Anda di halaman 1dari 20

BAHAGIAN A

1.0 Pengenalan
AmalantTerbaik dalam Pendidikan Moral merupakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang diamalkan oleh guru cemerlang dan berpengalaman dalam mata
pelajaran ini. Amalan terbaik mata pelajaran Pendidikan Moral dikenal pasti selepas
beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan oleh guru-guru didapati
berkesan dalam bilik darjah. Antara amalan terbaik yang dikenal pasti ialah pembelajaran
aktif, pembelajaran koperatif, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran berdasarkan
kecerdasan pelbagai, pengaplikasian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif serta
Theory of Constraints (TOC). Oleh itu, bahagian ini akan membincangkan artikal bertajuk
‘Guru Cemerlang Pendidikan Moral: Keperluan Menguasai Aspek Kandungan dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral dan Implikasinya’.

2.0 Latar Belakang Kajian


Artikal yang dianalisis adalah suatu kajian berkenaan dengan perlunya seorang
guru Pendidikan Moral untuk memahami dan menguasai kandungan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Perkara seperti ini sangat penting untuk memastikan agar guru tidak hanya
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti melepaskan batuk di tangga.
Sebaliknya, cenderung untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran
pelajar terhadap kandungan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan.

Dalam artikal ini juga, penulis turut menyatakan beberapa perkara yang sangat
penting untuk difahami oleh ramai pihak. Salah satu daripadanya adalah berkenaan dengan
perlantikan seorang guru Pendidikan Moral yang tidak seharusnya dihadkan kepada guru
yang mempunyai pengkhususan atau opsyen dalam mata pelajaran Pendidikan Moral.
Sebaliknya, guru Pendidikan Moral boleh dilantik dari kalangan guru tidak mempunyai
pengkhususan dalam mata pelajaran Pendidikan Moral selagi guru tersebut mampu
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan cemerlang.

1
Apa yang menjadi fokus utama dalam artikal tersebut adalah berkenaan dengan
kriteria yang seharusnya dimiliki oleh setiap guru Pendidikan Moral yang ingin memohon
perlantikan guru cemerlang. Penulis menyatakan bahawa seorang guru yang cemerlang
perlu memiliki beberapa kriteria termasuklah penguasaan dan kefahaman mereka terhadap
kandungan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral, tingkah laku yang mampu
dicontohi dan diikuti oleh pelajar serta kecemerlangan guru dalam pelbagai aspek.
Kesemua perkara ini menjadi keutamaan penulis sekiranya seseorang guru Pendidikan
Moral ingin memohon untuk mendapatkan perlantikan guru cemerlang.

3.0 Sorotan Kajian


Dalam artikal yang dianalisis, penulis telah menghuraikan dan membincangkan
banyak sorotan kajian daripada pengkaji-pengkaji lepas berkenaan dengan guru cemerlang
sama ada kajian yang diperolehi dari dalam negara mahupun kajian yang diperolehi dari
luar negara. Contohnya ialah Mohamad dan Nor (2012) yang menyatakan bahawa guru
Pendidikan Moral yang tidak mempunyai pengkhususan dalam mata pelajaran Pendidikan
Moral adalah guru yang masih tidak menguasai kandungan pengajaran dan pembelajaran
dengan baik. Perkara ini dilihat sangat tepat kepada pengkhususan guru terhadap mata
pelajaran Pendidikan Moral akan mendedahkan guru dengan pelbagai aspek yang
berkaitan dengan kandungan pengajaran dan pembelajaran termasuklah kaedah dan
strategi pengajaran yang boleh dilaksanakan di dalam kelas, bahan yang ingin digunakan
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya.

