Anda di halaman 1dari 29

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/317105967

Masalah Seksual dalam Kalangan Remaja dan Penyelesaiannya

Chapter · May 2017

CITATIONS READS

4 23,374

1 author:

Kamarul Azmi Jasmi


Universiti Teknologi Malaysia
467 PUBLICATIONS   2,557 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Seminar Pemantapan Akidah View project

Ya Tuhanku! Jadikanlah Isteriku Wanita Berkerjaya yang Cemerlang View project

All content following this page was uploaded by Kamarul Azmi Jasmi on 10 June 2017.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Masalah Seksual dalam Kalangan Remaja dan Penyelesaiannya
Kamarul Azmi Jasmi

Fakulti Tamadun Islam

Suggested Citation:
Jasmi, Kamarul Azmi. 2017. Masalah Seksual dalam Kalangan Remaja dan Penyelesaiannya in
Remaja Hebat Siri 4: Batasan dan Halangan Kecemerlangan, p. 35-60, ISBN: 978-983-52-1273-

Introduction
Salah satu masalah yang remaja yang merunsingkan di Malaysia adalah masalah seks bebas dan kes seksual remaja
sama kerana suka-suka atau dirogol. Kerosakan daripada masalah ini melibatkan maruah diri remaja dan keluarga
mereka dalam kalangan masyarakat. Implikasi daripada kehamilan anak luar nikah juga merupakan rentetan
sedih bagi remaja dan keluarga mereka, serta anak yang dikandungi dan dilahirkan. Justeru, bab ini akan cuba
mengupas statistik masalah seks remaja, faktor berlakunya masalah seksual remaja ini, kesan masalah seksual
ini kepada remaja, dan penyelesaiannya menurut Islam terhadap remaja yang belum terjebak dan sudah terjebak
dalam masalah ini.
References
‘Abd Al-Razzaq, Al-San‘ani. 1983. Musannif ‘Abd Al-Razzaq. Habib Al-Rahman al-A‘zami (Ed.). Jld. 1-11.
Beirut: Al-Maktab al-Islami.
Abu Dawud, Sulaiman. 2009. Sunan Abi Dawud. Shu‘aib al-Arnut & Muhammad Kamil Qurrah Balali (Ed.).
Jld. 1-7. Beirut: Dar al-Risalah al-‘Alamiyyah.
Ahmad, Hambal. 2001. Musnad al-Imam Ahmad bin Hambal. Shu‘ay al-Arna’ut dan ‘Adil Murshid (Ed.). Al-
Qahirah: Mu’assah al-Risalah.
Al-Bayhaqi, Ahmad. 2003. Al-Sunan al-Kubra. Muhammad ‘Abd al-Qadir ‘Ata (Ed.). Beirut: Dar al-Kutub al-
‘Ilmiyyah.
Al-Bughawi, Al-Husain Mas’ud. 1983. Sharh al-Sunnah. Shu‘aib Al-Arna’ut dan Muhammad Zuhair Al-Shawish
(Ed.). Jld. 1-15. Beirut: Al-Maktab al-Islami.
Al-Bukhari, Abu Abdullah Muhammad. 2001. Al-Jami‘ al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar min Umur
Rasulullah SAW wa Sunanihi wa Ayyamihi – Sahih al-Bukhari. Muhammad Zuhair Nasir Al-Nasir (Ed.). Jld. 1
-9. Masurah: Dar Tuq al-Najat.
Al-Husaini, Taqiyuddin Abi Bakr. 2005. Kifayat al-Akhyar fi Halli Gayat al-Ikhtisar. Al-Qahirah: Dar al-Salam li al
-Tiba‘ah wa al-Nasr wa al-Tawzi‘ wa al-Tarjamah.
Al-Nawawi, Mahyuddin. 1981. Sahih Muslim bi sharh al-Nawawi. Jld. 1-18. Beirut: Dar al-Fikr.
Al-Nawawi, Mahyuddin. 1998. Riyad al-Salihin. Shu‘aib Al-Arna’ut (Ed.). Beirut: Mu’assasah al-Risalah.
Al-Qurtubi, Muhammad. 1964. Al-Jami‘ li Ahkam al-Quran. Ahmad al-Barduni dan Ibrahim Atyash (Ed.). Al-
Qahirah: Dar al-Kutub al-Misriyyah.
Al-Suyuti, Abdul Rahman. 1986. Sharh al-Suyuti li Sunan al-Nasa’i. Abu Ishaq al-Huwayni al-Athari (Ed.). Beirut: Dar
al-Basha’ir al-Islamiyyah.
Al-Tirmidhi, Muhammad. 1998. Al-Jami‘ al-Kabir - Sunan al-Tarmidhi. Bashar ‘Awad Ma‘ruf (Ed.). Jld. 1-6.
Beirut: Dar al-Girb al-Islami.
Anuar, Azman. 2014. “Jahil Seks Punca Meningkat Gejala HIV/AIDS” dlm. Utusan Malaysia Online.
11/05/2014.
Buang, Amriah. 2005. “Globalisasi Ekonomi dan Impaknya kepada Ruang Budaya Bandar Malaysia”. GEOGRAFIA
Online, 1(1), 46-55.
Dain, Rosmah. 2015. “Barah Pornografi Rosak Masyarakat” dlm. Utusan Malaysia Online. 19 Mei 2015.
Gan, Kong Meng. 2007. Kajian Kes Perogol di Penjara Negeri Kedah dan Perak. Tidak diterbitkan. Tesis Sarjana,
Universiti Sains Malaysia.
Hamzah, Azimi. 1994. Menangani Permasalahan Remaja dan Belia: Pembentukkan Remaja dan Belia Soleh
Wa Musleh. Kertas Kerja dalam Seminar Remaja. The Plaza Inn, Melaka.
Hasbullah, Fauwaz. 2016. Seksualiti Remaja: Isu dan Cabaran keluarga di Malaysia. Kertas Kerja dalam Seminar
Isu-Isu seksualiti Peringkat Kebangsaan 2016. Dewan Perdana, Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin
(UniSZA), Kuala Terengganu pada 19 Mac 2016.
Ibn Abi ‘Asim, Abu Bakr. 1989. Al-Jihad li Ibn Abi ‘Asim. Musa‘id bin Sulayman al-Rashid al-Hamid (Ed.).
Jld. 1-2. Al-Madinnah al-Munawwarah: Maktabat al-‘Ulum wa al-Hikam.
Ibn Battal, Abu al-Hasan. 2003. Sharh al-Bukhari. Abu Tamim Yasir Ibrahim (Ed.). Al-Riyad: Maktabah al-
Rusd.
Ismail, Khaidzir. 2015. “Remaja dan alkohol” dalam Utusan Malaysia Online. 24/02/2011.
Jabatan Kesihatan Negara, (JKN). 2014. Statistik Remaja Hamil Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan
Malaysia.
Jasmi, Kamarul Azmi. 2002. Paradigma al-Imam al-Nawawi dalam Pembangunan Insan: Satu Kajian Teks
Terhadap Kitab Riyad al-Solihin. Tidak diterbitkan. Disertasi Sarjana, Universiti Malaya.
Jasmi, Kamarul Azmi. 2017. Remaja dan Kehidupan Berbatasan dalam Beragama. Dlm. Kamarul Azmi Jasmi
(Ed.), Remaja Hebat: Batasan dan Halangan Kecemerlangan Remaja Muslim. Skudai Johor: Penerbit UTM Press.
Jasmi, Kamarul Azmi 2007. Menyemai Unsur Jati Diri Islam di Kalangan Pelajar Pra Universiti atau
Matrikulasi. Kertas Kerja dalam Seminar Pendidikan Pra Universiti/Matrikulasi. Hotel Hilton, Petaling
Jaya pada 4-5 Ogos 2007.
Jasmi, Kamarul Azmi dan Md Salleh, Siti Fauziyani. 2007. Pendidikan dan Pembangunan Keluarga Cemerlang. Jo-
hor Bahru: Penerbit UTM.
Jasmi, Kamarul Azmi dan Md. Saleh @ Masrom, Siti Fauziyani. 2017. Didiklah Kami dengan Sempurna. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jasmi, Kamarul Azmi, Muhammad, Azhar, Mustari, Mohd, et al. 2004. Jenayah Sumbang Mahram:
Perkembangan dan Faktor-faktor Penyebarannya. Kertas Kerja dalam Seminar Kebangsaan Ketiga
Psikologi dan Masyarakat 2004 pada 16 Oktober 2004.
Jasmi, Kamarul Azmi, Suratman, Azmi Shah, dan Nor Muhamad, Nasrul Hisyam. 2007. Pembangunan Modal Insan
yang Sempurna Menurut Perspektif al-Imam al-Nawawi. Kertas Kerja dalam Seminar Antarabangsa
Peradaban Melayu Ke-3. Sunway Lagoon Resort Hotel, Kuala Lumpur pada 2-3 Februari 2007.
Kamus Dewan. 2005. Kamus Dewan. Edisi Keempat ed. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Pelajar. (Ed.) 2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
KKPM, Kementerian Pembangungan Wanita Keluarga dan Masyarakat. 2014. Kajian Penduduk dan Keluarga
Malaysia Kelima. Putrajaya: Kementerian Pembangungan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat.
Mansor, Aminudin. 2012. “Bahaya Pergaulan Bebas” dlm. Utusan Malaysia Online. 07/02/2012.
Metro, Harian. 2016. “Statistik Moral Remaja Kita” dlm. Harian Metro. Rabu, 11 Mac 2015.
Muhyidin, Imam 2014. “Layanan InformasI tentang Peri Laku seks dalam Bingkai Islam”. Konseling Religi: Jurnal
Bimbingan Konseling Islam, 5(1), 41-54.
Muslim, Abu al-Husayn. T.Th. Sahih Muslim. Jld. 1-8. Beirut: Dar al-Fikr.
Sari Banun, Fadila Oktavia, dan Soedijono, Setyorogo. 2013. “Faktor-Faktor yang Berhubungan dengan Perilaku
Seksual Pranikah Pada Mahasiswa Semester V STI Kes X Jakarta Timur 2012”. Jurnal Ilmiah Kesehatan, 5
(5), 12-19.
Sarnon, N., Mohamad, M. S., Fauziah, I., et al. 2012. “Hamil Luar Nikah: Memahami Remaja Sebagai Asas
Intervensi Keluarga”. Journal of Social Sciences and Humanities, 7(1).
Siron, Rusinah. 2010. “Remaja dan Masalah Sosial” dl. Utusan Malaysia. 3 Ogos 2010.
Subhi, Nasrudin, Abu Bakar, Radhiah, Ahmad, Norazura, et al. 2012. “Hubungan Seksual Remaja: Antara
Cinta dan Nafsu”. Journal of Social Sciences and Humanities, 7(1), 15-25.
Yuliancella, Dessy. 2015. Perilaku Seks Bebas Sebagai Implikasi dari Gaya Hidup Dugem (Dunia Gemerlap)
pada Mahasiswa di Semarang. Tidak diterbitkan. Tesis Sarjana Pendidikan Sosiologi dan Antropologi,
Universitas Negeri Semarang, Semarang.
Yusof, Muhammad Fathi. 2014. Kesesuaian Perlaksanaan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia. Dlm. Azhar
Yahya (Ed.), Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah: Teori dan Realiti. hlm. 108-132. Batu Caves, Selangor:
Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) Publication.
3
Masalah Seksual dalam Kalangan
Remaja dan Penyelesaiannya
Kamarul Azmi Jasmi

