Anda di halaman 1dari 2

MASALAH DALAM PERLAKSANAAN PENDIDIKAN MORAL DI MALAYSIA

Masalah strategi mengajar yang tidak betul

Masalah yang telah dikenalpasti dan akan dibincangkan oleh kumpulan kami dalam

tugasan ini ialah masalah strategi pengajaran yang tidak betul oleh para guru di Malaysia. Kami

mendapati bahawa tidak semua guru dilengkapkan dengan pengetahuan tentang strategi

pengajaran Pendidikan Moral yang betul. Guru-guru yang mengajar Pendidikan Moral tidak

berupaya dalam melaksanakan pendekatan pengajaran yang betul dalam pengajaran

matapelajaran tersebut.

Kefahaman guru tentang konsep-konsep asas dalam mata pelajaran Pendidikan Moral

adalah tidak sama tentang kemoralan dan Pendidikan Moral. Mengikut Puka (1976), kalau kita

tidak tahu apa itu kemoralan, kita tidak boleh mengajarnya; tetapi kalau kita mengajar tanpa

pemahaman, pelajar-pelajar tidak dapat menghayati nilai-nilai murni dalam Pendidikan Moral.

Maka, pemahaman guru adalah amat penting kerana matlamat guru adalah untuk membentuk

pemahaman pada orang lain. Dalam konteks ini, pengetahuan guru Pendidikan Moral menjadi

asas kepada pemahamannya. Kajian mendapati bahawa seorang guru yang efektif memerlukan

tiga jenis pengetahuan iaitu pengetahuan tentang matapelajaran yang diajar (Content

Knowledge), pengetahuan tentang strategi instruksi am (Pedagogical Content) dan pengetahuan

tentang strategi spesifik untuk pengajaran sesuatu kandungan matapelajaran (Pedagogical

Content Knowledge).

Strategi pengajaran Pendidikan Moral di negara kita juga lebih berfokus kepada cara

hafalan. Kohn (1997) menjelaskan bahawa majoriti program pendidikan perwatakan

mengandungi peringatan dan hafalan terarah. Bahan kurikulum terdiri daripada pelajaran yang
sangat berstruktur dalam mana konsep yang berkaitan dengan perwatakan dihuraikan dengan

terperinci dan para murid diberi latih tubi sehingga mereka menghasilkan jawapan yang standard

atau yang dianggap sebagai betul. Guru pula digalakkan untuk memberi pujian kepada murid

yang memberikan respons yang betul. Keadaan ini menyebabkan pelajar kita kurang berfikir

sedangkan moral hanya akan berkembang apabila pentaakulan moral berlaku. Matapelajaran

Pendidikan Moral memerlukan seseorang individu itu mempunyai keupayaan untuk berfikir serta

boleh mengemukakan pendapat yang tersendiri dan bukannya hanya mengikut membabi buta apa

yang telah diajarkan. Hanya apabila seseorang itu dapat membezakan apa yang betul dengan apa

yang salah, barulah perkembangan moral telah berlaku.

Strategi pengajaran secara ‘spoon-feed’ juga telah menyebabkan pelajar kita tidak belajar

daripada matapelajaran Pendidikan Moral yang dilaksanakan di negara kita. Tanpa mengira di

peringkat KBSR atau KBSM, semua bahan pengajaran telah disediakan, bahan rujukan telah

diberikan malah huraian tentang nilai-nilai murni dalam sukatan pelajaran juga telah disediakan

oleh guru. Pelajar tidak digalakkan untuk melakukan pentaakulan moral. Mereka tidak dilibatkan

dalam perbincangan tentang isu-isu moral dalam bilik darjah. Pengajaran matapelajaran

Pendidikan Moral lebih kepada ‘moralizing session’. Guru Pendidikan Moral hanya menerapkan

nilai-nilai murni yang telah ditentukan dalam sukatan pelajaran ke dalam diri pelajar. Kesannya,

pelajar kita menjadi malas berfikir dan juga tidak berupaya untuk berfikir terutamanya dalam

keadaan yang memerlukan seseorang itu menggunakan tahap pemikiran yang tinggi dan kritikal.

Anda mungkin juga menyukai