Selain itu, penulis juga turut menggunakan data kajian daripada Rahman (2007)
yang menyatakan bahawa pengetahuan kandungan dan pedagogi pengajaran guru
Pendidikan Moral adalah sangat penting untuk memastikan guru tersebut dapat
menyampaikan kandungan pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan cemerlang.
Sekiranya pengetahuan kandungan dan pedagogi guru adalah kurang memuaskan, maka
guru akan berhadapan dengan masalah untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan
kemahiran moral dalam kalangan pelajar. Oleh yang demikian, adalahsuatu perkara yang

2
sangat penting kepada setiap guru Pendidikan Moral untuk meningkatkan pengetahuan
kandungan dan pedagogi Pendidikan Moral mereka.

Selain itu, terdapat beberapa lagi sorotan kajian yang telah dibahas dan dihuraikan
penulis dalam artikal tersebut. Perkara ini memperlihatkan akan kematangan dan ketelitian
penulis untuk memastikan kajian yang dilaksanakan adalah suatu bentuk kajian yang
mempunyai fakta yangg boleh dirujuk.

4.0 Implikasi Dapatan Kajian


Ekoran daripada kepentingan pengetahuan kandungan Pendidikan Moral kepada
setiap guru pendidikan moral, maka perlantikan guru cemerlang Pendidikan Moral perlu
dilakukan dengan sebaik mungkin. Setiap pihak yang bertanggung jawab untuk
melaksanakan tugas tersebut khususnya jemaah nazir perlulah lebih teliti dalam melantik
guru cemerlang Pendidikan Moral. Ini adalah sangat penting agar perlantikan guru
cemerlang Pendidikan Moral dilakukan ke atas mereka yang benar-benar layak yang mana
telah memenuhi segala kriteria yang sewajarnya dipenuhi seperti pengetahuan kandungan
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral yang sangat tingkah, tingkah laku dan
personaliti guru yang memuaskan dan sebagainya. Ini penting agar perlantikan guru
cemerlang Pendidikan Moral tidak dilakukan ke atas guru yang tidak layak untuk
mendapat pengikhtirafan tersebut.

5.0 Pendapat dan Rumusan Kandungan Artikal


Berdasarkan kepada analisis dan ulasan terhadap artikal, dapat dirumuskan bahawa
pengetahuan kandungan dan pedagogi Pendidikan Moral dalam kalangan guru Pendidikan
Moral adalah suatu perkara yang sangat penting dan perlu difahami dengan baik oleh
setiap guru. Ini penting agar guru Pendidikan Moral tidak hanya menyampaikan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tanpa mengambil kira aspek kesan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar. Ini kerana, setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Moral seharusnya mampu untuk meningkatkan pengetahuan dan

3
kemahiran pelajar dalam menyelesaikan suatu isu moral dan etika. Justeru, pengetahuan
kandungan dan pedagogi dalam kalangan guru Pendidikan Moral perlu ditingkatkan
terlebih dahulu sebelum guru tersebut bercadang untuk memohon perlantikan guru
cemerlang Pendidikan Moral. Ini juga penting agar perlantikan yang dilakukan mampu
memberikan kesan jangka panjang kepada pelajar khususnya dalam memastikan
pengetahuan dan kemahiran moral pelajar dapat dibentuk dan ditingkatkan ke tahap yang
lebih memuaskan.

4
BAHAGIAN B

Setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan perlu meneliti


kaedah dan strategi yang perlu diguna pakai dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral, terdapat
banyak strategi pengajaran yang boleh digunakan oleh guru seperti strategi
konstruktivisme yang mana akan menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kreatif dan
kritis, strategi kontekstual yang akan menggalakkan pelajar menyelesaikan suatu isu atau
permasalahan moral yang dibincangkan oleh guru serta strategi koperatif dan kolaboratif
yang membolehkan pelajar melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara
perbincangan dan kerjasama. Dalam pada itu, guru juga boleh menggunakan pelbagai
kaedah pengajaran dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Moral seperti aktiviti perbincangan, aktiviti lakonan dan drama, aktiviti penyelesaian
masalah dan masalah. Ini bermakna bahawa guru mempunyai banyak pilihan strategi dan
kaedah pengajaran yang boleh digunakan untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Moral.