PENGENALAN
Salah satu masalah yang remaja yang merunsingkan di Malaysia adalah
masalah seks bebas dan kes seksual remaja sama kerana suka-suka atau
dirogol. Kerosakan daripada masalah ini melibatkan maruah diri remaja
dan keluarga mereka dalam kalangan masyarakat. Implikasi daripada
kehamilan anak luar nikah juga merupakan rentetan sedih bagi remaja
dan keluarga mereka, serta anak yang dikandungi dan dilahirkan. Justeru,
bab ini akan cuba mengupas statistik masalah seks remaja, faktor
berlakunya masalah seksual remaja ini, kesan masalah seksual ini kepada
remaja, dan penyelesaiannya menurut Islam terhadap remaja yang belum
terjebak dan sudah terjebak dalam masalah ini.

STATISTIK MASALAH SEKSUAL REMAJA


Dapatan statistik bahawa masalah seksual dalam kalangan remaja yang
berumur 13 tahun hingga 17 tahun sejak dua dekat yang lalu meningkat
daripada 0.9 kepada 8.3, iaitu dari tahun 1994 ke tahun 2012 (Metro,
2016). Sedangkan kes kehamilan remaja pada 2011-2014 mencecah
belasan ribu seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.1 dan Jadual 3.2.
Berdasarkan Jadual 3.1 menunjukkan bahawa remaja yang hamil
pada tahun 2011-2014 adalah besar yang melibatkan 18,656 orang
remaja pada tahun 2011 meningkat kepada 18,847 (2012), menurun
kepada 17,588 (2013) dan 16,528 (2014).
36 Remaja Hebat: Batasan dan Halangan Kecemerlangan Remaja Muslim

Jadual 3.1 Kes baru kehamilan remaja pada Tahun 2011-2014

Tahun Jumlah
2011 18,652
2012 18,847
2013 17,588
2014 16,528
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Hasbullah (2016)

Dari jumlah 16,528 remaja yang hamil ini, 24.08% daripadanya,


iaitu mewakili 3,980 orang merupakan remaja yang bermasalah sek-
sual kerana hamil tanpa pernikahan. Daripada jumlah remaja bermasalah
seksual ini, 2,765 remaja merupakan remaja yang tidak ber-
sekolah lagi berbanding 1,215 yang masih bersekolah.
Apa yang positif daripada statistik ini ialah seramai 12,544 remaja
memilih cara hidup berkahwin dan mengandung sama ada mereka tidak
bersekolah dengan mewakili 10,367 remaja atau masih bersekolah dengan
mewakili 2,181 remaja. Jumlah ini dan sebanyak 79.45% remaja yang
hamil secara keseluruhan. Hal ini menunjukkan remaja yang tidak
bersekolah merupakan golongan utama yang terlibat dengan seks bebas
atau disebabkan kerana dirogol sehingga hamil diluar nikah. Hal ini
sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 3.2

Jadual 3.2 Stutus perkahwinan dan persekolahan Remaja hamil (10-19 thn)
bagi tahun 2014

Bersekolah Tidak bersekolah Jumlah Peratusan


Berkahwin 2,181 10,367 12,548 75.92
Tidak Berkahwin 1,215 2,765 3,980 24.08
Jumlah 3,396 13,132 16,528 100
Peratusan 20.55 79.45 100
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam Hasbullah (2016)

Berdasarkan statistik Jabatan Kesihatan Negeri pula, Jadual 3.3


menunjukkan statistik remaja yang hamil mengikut negeri. Lima buah
negeri tertinggi dicatatkan dalam jadual ini dengan negeri Sabah dan
Masalah Seksual dalam kalangan Remaja dan Penyelesaiannya 37

Sarawak merupakan negeri tertinggi dengan masing-masing mencecah


4,795 dan 3,396 kes. Negeri lain yang tertinggi pula ialah Selangor
(1,486 kes), Johor (1,408 kes), dan Pahang (1032 kes).
Jadual 3.3 Statistik Remaja Hamil Negeri, 2014

Kahwin Tidak Kahwin


Bil. Negeri Jumlah
Bersekolah Tidak Sekolah Bersekolah Tidak Sekolah
1. Sabah 4 4400 34 357 4795
2. Sarawak 77 2114 78 1127 3396
3. Selangor 198 895 93 300 1486
4. Johor 619 183 475 131 1408
5. Pahang 306 601 55 70 1032
Jabatan Kesihatan Negara (2014) dalam (Hasbullah, 2016)

Masalah remaja hamil luar nikah seperti yang dilaporkan oleh Polis
Diraja Malaysia bukan sahaja disebabkan oleh seks terlarang, tetapi juga
disebabkan kes rogol. Sebagai contoh kes rogol pada tahun 2011-2013,
dan 2014 antara Januari hingga Jun sahaja sebagaimana yang
ditunjukkan dalam Carta 3.1. secara keseluruhan kes rogol ini dari
2011-2014 dalam statistik menurun.

Rajah 3.1 Statistik kes rogol 2011-2015 (Jan-Jun)


38 Remaja Hebat: Batasan dan Halangan Kecemerlangan Remaja Muslim

Rajah 3.2 Statistik kes pembuangan bayi 2011-2015(Jan-Jun)


Sumber: Polis Diraja Malaysia (PDRM), 2015 dalam (Hasbullah, 2016)

Implikasi daripada masalah seks di luar pernikahan dan kes rogol


ini menyebabkan berlakunya masalah kes pembuangan bayi sehingga
ada yang menyebabkan kematian. Sebagai contoh kes pembuangan
bayi yang dicatatkan oleh PDRM pula ditunjukkan dalam Carta 3.2.
Daripada tahun 2011-2014, didapati tahun 2014 merupakan tahun
tertinggi kes pembuangan bayi.

DEFINISI MASALAH SEKSUAL


Masalah seksual apabila dikaitkan dengan masalah remaja, maka dirujuk
sebagai perbuatan melakukan hubungan seks tanpa ikatan perkahwinan
yang sah atau juga dipanggil sebagai seks bebas. Sedangkan remaja yang
melakukan aktiviti seks dengan bertukar-tukar pasangan pula dipanggil
sebagai seks rambang. Salah satu daripada masalah seks juga ialah rogol
dalam kalangan remaja atau mangsanya adalah remaja. Rogol dimaksudkan
perbuatan memperkosa (perempuan). Perkataan merogol pula merujuk
melakukan persetubuhan secara paksa atau memperkosa. Perogol pula
bermaksud orang yang merogol (Kamus Dewan, 2005; Kamus Pelajar, 2008).
Remaja mudah terjebak dengan masalah seks ini disebabkan berlaku
proses perubahan antara zaman anak-anak dengan zaman dewasa. Pada
masa perubahan ini, emosi remaja agak tidak stabil sehingga mereka
mudah terdorong dengan dorongan ke arah memenuhi keinginan seks
Masalah Seksual dalam kalangan Remaja dan Penyelesaiannya 39

ini. Masalah yang paling utama daripada masalah seksual remaja ini adalah
disebabkan kesediaan remaja itu sendiri terhadap kesan daripada aktiviti
seks tersebut sedangkan mereka masih lagi tidak bersedia daripada segi
fizikal, mental, dan ekonomi (Sari Banun & Soedijono, 2013). Bahkan
aspek sosial merupakan aspek sangat memberi kesan kepada remaja yang
terlibat dengan aktiviti seksual pada usia muda ini (Sarnon et al., 2012).

FAKTOR PENYEBAB MASALAH SEKSUAL REMAJA


Faktor menyebabkan berlaku masalah seksual dalam kalangan remaja
ini berkait rapat dengan faktor dalaman dan faktor luaran yang
mendorong kepada aktiviti seks yang bermasalah ini.

Faktor Dalaman
Keinginan seksual, akan datang kepada kanak-kanak yang sedang meningkat
remaja khususnya yang mula baligh. Keinginan seksual ini mendorong
seseorang remaja itu untuk rasa tertarik kepada pasangan berlainan
jantina. Keinginan ini datang sehingga mereka tertarik untuk melihat,
memegang, meraba, bercumbu-cumbuan, dan akhirnya bersanggama
(Sari Banun & Soedijono, 2013). Keinginan ini sememangnya datang
kepada remaja atas sifat semula jadi yang bersifat fitrah dan syahwat
(Muhyidin, 2014; Sarnon et al., 2012).
Sifat semula jadi keinginan seksual ini pula dalam masa yang sama
tidak dibentengi pula dengan nilai keagamaan sehingga mereka hilang
rasa malu untuk menunaikan keinginan mereka dengan cara yang salah
tanpa berselindung. Satu hadis menjelaskan (Al-Bukhari, 2001: 3484):

َ َ ْ ُ َ َ َْ َ َ ُ ْ َ َ ْ َ
ِ‫ إِن ِﻤﺎ أدرك ا ﺎس ِﻣﻦ م‬:‫ ﻗﺎل ا ِ ﷺ‬، ‫ﻦ أ ِ ﺴﻌﻮ ٍد‬
ْ َ ْ َ َْ َْ َ
َ ْ‫ﺎﺻﻨَ ْﻊ َﻣﺎ ﺷﺌ‬ ُ
.‫ﺖ‬ ِ ‫ﻓ‬- ِ ‫ﺴﺘ‬/ ‫ﻢ‬1 ‫ إِذا‬،‫ا ﺒﻮ ِة‬
Maksud: Abu Mas‘ud RA katanya bahawa Nabi SAW bersabda:
“Sesungguhnya daripada yang diketahui oleh manusia berupa kata-kata
kenabian ialah ‘apabila kamu tidak rasa malu, maka lakukanlah
apa sahaja keinginanmu’.”

