Anda di halaman 1dari 4

SMK BUKIT JANA,

34600 KAMUNTING, PERAK

PROGRAM/AKTIVITI : MAJLIS APRESIASI KURIKULUM TAHUN 2019

1. Tarikh : 8hb April 2019

2. Hari/Masa: Isnin/ 8.00 pagi

3. Tempat : Hotel SSL Traders

4. Sasaran : 1) Guru-guru
2) Penerima Anugerah
3) Ibu bapa/penjaga
4) Staf Sokongan
5) Jemputan

5. Laporan: SMK Bukit Jana telah mengadakan Majlis Apresiasi


Kurikulum yang mana buat julung-julung kalinya majlis yang
bermakna ini telah diadakan di Hotel SSL Traders. Majlis Apresiasi
Kurikulum ini adalah program tahunan sekolah ini yang bertujuan
memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada para pelajar
yang cemerlang dalam bidang kurikulum. Ini secara tidak langsung
dapat membakar semangat pelajar berkenaan agar terus gigih
berusaha. Dalam masa yang sama, diharapkan agar para pelajar
yang lain dapat menjadikan para pelajar cemerlang ini sebagai roll
model.
Sebelum majlis berlangsung, persiapan yang begitu rapi
telah dilakukan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja dengan dibantu oleh
pelajar-pelajar. Raptai majlis diadakan bagi memastikan majlis ini
berjalan dengan lancar.

Majlis Apresiasi Kurikulum ini telah berjalan dengan jayanya dan


penuh gilang gemilang mengikut atur cara majlis seperti yang
dirancang :
7.30 pagi: Murid mengambil tempat
8.30 pagi: Ketibaan tetamu jemputan
Nyanyian lagu Negaraku
Persembahan Tarian Selamat Datang
Bacaan doa
Persembahan Gamelan oleh pelajar PPKI
Ucapan Pengetua SMK Bukit Jana
Ucapan perasmian
Gimik perasmian
Persembahan Nasyid
Penyampaian Anugerah Cemerlang Akademik
Persembahan Bicara Berirama
Penyampaian Anugerah Cemerlang Akademik
Persembahan Pelajar
Penyampaian Anugerah Cemerlang PT3 dan SPM
Penyampaian Cenderamata
Jamuan makan

Seramai lebih kurang 200 orang penerima telah menerima


anugerah dan terlibat dalam majlis tersebut. Secara
keseluruhannya, majlis ini berjalan lancar dan meriah dan penuh
gilang gemilang..

6. Kekuatan : 1. Program berjalan dengan baik dan lancar

2. Kerjasama semua AJK sangat baik dan memuaskan.

7. Kelemahan: 1. Ada ibu/bapa/penjaga yang bersama-sama pelajar tidak


hadir ke sekolah.

2. Disiplin pelajar kurang terkawal bagi sesetengah kelas.

7. Cadangan 1. Perlu peringatan yang berterusan tentang kehadiran ibu


Penambahbaikan: bapa dan penjaga ke program ini.

2. Kawalan disiplin harus dipertingkatkan dengan bantuan


Badan Penguat kuasa Sekolah.

8. Rumusan: Program yang dirancang telah berjalan dengan lancar walaupun


terdapat beberapa kelemahan yang boleh di tambah baik. Semoga
program ini dapat memberi impak yang lebih besar kepada semua
warga sekolah.

9. Lampiran : 1. Analisa kehadiran

2. Lampiran bergambar

Disediakan oleh: Disemak oleh : Disahkan oleh:

………………………. ……………………. ……………………….

(Saliza bt Sairin) (Zaiton bt Abdullah) (Mohd Paku Ruzi b. Min)

AJK Dokumentasi PK Pentadbiran Pengetua

Anda mungkin juga menyukai