Sebagai seorang Pendidikan Moral, terdapat banyak manfaat dan kepentingan


kadeah dan strategi pengajaran yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Moral. Antaranya adalah untuk mewujudkan suasana pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan, meningkatkan penglibatan pelajar
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan, memastikan pelajar dapat
memahami pelbagai nilai moral dan diaplikasikan dalam konteks kehidupan mereka dan
sebagainya. Namun begitu, peranan dan kepentingan utama kaedah dan strategi pengajaran
Pendidikan Moral ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menaakul dalam kalangan
pelajar. Menaakul atau reasoning ialah membuat pertimbangan dan penilaian dengan
menggunakan akal atau logik. Penaakulan merupakan asas dalam membuat dan
memahami matematik. Perkembangan penaakulan matematik berkait rapat dengan
perkembangan intelek dan komunikasi murid. Kemahiran menaakul biasanya digunakan
dalam proses menyelesaikan masalah dan ia merujuk kepada kebolehan kognitif seseorang
yang melibatkan pemikiran secara sistematik dan abstrak. Kemahiran berfikir dalam aras

5
yang lebih tinggi adalah semakin penting dan perlu bagi pembangunan modal insan bagi
abad ke 21. Bagi menyediakan rakyat ke arah tersebut, perubahan kepada tahap pemikiran
pelajar-pelajar di sekolah harus segera dilaksanakan. Usaha-usaha tersebut adalah sangat
diperlukan daripada pihak guru-guru di sekolah dalam menerapkannya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Guru-guru perlu lebih kreatif dalam memberikan aktiviti-aktiviti yang lebih


mencabar kepada pelajar sebagai asas dalam melahirkan pelajar yang mampu membuat
penaakulan secara logik dan sistematik yang mana akhirnya mereka mampu bersaing
dalam dunia pekerjaan yang semakin mencabar. Pemikiran secara kritikal sperti
menjalankan kajia, membuat hubung kait dan menilai segala aspek permasaalahan dari
pelbagai situasi adalah amat perlu bagi melahirkan pelajar yangberfikiran aras tinggi.

Setiap pelajar mempunyai potensi kearah pemikiran aras tinggi dan kemahiran
menaakul merupakan satu asas dalam mengembangkan potensi tersebut terutamanya
dalam matematik. Untuk menjadikan pelajar itu lebih yakin dan mampu menjana idea
pembelajaran sendiri, mereka perlu berkembang dalam kebolehan berfikir secara logic dan
bertindak dengan lebih kreatif. Untuk membekalkan situasi pembelajaran berkenaan
berlaku, adalah penting penekanan diberikan kepada kemahiran menaakul dalam apa jua
aktivitip pembelajaran yang dijalankan.

Penaakulan moral yang matang adalah penting kerana pemikiran yang rasional
memudahkan pembelajaran dan penerapan nilai-nilai murni di kalangan kanak-kanak dan
remaja (Loganathan 1995). Stoll dan Beller melaporkan bahawa sekolah-sekolah kini
sedar bahawa sesuatu harus dilakukan untuk mengajar nilai-nilai murni dan lebih penting
lagi adalah mengajar pelajar cara menaakul tentang sesuatu nilai (Loganathan 1995).
Wilson (1973) memang telah menjelaskan bahawa penaakulan moral merupakan suatu
kemahiran yang boleh diajar dan dipelajari.

