Anda di halaman 1dari 2

Pedagogi meningkatkan intelektual pelajar


 Buku Pedagogi Meningkatkan Kualiti Intelektual Pelajar merupakan dapatan daripada kajian
penyelidikan tentang strategi pengajaran guru. Buku ini memberi pengetahuan yang amat
bermakna tentang strategi, pendekatan dan teknik spesifik berdasarkan amalan pedagogi terbaik
guru dalam meningkatkan kualiti intelektual pelajar di dalam bilik darjah. Kandungan di dalam
buku ini turut membincangkan kepentingan membangunkan potensi kualiti intelektual dalam
kalangan pelajar melalui amalan pedagogi yang berkesan oleh guru. Model berserta profil
amalan pedagogi terbaik guru dalam meningkatkan kualiti intelektual pelajar turut dikemukakan
bagi membantu dan diadaptasi oleh para guru dan bakal guru untuk merancang pengajaran,
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, dan seterusnya membuat penilaian pengajaran
untuk meningkatkan kualiti intelektual pelajar. Buku ini dapat menyumbang kepada
pembangunan praktis pedagogi guru di dalam bilik darjah ke arah meningkatkan profesion
perguruan pada abad ke-21.

Guru sebagai pakar

Buku ini merupakan satu buku panduan pedagogi yang bertujuan untuk
melengkapkan para guru dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran
abad 21. Ini selaras dengan hasrat dan kehendak pendidikan semasa yang menuntut
agar para pelajar dilengkapi bukan sahaja dengan ilmu pengetahuan tetapi
kemahiran-kemahiran yang membolehkan mereka berfungsi dengan berkesan di
peringkat pengajian yang lebih tinggi dan dia alam pekerjaan.
Berbeza dengan buku-buku pedagogi yang lain, buku ini mengaitkan kedua-dua
aspek teori pendidikan dan strategi pengajaran melalui empat orientasi pengajaran
utama. Setiap model dan strategi pengajaran dan pembelajaran disampaikan dalam
bentuk dan bahasa yang mudah dibaca, difahami dan diamalkan dalam bilik darjah
yang dinyatakan latarbelakang, tujuan, cara perlaksanaan, contoh aktiviti dan
limitasi penggunaannya.
Buku ini amat sesuai untuk semua lapisan pendidik yang cintakan kepelbagaian
dalam cara penyampaian pengajaran baik di peringkat sekolah rendah, menengah,
institut perguruan, mahupun di peringkat universiti.

Pebentukan dan peningkatan kualiti guru di Malaysia

Pembentukan dan Peningkatan Kualiti Guru di Malaysia


Yahya Don, Azizah Sarkowi & Yaakob Daud, 2014
ISBN 978-967-0474-62-5, 103 hlm., RM 17.00
Agenda Transformasi Pendidikan Negara memerlukan kepada pembentukan dan peningkatan
kualiti guru di Malaysia menjelang tahun 2020. Guru praperkhidmatan adalah medan utama
yang mampu dijadikan penggerak kepada usaha kerajaan dalam melahirkan modal insan
berkualiti tinggi selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Ini kerana guru
praperkhidmatan adalah bakal golongan pendidik yang boleh dibentuk melalui aspek kepimpinan
dan kredibiliti profesion keguruan ke arah meningkatkan kualiti guru-guru di Malaysia.
Buku ini menghuraikan aspek kompetensi profesional yang diambil daripada Standard Guru
Malaysia yang dilancarkan pada tahun 2009. Pembentukan dan peningkatan kualiti guru
memainkan peranan penting dalam membentuk kepimpinan guru akan datang dan seterusnya
melahirkan kualiti modal insan kelas pertama menjelang tahun 2020.
Pengajaran dan pembelajaran murid bermasalah

Butiran Produk
Buku Panduan dan Pembelajaran Murid Bermasalah Pembelajaran, atau kini lebih dike
pendidikan khas masalah pembelajaran, mengandungi sembilan bab yang merangkumi pen
: kurikulum pendidikan khas, model perkembangan kurikulum, teori pembelajaran, proses pe
murid bermasalah pemmbelajaran, kaedah pengajaran, teknik pengajaran, teknik mengajar m
masalh pembelajaran dalam kategori ringan, sederhana dan teruk.
: Noor Aini Ahmad
: 150
: 0.20

Inovasi pengajaran dan pembelajaran

Butiran Produk Sinopsis : Buku ini membincangkan teori dan kajian yang mengkaji apa, mengapa dan
bagaimana pelajar belajar. Perbincangan meliputi kaedah yang digunakan oleh pelajar dalam mempelajari dan
menguasai sesuatu tajuk pelajaran dan tujuan digunakan kaedah pembelajaran tersebut. Setiap kaedah ini dapat
membantu dan meningkatkan pembelajaran dan pencapaian pelajar. Penulis : Saemah Rahman dan Zamri
Mahmood Bil. Halaman : 291 Berat Buku : 0.41
Specifications of INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN:
MENGOPTIMUMKAN PEMBELAJARAN PELAJAR
 Brand
No Brand
 SKU
2026268729_MY-8048401553
 ISBN/ISSN
9789834912611
 Publisher
Dewan Bahasa Dan Pustaka
What’s in the box
1706 X Buku Seperti Tajuk

Anda mungkin juga menyukai