan dijadikan majlis
tahunan bermulanya tahun ini. Sehubungan itu, program Jamuan Sambutan
Harijadi akan dijalankan 2 kali dalam setahun. Program Jamuan Sambutan
Harijadi yang pertama akan diadakan pada bulan Jun untuk meraikan harijadi
murid-murid PPKI, guru-guru PPKI dan pembantu pengurusan murid yang lahir
pada bulan Januari hingga Jun.

Jamuan Sambutan Hari Jadi PPKI tahun ini akan menjadi pemangkin
dalam merealisasikan hasrat dan harapan yang terkandung dalam visi dan misi
sekolah. Untuk melancarkan program sambutan harijadi ini , guru-guru dan
pembantu pengurusan murid akan memastikan majlis berjalan dengan lancar.
Secara umumnya, murid-murid PPKI SMK Sibu Jaya terdiri daripada kategori
permasalahan pembelajaran seperti Autisme, Sindrom down, ADHD,
Disleksia,masalah pertuturan dan lain-lain lagi.

Majlis ini juga diadakan untuk memenuhi keperluan Pentaksiran Alternatif


Sekolah Menengah yang mula dijalankan untuk murid yang akan menamatkan
persekolahan pada tahun 2023. Majlis yang akan diadakan ini bertepatan dengan
Instrumen Pentaksiran Berasaskan Persekitaran (Environment Based Assessment
Instrument – EBAI) di bawah tajuk 2.0. Jamuan.

Oleh itu, Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon kebenaran serta
peruntukan bagi menganjurkan Jamuan Sambutan Harijadi bulan Januari hingga
Jun Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Sibu Jaya. Majlis yang akan
diadakan ini merupakan satu bentuk penghargaan pihak sekolah terhadap usaha
dan komitmen murid-murid berkeperluan khas sepanjang berada di SMK Sibu
Jaya dalam mencurahkan segala keringat dan keupayaan yang ada demi
memenuhi tuntutan pendidikan di Malaysia.

2.0 RASIONAL

Program Jamuan Sambutan Harijadi ini diadakan untuk memberi peluang


kepada murid-murid PPKI merasai dan melalui pengalaman menyambut
harijadi. Dengan ini , secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri
murid dan memberi penghargaan kepada murid yang diraikan. Selain itu,
program ini dapat membantu murid menguasi kemahiran komunikasi dan
mengawal emosi semasa berhubungan dengan orang lain
Oleh itu, program Jamuan Sambutan Harijadi PPKI merupakan satu
medium bagi pihak sekolah meraikan murid-murid yang menunjukkan potensi
dan kesungguhan dalam mencapai kecemerlangan diri. Disamping itu, program
ini dapat memupuk semangat kerjasama dan setiakawan dalam kalangan murid-
murid.

Daripada aspek untuk pentaksiran PASM, pengelolaan majlis ini akan


membantu pihak pentaksir mendapatkan maklumat yang perlu untuk pengisian
Aplikasi PASM atas talian yang memerlukan pentaksir mengenalpasti Reaksi
serta Outcome yang diperolehi daripada murid sepanjang pengelolaan program
jamuan harijadi ini. Di antara aktiviti yang dilaksanakan berdasarkan EBAI ini
adalah merangkumi persiapan awal sehingga program jamuan harijadi tamat.
Perkara yang dinilai termasuklah membuat persembahan, membantu perjalanan
program jamuan harijadi serta tatasusila semasa jamuan dijalankan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Meraikan para murid berkeperluan khas yang menyambut harijadi pada bulan
Januari hingga Jun di SMK Sibu Jaya, Sibu
3.2 Memupuk perasaan dihargai oleh guru-guru, pembantu pengurusan murid
dan rakan-rakan.
3.3 Menggalakan murid-murid berinteraksi dengan rakan-rakan dan terlibat
dengan aktiviti yang dijalankan semasa sambutan hari jadi.
3.4 Memupuk kasih sayang antara rakan sebaya.
3.5 Menanam sikap berdikari dan yakin diri semasa menyambut hari jadi di
sekolah.
3.6 Membina dan memupuk semangat berdisiplin, bekerjasama, berketrampilan,
bersatu padu dan muhibbah antara rakan.
3.7 Mendapatkan Reaksi dan Outcome yang tepat bagi keperluan PASM Tahun
2023
3.8 Mengeratkan hubungan yang baik antara murid-murid apabila bekerjasama,
bergaul, dan menikmati makanan bersama-sama.