Kemahiran menaakul diberi penekanan dalam Kurikulum Standard Sekolah


Rendah (KSSR) bermula Tahun 1 pada tahun 2011 disamping kemahiran membaca,

6
menulis dan mengira (4M). Kemahiran menaakul adalah salah satu kemahiran yang
penting pada abad ke 21. Kemahiran menaakul membolehkan murid memberi sebab dan
akibat serta menyatakan rasional yang logik bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Ianya
dapat membantu murid untuk memahami proses pembelajaran. Selain itu, ia dapat
membantu murid membezakan yang baik dan yang buruk dan memahami sebab dan
akibat. Murid perlu diberi pendedahan awal terhadap kemahiran menaakul kerana pada
usia yang muda minda mereka berkebolehan untuk menerima dan memproses maklumat.

Menurut Terry & Higgs (1993) penaakulan merupakan proses kognitif sebab
musabab terjadinya sesuatu berdasarkan fakta atau pengetahuan, data dan strategi
menyelesaikan masalah untuk menghasilkan kesimpulan serta membuat keputusan Mobley
(2010) merumuskan kemahiran menaakul sebagai kebolehan menganalisis maklumat dan
menyelesaikan masalah secara literal. Ia juga melibatkan pengetahuan asas tentang aspek
dalam kehidupan harian yang perlu difahami oleh individu melalui logik akal sebab
sesuatu tindakan berlaku dan impaknya kepada kehidupan (Bahagian Pembangunan
Kurikulum, 2012).

Rajah 1 : Kemahiran Menaakul

7
Terdapat 5 asas penting dalam menaakul yang juga menjadi fokus utama dalam
Pendidikan Moral. Aspek menyimpan, mengguna semula, memadan dan prosedur
eksekutif seperti mana yang dipaparkan dalam rajah 1.

 Menyimpan
Menyimpan merupakan proses yang dilakukan untuk mengingat dan pengetahuan
kepada kanak-kanak. Proses penyimpanan boleh dilakukan dengan menggunakan
kaedah mencatat, melukis dan membuat lakaran imej. Proses menyimpan berlaku
dalam bentuk kod dimana maklumat disimpan secara teratur supaya mudah diingati
kembali. Maklumat ini hanya berada dalam bahagian minda sehingga ianya
dipanggil balik.

Mengikut teori Pavlov, setiap ransangan menimbulkan gerak balas daripada


seseorang individu. Manusia akan respon apabila sesuatu ransangan yang menarik
ditunjukkan atau diulangi. Fasa perolehan merujuk kepada fasa permulaan
pembelajaran sesuatu gerak balas kepada sesuatu ransangan. Ia adalah proses
ulangan sesuatu perlakuan yang mengaitkan gerak balas dengan sesuatu ransangan.
Pembelajaran akan menjadi lebih kukuh jika pelaziman dikuatkan dengan ulangan.
(Ragbir Kaur Joginder Singh, 2010).

 Mengguna Semula
Mengaplikasi atau mengguna semula adalah satu bentuk kegiatan mental yang
melibatkan kebolehan menggunakan pengetahuan sedia ada atau pengalaman lalu
kepada sesuatu fenomena atau sesuatu situasi baru. Ia berfokus kepada usaha
mewujudkan sesuatu, atau menghasilkan sesuatu melalui penggunaan pengetahuan
dan pengalaman yang dimiliki. Kemahiran ini digunakan apabila kita hendak
menyelesaikan sesuatu masalah, menilai, membuat keputusan, mereka cipta dan
sebagainya (Kamarudin & Siti Hajar, 2003). Proses ini membolehkan maklumat
digunakan semula daripada ingatan jangka panjang bagi menjana dan memahami
idea baru. Proses menjana idea baru perlu diberi pengetahuan terlebih dahulu.

8
Dengan pengetahuan sedia ada, kanak-kanak dapat meneruskan lagi proses
pembelajaran dalam kehidupan mereka.

Menurut Piaget adaptasi merupakan keadaan di mana skima struktur kognitif terus
membuat perubahan sehingga mencapai satu tahap keseimbangan di antara
asimilasi dan akomodasi dengan persekitaran. Keadaan stabil apabila kanak-kanak
dapat mengaplikasikan apa yang difahami atau dipelajari dalam persekitaran
mereka. Jesteru itu, skema sebagai struktur perkembangan kognitif berubah
menerusi proses-proses asimulasi dan akomodasi sehingga struktur mental menjadi
stabil.(Mok Soon Sang, 2009).