(Al-Bukhari)
40 Remaja Hebat: Batasan dan Halangan Kecemerlangan Remaja Muslim

Hadis ini jika dilihat dari perspektif remaja membawa maksud bahawa
walaupun keinginan syahwat itu bersifat semula jadi, mereka wajar berasa
malu untuk menunaikan keinginan syahwat itu dengan jalan yang salah
dan bersabar terhadap dorongan tersebut untuk memenuhinya. Justeru,
ganjaran pahala yang besar diberikan terhadap orang yang sabar daripada
memenuhi dorongan nafsu tersebut. Nabi pernah bersabda seperti hadis
yang diriwayatkan oleh Abu Hurayrah RA (Al-Bukhari, 2001: 6806;
Muslim, t.th.: 1031):

ُْ َ ٌ َ ُ َ ? ُ ‫َﺳﺒْ َﻌ ٌﺔ ﻳُﻈﻠ ُﻬ ُﻢ‬


‫و َر ُﺟﻞ َﻃﻠﺒَﺘﻪ‬...:‫ ﻳَ ْﻮ َم ﻻ ِﻇﻞ إِﻻ ِﻇﻠﻪ‬،‫ ِ@ ِﻇﻠ ِﻪ‬A‫ا‬ ِ
ُ َ ? َ
َA‫ أ َﺧﺎف ا‬H‫ إ‬:‫ َﻘﺎل‬Jَ ‫ﺎل‬K َ َ ‫ات َﻣﻨْﺼﺐ َو‬ُ َ ٌََ ْ
ِ ٍ ٍ ِ ‫ا ﺮأة ذ‬
Maksud: Tujuh golongan yang Allah SWT melindungi mereka
dengan lindungan arasynya (daripada kepanasan matahari) pada
hari yang tiada perlindungan melainkan perlindungannya:… dan
seorang lelaki atau remaja yang dipujuk rayu oleh seseorang wanita
kaya dan cantik, tetapi dia menjaga maruah dirinya dengan berkata:
“Sesungguhnya aku takut akan Allah!”

(Al-Bukhari dan Muslim)

Hadis ini bermaksud bahawa remaja yang berjaya menahan dirinya


daripada memenuhi keinginan syahwat dengan jalan yang salah sementara
menunggu jalan perkahwinan yang halal, maka mereka mendapat ganjaran
perlindungan Allah SWT ketika semua umat manusia dalam kesusahan
di Padang Mahsyar.
Hadis ini juga menunjukkan bahawa faktor dalaman dorongan syahwat
ini dari perspektif Islam dianggap sebagai cabaran kepada remaja untuk
ditangani dengan sempurna dan baik oleh mereka. Hal ini bermaksud
bahawa keinginan ini perlu ditangani dengan baik para remaja dalam
rangka mereka menyiapkan diri agar dapat menyiapkan diri ke arah
pembinaan rumahtangga bagi melunaskan tuntutan ini dengan cara
yang halal. Cara yang halal ini ialah melalui jalan perkahwinan yang
diredai oleh Allah SWT. Hal ini terbukti daripada penjelasan hadis
berikut (Al-Bukhari, 2001: 5066; Muslim, t.th.: 1400):
Masalah Seksual dalam kalangan Remaja dan Penyelesaiannya 41

َ‫ﺸﺒ‬1‫ ا‬T َ َ ‫ ﻳَﺎ َﻣ ْﻌ‬:‫ﻮل اﷲ ﷺ‬ ُ َُ ََ َ َ َ َ َْ َ


،‫ﺎب‬
ِ ِ ‫ ﻗﺎل ﺎ رﺳ‬:‫ ﻗﺎل‬، ِ‫ْﻦ ﺒ ِﺪ اﷲ‬
ُ‫ﺣ َﺼﻦ‬ ْ ََ َ َْ َ َ ُ َ ْ َََْ َ ََ َْ ُ ُ ْ َ ََ ْ َ
‫ وأ‬،Vِ ‫ِﻠﺒ‬1 ‫ ﻓﺈِﻧﻪ أﻏﺾ‬،‫ﻣ ِﻦ اﺳﺘﻄﺎع ِﻣﻨ`ﻢ ا_ﺎءة ﻓﻠﻴ\وج‬
.‫ﺎء‬ٌ ‫ و َﺟ‬c ُ َ ‫ ﻓَﺈﻧ ُﻪ‬، ِ‫ﺼ ْﻮم‬1‫ َﻌﻠَﻴْﻪ ﺑﺎ‬Jَ ‫ َ ْﺴﺘَﻄ ْﻊ‬e ‫ َ ْﻢ‬1 ‫ َو َﻣ ْﻦ‬،‫ﻠْ َﻔ ْﺮج‬1
ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ
Maksud: ‘Abdullah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Wahai
para remaja! Sesiapa dalam kalangan kamu yang memiliki kemampuan,
hendaklah dia berkahwin. Hal ini kerana perkahwinan menundukkan
pandangan syahwat dan menjaga kemaluan daripada zina. Sedangkan
sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa
menjadi benteng (kepada keinginan syahwat).

(Al-Bukhari dan Muslim)

Hadis ini meraikan sifat semula jadi syahwat agar dilunaskan dengan
jalan yang betul, iaitu melalui perkahwinan. Jika tidak bersedia lagi dari
segi kemampuan, maka para remaja perlu berusaha untuk mengawal
keinginan ini dengan pelbagai cara yang dianjurkan oleh Islam yang
akan dibincangkan nanti termasuk juga dengan cara berpuasa.

Faktor Luaran
Faktor luaran terbesar yang menimbulkan masalah seksual disebabkan
oleh faktor kawan dan sahabat handai bagi seseorang remaja. Kebiasaan
berlakunya faktor luaran ini disebabkan oleh kurangnya kasih sayang
yang diperoleh oleh remaja daripada ibu bapa dan keluarga sehingga
remaja ini menjadikan sahabat dan kawan sebagai tempat luahan dan
perkongsian perasaan. Mereka biasanya bersosial dalam bentuk berkumpulan
(Sari Banun & Soedijono, 2013).
Kurang remaja berkongsi suka duka dan perasaan mereka kepada
ibu bapa dan keluarga menurut kajian Hasbullah (2016) adalah disebabkan
sifat keluarga terkini yang lebih ke arah berbentuk nukleus, keluarga
yang berpecah, kurangnya komunikasi antara ibu bapa dan anak, dan
kurangnya pemantauan terhadap media sosial oleh ahli keluarga. Apabila
remaja ini sudah bersosial dengan kumpulan mereka yang bermasalah
khususnya yang terdiri daripada berlainan jantina, maka masalah seksual
ini mudah terjadi kepada mereka kerana masalah utama mereka ketika
42 Remaja Hebat: Batasan dan Halangan Kecemerlangan Remaja Muslim

remaja ini adalah untuk melayan keinginan syahwat yang sedang membuak-
buak. Dorongan ini menjadi semakin menggila apabila faktor galakan
kepada melayan keinginan ini dibantu dengan aktiviti melihat pornografi,
serta terlibat sesuatu yang memabukkan seperti arak, pil khayal, dan dadah,
dan muzik.

Pergaulan Bebas
Pergaulan bebas seseorang remaja dengan kawan-kawan yang rosak
dengan aktiviti bermasalah seksual sama ada kawan lelaki atau perempuan
merupakan antara faktor mereka remaja ini terjebak pula dengan aktiviti
seksual yang menyimpang ini. Oleh sebab itu, Rasulullah SAW ada
berpesan kepada ibu bapa dalam satu hadisnya (Al-Tirmidhi, 1998:
2378; Abu Dawud, 2009: 4833; Ahmad, 2001: 8417):

َ ََ ُ ُ َ َ َ َََُْ َ ْ َ
،‫ﻳﻦ ﺧ ِﻠﻴ ِﻠـ ِﻪ‬‫د‬
ِ ِ j ‫ﻞ‬ ‫ﺟ‬ ‫ﺮ‬1‫ا‬ :‫ﺎل‬ ‫ﻗ‬ ، ‫ﷺ‬ ِ ‫ا‬ ‫ن‬ ‫أ‬ ، ‫ﺮة‬g‫ﻦ أ ِ ﻫﺮ‬
ُ َُ ْ َ ْ ُ ُ َ َ ْ ََُْْ
.‫ِﻞ‬1‫ﺎ‬k ‫ﻢ ﻣﻦ‬l‫ﻓﻠﻴﻨﻈﺮ أﺣﺪ‬
Maksud: Abu Hurayrah RA katanya bahawa Nabi SAW bersabda:
“Seseorang lelaki itu mengikut agama kawannya. Oleh itu, lihatlah
kamu siapa yang dia berkawan.”

(Al-Tirmidhi, Abu Dawud, dan Ahmad)

Hadis lalu (Al-Bukhari, 2001: 6806; Muslim, t.th.: 1031) dengan


disokong oleh hadis ini menunjukkan bahawa kawan sama ada wanita
dan lelaki pada peringkat remaja banyak memberi cabaran kepada
seseorang remaja untuk melakukan kejahatan dan mendorong kepada
amalan seksual dan zina. Oleh kerana itu, setiap ibu bapa dan para
remaja itu sendiri wajar memilih kawan yang mendorong ke arah kebaikan
berbanding memilih kawan yang menghanyutkan mereka ke lembah
maksiat dan perzinaan.

Pronografi
Sumber daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan
Masyarakat (KPKM) menjelaskan bahawa Lebih satu pertiga (35.3%)
remaja pernah terdedah dengan 60% daripada bahan lucah adalah diperoleh
Masalah Seksual dalam kalangan Remaja dan Penyelesaiannya 43

daripada internet. Remaja yang paling banyak terdedah dengan bahan


ini adalah mereka yang berumur antara 18-24 tahun mencatat 42.8
peratus peratusan yang lebih tinggi berbanding remaja berumur antara
13-17 tahun, iaitu dengan hanya mewakili 29.9 peratus (Hasbullah, 2016).
Kesan daripada pendedahan yang melampau ini menjadi dorongan
utama para remaja untuk melakukan zina dan terlibat dalam kes
rogol (Gan, 2007; Dain, 2015).
Dalam Islam, melihat wanita yang bukan mahram tanpa sebab syarak
sahaja sudah dianggap satu dosa (Al-Nawawi, 1998; Jasmi, Kamarul
Azmi, 2002; Jasmi, Kamarul Azmi et al., 2007; Jasmi, Kamarul Azmi,
2016). Hal ini sebagaimana perintah Allah SWT dalam firman-Nya:

َ َ َ ‫ْ َو َ ْ َ ُ ا ُ ُ و‬ َ ْ َ ْ ُ ْ ّْ ُ
'ِ (ٰ* ,ۚ ْ ُ ِ ِ‫ر‬ ِ ‫ ِ" ُ! ِ ِ َ َ ا‬$ %&
َ ْ ُ ْ"ِ $ّ %&ُ ‫َن ; َو‬
ُ1َ ْ َ2 !َ 4 َ 7 ‫ن‬7 ‫ إ‬,ۗ ْ ُ َ ( -
ٌ 56َ 8‫ا‬ ٰ ََْ
‫ت‬
ِ ‫ِـ ـ‬ ‫ـ!ـ‬ ِ ِ ِ ‫أز‬
ُ ْ َْ ََ 7 َ ْ ُ َْ
> ,7 ُ َ ‫َ ُ و‬ ‫َ ِ ْ ْ َ رِ ِ و‬
Maksud: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang
beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang
yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian
itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam Penge-
tahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada
perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada
memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka.