4.0 PROGRAM YANG DIJALANKAN

Cadangan perlaksanaan Jamuan Sambutan Harijadi Program Pendidikan


Khas Integrasi SMK Sibu Jaya Bulan Januari hingga Jun akan diadakan
seperti yang berikut:

Tarikh : 27 Jun 2023


Hari : Selasa
Masa : 8.00 pagi – 11.20 tengahari
Tempat : Bilik Pendidikan Khas 3,
SMK Sibu Jaya, Sibu.
5.0 SASARAN

Bil. Kategori Bilangan


1 Pihak Pengurusan SMK Sibu Jaya 6 orang
2 Guru PPKI 9 orang
3 Pembantu Pengurusan Murid 3 orang
4 Murid PPKI 49 orang
Jumlah 67 orang

6.0 PENGANJUR

Jamuan Sambutan Harijadi Program Pendidikan Integrasi SMK Sibu Jaya


bulan Januari hingga Jun ini dianjurkan oleh Program Pendidikan Khas
Integrasi SMK Sibu Jaya, Sibu.

7.0 PERASMIAN MAJLIS

Majlis ini akan dirasmikan oleh tuan pengetua SMK Sibu Jaya iaitu Encik
Jeffery Anak Stephen Mikai.

8.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Bil Perkara Sumber Jumlah (RM)


Kewangan
1. Hadiah dan cenderahati Sumbangan 150.00
2. Hiasan Pentas Kebajikan 50.00
3. Makanan dan minuman PPKI 400.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 600.00

9.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

Pengerusi : Encik Jeffery Anak Stephen Mikai


(Pengetua SMK Sibu Jaya)
Naib Pengerusi : Puan Noor Zamzura Binti Salleh
(Penolong Kanan Pendidikan Khas)
Penyelaras : Puan Ramlah Jaliha Binti Mohamad Omar
Puan Marylin Anak Edward
Puan Paula Anak Janting
Setiausaha : Puan Marylin Anak Edward
Bendahari : Puan Kong Sang Lim
10.0 JAWATANKUASA KERJA