 Memadan
Proses ini membolehkan murid menentukan maklumat yang diterima adalah sama
ataupun berbeza daripada maklumat yang telah disimpan dalam memori jangka
panjang. Proses ini sangat penting untuk mengembangkan lagi pemikiran kanak-
kanak. Proses memadan sudah mencapai tahap pemikiran yang kreatif dan kritis.
Usaha memadan ini melibatkan lima jenis kemahiran iaitu mengkategori,
extrapolasi, penaakulan anologi, penilaian secara logik dan penilaia. Penilaian
secara logik ialah proses membandingkan maklumat yang diperolehi dengan
maklumat yang sedia ada untuk memastikan ianya sah atau benar. Menurut Robert
Gagne dalam teori pemprosesan maklumat, memadankan perhubungan di antara
asas-asas pembelajaran dengan corak pengajaran yang sesuai.

 Melaksana
Proses prosedur adalah proses melaksana dan prosedur terakhir dalam menaakul.
Kemahiran ini adalah untuk menstruktur pemahaman dan menghubungkait dengan
masalah yang dihadapi. Prosedur ini melibatkan tiga kemahiran:-
a) Penghuraian : Menghurai proses dan membuat inferen terhadap maklumat yang
didengar atau dilihat tetapi tidak dinyatakan secara tersurat. Murid
menggunakan kemahiran kemahiran mengkategori, menghurai, menaakul
analogi dan mengguna semula maklumat untuk membuat inferen. Proses

9
menghurai dilakukan apabila situasi pembelajaran tidak boleh menyediakan
maklumat yang lengkap dan apabila murid tidak boleh memahami maklumat
sedia ada.
b) Penyelesaian Masalah : Pendekatan gestalt memfokuskan kepada cara
pemikiran manusia dan ia melibatkan pengamatan, proses pembelajaran
individu dan proses pemahaman. Proses pemahaman dapat menentukan makna
atau maksud sesuatu fenomena sekiranya individu mengkaji elemen-elemen
secara terkumpul bersama dan menjadikannya satukonfigurasi atau organisasi
yang menyeluruh. Ini juga dirujuk sebagai pembelajaran celik akal. Kohler
telah menggunakan cimpanzi bernama Sultan membuktikan dan menyokong
teori beliau. Sultan telah menyelesaikan untuk masalah memperolehi pisang
yang bergantugan di bumbung sebuah bilik dengan menyusun kotak-kotak
yang terdapat dalam sangkarnya dan berjaya untuk mendapatkan pisang
tersebut. Sultan telah menggunakan celik akalnya untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapinya.
c) Penggubahan : Merupakan satu proses mewujudkan maklumat baru untuk
mengeluarkan idea secara bertulis atau lisan. Contoh aktiviti di PERMATA
pendidik akan mengolah soalan dengan menggunakan pokok yang lain.
Pendidik akan menyoal kanak-kanak fungsi daun dan akar. Kanak-kanak akan
cuba menjawab soalan berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan bersama
pendidik.

Pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran menaakul perlu


dilaksanakan secara terancang, menarik dan mencabar daya imaginasi murid. Oleh itu,
guru hendaklah mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat menimbulkan rasa ingin
tahu untuk meneroka sesuatu tajuk yang dipelajari dengan lebih mendalam. Semasa
merancang pengajaran dan pembelajaran, guru perlu mengambil kira keperluan
mengembangkan intelek dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif serta kemahiran
menaakul dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Beberapa aktiviti boleh
dirancang dalam mengembangkan intelek dan daya berfikir dalam kalangan murid.

