Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA PROGRAM PASCA

UPSR 2017
A. PENDAHULUAN

Setiap tahun Unit Kurikulum dan Ko-Kurikulum dengan kerjasama Jawatankuasa Tahun
Enam Sekolah ini telah merangka dan menjalankan aktiviti untuk murid-murid Tahun Enam.
Aktiviti-aktiviti yang dikelolalakan saban tahun adalah sebagai wadah bagi mengisi masa
yang berfaedah untuk murid-murid setelah mereka menjalani UPSR. Setiap aktiviti yang
dirancang menjurus kepada kesesuaian aktiviti murid yang menepati Falsafah Pendidikan
Negara. Dua pengisian besar yang dimurnikan dalam program tersebut iaitu melibat Aktiviti
Dalaman dan Aktiviti Luaran.

B. RASIONAL

Melalui program ini diharap dapat melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dalam
mencapai hasrat agar mereka bersedia dari segi jasmani dan mental sebelum melangkah ke
alam sekolah menengah. Justeru itu, keperibadian mulia perlu dipupuk dan diterap seawalnya
agar sikap berketrampilan yang ada pada murid dapat dikembangkan untuk menjadi insan
yang mempunyai matlamat dan berwawasan.

C. OBJEKTIF

1. Memberi dorongan dan keyakinan kepada murid agar mereka mampu menyelesaikan
sesuatu masalah.

2. Menyedari bahawa anak-anak adalah generasi yang perlu disemai mengikut peredaran
zaman agar mereka tidak lari daripada landas- landas agama

3. Mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan menggalakkan interaksi social
secara lebih positif.

4. Memupuk semangat bekerjasama dan setia kawan dalam kumpulan di dalam masa yang
sama menerapkan gaya kepimpinan.

5. Memberi pengalaman baru, mengasah bakat dan menonjolkan kreativiti serta kemahiran
yang terpendam.

6. Untuk menarik minat murid-murid supaya rajin hadir ke sekolah disamping membasmi
anggapan tempoh belajar telah habis dengan berakhirnya ujian UPSR

D. TEMPOH MASA Sepanjang bulan September dan Oktober 2017

E. SASARAN Murid-murid Tahun 6


F. BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATAN BIDANG TUGAS


Memantau program Mempengerusi dan mengendalikan
PENGERUSI
mesyuarat
Menguruskan surat menyurat Mencatat dan menyediakan
SETIAUSAHA
minit mesyuarat Mengeluarkan surat kebenaran ibu bapa
Menyusun dan menyelaras program Menyediakan laporan
PENYELARAS PROGRAM
penuh program
Membentuk jawatankuasa kecil di kalangan guru Tahun 6
untuk membantu aktiviti. Membahagikan kumpulan murid
PENYELARAS AKTIVITI Menjalankan aktiviti dengan lebih menarik serta mampu
memberikan keseronokan kepada murid untuk mencapai
objektif.
Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa
BENDAHARI Mengurus dan menyelia perolehan serta perbelanjaan
Menyediakan laporan perbelanjaan
Sentiasa membantu dan memberi kerjasama kepada
Penyelaras Aktiviti. Sentiasa berbincang dan melahirkan
GURU-GURU TAHUN 6
pandangan untuk memurnikan lagi aktiviti agar kelihatan
teratur dan menarik.

1. G. JAWATANKUASA PENGELOLA

Jawatan Nama Pegawai


Pengerusi En. Mohd Amin Bin Abdullah (GB)
En. Harry Panggai Anak Ramba (GPK1)

N. Pengerusi Pn. Lia Anak Kaya (GPK HEM)

Pn. Samsiah Binti Jamaie (GPK KO)


En. Edwin Unjong
Penyelaras Program
En. Harris Kebing
Setiausaha Cik Khatijah Binti Ibrahim (Guru Kaunseling)
Bendahari Pn. Siti Khuzaimah Binti Mohammad
1. H. PENYELARAS AKTIVITI

AKTIVITI PENYELARAS
Permainan Dalaman Cik Nordini Binti Rosli
Keceriaan Sekolah En. Peter Saweng
Permainan Luar En. Harris Kebing
ICT En. Harry Panggai Anak ramba
Rekreasi En. Edwin Unjong
Akedemik Puan Samsiah Jamaie
Pendidikan Moral Pn Christina Simon Davis
Motivasi En. Charles Tung Kuan teng

1. I. CADANGAN AKTIVITI PROGRAM

MINGGU TARIKH AKTIVITI


1 18-21.09.2017 Permainan Dalaman / Permainan Luar
- ASAT Bola Sepak / Bola Jaring /Permainan Dalaman
- Mencari Harta Karun/ Maraton/ Senamrobik
- Pertandingan Antara Kumpulan (Olahraga / Permainan
Kecil)
- Rentas Desa
2 25-29.09.2017 Keceriaan Sekolah / ICT
- Kursus Cambridge ICT Starters Danawa
- Ulangkaji Kursus Kursus Cambridge ICT Starters
- Tanam Bunga / Keceriaan
3 02-06.10.2017 Rekreasi / Motivasi
- Ceramah Motivasi Persediaan Ke Sekolah Menengah /
Panduan Ketika Di Sekolah Menengah
- Tautan Kasih SMK Kanowit
- Lawatan Ke Pusat Jalur Lebar Rh Benjamin Angki
- Lawatan Ke Balai Polis Kanowit
- Lawatan Ke Pameran 50 Tahun Sarawak Merdeka
Sibu Heritage Centre, Sibu.
- Lawatan Ke Taman Jubilee Bukit Aup Sibu
4 09-13.10.2017 Akedemik / Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral
- Bahasa Melayu
Syarahan / Kuiz / Pantun
- Bahasa Inggeris
Kuiz / Reading / Oral / Vocabulary / Spelling
- Matematik
Kuiz / Cari Harta Karun / Sifir
- Sains
Kuiz / Cari Harta Karun / Info Sains
- Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral
Ceramah / Zikir / Doa / Amali Wuduk / Amali Solat
Kebersihan / Halal Haram / Perbincangan Rukun Islam
dan Rukun Iman / Budi Pekerti / Akhlak
5 23-28.10.2017 Minggu Ulangkaji / Ujian Akhir Tahun
J. ANGGARAN KESELURUHAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA AMAUN


1 Hadiah Pertandingan
2 Minuman
3 Bahan dan Peralatan
4 Saguhati Penceramah
JUMLAH KESELURUHAN

K. RUMUSAN

Sokongan yang padu oleh pihak pentadbir dan guru-guru diharap akan dapat melicinkan
tugas jawatankuasa yang mengelola program ini. Insya Allah akan dapat dijalankan dengan
jayanya hasil daripada komitmen yang tinggi oleh semua pihak.

MURID DIDAHULUKAN KECEMERLANGAN DIUTAMAKAN

Disediakan oleh Disahkan oleh

.. ..
En. Edwin Unjong En. Mohd Amin Bin Abdullah
Guru Kelas Tahun 6 Guru Besar,
Penyelaras Program Selepas UPSR 2017 SK Rantau Kemiding
SK Rantau Kemiding Kanowit.
Kanowit.

Anda mungkin juga menyukai