(Surah al-Nur, 24:30-31)

Ayat ini menunjukkan bahawa remaja lelaki yang melihat wanita dan
sebalik tanpa tujuan syarak boleh mendorong mereka kepada keinginan
syahwat. Ayat ini menjelaskan bahawa dengan melihat wanita yang
menutup aurat sekalipun masih boleh mendorong remaja lelaki dan
remaja wanita cenderung kepada keinginan syahwat, maka dorongan
syahwat yang lebih dahsyat boleh berlaku jika seseorang remaja lelaki atau
wanita melihat wanita dan lelaki yang sedang berbogel dan sedang
melakukan aksi lucah. Justeru, pengharaman melihat bahan pornografi
lebih berdosa daripada hukum melihat wanita itu sendiri.
44 Remaja Hebat: Batasan dan Halangan Kecemerlangan Remaja Muslim

Pesta Muzik dan Bahan yang Mengkhayalkan


Arak dan perkara yang memabukkan yang diadun dengan muzik merupakan
ramuan penting yang menjadi pendorong utama kepada masalah seks
terlarang dan seks luar nikah (Buang, 2005). Remaja yang berada dalam
pesta muzik dan terdedah kepada aktiviti percampuran lelaki dan
perempuan dan kawan-kawan yang sama mencari keseronokan amat
terdedah masalah seks terlarang (Yuliancella, 2015).
Pengharaman arak serta semua perkara yang boleh memabukkan
dan muzik yang melalaikan dalam Islam antaranya disebabkan kerosakan
akal daripada kedua-dua perkara tersebut. Hal ini menyebabkan manusia
tidak boleh berfikir dengan sempurna bagi menentukan sesuatu perilaku
itu baik mengikut syarak atau buruk yang melanggar syarak (Yusof,
2014). Seseorang remaja yang berada dalam tempoh tidak waras ini
dan dalam masa yang sama mereka bercampur aduk dengan kawan
lelaki dan perempuan yang sama-sama hilang kewarasan, maka sudah
tentu dorongan kepada masalah seksual terlarang berlaku (Ismail, 2015).

KESAN BURUK MASALAH SEKS REMAJA


Seks terlarang dalam kalangan remaja memberikan implikasi yang besar
kepada maruah diri dan keluarga. Implikasi tersebut jika menyebabkan
remaja wanita mengandung anak luar nikah, maka rentetan daripada
kesan buruk sehingga membawa kepada kes pengguguran anak atas masalah
kes pembuangan anak. Dalam masa yang sama, remaja yang terlibat
dengan aktiviti seks terlarang dan rambang ini terdedah kepada bermacam-
macam penyakit yang sangat berbahaya (Hasbullah, 2016).

Ketagihan Seks
Salah satu kesan buruk terhadap amalan salah laku seks dan seks terlarang
adalah ketagihan terhadap perlakuan tersebut. Menurut kajian Subhi
et al. (2012), kebanyakan remaja khususnya remaja perempuan pada
mulanya mereka melakukan seks atas dasar cinta dan sayang kepada
pasangan mereka. Setelah terjebak dengan aktiviti ini mereka bukan
lagi melakukan seks ini kerana dasar tersebut, tetapi lebih kepada masalah
ketagihan melakukannya. Remaja yang terlibat ini dengan aktiviti ini
sehingga sanggup bertukar-tukar pasangan bagi memenuhi ketagihan
seks yang dialami mereka dan melakukannya seperti pasangan yang
sudah berkahwin dari segi kekerapan melakukannya.
Masalah Seksual dalam kalangan Remaja dan Penyelesaiannya 45

Kehamilan yang Tidak Diundang


Seks terlarang merupakan penyebab utama kepada kehamilan anak luar
nikah yang tidak diinginkan oleh remaja yang terlibat. Kajian KKPM
(2014) mendapati bahawa remaja antara 13-17 tahun yang pernah
terlibat dengan seks terlarang ini, 11.3 peratus yang didapati mengan-
dung. Kehamilan ini menyebabkan kelahiran sebanyak 60.8%, mati
dalam kandungan (8.5%), digugurkan (31.1%), keguguran (24.1%).
Data ini menunjukkan bahawa remaja perempuan paling terkesan
kepada keburukan seks terlarang berbanding lelaki dengan kerana berlakunya
kehamilan tersebut (Jasmi, Kamarul Azmi, 2016). Anak tersebut pula
menjadi beban kepada remaja yang hamil bukan sahaja ketika
mengandungkan anak luar nikah tersebut bahkan setelah kelahiran
anak tersebut. Kerosakan sistem reproduktif remaja ini dengan sebab
menggugurkan anak juga boleh menyebabkan masa depan remaja
tersebut musnah (Hasbullah, 2016).

Penularan Penyakit Berjangkit


Salah satu daripada bahaya seks terlarang adalah kerana penularan penyakit
berbahaya melalui kegiatan seks terlarang dan rambang (Mansor, 2012).
Penyakit yang paling dibimbangi penularannya ialah ac -
quired immunodeficiency syndrome (AIDS) yang disebabkan oleh virus
Human Immunodeficiency Virus HIV. Menurut KKPM (2014), AIDS
menular disebabkan oleh seks terlarang adalah sebanyak 71.3% berband-
ing dengan cara yang lain.
Remaja yang mengambil dadah secara suntikan dengan berkongsi
jarum antara penyebab utama jangkitan HIV. Golongan ini pula
merupakan penyumbang utama penyakit AIDS yang disebarkan melalui
seks terlarang (Anuar, 2014). Ringkasnya, penagih dadah dan seks terlarang
merupakan kitaran yang memudahkan seseorang dijangkiti dengan penyakit
AIDS ini.

Kenangan Buruk dan Rasa Bersalah


Remaja yang terlibat dengan masalah seks sama ada masalah seks terlarang
atau dirogol akan sentiasa dirundung dengan kenangan buruk tersebut
sepanjang kehidupan mereka. Kenangan buruk ini bukan sahaja dipikul
oleh remaja tersebut, tetapi juga oleh ahli keluarga mereka yang tercalar
maruah mereka di mata masyarakat (Hamzah, 1994; Siron, 2010).
46 Remaja Hebat: Batasan dan Halangan Kecemerlangan Remaja Muslim

Kenangan buruk dan rasa bersalah ini bahkan menjadi igauan buruk
dengan lebih mendalam apabila mereka didapati dijangkiti dengan penyakit
AIDS disebabkan virus HIV.

MENANGANI MASALAH SEKSUAL REMAJA


Menangani masalah seks remaja ini perlu diambil kira dalam pelbagai
sudut dan dilakukan oleh pelbagai pihak. Mencegah masalah seks terlarang
lebih utama daripada mengubat remaja yang sudah terjebak. Oleh itu,
pencegahan boleh dilihat daripada sudah pencegahan yang dianjurkan
dalam Islam serta melalui pendidikan ilmu kejantinaan kepada anak-
anak serta amalan lain yang dituntut oleh Islam ketika mereka remaja.
Manakala remaja yang sudah terjebak wajar kembali ke pangkal jalan
bermula dengan taubat nasuha dan mengikuti amalan yang dituntut
dilakukan oleh semua remaja Islam yang lain.

Pencegahan Seks dan Zina dalam Islam


Ajaran Islam menganjurkan pencegahan yang sangat autentik bagi
menangani masalah seks dan zina ini dengan beberapa penekanan seperti
memisahkan tempat tidur anak, tidak membenarkan anak masuk ke
bilik ibu bapa ketika waktu zohor dan selepas Isyak, bertaubat daripada
dosa zina, larangan melihat sesama jantina tanpa syarak, mengelakkan
berdua-duaan antara lelaki dan wanita yang ajnabi, menjauhi penyakit
cinta sebelum berkahwin, membanyakkan puasa sunat, dan memilih
jalan memenuhi keinginan syahwat dengan berkahwin.

Memisahkan Tempat Tidur Anak


Perasaan malu antara sesama adik-beradik lelaki sama ada antara adik
beradik lelaki atau antara adik-beradik lelaki dan wanita perlu
ditanamkan sejak mereka berumur sepuluh tahun lagi. Pemupukan sifat
malu ini dilakukan dengan memisahkan tempat tidur antara mereka
jika antara adik beradik lelaki dan memisahkan bilik antara adik beradik
lelaki dan wanita (Jasmi, Kamarul Azmi & Md Salleh, 2007). Penjagaan
aurat dengan menutup tubuh keseluruhannya kecuali rambut, tangan
dan kaki juga perlu diterapkan sehingga rasa malu dalam kalangan adik
beradik dan antara ibu bapa dengan anak-anak dapat ditanamkan (Al-
Bukhari, 2001: 3484). Tuntutan penjagaan ini sebagaimana yang dituntut
oleh hadis berikut (Abu Dawud, 2009: 495; Ahmad, 2001: 6689):
Masalah Seksual dalam kalangan Remaja dan Penyelesaiannya 47

ْ‫ﻢ‬lُ َ ََْ ُ ُ ُ َُ َ َ َ َ َْ ُ ْ ْ َ ْ َ
‫ ﺮوا أوﻻد‬:‫ ﷺ‬A‫ا‬ ِ ‫ ﻗﺎل رﺳﻮل‬:‫ﺐ ﻗﺎل‬ ٍ ‫ﻦ ﻤ ِﺮو ﺑ ِﻦ ﺷﻌﻴ‬
َ ْ َ ُ ََْ ْ ُ َ َ
ُ‫ﻨَـﺎء‬mْ ‫ َو ُﻫ ْﻢ أ‬،‫ﻮﻫ ْﻢ َﻋﻠَﻴْ َﻬﺎ‬
ُ ُ ْ َ َ
op‫ا‬
ِ ‫ و‬،q‫ﻨﺎء ﺳﺒ ِﻊ ِﺳ ِﻨ‬m‫ﺼﻼ ِة وﻫﻢ أ‬1‫ﺑِﺎ‬
َ َْ ْ ُ َ ْ َ ُ ? َ َ ْ ‫َﻋ‬
.‫ﺎﺟ ِﻊ‬
ِ ‫ﻤﻀ‬1‫ﻨﻬﻢ ِ@ ا‬t‫ وﻓﺮﻗﻮا ﺑ‬T ٍ
Maksud: ‘Amru bin Shu‘ayb menceritakan bahawa Rasulullah SAW
bersabda: “Perintahkanlah anakmu bersolat ketika mereka berumur tujuh
tahun dan rotanilah mereka jika meninggalkannya ketika mereka berumur
sepuluh tahun. Ketika umur ini juga, pisahkan tempat tidur mereka.”