10
Kemahiran menaakul boleh dilaksanakan dalam pengajaran bagi semua mata pelajaran dan
boleh dilaksanakan sama ada di luar atau di dalam kelas mengikut kesesuaian pelaksanaan
mata pelajaran tersebut. Aktiviti yang dilaksanakan sama ada di dalam kelas atau di luar
kelas ini boleh menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.

11
BAHAGIAN C

1.0 Pengenalan
Pengajaran ialah satu usaha ke arah mempertingkat dan memperkembangkan
potensi diri dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seseorang individu. Pengajaran
juga berupaya menambah kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman murid
supaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam kehidupannya. Ini akan
membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang sihat bagi faedah diri dan
masyarakat, bangsa dan negaranya. Bagi mencapai hasrat itu, guru memainkan peranan
penting. Seseorang guru harus merancang, melaksana dan membuat penilaian sesi
pengajaran dan pembelajaran agar menepati citarasa dan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Melalui daya kreativiti guru, pengubahsuaian strategi dan teknik
mengajar dapat dilakukan untuk menjadikan pengajarannya lebih menarik, bermakna dan
membawa kesan yang maksimum lebih-lebih lagi berdepan dengan murid-murid yang
bermasalah.

2.0 Rancangan Pengajaran Harian


Berikut adalah rancangan pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan
ke atas murid Tahun 4:-

Mata Pelajaran : Pendidikan Moral


Masa : 0800-0900 (1 jam)
Kelas : 4 Harmoni
Bilangan Murid : 20 orang

Tajuk : Unit 20 – Persekitaran Berkualiti Hidup Sihat

Bidang Pengajaran : Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Alam Sekitar

Nilai : 4.3 Nilai – Peka Terhadap Isu Alam Sekitar

12
Nilai Sampingan : Kebersihan dan Keindahan Persekitaran, Menyayangi Alam
Sekitar, Kesederhanaan

Kandungan : Keceriaan persekitaran melalui pemuafakatan. Kebersihan dan


Akademik keindahan persekitaran setempat tanggungjawab bersama,
Penglibatan diri dalam aktiviti kebersihan dan keceriaan
setempat

Pendekatan : Penjelasan nilai, pembelajaran kooperatif dan interpersonal

Teknik : Perbincangan dan Soal jawab

Bahan Bantu : Gambar dan video (Pencemaran), petikan teks Pendidikan


Mengajar Moral Tahun 4, grafik, power point

Hasil Pembelajaran : Kemahiran Afektif Moral


o Bersikap prihatin terhadap masalah alam sekitar.
o Mengamalkan cara hidup yang bersih dalam kehidupan
seharian

Kemahiran Kognitif Moral


o Menerangkan sebab alam sekitar tercemar.
o Menyatakan pencemaran alam sekitar terhadap manusia,
haiwan dan tumbuhan

Perlakuan Moral
o Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh
mencemar dan memusnahkan alam sekitar

Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis


o Dapat melengkapkan borang grafik yang diberikan
berdasarkan petikan tentang sebad dan kesan serta
langkah-langkah mengelakkan pencemaran alam sekitar

13
Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Catatan
dan Pembelajaran
Set o Guru KBKK
Induksi menunjukkan o Pengalaman
(5 Minit) gambar kawasan sedia ada murid.
yang kotor dan
bersampah. o Menjana idea
o Guru bersoal
jawab dengan murid BBM : Gambar
perihal gambar
tersebut.
o Apakah yang anda dapati Nilai : Bersikap
daripada gambar tersebut? o Guru prihatin terhadap
mengaitkannya masalah alam sekitar
o Apakah yang sepatutnya
dengan isi
tidak ada dalam gambar ini? kandungan pelajaran
o Mengapakah sampah ini ini.
berselerak di merata-rata
tempat?
o Apakah perasaan anda
terhadap alam sekitar seperti
gambar tersebut?