BIL JAWATANKUASA PERINCIAN TUGAS


1. JK Dokumentasi - Merakamkan gambar sepanjang jamuan
Puan Paula Anak Janting berlangsung.
Semua guru PPKI terlibat untuk -Merakam gambar bagi bagi setiap murid yang
merakam gambar terlibat sebelum,semasa dan selepas majlis.
-Mengumpulkan laporan setelah majlis selesai
dilaksanakan dan menyediakan dokumentasi penuh
program.
-Urusan-urusan lain yang berkaitan.
2. JK Juruacara -Menempah makanan dan minuman mencukupi.
JK Makanan -Menempah kek harijadi
Cikgu Ainuriza Bin Sadiro & Cikgu -Menyediakan tempat yang sesuai untuk jamuan tetamu
Louisa Dimah Banye jemputan.
- urusan-urusan lain yang berkaitan.
3. JK Pengurusan dan Persiapan - Menguruskan tempat untuk jamuan.
Tempat -Memastikan bahagian dalam bilik pendidikan khas 3
JK Juruacara dihias
Cikgu Sarong Anak Muring -Memastikan tempat jamuan dalam keadaan bersih.
Cikgu Bandan Anak Unyat - Memastikan meja dan kerusi mencukupi.
- Memastikan meja dan kerusi ditempatkan ke tempat
asal selepas tamatnya jamuan.
- Memastikan tempat hiasan dikemaskan selepas
jamuan.
- Menyediakan muzik background yang
sesuai untuk jamuan.
- Menjadi pengacara majlis semasa majlis berlangsung.
- Urusan-urusan lain yang berkaitan.
4. JK Hadiah,dan cenderahati -Menyediakan hadiah untuk 23 orang murid PPKI yang
JK Kad Jemputan & Kad Ucapan menyambut hari jadi
JK Bacaan Doa -Menyediakan kad jemputan untuk tetamu jemputan.
Cikgu Maslyna Idahazila Binti -Menyedakan Kad ucapan harijadi kepada 23 orang
Idahazila murid ppki yang menyambut hari jadi.
-Menyediakan cenderahati (door gift)
- mendapatkan dulang untuk penyampaian hadiah.
- menyediakan alas dulang / alas meja.
- membantu dalam acara penyampaian hadiah.
- Melatih murid ppki yang terpilih untuk bacaan doa
- Urusan-urusan lain yang berkaitan.
5. JK Keselamatan dan Disiplin - Memastikan murid-murid PPKI dalam keadaan
Cikgu Levia Anak Vincent Lom terkawal sebelum, semasa dan selepas jamuan.
- Memastikan pergerakan murid-murid PPKI dalam
terkawal sepanjang jamuan dijalankan.
- Urusan-urusan lain yang berkaitan.
6. JK Persembahan - Melatih murid untuk persembahan.
Cikgu Mandah Anak Dilang - Mengadakan raptai sebelum jamuan berlangsung.
- Urusan-urusan lain yang berkaitan
7. JK Kebersihan - Memastikan tempat jamuan dalam keadaan bersih.
Cikgu Kong Sang Lim - Memastikan pembersihan dilakukan sebelum dan
selapas jamuan dijalankan.
- Memastikan adanya plastik sampah disediakan
mencukupi
- Memastikan meja dan kerusi dibersihkan dan
disanitasikan selepas selesai jamuan.
- Urusan-urusan lain yang berkaitan.
11.0 TENTATIF PROGRAM
Masa Acara Catatan
7.45 pagi  Ketibaan tetamu jemputan Semua terlibat
8.00 pagi
 Ucapan Pengetua
- Encik Jeeffery Anak Stephen Mikai
8.15 pagi  Persembahan selamat datang Tarian Ngajat
8.30 pagi Bacaan doa dan ucapan Penolong Kanan
PPKI
8.45 pagi  Upacara memotong kek dan menyanyikan
lagu “Selamat Harijadi”
 Sesi Bergambar
9.00 pagi Penyampaian hadiah harijadi

9.15 pagi  Jamuan Makan


- 1030 pagi  Persembahan Tarian Poco-poco dan
karaoke
 Bersurai

13.0 PENUTUP

Pihak Jawatankuasa Program Jamuan Sambutan Harijadi PPKI SMK


Sibu Jaya amatlah berbesar hati agar program ini akan mencapai dapat
diluluskan dan mendapat sokongan daripada semua pihak. Adalah diharapkan
juga agar program ini akan mencapai matlamat dan objektif yang telah
digariskan selaras dengan hasrat dan kehendak Falsafah Pendidikan Khas
Kebangsaan.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

(RAMLAH JALIHA BINTI MOHAMAD OMAR) (MOHD SUFFIAN BIN HAPNI)


Pembantu Pengurusan Murid, Penolong Kanan Pentadbiran,
SMK Sibu Jaya, Sibu. SMK Sibu Jaya, Sibu.

Diluluskan Oleh,

COP
(JEFFERY ANAK STEPHEN MIKAI)
SEKOLAH
Pengetua,
SMK Sibu Jaya, Sibu

Anda mungkin juga menyukai