(Abu Dawud dan Ahmad)

Penjagaan solat bagi mengekalkan hidayah, sedangkan pemisahan tempat


tidur bagi penjagaan sahsiah anak untuk rasa malu antara mereka dalam
hal kejantinaan. Rasa malu ini diwujudkan dengan cara pemakaian yang
sederhana dalam keluarga dan tidak menjolok mata sekalipun dalam
kalangan adik beradik.

Larangan Anak Masuk Bilik Ibu Bapa Pada Tiga Waktu Tanpa Izin
Terdapat perintah al-Quran agar mendidik anak khususnya anak yang
sudah baligh untuk meminta izin jika ingin masuk ke bilik ibu bapa
mereka pada waktu antara zohor dan asar dan antara isyak dan subuh.
Hal ini sebagaimana firman Allah SWT:

ْ ‫ـ?ـ‬ ُ ُ َ َْ ْ َ َ َ َ 7 ُ ُ َْ ْ َ َُ َ 7 َ َ َ
@ ‫ ـ!ـ‬AB"C 2ِD‫ذِ@? ا‬FGHIِ $ ‫ آ ا‬2ِD‫ا‬ 2
َ َ 7َ َ ََ ْ ُ ْ
َ ُ ُ ‫ْ ُ" ُ ا‬5 َ ْ َ ( َ 2ِD‫ا‬7 ‫َو‬
ِ ‫ة‬MQَ %ِ ْ5R ِ ّ ,ۚ ‫ات‬ ٍ C ‫ث‬MN ? ِ "O‫ا‬
َ
ِ ‫ة‬M‫ـ‬Qَ Sِ 1ْ Tَ ِ ‫ة ِ َو‬4 َ 7 $‫? ّ ِ َ ا‬ ُ َ َ َ ُ َ َ َ َ ْ َْ
ِ UِV ‫ ن‬1 W X ِ ‫ ِ و‬Y $‫ا‬
ْ ‫ْـ ـ‬U‫? ْ َو َ] َ\"َـ‬ ُ َْ َ َ َْ ْ ُ 7 َْ َ ُ ََ ِ َ ْ
U"\ ^I$ ,ۚ ?$ ‫ات‬
ِ ٍ ‫ث \ ر‬MN ,ۚ ‫[ ء‬1ِ $‫ا‬
ْ َ َٰ َ ْ ُ ُ ْ َ ُ ْ َ َ َ ُ 7 َ 7 ُ َ ْ َ ٌ َ ُ
,ۚ `‫ـ‬ ٍ 1‫ـ‬T a ‫ ?ـ‬1T ?U"\ ‫ ا ن‬b ,ۚ S1T ‫ح‬
َ ُ7 َ ْ ُ َ ُ7 َُُّ َ َ َ
f ٌ UِBXَ ٌ Uِ "\ 8‫ا‬ ِ َ2c‫? ُ ا‬$ 8‫ا‬
‫ و‬,ۗ ‫ت‬ ِ 5 'ِ (ٰde
48 Remaja Hebat: Batasan dan Halangan Kecemerlangan Remaja Muslim

Maksud: Wahai orang yang beriman, hendaklah hamba kamu dan


orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada
kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum
solat subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan
tengah hari, dan sesudah solat Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang
biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah
bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka)
orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing
sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah
Allah SWT menerangkan kepada kamu ayat-Nya (yang menjelaskan
hukum-Nya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

(Surah al-Nur, 24:58)

Larangan ini bertujuan agar anak tidak terdedah dengan aktiviti seks
ibu bapa seperti bercumbu-cumbuan antara mereka, melakukan aksi ringan
dan aksi berat antara suami dan isteri di hadapan anak-anak. Tujuan
larangan ini, supaya anak-anak tidak meniru aksi ibu bapa mereka jika
mereka terserempak dengan sesuatu yang menjadi halal selepas pernikahan.

Bertaubat dan Berdoa Agar Terjauh daripada Dosa Zina


Semua remaja yang sudah terjebak di mana-mana peringkat aktiviti zina
dan seks terlarang wajar menjadikan taubat sebagai turning point untuk
kembali ke pangkal jalan. Setelah bertaubat mereka boleh melaksanakan
langkah pencegahan zina yang dianjurkan oleh Islam kepada semua remaja.
Hakikat yang sebenar bahawa perkataan ‘aku sudah bertaubat dalam dosa
zina ini’ yang tersemat dalam hati sanubari yang penuh dengan kesedaran
dan keinsafan menjadi senjata ampuh yang boleh memberikan kekuatan
kepada para remaja ini dari terjebak semula kepada kerosakan dosa zina.
Allah SWT sememangnya menjadikan taubat sebagai ubat bagi segala
penyakit dosa yang dilakukan. Kesan daripada taubat nasuha terhadap dosa
yang ditaubatkan, Allah SWT akan memberikan keampunan terhadap
segala dosa tersebut serta memberikan kekuatan untuk remaja itu agar tidak
kembali kepada dosa tersebut sepertimana hadis (Al-Tirmidhi, 1998: 3540):

ُ ‫ ﻗَ َﺎل‬:‫ﻮل‬
A‫ا‬
ُ َُ
‫ﻘ‬x ‫ﷲ ﷺ‬
َ َُ ُ ْ َ َ َ َ ْ ََ ْ َ
ِ ‫ ﺳ ِﻤﻌﺖ رﺳﻮل ا‬:‫ ﻗﺎل‬،‫ ِ ٍﻚ‬1‫ ٍﺲ ﺑ ِﻦ ﻣﺎ‬w‫ﻦ أ‬
ُ ْ َ َ َْ َ ََ ََْ َ َ َ ََ َ ْ َ َ َََ َ َ ََ
‫ـﺮت‬ ‫ـﻔ‬y zِ ‫ ورﺟﻮﺗ‬zِ ‫ﻦ آدم إِﻧﻚ ﻣﺎ دﻋﻮﺗ‬m‫ ﻳﺎ ا‬:}‫~ﺒﺎرك و~ﻌﺎ‬
Masalah Seksual dalam kalangan Remaja dan Penyelesaiannya 49

َ َ َ َ ُ ُُ ْ َََ َْ َ َ َ ْ َ َُ َ َ َ َ َ َ ََ َ َ
‫ﻚ ﻨﺎن‬o‫ﻮ ﺑﻠﻐﺖ ذﻧﻮ‬1 ‫ﻦ آدم‬m‫ ﻳﺎ ا‬،€‫ﻴﻚ وﻻ أﺑ ِﺎ‬Jِ ‫ ﻣﺎ •ن‬j ‫ﻚ‬1
َ َ َ َ ْ َ َُ َ َ َ َ ُ ْ َ َ َ ْ َ ْ َ ْ ُ َ
ْ‫َـﻮ‬1 ‫ﻚ‬ ‫ﻦ آدم إِﻧ‬m‫ ﻳﺎ ا‬،€‫ وﻻ أﺑ ِﺎ‬،‫ﻚ‬1 ‫ﻔﺮت‬y zِ ‫ﺴﻤﺎ ِء ‚ﻢ اﺳﺘﻐﻔﺮﺗ‬1‫ا‬
َ
َ َْ ْ َ ُْ َ َ َ ُ َ َ َ ْ َ‫ ﺑ ُﻘ َﺮاب اﻷ‬zَ‫ْﺘ‬tَ‫أَﺗ‬
‫ﺘُﻚ‬t‫ﺌًﺎ ﻷﺗ‬t‫ ُك ِ ﺷ‬T ِ / ‫ﻻ‬ z ‫ﻴﺘ‬
ِ ِ‫ﻘ‬‫ﻟ‬ ‫ﻢ‬‚ ‫ﺎ‬‫ﺎﻳ‬‫ﻄ‬‫ﺧ‬ ‫ض‬ِ ‫ر‬ ِ ِ ِ
ً ْ ُ
.‫ﺑِﻘ َﺮاﺑِ َﻬﺎ َﻣﻐ ِﻔ َﺮة‬
Maksud: Anas bin Malik RA menceritakan bahawa beliau mendengar
Rasulullah SAW bersbada: “Allah SWT berfirman: “Wahai anak Adam!
Sesungguhnya jika engkau berdoa kepadaku dan berharap kepadaku
dengan taubat yang bersungguh-sungguh, nescaya aku akan ampunkan
dosamu walau sebesar mana sekalipun dosa tersebut dan aku tidak peduli
untuk mengampukan. Wahai anak Adam! Jikalau sampai dosamu
memenuhi langit kemudian engkau memohon keampunan kepadaku,
nescaya aku pasti akan mengampunkanmu dan aku tidak peduli untuk
mengampunkanmu. Wahai anak Adam! Sekiranya engkau datang
kepadaku dengan dosa sepenuh bumi kemudian engkau kembali bertaubat
tanpa melakukan syirik terhadapku, nescaya aku akan datang kepadamu
dengan sepenuh bumi keampunan.

(Al-Tirmidhi)

Manakala bagi para remaja yang masih suci daripada melakukan dosa
besar, tuntutan kepada mereka adalah untuk berdoa agar terjauh daripada
dosa besar khususnya dosa zina. Hal ini kerana salah satu tanda seseorang
itu masih mempunyai iman yang baik selagi dia tidak terjebak dengan
dosa besar ini dan melunaskan nafsunya hanya ditempat yang halal,
iaitu isterinya (Surah al-Mu’munun, 23:3-7).