o Apakah yang anda dapati


daripada gambar tersebut?
o Betulkah tindakan
perempuan tersebut?
o Di manakah sampah ini
patut dibuang?
Langkah 1 Power point (petikan buku teks) o Murid KBKK
(15 Minit) dikehendaki o Pemahaman
membaca teks utama teks
Grafik-grafik yang disediakan
pada power point.
(rujuk kepada lampiran):- o Pemikiran
o Guru kreatif dan kritis.
o Sebab alam sekitar
membimbing murid
tercemar. o Kooperatif
memahami
o Kesan pencemaran kandungan teks o Perbincangan

14
terhadap manusia, haiwan dan tersebut.
tumbuhan. o Murid BBM : Power Point
o Langkah-langkah dibahagikan kepada
mengelakkan masalah beberapa kumpulan.
Nilai
pencemaran. o Murid
o Menerangkan
dikehendaki mengisi
sebab alam sekitar
grafik yang
tercemar.
disediakan oleh guru
pada papan tulis o Menyatakan
pencemaran alam
sekitar terhadap
manusia, haiwan
dan tumbuhan
Langkah 2 o Guru KBKK
(10 Minit) menyediakan 1 botol o Permikiran
plastik yang berisi kreatif dan kritis
dengan air jernih.
o Botol berisi air
BBM : 1 botol plastik
jernih itu dianggap
berisi air jernih
sebagai air sungai.
o Guru
memasukkan dakwat Nilai
o Bolehkah air ini diminum? hitam ke dalam air o Menerangkan
Mengapa? botol. sebab alam sekitar
o Apakah akan terjadi jika o Guru bersoal tercemar.
bahan buangan dimasukkan ke jawab dengan murid
dalamnya? tentang kandungan
o Sekarang, bolehkah air ini air botol tersebut.
diminum? Mengapa?

o Guru tayangkan
satu gambar dan
bersoal jawab
dengan murid.
o Apakah yang anda lihat
daripada gambar tersebut?
o Mahukah anda makan
ikan-ikan yang telah
dicemarkan?
Langkah 3 o Apakah yang anda teliti o Guru tayangkan KBKK

15
(15 Minit) daripada video yang satu video yang
ditayangkan ini? berkaitan tentang o Permikiran
o Siapakah sebenarnya yang pencemaran. kreatif dan kritis
mencemarkan alam sekitar? o Murid o Menghubungk
o Dapatkah kita dikehendaki ait nilai
mengelakkan pencemaran mengambil perhatian
terhadap video o Kooperatif
berlaku?
tersebut.
o Guru bersoal BBM : Video
jawab tentang (Pencemaran) dan
o Apakah perasaan kamu kandungan video Kad Manila (Lukisan
melihat lukisan pemandangan tersebut. murid)
masing-masing dikotorkan?
o Adakah kamu suka o Murid Nilai
pemandangan yang sebegini? dibahagikan kepada o Tidak
Mengapa? 2 kumpulan. Setiap melibatkan diri
kumpulan mendapat dalam kegiatan
sekeping kad manila. yang boleh
o Murid mencemar dan
dikehendaki melukis memusnahkan
pemandangan yang alam sekitar.
ringkas atas kad o Mengamalkan
manila tersebut dan cara hidup yang
dipamerkan pada bersih dalam
papan tulis. kehidupan seharian
o Guru menyuruh
murid melekatkan
hasil buangan ke atas
lukisan kumpulan
lain.
o Guru bersoal
jawab dengan murid
tentang hasil
tindakan mereka.
o Apakah langkah-langkah
yang haruslah diambil untuk o Guru meminta
memastikan alam sekitar tidak murid mengalihkan
tercemar? hasil buangan yang
dilekat pada lukisan
permandangan
masing-masing.
o Guru
mengaitkan aktiviti