Berhijrah dan Memilih Kawan yang Soleh


Salah satu tuntutan daripada selepas bertaubat ialah memilih kawan
yang soleh untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Perkara ini
diutarakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam satu hadis yang panjang
(Muslim, t.t.: 2766). Seorang lelaki yang membunuh 100 orang ingin
bertaubat dan bertanyakan cara bertaubat kepada seorang ulama. Ulama
itu mencadangkan agar taubat beliau itu diiringi dengan hijrah dari
negeri yang buruk untuk beliau ke negeri yang baik dan terdapat ramai
50 Remaja Hebat: Batasan dan Halangan Kecemerlangan Remaja Muslim

orang yang soleh. Lalu lelaki tadi berhijrah, tetapi ketika dalam perjalanan,
beliau sakit dan meninggal dunia. Taubat lelaki ini diterima oleh Allah SWT
kerana keinsafan yang sebenar ditunjuk melalui tindakannya berhijrah.
Apa yang lebih penting ialah terdapat tiga pengajaran utama untuk
remaja yang bertaubat, iaitu:

(1) Bertaubat dengan bersungguh-sungguh untuk kembali ke pangkal


jalan. Usaha dilakukan dengan meminta nasihat ulama cara un-
tuk kembali ke pangkal jalan tersebut.
(2) Menjauhi orang yang jahat supaya dorongan membuat kejahatan
daripada kawan rapat tidak menarik kembali remaja yang bertau-
bat ke lembah kejahatan.
(3) Berkawan dengan orang yang soleh supaya dorongan kesolehan
membentuk tabiat dalam diri.

Ringkasnya, remaja yang bertaubat, sekiranya tidak mampu mengawal


diri daripada terikut-ikut dengan kawan yang rosak, maka tuntutan hijrah
kepadanya lebih utama agar remaja ini mendapat lingkungan kawan
yang baru yang membantunya kembali ke pangkal jalan.

Tidak Melihat Wanita Ajnabi


Remaja lelaki dan wanita yang ajnabi diajarkan dalam Islam untuk menjaga
adab dan syariat berhubung dengan melihat antara mereka. Melihat antara
kedua-dua mereka tanpa keperluan syarak adalah haram. Oleh itu, para
remaja wajar menjaga hukum ini daripada dilanggar dan mengikutinya
dengan baik sehinggalah mereka berkahwin. Hal ini bertujuan untuk
memelihara hati dan berkecenderungan kepada wanita ajnabi sehingga
melahirkan bayangan dan khayalan yang tidak sewajarnya. Larangan ini
sebagaimana yang termaktub dalam perbincangan ayat al-Quran yang
lalu (Surah al-Nur, 24:30-31).
Larangan melihat wanita ajnabi dari segi hukum menjaganya adalah
lebih utama untuk dijaga daripada melihat bahan pornografi dalam bentuk
video klip, filem, dan gambar yang mudah diperoleh khususnya daripada
sumber internet. Hal ini kerana mudarat kerana melihat bahan pornografi
lebih dahsyat kepada golongan remaja daripada larangan melihat wanita
tanpa syarak. Buktinya terdapat hubungan yang signifikan antara melihat
bahan pornografi dengan seks terlarang dalam kalangan remaja (Hasbullah,
2016).
Masalah Seksual dalam kalangan Remaja dan Penyelesaiannya 51

Tidak Bersunyi-sunyian antara Lelaki dan Wanita


Islam melarang seseorang lelaki bersunyi-sunyian antara lelaki dan wanita
sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Saidina ‘Umar al-Khattab
bahawa Nabi SAW ada bersabda (Ahmad, 2001: 114):

َ ُ ُ َ َ َْ َ ََ ْ ْ ُ ُ َ َ ََُْ َ
.‫ﺸﻴﻄﺎن ﺛ ِﺎ‡ﻬﻤﺎ‬1‫ ﻓﺈِن ا‬،‫ﻢ ﺑِﺎ ﺮأ ٍة‬l‫ﻠﻮن أﺣﺪ‬k ‫ﻻ‬
Maksud: Janganlah seseorang kamu bersunyi-sunyian dengan seorang
wanita, kerana ketika ini syaitan menjadi orang ketiga antara kamu berdua
(yang akan mendorong untuk melakukan maksiah).

(Ahmad)

Bahkan larangan bersunyi-sunyian dalam bentuk berdua-duaan ini bukan


sahaja merujuk kepada wanita ajnabi, tetapi lebih bahaya lagi kepada
wanita yang dan lelaki yang berhubungan dalam bentuk musaharah,
iaitu hubungan antara abang ipar dan adik ipar. Hal ini kerana banyak
dalam kalangan mereka yang mengambil mudah hukum menutup aurat
antara kedua-dua lelaki perempuan kerana sangkaan yang salah bahawa
pertalian perkahwinan abang atau adik mereka tidak menghalang mereka
untuk mendedahkan aurat mereka kepada iparnya serta tidak menghalang
mereka untuk berdua-duaan. Sedangkan hakikat sebenar aurat dalam
Islam bagi ipar duai sama seperti wanita ajnabi dari aurat dan hukum
dosa berdua-duaan bahkan lebih berat kemungkinan kerosakan. Hanya
mereka tidak boleh berkahwin kerana adik atau kakak atau abang mereka
berkahwin dengan adik atau abang atau kakak mereka. Rasulullah SAW
sangat menegaskan penjagaan hukum ipar duai ini dalam satu hadisnya
(Al-Bukhari, 2001: 5066; Muslim, t.th.: 1400):
َ ُ ُ َ َ َ َُ َ َ ُْ َ
‫ﺧﻮل‬Š‫ ْﻢ َوا‬l‫ إِﻳﺎ‬:‫ ﷺ ﻗﺎل‬A‫ا‬ ِ ‫ﻮل‬ ‫ أن رﺳ‬: ‫ ِ ٍﺮ‬‰َ ‫ْﻦ ﻘﺒَﺔ ﺑ ْ ِﻦ‬
ْ َ ْ ‫ أَﻓَ َﺮأَﻳ‬،A‫ﻮل ا‬
‫ﺖ ا•َﻤ َﻮ؟‬
َ َُ َ َ َْ َ ٌ ُ َ َ ََ َ ? ََ
‫ ﻳﺎ رﺳ‬:‫ﺎر‬
ِ ِ ‫ﻘﺎل رﺟﻞ ِﻣﻦ اﻷﻧﺼ‬J ‫ اﻟ‹ﺴﺎ ِء‬j
ُ َ َُْ َ َ
.‫ﻤ ْﻮت‬1‫ا‬ ‫ ا•ﻤﻮ‬:‫ﻗﺎل‬
Maksud: ‘Uqbah bin ‘Amir menceritakan bahawa Rasulullah SAW
bersabda: “Berhati-hatilah kamu ketika masuk ke dalam bilik dengan
52 Remaja Hebat: Batasan dan Halangan Kecemerlangan Remaja Muslim

wanita.” Seorang lelaki Ansar bertanya: “Wahai Rasulullah SAW! Bagaimana


dengan al-Hamw. Al-Hamw itu boleh membawa mati (lebih buruk
kecelakaannya).

(Al-Bukhari dan Muslim)

Al-Hamw dalam hadis ini menurut Ibn Battal (2003) sebagai hubungan
antara adik ipar dan abang ipar. Mereka tidak boleh berdua-duaan
melainkan mesti bersama mereka mahram. Apa yang dibimbangkan
kemungkinan kecelakaan yang lebih besar benar-benar terjadi pada
hari ini kerana salah satu hubungan terlarang sumbang mahram
terbesar dalam kalangan masyarakat Muslim di Malaysia adalah antara
abang dan adik ipar sebagaimana yang dikaji oleh Jasmi, et al., (2004)
Namun, bersunyi-sunyian antara ayah dan anak perempuan, adik-
beradik lelaki dan perempuan tetap juga dipelihara daripada terlibat
sebagai penjagaan adab. Hal ini bagi mengelakkan berlakunya sumbang
mahram yang biasa terjadi pada hari ini apabila adab berpakaian yang
terlalu menjolok mata juga kadang-kadang membahayakan keselamatan
iman (Jasmi, Kamarul Azmi et al., 2004).

Tidak Bercinta Sebelum Ada Komitmen untuk Perkahwinan


Salah satu langkah pencegahan zina ialah larangan bercinta antara remaja
lelaki dan remaja perempuan yang ajnabi selagi kedua-dua mereka belum
ada komitmen untuk mendirikan perkahwinan. Sekurang-kurang komitmen
ini dengan melalui pemberitahuan remaja lelaki kepada ibu bapa remaja
perempuan bahawa mereka akan berusaha untuk mendirikan rumahtangga
secepat mungkin (Jasmi, Kamarul Azmi & Md. Saleh @ Masrom, 2017).
Imam Al-Suyuti (1986) menjelaskan bahawa bagi orang yang bercinta
daripada kalangan remaja lelaki dan perempuan atau pasangan ajnabiyyah
hukumnya dalam dua keadaan sahaja, iaitu:

(1) Teruna tersebut terjebak hatinya menyintai seorang wanita dan dia
bertakwa kepada Allah SWT dan menjaga pandangan matanya
sehinggalah dia mendapat peluang untuk berkahwin dengan wanita
tersebut, maka cinta ini dibenarkan dan diharuskan. Jika dia tidak
ada peluang untuk bernikah maka seharusnya dia membuang cinta
tersebut kerana cinta tersebut akan menyibukkan dirinya dengan
perkara yang tidak berfaedah dan mendorongnya untuk melanggar
larangan dan perintah Allah SWT.
Masalah Seksual dalam kalangan Remaja dan Penyelesaiannya 53

(2) Sesiapa yang terjebak kepada cinta dalam hatinya dengan keadaan dia
tahu dia tidak berdaya untuk mengawal dirinya daripada tertewas
kepada keasyikan dan khayalan yang indah-indah, maka cinta seperti
ini adalah haram dan berdosa.

Dua asas hukum orang yang bercinta ini menunjukkan bahawa cinta
yang dibenarkan sebelum perkahwinan apabila seseorang itu mengarah
kepada perkahwinan. Itupun dia tidaklah sampai terjebak kepada keasyikan
dan khayalan yang mendorong ke arah pembaziran harta dan masa
seterusnya melakukan dosa yang menghampirkan diri kepada zina, dan
akhirnya membawa kepada zina.
Kajian yang dilakukan Subhi et al. (2012) membuktikan kenyataan
bahawa wanita yang sudah asyik dengan rasa cinta sanggup menyerahkan
tubuh mereka untuk membuktikan rasa cinta mereka kepada seseorang
lelaki. Namun, ketika mereka terjebak dengan aktiviti dosa zina ini,
ketagihan terhadap seks menjadi punca utama mereka tidak dapat lari
daripada aktiviti seks terlarang ini.

Wanita Perlu Bersama Mahram ketika Keluar Rumah


Sifat wanita dijadikan fizikalnya lebih lemah daripada fizikal lelaki. Justeru,
wanita perlukan lelaki sama ada ibu bapa, suami, atau mahram dalam
kalangan adik beradik, atau bersama wanita yang paling dipercayai ketika
mereka keluar rumah. Wanita diharamkan keluar rumah melainkan dengan
mahramnya. Hal ini bagi menjaga mereka daripada dicolek, dijual, dikacau,
dan diapa-apakan oleh orang lain ketika mereka keluar rumah. Satu hadis
menjelaskan (Al-Bukhari, 2001: 5066; Muslim, t.th.: 1400):
َُْ َ ُ َ َ َ َ َ َ ْ َ
‫ﻤـﺮأة إِﻻ‬1‫ َﺴﺎﻓِ ِﺮ ا‬/ ‫ ﻻ‬:‫ ﻗﺎل ا ِ ﷺ‬:‫ ﻗﺎل‬، ‫ﺎس‬ ٍ ‫ﻋ ِﻦ اﺑ ِﻦ ﺒ‬
َْ ٌ َْ ُ ُ ْ َ َْ
‫ َﺮ ٌم‬Ž ‫ َوﻻ ﻳَﺪﺧﻞ َﻋﻠﻴ َﻬﺎ َر ُﺟﻞ إِﻻ َو َﻣ َﻌ َﻬﺎ‬، ٍ‫ َﺮم‬Ž ‫َﻣ َﻊ ِذي‬
Maksud: Ibn ‘Abbas RA katanya bahawa Nabi SAW bersabda: “Jangan
seorang wanita bermusafir melainkan bersama dengan mahramnya.
Jangan pula seorang lelaki masuk kepada bilik wanita melainkan wanita
itu bersama dengan mahramnya.”

(Al-Bukhari dan Muslim)


54 Remaja Hebat: Batasan dan Halangan Kecemerlangan Remaja Muslim

Hadis ini menurut Imam Al-Nawawi (1981: 9/103) ditujukan kepada


semua wanita yang keluar bermusafir sehari semalam. Tujuan mahram
bersama mereka agar mahramnya dapat memelihara wanita tersebut
daripada sebarang gangguan yang tidak diingini khususnya yang boleh
merosakkan maruah wanita tersebut. Dalam konteks zaman yang se-
makin rosak hari ini dengan banyaknya kes penculikan kanak-kanak,
remaja, serta pemerdagangan wanita untuk perkhidmatan pelacuran,
maka sudah sewajarnya wanita perlu dilindungi setiap masa oleh mahram
mereka ketika berada di luar rumah walaupun bukan kerana bermusafir
sehari semalam seperti yang dianjurkan dalam Islam.

Membanyakkan Puasa Sunat


Galakan Islam sebagaimana hadis (Al-Bukhari, 2001: 5066; Muslim, t.th.:
1400) lalu untuk remaja yang tidak mempunyai kemampuan perbelanjaan
untuk perkahwinan agar mereka dapat sentiasa mengamalkan puasa sunat
bagi mengekang keinginan nafsu syahwat mereka.
Tempoh bertahan seorang remaja antara bermula baligh sehingga
ke mana pernikahan mereka merupakan tempoh yang penuh dengan
cabaran fitrah syahwat yang sedang membuak (Sari Banun & Soedijono,
2013; Subhi et al., 2012). Tempoh ini memerlukan sokongan keluar-
ga untuk memantau aktiviti remaja dan memantau rakan dan sahabat
mereka, serta saling menjaga komunikasi yang baik sehingga ibu bapa
dituntut untuk menjadi sahabat anak-anak sebagaimana kawan-kawan
mereka (Jasmi, Kamarul Azmi 2007). Namun bagi remaja itu sendiri,
memperbanyakkan berpuasa ketika sela waktu ini amat dituntut agar
keinginan syahwat yang membuak dapat dikekang oleh mereka dengan
terapi dari diri mereka sendiri.

Berkahwin
Remaja yang mempunyai kemampuan untuk berkahwin dan dia tidak
mampu untuk menjaga kemaluannya melainkan dengan perkahwinan,
maka mereka ini diwajibkan untuk berkahwin (Al-Husaini, 2005). Bahkan
remaja yang tidak berkemampuan tetapi tetap juga ingin berkahwin
untuk menjaga kemaluan dan maruah mereka, jika mereka berkahwin,
maka mereka dijanjikan oleh Allah SWT dengan keluasan rezeki. Hal
ini sebagaimana firman-Nya:
Masalah Seksual dalam kalangan Remaja dan Penyelesaiannya 55

ُ ُ ُ َْ َ
ۚ,ْ ?ِg َ h ْ iِ‫َ د‬5ِ\ ْ ِ َ ِ ِO 7 (‫ِ ? ْ َوا‬ ٰ َ َ 2l‫? ُ ا ا‬
k ِ @‫َوأ‬
َ ُ 7 ‫ۗ َو‬,ِ mِ" ْ َ ِ
r ٌ Uِ "\ pٌِ q‫ َوا‬8‫ا‬ ُ7 ُ ُِْ
8‫ا‬ َ َ nَ oُ ‫? @ ُ ا‬
‫اء‬
ُ َ
2 ‫إِن‬
ِ
Maksud: Dan kahwinkanlah orang bujang (lelaki dan perempuan)
dari kalangan kamu, dan orang yang soleh dari hambamu, lelaki dan per-
empuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepa-
da mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya
dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

(Surah al-Nur, 24:32)

Al-Qurtubi (1964: 12/241) dalam menafsirkan ayat ini mengatakan bahawa


Allah SWT menjanjikan kekayaan bagi mereka yang berkahwin untuk
mendapat reda-Nya dan untuk menjaga dirinya daripada maksiat. Hal ini
terbukti lagi dengan kenyataan hadis berikut (Al-Bayhaqi, 2003: 13456; Ibn
Abi ‘Asim, 1989: 83; ‘Abd Al-Razzaq, 1983: 9542; Al-Bughawi, 1983: 2239):

ُ َ ََ ‘ َ ٌَ ََ ُ َُ َ َ َ َ َََُْ َ ْ َ
:‫ﻋ ْﻮ• ُﻬ ُﻢ‬ A‫ا‬
ِ j ‫ﻖ‬ ‫ﺣ‬ ‫ﺔ‬ ‫ﺛ‬‫ﻼ‬ ‫ﺛ‬ :‫ﷺ‬ A‫ا‬
ِ ‫ﻮل‬ ‫ ﻗﺎل رﺳ‬:‫ ﻗﺎل‬‫ﺮة‬g‫ﻦ أ ِ ﻫﺮ‬
ََ ْ ُ ُ ُ َ َ ُْ َ َ َ َْ ُ ُ ُ َ ‫ ْ ُﻤ‬1‫ا‬
َ @ ‫ﺠﺎﻫ ُﺪ‬
.َ‫ﺪ اﻷداء‬g ‫ﻤ“ﺗﺐ ﻳ ِﺮ‬1‫ وا‬،‫ﺪ اﻟﻌﻔﺎف‬g‫ َوا ﺎﻛِﺢ ﻳ ِﺮ‬،A‫ا‬ ‫ﻴﻞ‬–‫ﺳ‬
ِ ِ ِ ِ ِ
Maksud: Abu Hurayrah RA katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Tiga jenis orang yang Allah SWT berhak menolongnya: “Orang
yang bermujahadah di jalan Allah, orang bernikah dengan niat menjaga
maruah dan kemaluannya, dan hamba yang ingin membebaskan dirinya
dengan menebus pembebasannya.”

(Al-Bayhaqi, Ibn Abi ‘Asim, ‘Abd al-Razzaq, dan al-Bughawi)

Tuntutan perkahwinan ini bahkan sangat dituntut kepada remaja


yang tidak mempunyai sebarang aktiviti yang menyibukkan diri mereka
dengan persekolahan kerana habis belajar akibat gagal atau tidak
berkemampuan. Hal ini kerana mereka mudah terdedah dengan gejala
sosial kerana masa lapang mereka memudahkan mereka berkawan dengan
kawan-kawan yang seangkatan dengan kumpulan jenis ini berbanding
remaja yang sibuk dengan belajar dan aktiviti kesukanan.
56 Remaja Hebat: Batasan dan Halangan Kecemerlangan Remaja Muslim

Statistik remaja 2014 terbukti menunjukkan bahawa perkahwinan


menyelamatkan 75.95% daripada 16,528 remaja daripada gejala seks
terlarang berbanding yang tidak berkahwin. 79% daripada 16,528
remaja ini pula didapati sudah tidak bersekolah (Hasbullah, 2016).
Statistik ini membuktikan sekalipun masih remaja, khususnya remaja
perempuan, jika mereka sudah mula memiliki kecenderungan untuk
berkawan dan bercinta, maka ibu bapa perlu memantau dengan penuh
teliti. Sekiranya keadaan sudah tidak boleh dikawal yang boleh
menyebabkan mereka terjerumus dengan aktiviti seks dan zina, maka
jalan perkahwinan adalah cara terbaik bagi mereka untuk menjaga maruah
mereka dan keluarga mereka.

Peranan Keluarga untuk Mengatasi Masalah Seks Remaja


Selain peranan agama, peranan pendidikan keluarga juga sangat penting
untuk mendidik remaja daripada tercebur kepada perangkap seks dan
zina. Keluarga perlu mengambil tahu hal anak mereka khususnya kawan
anak-anak mereka serta kawalan terhadap pornografi khususnya daripada
internet dan telefon pintar. Ibu bapa juga wajar menyibukkan anak-
anak dengan pelbagai aktiviti belajar, bersukan, dan aktiviti masa lapang
dengan pelbagai hobi.
Ibu bapa juga berperanan untuk memantau aktiviti anak di luar rumah
khususnya jika mereka sudah mula memiliki kawan daripada remaja
perempuan atau sekiranya anak perempuan, anak tersebut sudah mempunyai
kekasih lelaki. Sebarang bentuk pencegahan agama yang dibincangkan
merupakan asas kepada pengukuran tahap anak sama ada selamat daripada
terjebak atau tidak. Sekiranya, terdapat pelanggaran pencegahan yang
dicadangkan agama sudah mula dilanggar, ibu bapa wajar membuat
keputusan terbaik untuk anak mereka agar mereka dikahwinkan segera
bagi menyelamatkan mereka daripada terjebak kepada zina dan maksiat.
Itu pun mereka terikat dengan undang-undang perkahwinan yang
digazetkan dalam undang-undang keluarga Islam di negeri masing-
masing.