16
tersebut dengan
nilai-nilai moral.
Langkah 4 o Guru KBKK
(10 Minit) mengagihkan o Menjana Idea.
gambar-gambar ‘Ibu
Alam’ yang bermuka o Interpersonal
sedih atau sakit
kepada setiap murid. BBM : Gambar-
o Kenapa ‘Ibu Alam’ o Guru meminta gambar ‘Ibu Alam’
bermuka sedih? murid menuliskan
o Contoh: Minta maaf ‘Ibu perkataan yang ingin
Nilai
Alam’. Saya berjanji akan mengucap terhadap
menjaga kebersihan alam ‘Ibu Alam’ tersebut. o Bersikap
sekitar. prihatin terhadap
o Hasil kerja
masalah alam
tersebut akan
sekitar.
dipaparkan di sudut
Pendidikan Moral
pada papan notis
Penutup Slogan:- o Guru KBKK
(5 Minit) o Persekitaran Berkualiti membimbing murid- o Menghubungk
Hidup Sihat!. murid membaca ait nilai
slogan yang
berkaitan secara
bersama-sama. BBM : Power Point

Nilai
Mengamalkan cara
hidup yang bersih
dalam kehidupan
seharian.

3.0 Penutup
Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik murid supaya menjadi insan
yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran
moral, perasaan moral dan tingkah laku moral. Pendidikan Moral di peringkat prasekolah
memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan kemoralan murid
melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat
dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu murid dapat

17
membina satu panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral.
Ini membolehkan mereka menjadi individu yang bertanggungjawab moral dan sosial
terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan. Beberapa prinsip utama telah
dikenal pasti sebagai panduan dalam melahirkan insan yang menyeluruh dari segi jasmani,
intelek, emosi, rohani dan sosial.

18
Rujukan
Amir Hasan Dawi, (2001). Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan. Quantum Books, Tanjung
Malim, Perak

Alex Inkeles, (1982). What is Sociology? : An Introduction to the Discipline and Profession.
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Azizi Hj Yahaya Yusof Boon dan Amir Hamzah Abdul, (2003). Kecerdasan Emosi dan
Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik dan Tingkahlaku Pelajar, Universiti
Teknologi Malaysia, Johor

Berita Harian, 2005, Peruntukan Kokurikulum Ditambah, Bahagian Teknologi Maklumat dan
Komunikasi, Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya

Gagne, R. M. (1985). The Conditions Of Learning And Theory Of Instruction (4th ed.)
[Kondisi pembelajaran dan teori pengajaran (edisi keempat)], CBS College Publishing,
New York

Gagne, Robert M., (1985). The Conditions Of Learning. 4th ed. Holt, Rinehart & Winston,
New York

Ghazali Darussalam, (2001). Kursus Tamadun Islam & Pendidikan Moral. Utusan Publication
& Distributors Sdn. Bhd, Kuala Lumpur

James A. Wiggins, Beverly B. Wiggins and James Vander Zanden, (1994). Social Psychology,
Fifth Edition, McGraw-Hill, Inc. New York

Kohlberg, Lawrence. (1984). The Psychology of Moral Development, Harper & Row, New
York

Mahadi Osman, (1996). Masyarakat Melayu Dan Gejala Sosial. Institut Perkembangan
Minda, Kuala Lumpur

Mohamed Fadzli Che Din & Rasidah Dato Hj. Omar (2002). Pengantar Bimbingan dan
Kaunseling.Mc Graw Hill Malaysia Sdn.Bhd:Kuala Lumpur

Mok Soon Sang. (2001). Psikologi Pendidikan. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd: Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Noraini Ahmad, (1995). Kaunseling Remaja. Budaya Ilmu Sdn.Bhd, Selangor

Rahmad Shukor, (2007). Pendidikan Moral 3, Universiti Terbuka Malaysia, Kuala Lumpur

19
Sharifah Alwiyah Alsagoff, (1987). Psikologi Pendidikann II. Longman Sdn. Bhd., Petaling
Jaya

20

Anda mungkin juga menyukai