RUMUSAN
Artikel ini secara tuntas mengupas tentang masalah seks dalam kalangan
remaja dan penyelesaian yang tuntas oleh Islam dengan pencegahan
berbentuk pencegahan daripada aktiviti seks terlarang. Secara dasarnya,
Masalah Seksual dalam kalangan Remaja dan Penyelesaiannya 57

masalah seks sememangnya disedari oleh Islam sejak penurunan al-Quran


lagi. Justeru, pencegahan yang diwajibkan untuk dilaksanakan atau larangan
untuk ditinggalkan adalah lengkap dan memadai untuk memberi panduan
kepada remaja agar mereka dapat menjaga maruah dan kemaluan mereka
daripada aktiviti seks terlarang dan zina. Semoga artikel ini dapat
memberi manfaat kepada para remaja daripada terjebak daripada aktiviti
seksual terlarang ini.

RUJUKAN
‘Abd Al-Razzaq, Al-San‘ani. 1983. Musannif ‘Abd Al-Razzaq. Habib
Al-Rahman al-A‘zami (Ed.). Jld. 1-11. Beirut: Al-Maktab al-Islami.
Abu Dawud, Sulaiman. 2009. Sunan Abi Dawud. Shu‘aib al-Arnut
& Muhammad Kamil Qurrah Balali (Ed.). Jld. 1-7. Beirut: Dar
al-Risalah al-‘Alamiyyah.
Ahmad, Hambal. 2001. Musnad al-Imam Ahmad bin Hambal. Shu‘ay
al-Arna’ut dan ‘Adil Murshid (Ed.). Al-Qahirah: Mu’assah al-Risalah.
Al-Bayhaqi, Ahmad. 2003. Al-Sunan al-Kubra. Muhammad ‘Abd al-
Qadir ‘Ata (Ed.). Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Al-Bughawi, Al-Husain Mas’ud. 1983. Sharh al-Sunnah. Shu‘aib Al-Arna’ut
dan Muhammad Zuhair Al-Shawish (Ed.). Jld. 1-15. Beirut:
Al-Maktab al-Islami.
Al-Bukhari, Abu Abdullah Muhammad. 2001. Al-Jami‘ al-Musnad
al-Sahih al-Mukhtasar min Umur Rasulullah SAW wa Sunanihi
wa Ayyamihi – Sahih al-Bukhari. Muhammad Zuhair Nasir Al-Nasir
(Ed.). Jld. 1-9. Masurah: Dar Tuq al-Najat.
Al-Husaini, Taqiyuddin Abi Bakr. 2005. Kifayat al-Akhyar fi Halli Gayat
al-Ikhtisar. Al-Qahirah: Dar al-Salam li al-Tiba‘ah wa al-Nasr wa
al-Tawzi‘ wa al-Tarjamah.
Al-Nawawi, Mahyuddin. 1981. Sahih Muslim bi sharh al-Nawawi. Jld.
1-18. Beirut: Dar al-Fikr.
Al-Nawawi, Mahyuddin. 1998. Riyad al-Salihin. Shu‘aib Al-Arna’ut
(Ed.). Beirut: Mu’assasah al-Risalah.
Al-Qurtubi, Muhammad. 1964. Al-Jami‘ li Ahkam al-Quran. Ahmad
al-Barduni dan Ibrahim Atyash (Ed.). Al-Qahirah: Dar al-Kutub
al-Misriyyah.
Al-Suyuti, Abdul Rahman. 1986. Sharh al-Suyuti li Sunan al-Nasa’i. Abu
Ishaq al-Huwayni al-Athari (Ed.). Beirut: Dar al-Basha’ir al-Islamiyyah.
58 Remaja Hebat: Batasan dan Halangan Kecemerlangan Remaja Muslim

Al-Tirmidhi, Muhammad. 1998. Al-Jami‘ al-Kabir - Sunan al-Tarmidhi.


Bashar ‘Awad Ma‘ruf (Ed.). Jld. 1-6. Beirut: Dar al-Girb al-Islami.
Anuar, Azman. 2014. “Jahil Seks Punca Meningkat Gejala HIV/
AIDS” dlm. Utusan Malaysia Online. 11/05/2014.
Buang, Amriah. 2005. “Globalisasi Ekonomi dan Impaknya kepada Ruang
Budaya Bandar Malaysia”. GEOGRAFIA Online, 1(1), 46-55.
Dain, Rosmah. 2015. “Barah Pornografi Rosak Masyarakat” dlm.
Utusan Malaysia Online. 19 Mei 2015.
Gan, Kong Meng. 2007. Kajian Kes Perogol di Penjara Negeri Kedah
dan Perak. Tidak diterbitkan. Tesis Sarjana, Universiti Sains Malaysia.
Hamzah, Azimi. 1994. Menangani Permasalahan Remaja dan Belia:
Pembentukkan Remaja dan Belia Soleh Wa Musleh. Kertas Kerja
dalam Seminar Remaja. The Plaza Inn, Melaka.
Hasbullah, Fauwaz. 2016. Seksualiti Remaja: Isu dan Cabaran keluarga
di Malaysia. Kertas Kerja dalam Seminar Isu-Isu seksualiti Peringkat
Kebangsaan 2016. Dewan Perdana, Universiti Sultan Mizan Zainal
Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu pada 19 Mac 2016.
Ibn Abi ‘Asim, Abu Bakr. 1989. Al-Jihad li Ibn Abi ‘Asim. Musa‘id
bin Sulayman al-Rashid al-Hamid (Ed.). Jld. 1-2. Al-Madinnah
al-Munawwarah: Maktabat al-‘Ulum wa al-Hikam.
Ibn Battal, Abu al-Hasan. 2003. Sharh al-Bukhari. Abu Tamim Yasir
Ibrahim (Ed.). Al-Riyad: Maktabah al-Rusd.
Ismail, Khaidzir. 2015. “Remaja dan alkohol” dalam Utusan Malaysia
Online. 24/02/2011.
Jabatan Kesihatan Negara, (JKN). 2014. Statistik Remaja Hamil
Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia.
Jasmi, Kamarul Azmi. 2002. Paradigma al-Imam al-Nawawi dalam
Pembangunan Insan: Satu Kajian Teks Terhadap Kitab Riyad
al-Solihin. Tidak diterbitkan. Disertasi Sarjana, Universiti Malaya.
Jasmi, Kamarul Azmi. 2017. Remaja dan Kehidupan Berbatasan dalam
Beragama. Dlm. Kamarul Azmi Jasmi (Ed.), Remaja Hebat: Batasan
dan Halangan Kecemerlangan Remaja Muslim. Skudai Johor: Penerbit
UTM Press.
Jasmi, Kamarul Azmi 2007. Menyemai Unsur Jati Diri Islam di
Kalangan Pelajar Pra Universiti atau Matrikulasi. Kertas Kerja
dalam Seminar Pendidikan Pra Universiti/Matrikulasi. Hotel
Hilton, Petaling Jaya pada 4-5 Ogos 2007.
Masalah Seksual dalam kalangan Remaja dan Penyelesaiannya 59

Jasmi, Kamarul Azmi dan Md Salleh, Siti Fauziyani. 2007. Pendidikan


dan Pembangunan Keluarga Cemerlang. Johor Bahru: Penerbit UTM.
Jasmi, Kamarul Azmi dan Md. Saleh @ Masrom, Siti Fauziyani. 2017.
Didiklah Kami dengan Sempurna. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Jasmi, Kamarul Azmi, Muhammad, Azhar, Mustari, Mohd, et al. 2004.
Jenayah Sumbang Mahram: Perkembangan dan Faktor-faktor
Penyebarannya. Kertas Kerja dalam Seminar Kebangsaan Ketiga
Psikologi dan Masyarakat 2004 pada 16 Oktober 2004.
Jasmi, Kamarul Azmi, Suratman, Azmi Shah, dan Nor Muhamad, Nasrul
Hisyam. 2007. Pembangunan Modal Insan yang Sempurna Menurut
Perspektif al-Imam al-Nawawi. Kertas Kerja dalam Seminar
Antarabangsa Peradaban Melayu Ke-3. Sunway Lagoon Resort
Hotel, Kuala Lumpur pada 2-3 Februari 2007.
Kamus Dewan. 2005. Kamus Dewan. Edisi Keempat ed. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Pelajar. (Ed.) 2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
KKPM, Kementerian Pembangungan Wanita Keluarga dan Masyarakat.
2014. Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima. Putrajaya:
Kementerian Pembangungan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat.
Mansor, Aminudin. 2012. “Bahaya Pergaulan Bebas” dlm. Utusan
Malaysia Online. 07/02/2012.
Metro, Harian. 2016. “Statistik Moral Remaja Kita” dlm. Harian Metro.
Rabu, 11 Mac 2015.
Muhyidin, Imam 2014. “Layanan InformasI tentang Peri Laku seks dalam
Bingkai Islam”. Konseling Religi: Jurnal Bimbingan Konseling Islam,
5(1), 41-54.
Muslim, Abu al-Husayn. T.Th. Sahih Muslim. Jld. 1-8. Beirut: Dar
al-Fikr.
Sari Banun, Fadila Oktavia, dan Soedijono, Setyorogo. 2013. “Faktor-
Faktor yang Berhubungan dengan Perilaku Seksual Pranikah Pada
Mahasiswa Semester V STI Kes X Jakarta Timur 2012”. Jurnal
Ilmiah Kesehatan, 5(5), 12-19.
Sarnon, N., Mohamad, M. S., Fauziah, I., et al. 2012. “Hamil Luar
Nikah: Memahami Remaja Sebagai Asas Intervensi Keluarga”.
Journal of Social Sciences and Humanities, 7(1).
Siron, Rusinah. 2010. “Remaja dan Masalah Sosial” dl. Utusan
Malaysia. 3 Ogos 2010.
60 Remaja Hebat: Batasan dan Halangan Kecemerlangan Remaja Muslim

Subhi, Nasrudin, Abu Bakar, Radhiah, Ahmad, Norazura, et al. 2012.


“Hubungan Seksual Remaja: Antara Cinta dan Nafsu”. Journal
of Social Sciences and Humanities, 7(1), 15-25.
Yuliancella, Dessy. 2015. Perilaku Seks Bebas Sebagai Implikasi dari
Gaya Hidup Dugem (Dunia Gemerlap) pada Mahasiswa di
Semarang. Tidak diterbitkan. Tesis Sarjana Pendidikan Sosiologi
dan Antropologi, Universitas Negeri Semarang, Semarang.
Yusof, Muhammad Fathi. 2014. Kesesuaian Perlaksanaan Undang-
undang Jenayah Islam di Malaysia. Dlm. Azhar Yahya (Ed.),
Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah: Teori dan Realiti. hlm. 108-
132. Batu Caves, Selangor: Kolej Universiti Islam Zulkifli
Muhammad (KUIZM) Publication.

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai